Saturday, April 12, 2014
Seharum cinta Suraya ( Bab 6 )
//www.facebook.com/groups/129896221730/doc/?id=10150264187396731
Sudah empat bulan Suraya menjalani kehidupan barunya. Datin Marini mahu
Suraya menetap di Vilanya sekaligus bertindak sebagai Pembantu Peribadinya. Suraya
akur memandangkan ketulusan hati Datin Marini yang bersungguh menerima
kehadirannya.
Suraya telah mula berubah dari seorang gadis kampung yang sering hidup dalam
derita kepada seorang gadis yang ceria. Penampilannya juga semakin anggun.
Kesemuanya hasil tunjuk ajar Datin Marini. Walau Suraya sudah berubah dari segi
fizikal namun Suraya masih tetap Suraya yang dulu. Dia tidak pernah lupa asal
usulnya. Adab sopan dan sembahyang lima waktu tetap dijaga. Itulah sifat semulajadi
Suraya yang amat menambat hati Datin Marini.
Datuk Karim yang selama ini tidak pernah lekat di rumah sudah mula sering
pulang. Suraya merasa tidak enak dengan suasana itu. Tambahan pula dia dapat
merasakan Datuk Karim menyimpan niat yang tidak baik terhadapnya. Setiap soroton
mata lelaki itu penuh makna. Suraya dapat merasakannya.
Datuk Karim memang ada hati pada Suraya. Lelaki mana pun bila melihat Suraya
pasti tergoda. Suraya mempunyai tarikan semulajadi. Walau tanpa make-up Suraya tetap
jelita. Kulitnya mulus dan gebu. Jarang sekali kecantikkan seperti itu dimiliki oleh
wanita lain. Bentuk tubuhnya sempurna dan langsing. Walau memakai pakaian menutup
seluruh tubuh namun Suraya tetap kelihatan seksi. Anugerah Ilahi itu diwarisi dari ibunya
yang berketurunan Melayu Siam . Bukan sahaja Datuk Karim malah semua lelaki di
syarikatnya merasa teruja melihat Suraya. Ramai juga yang menagih cinta Suraya.
“ Awak boleh menjadi lebih dari Setiausaha, Suraya “ Datuk Karim menyoroti wajah
Suraya yang diam seribu bahasa. Sesungguhnya Suraya merasa jengkel dengan kehadiran
Datuk Karim di pagi yang bening itu. Datuk Karim begitu terpesona dengan kecantikkan
semulajadi Suraya.
Tubuh Suraya yang disaluti kebaya hitam berbunga merah itu sungguh
mendebarkan hati . Suraya membiarkan Datuk Karim menahan perasaan sendiri.
Tangannya ligat menyediakan meja untuk sarapan pagi. Walau Vila mewah itu sudah ada
dua orang pembantu rumah, Suraya tidak pernah berlagak sombong. Baginya dia
tetap menumpang, dia tetap melakukan kerja–kerja rumah walau sudah berulang kali
Datin melarang. Suraya sedar dia bukan ‘ Mem ‘di rumah itu.
“ Saya dah biasa Datin, tak sedap biarkan mereka buat kerja untuk saya “ Datin Marini
hanya mampu mengelengkan kepala dengan sikap Suraya.
Datuk Karim masih memerhatikan gerak geri Suraya. Dia seperti tidak peduli
akan kehadiran Mak Nab dan Sulastri yang turut berada di dapur. Sulastri mencebikkan
bibir ke arah Mak Nab. Menyampah dia melihat kelakuan gatal Datuk Karim.
“ Awak nak jadi model Suraya ?” Suraya terkejut dengan kata-kata Datuk Karim.
Namun dia masih membisu dan terus melakukan kerja tanpa menghiraukan lelaki separuh
umur yang biang keladi itu.
“ Cakap saja jangan malu hari ni pun awak boleh dapat , just say yes I’ll do it for you “
Datuk Karim mengekori langkah Suraya yang keluar masuk dapur ke ruang makan.
“ Jangan sia-siakan kejelitaan awak Suraya , awak boleh buat duit dengan kecantikkan
awak tu “
Suraya tetap membisu. Datin Marini muncul di pintu dapur. Datuk Karim tidak
menyedari kehadiran isterinya.
“ Come on Su, kalau tak mahu di sini di luar negara pun saya boleh aturkan untuk Su,
asalkan Su setuju. “ Suraya yang sedang mengatur cawan di dalam dulang menjeling
seketika ke wajah Datuk Karim. “ Gila dia ni…” Rungutnya.
“ Bolehkan…”
Suraya semakin meluat dengan gelagat miang lelaki tua itu. Suraya
mengangkat dulang yang berisi cawan lalu berpaling dan, dia kaget seketika melihat
Datin Marini yang berdiri berpeluk tubuh di muka pintu. Serta merta hatinya dilanda
kebimbangan. Dia takut Datin tersalah anggap. Datuk Karim juga terkejut melihat
isterinya. Dia berdehem beberapa kali dan memutar kepala paip berpura-pura mencuci
tangan.
“ Kenapa you balik, selama ni jangankan muka you, bayang you pun susah nak nampak
di rumah ni “ Datin Marini bersuara menyindir Datuk Karim yang kelihatan serba salah.
“ Pagi-pagi dah nak cari pasal, salah ke I balik ke rumah sendiri ? “ Datuk Karim keluar
ke ruang tamu. Dia mencapai akhbar di atas meja.
“ Ini bukan rumah you Karim “ Datuk Karim tidak jadi menyelak akbar. Dia merenung
wajah Datin Marini yang kelihatan tenang.
“ Sejak bila pandai mengaku harta sendiri ni ? “ Menyirap darah lelaki separuh abad itu
dengan kata-kata berani yang keluar dari mulut isterinya. Tidak disangkanya Datin
Marini yang selalu lembut hati itu berani berkeras sedemikian.
“ Sejak I tau niat buruk you “ Datin Marini tidak berganjak. Dia tahu bila-bila sahaja
Datuk Karim akan memukulnya seperti selalu.
Dahulu dia memang berdiam diri apabila tangan Datuk Karim naik ke mukanya. Tapi
sekarang dia nekad akan melawan meski nyawanya tergadai. Dia berazam akan menyingkirkan
lelaki durjana itu dari hidupnya.
“ Eloklah you dah tau, I balik ni pun sebab nak you tandatangan cek ni “ Datuk Karim
mengeluarkan sekeping cek dari kocek pijamanya lalu di campak cek tersebut di atas
meja. Datin Marini mengambil cek itu.
“ What ?! Tiga ratus ribu, you nak buat apa duit ni “ Dada Datin Marini berombak
kencang. Dia mengusap-gusap dadanya.
“ I nak guna duit tu, tak kan semua yang I buat nak report pada you. “
“ Of course, sebab I pemegang saham terbesar syarikat.” Datuk Karim ketawa sinis
dengan kata-kata Datin Marini.
“ Jangan banyak soal tandatangan aje “
“ No…” Tegas Datin Marini. Datuk Karim merasa tercabar.
“ Okey, I nak perempuan tu…”
“ Perempuan mana ? “ Jantung Datin Marini semakin kencang berdegup. Dia meraba
botol ubat di kocek pijamanya.
“ Perempuan yang you pelihara tu “
“ Apa ! Suraya ?” Datuk Karim mencekak leher Datin Marini.
“ Tandatangan atau beri I perempuan tu “
“ You dah gila ! “ Datin Marini menjerit. Datuk Karim menolak Datin Marini ke sofa.
“ Ingat Marini you tak kan lama berkuasa, ikut cakap I, atau serahkan perempuan tu “
Datin Marini terpaku.
Dia tidak mungkin akan menyerahkan Suraya kepada lelaki durjana seperti Datuk
Karim. Menyerahkan Suraya bermakna menghancurkan hidup Suraya. Dia tidak mungkin
melakukan itu hanya untuk kepentingan wang ringgitnya. Datin Marini mencapai pen di
atas meja. Cek berjumlah tiga ratus ribu ringgit itu ditandatanganinya segera. Datuk
Karim tersenyum puas. Hajatnya sudah tercapai. Dia meninggalkan Datin Marini tanpa
sepatah ucapan. Dasar lintah darat…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment