Iklan anda..

Friday, October 24, 2014

Pantai Teluk Gorek menawan hati...

//www.facebook.com/groups/129896221730/doc/?id=10150264187396731
Pantai Teluk Gorek terletak di Tanjung Resang Mersing.  Kedudukkannya agak jauh dari bandar Mersing khususnya Pantai Air Papan. Bagi yang tak pernah sampai ke sana pasti mengeluh..jauhnya. Memang agak jauh sedikit tetapi sebaik sahaja menjejakkan kaki dan menikmati pemandangan di situ...pasti terdetik di hati. Indahnya pantai ini.

Saujana mata memandang.
Berbuailah kita yea....aktiviti berkayak pun disediakan pada sesiapa yang berminat. Aku tak berapa nak minat pulak...baik aku jenjalan jer..hehehe...
Mendamaikan....

Pantai ini sedikit sunyi. Tapi riuh apabila pengunjung datang dengan rombongan. Biasanya mereka mengadakan acara-acara di pantai ini. Seperti sukanneka, Family day dan macam-macam lagi.



 Pantainya bersih dan cantik serta landai. Mandi sampai tengah pun masih landai paras lutut jer...
Pondok tempat untuk memasak disediakan. Kat sinilah aku dan family menikmati asam pedas untuk hidangan tengahari. Seronok masak beramai-ramai. Peralatan memasak boleh dibawa sendiri. Sewa dikenakan pada kadar Rm 30 sahaja. Malam-malam kitorang buat barbeque ada yang memancing, ada yang berkaroeke...best sangat.

Antara chalet-chalet yang ditawarkan di Teluk Gorek. Ada dua resort sebelah menyebelah. Kadar sewa lebih kurang RM 100 satu malam.

Ok..peace yooo...happy menikmati keindahan pantai yang bersih, indah...Pantai Teluk Gorek ada umur kita bertemu lagi...lepas ni datang satu rombongan kita berjimba-jimba di Teluk Gorek...


No comments:

Post a Comment