Iklan anda..

Wednesday, May 14, 2014

AKU...ISTERI KONTRAK JER...

//www.facebook.com/groups/129896221730/doc/?id=10150264187396731
                             1


Atiqah duduk melangguk di meja kantin. Kuih karipap di dalam pinggannya dipenyek-penyek hingga berkecai. Matanya merenung jauh nun ke laut lepas. Sejak malam tadi fikiran Atiqah terganggu. Panggilan telefon dari Mona adik bongsunya di kampung betul-betul membuat jantungnya terasa mahu tanggal.

 “ Mana aku nak cari duit lima puluh ribu tu…mati hidup semula pun takkannya dapat aku duit banyak tu…aduhhhh…boleh sasau aku macam ni…” Atiqah merunggut sendiri. Kedua belah tapak tangannya ditepek ke pipi. Nafsu makannya sudah hilang. Ayu datang tersengih-sengih. Di tangannya sepinggan maggie goreng telur mata kerbau semerbak harum mengoda.

“ Ya Allah, perempuan ni…bukan tadi kau dah melantak nasi lemak sebungkus, ni maggie goreng pulak..kau tak kenyang ke..perut kau ni tempayan ke apa…?” Ayu menjegilkan mata. Jari telunjuknya pantas di hala ke bibir. Matanya memandang kiri kanan.

“ Syhhh…cakap slow sikitlah, aku lapar ni malam tadi aku makan sikit…semua kau punya pasallah ni suruh dietlah biar slim, hah…tengoklah ni kebulur aku tau tak…” Atiqah ketawa terkekeh-kekeh. Memang Ayu sendiri yang asyik merunggut bila banyak baju-bajunya sudah sendat macam sarung nangka.  Butang-butang seluarnya banyak yang sudah terbang tercabut. Apa taknya kalau perut sudah gendut macam orang mengandung Sembilan bulan.

“ Aku suruh kau diet untuk kebaikkan kau jugak, habis kalau dah baju-baju kau semua masuk takat leher aje…sudahnya kena beli baju lagi…duit lagikan…diet sikit pun bising…” Atiqah menghirup teh O aisnya.

“ Aku tak tahanlah Tiqah nak berdiet naik lembik badan aku, kang kalau aku sakit masuk hospital kau jugak yang susah…” Ayu terus menyuap maggie gorengnya dengan lahap.

“ Kalau kau masuk hospital, aku tak susah…yang susah doktor-doktor  dengan nurse kat hospital tu nanti…payah kang nak mencari kren nak ngangkat kau…” Selamba Atiqah membalas.

“ Kurang ajar kau Tiqah…” Atiqah terus ketawa terkekeh-kekeh. Masa rehat sudah tamat. Kerja harus disambung semula.

“ Cepatlah..rehat dah habis, kang minah senget tu datang dibalunnya kita…” Ayu menyedut Nescafe aisnya cepat bila Atiqah sudah menapak meninggalkan dia. Terburu-buru dia berlari mengejar sahabat karibnya itu. Bimbang juga dia kalau-kalau Cik Hasnah Executif bahagia HR itu melilau mencari pekerja-pekarja yang selalu curi tulang. Kerja di store memang memenatkan. Setiap saat ada saja barang-barang yang nak di periksalah, inspectionlah macam-macam. Kalau nak dibandingkan dengan staf di bahagian HR memang jauh macam bulan dengan bumi. Di store kaki dah macam lipas kudung asyik ke hulu ke hilir. Itu belum dengan panasnya di area loading. Dengan forklift yang meluncur di sana sini ditambah dengan lori kontenanya. Apa nak buat memang itulah skop kerja Atiqah di Store Department. Pertama kali melamar kerja Atiqah memohon jawatan sebagai setiausaha di ARENA HOTEL RESORT & SPA itu. Berbekalkan diploma Kesetiausahaan dari UITM…permohonannya gagal. Hanya gara-gara perwatakkan Atiqah yang agak sedikit tomboy.

“ Kami perlukan seorang perempuan yang feminine, ini Setiausaha untuk Encik Fikri, Pengurus Besar di sini bukan calang-calang orang…Kalau nak jadi Setiausaha ubah penampilan dulu…”

Pedas kata-kata dari pengInterview itu. Berasap telinga Atiqah. Dah kecil aja perempuan tu dilihatnya. Ikutkan hati mahu sahaja dia melempar muka perempuan itu dengan fail-fail yang tersusun di atas meja. Nasib baiklah dia tak berani, takut kena dakwa sebab mencederakan orang. Kalau tidak dah bersepai sanggul unta perempuan tu dikerjakannya. Beberapa hati selepas itu Hussin, Driver peribadi Puan Erryna,  merangkap abang kepada si Ayu buntal, memberitahu ada kekosongan di Store Department sebagai Assistan Supervisor. Mulanya Atiqah mengabaikan sahaja lowongan kerja itu.  Tapi bila difikir-fikirkan betapa susahnya nak cari kerja sekarang, akhirnya lowongan kerja itu dirembatnya jua. Diam tak diam sudah hampir dua tahun juga Atiqah di situ.

Atiqah sudah menjawat jawatan sebagai Supervisor mengantikan Mr. Raymond yang resign setahun lepas. Jawatan itu bukan menjanjikan keselesaan melainkan lebih memeningkan kepala. Bayangkan seorang Supervisor yang harus menangani anak-anak buah yang ramai. Tak sudah dengan macam-macam perangai. Ada yang malas, lain disuruh lain dibuatnya. Kadang-kadang Atiqah rasa macam nak terjun laut. Demi emak dan adik-adik di kampung, Atiqah terus bersabar menjalankan tugas itu.

“ Tiqah..!” Jerit Lisa.

“ Kenapa…?”

“ Nordin, kena langgar forklift…!” Bergegas Atiqah keluar ke Loading Area. Dilihatnya Nordin si budak Store mengerang kesakitan.

“ Sape yang bawak forklift ni…?!” Jerit Atiqah.

“ Koming…” Atiqah menghampiri si Koming yang sudah pucat. Wajah cantik Atiqah sudah berubah bengis macam singa lapar. Sudah beberapa kali kemalangan seperti ini terjadi. Sudah banyak kali juga dia mengingatkan supaya pemandu-pemandu forklift mematuhi peraturan. Tapi masih juga ada yang degil.

“ Kau ingat ni trek ke apa, kau reti baca ke tidak tu papan amaran tu, kalau tak reti kang aku hantar masuk tadika balik…!” Koming terkebil-kebil.

“ Maaf Cik Tiqah, saya tak nampak Nordin kat belakang tadi…”

“ Sudahlah maaf kau tu tak berguna, aku yang teruk menjawab nanti…” Nordin dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Petang itu menapaklah Atiqah ke Pejabat Encik Fikri untuk seisi pemanas telinga akibat kecelakaan tadi. Dekat sejam juga Atiqah terpaksa menjawab. Panas hati betul dia dengan si Koming. Budak separuh tiang tu selalu berangan nak bawak kereta drif. Sampai-sampai forklift pun didrifnya. “ Nanti dia aku tukar jadi pengangkat barang, degil kepala batu…” Bisik Atiqah.


                                  2


Petang itu Atiqah sengaja mengajak Ayu bersiar-siar di sekitar Resort sebelum pulang. Masalah duit lima puluh ribu itu menyesakkan dia. Ke mana hendak dicari duit sebanyak itu. Nak meminjam dengan siapa. Hatinya membara. Kalau sahaja bapa tirinya masih hidup pasti Atiqah sudah mendesak emaknya supaya bercerai. Sekarang segala hutang piutang bapa tirinya tergalas di bahu Atiqah. Meminjam dari Along sepuluh ribu, sekarang jumlah yang terpaksa dibayar meningkat dengan bunganya. Kalau tidak dilunaskan dalam masa sebulan, adiknya Mona akan menjadi mangsa. Mona hendak dilacurkan. Atiqah menekup muka. Mona baru menjangkau ke usia remaja. Sumpah mati dia tidak akan pernah membiarkan penghisap-penghisap darah itu mengadai maruah Mona.

“ Aku pun tak tau macam mana nak tolong kau Tiqah, kalau aku kaya memang aku dah kasi aje duit tu…” Wajah bulat Ayu sugul mengenangkan nasib Atiqah.

“ Sakit kepala aku fikirkan hal ni…rasa nak aje aku tanggalkan sekejap kepala aku ni..” Atiqah menekan-nekan kepalanya.

“ Ehhh…jangan Tiqah kang jadi penanggal pulak kau…” Atiqah memejamkan mata. Hati yang gundah gulana terasa seperti dicolek-colek mendengar kata-kata Ayu buntal. Pantas terhambur ketawa dari mulut Atiqah. Ayu terkejut.

“ Kenapa kau ketawa ni…?” Wajah Ayu berubah kalut. Atiqah masih ketawa.

“ Ya Allah ampunkanlah si budak Ayu ni, time-time aku susah hati pun dia nak buat lawak…” Ayu buntal terus ketawa terkekeh-kekeh. Setin air coke dikeluarkan dari dalam beg.

“ Ehh..satu aje, aku punya mana…?” Ayu meneguk coke dengan rakus.

“ Sharelah…” Coke diserah ke tangan Atiqah. Ringan sahaja tin itu.

“ Share kepala hanguk kau, dah tinggal setuit macam ni…” Marah Atiqah. Tin di tangan dilempar ke belakang.

“ Aduhhhh…!” Tidak semena-mena terdengar suara orang mengaduh. Cepat-cepat Atiqah dan Ayu bingkas bangun. Seorang lelaki muda berdiri sambil menekup dahinya.

“ Ya Allah..!” Terjerit Atiqah. Tin yang dilemparnya tadi tepat mengenai dahi Shafiq anak Puan Eryna pemilik hotel itu.

“ Alamak matilah aku, ni semua kau punya pasal…” Gerutu Atiqah.

“ Encik Syafiq, maafkan saya encik…saya tak sengaja…” Terketar-ketar suara Atiqah. Wajah Syafiq sudah bertukar merah.

“ Bodoh..! kau ingat dahi aku ni Town Board ke hah…kurang ajar betul suka-suka campak sembarangan..” Jerkahan Syafiq benar-benar mengecutkan hati Atiqah dan Ayu.

“ Maa..maa..maaf encik…”

“ Apa maaf-maaf, yang kau baling tin ni kenapa, tengok dahi aku dah bocor…tak tau nak cari tong sampah…?!”. Dari uniform kedua orang gadis di depannya, Syafiq tahu mereka pekerja hotel. Ermm…siap kau aku kerjakan korang…” Bisik Syafiq.

“ Disebabkan kesalahan ni korang berdua aku hukum…”

“ Hukum ?!” Atiqah terjerit lagi. Kali lebih kuat.

“ Apa kau ingat aku nak lepaskan korang macam tu aje…kirim salamlah..ikut aku..!” Atiqah dan Ayu buntal berpandangan seketika.

“ Cepatlah bodoh…!” Jerkah Syafiq.

“ Ya…ya encik…” Terburu-buru Atiqah dan Ayu mengikuti langkah Syafiq. Mereka tiba di kolam renang. Beberapa pekerja pembersih yang sedang bertugas menoleh.

“ Bagi benda tu kat perempuan berdua ni, hah…korang bersihkan kolam renang ni cepat..!” Pekerja tadi teragak-agak.

“ Bagi cepat..!” Jerkah Syafiq. Pantas berus bergalah panjang yang digunakan untuk membersihkan kolam renang itu diserah kepada Atiqah.

“ Hah…kau ambik penyapu, bersihkan kawasan ni sampai berkilat…” Sebatang penyapu dicampak kepada Ayu.

“ Encik Syafiq saya dah minta maaf tadi…” Wajah Syafiq menyinga memandang Atiqah.

“ Kau nak buat ke tak, atau kau nak aku pecat kau…”

“ Okey, okey saya buatlah…” Pantas Atiqah membersihkan kolam renang itu.. Bimbang pula kalau-kalau anak teruna Puan Eryna benar-benar hendak memecatnya. “ Kurang ajar betul, mentang-mentang dia anak Puan Eryna, sekali aku ketuk dengan galah ni menggong terus nanti…” Atiqah merunggut sendiri.

“ Apa yang kau membebel tu, cepat buat kerja..!” Syafiq bercekak pinggang memerhatikan Atiqah dan Ayu membuat kerja. Gunna, pekerja pembersih kolam tersengih-sengih melihat Atiqah yang menunjal-nunjal galah panjang ke dalam kolam.

“ Apa sengih-sengih..? Aku tunjal gigi kau dengan penyapu ni kang…!” Marah betul Atiqah diketawakan si Gunna. Cepat-cepat Gunna menutup mulutnya. Takut juga dia dijerkah Atiqah. Berpeluh-peluh Atiqah membersihkan kolam renang yang besar itu. Hatinya makin panas apabila Syafiq melarang pekerja-pekerja pembersihan itu membantunya. Terpaksalah dia membersihkan kolam itu sendirian. Ayu pula tercunggap-cunggap menyapu sekitar kawasan kolam.

“ Setan betul mamat ni, aku sumpah kau suatu hari nanti kau jatuh cinta dengan aku setengah mampus..masa tu aku tak pandang muka kau..baru kau tau langit tinggi rendah..” Gerutu Atiqah sendiri. Syafiq merenung tajam. Dia tahu Atiqah sedang menyumpah-yumpah dirinya. Dia tak peduli yang penting rasa sakit di dahi dan sakit hatinya terbalas.

“ Korang berdua dengar sini…” Ujar Syafiq apabila gadis berdua itu selesai mengerjakan hukumannya.

“ Saat ni, detik ni…korang berdua ni aku anggap penyangak kat Hotel aku, terutama kau..!” Jari telunjuknya di arahkan kepada Atiqah.

“ Aku tunggu aje, sekali lagi korang buat silap…saat tu memang tiada maaf bagi mu. Aku pecat korang dari Hotel ni…faham..!” Syafiq berlalu pergi.

“ Berlagak giler mamat ni, baru aku lempar dengan tin…kalau tau aku lempar dengan batu besar tadi biar bonyok terus muka dia…” Si Gunna dan rakan-rakannya ketawa terkekeh-kekeh mendengar kata-kata Atiqah.

“ Oooo..ketawa ya, aku lempar muka korang dengan batu baru korang tau…ketawalah lagi…” Atiqah mengutip sebiji batu sebesar penumbuk.

“ Ketawalah, ketawa…!” Bertempiaran si Gunna dan rakan-rakannya lari dihambat Atiqah yang naik angin.

“ Tiqah..! Sudahlah, tu Encik Syafiq tengok tu…” Cepat-cepat Ayu mengambil batu di tangan Atiqah yang sedang menyinga. Bimbang dia kalau anak bujang Puan Eryna kembali semula ke situ. Atiqah menoleh melihat Syafiq yang berdiri di beranda.

“ Aku baling muka dia kang…!” Jerit Atiqah. Cepat-cepat Ayu menarik Atiqah . Entah mimpi apa malam tadi. Tak pasal-pasal kena jadi pekerja pembersih kolam renang pulak hari tu. Ayu dan Atiqah meninggalkan Hotel sambil menyumpah-yumpah Syafiq.

“ Tapi Tiqah, handsome giler si Syafiq tu kan…”  Atiqah pantas berpaling merenung wajah bulat Ayu. Tiba-tiba sahaja kedua belah tangannya terus mencekik leher Ayu.

“ Tiqahhhhh…!”




2 comments: