
Bab 1
“Urgwaaaa…” Luas mulutku ternganga menguap. Cepat-cepat aku tutup dengan tapak tangan. Takut lalat ingat pintu gua pulak nanti. Aku mengosok-gosok mata yang separuh layu mengantuk. Sudahlah bangun lewat. Subuh aku pun sudah jauh tersasar. Sedar-sedar sudah jam lapan. Perjumpaan dengan Profesor Zameer malam tadi berlarutan hingga ke pukul dua pagi. Banyak yang aku mahu tanyakan. Berderet-derat soalan yang terpaksa dijawab oleh Profesor Zameer. Nasib baiklah Profesor separuh umur itu baik hati melayani setiap pertanyaan ku dengan sabar. Namun segala persiapan untuk berangkat sudah pun aku bereskan. Aku menarik nafas lega.
" Lara masih boleh hubungi saya bila-bila masa...Insyallah.." Aku mengucapkan terima kasih di atas kerjasama Profesor Zameer. Dia adalah sumber rujukkan yang paling baik bagi aku.
" So..bila nak pergi.."
" Within this week Prof..."
" Okey go on I know you can do it..." Kata-kata Profesor Zameer sedikit sebanyak meneguhkan keyakinan aku untuk melakukan yang terbaik. Apa pun aku harus yakin dengan kemampuan diri. Bak kata Profesor Zameer 'Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya'. Aku mengucapkan selamat malam sebelum memandu pulang.
" Take care Lara...well good luck" Ucapan terakhir dari Prof. Zameer. Agak teruja juga aku bila ditawarkan untuk menyertai satu ekspedisi. Mohan, editor Majalah Kembara beriya-iya meminta aku mengikuti ekspedisi ini. Sudah hampir tiga bulan aku menjadi penulis sambilan di Majalah Kembara. Semua artikel yang aku tulis berkaitan dengan kajian purba. Kata Mohan ini peluang baik untuk aku mencuba merealisasikan apa yang aku pelajari. Peluang untuk mencabar keupayaan sendiri.
Aku akan memulai suatu anjakkan paradigma di dalam kerjaya pilihanku. Aku menarik nafas lega berbaur bangga dengan pencapaian diri sendiri. Namun kebanggaan yang masih punya batasan iman. Tekadku tidak sekali-kali kebanggaan ini akan aku pamerkan di dalam diari wujudku. Aku hanya bersyukur kerana telah mampu menjadi insan yang agak kuat berpegang pada kemahuan diri selagi kemahuan itu tidak melanggar batas-batas agama.
Aku mengerling ke arah jam di dinding. Kelam kabut aku melompat ke bilik mandi. Usai mandi aku bersiap macam Charlie Caplin. Kurung moden biru muda pantas kucapai. Memandangkan hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari.
“ Orang kerja opis kena pakai baju kurung kalau hari Jumaat..” Terngiang-ngiang kata-kata Kak Ton Clenning Service di Pejabat Majalah Kembara. Walaupun aku bukan pekerja opis sepenuh masa, tapi aku masih suka berbaju kurung ni. Lipstik merah jambu kegemaranku kuoles ke bibir. Rambutku yang panjang mengurai kubiarkan begitu sahaja. Sedikit perfume Enchanteur Charming aku sembur di pangkal lengan dan leher. Aku sebenarnya sudah agak terlambat untuk seisi taklimat. Pantas aku sambar kunci kereta. Sedikit kelam kabut menuju pintu. Segera aku keluar dan mengunci pintu. Seketika kemudian pintu ku buka kembali..emmm..beg pula tertinggal. Kali ini aku pastikan betul-betul bahawa tiada apa lagi yang tertinggal. Beg ada,rumah sudah berkunci dan kunci kereta ada di tangan. Hemmm..aku menghela nafas lega.
Seisi taklimat sedang berjalan ketika aku melangkah masuk ke bilik Audio Visual Majalah Kembara. Sebenarnya aku terlambat lima belas minit dari waktu yang ditetapkan. Aku sempat mengutuk-gutuk diri sendiri . “ Kenapalah kau bangun lambat Lara..buat malu je..” Bisikku dalam hati. Terpaksalah aku menebalkan muka. Menghadap sebahagian wajah-wajah yang aku tak kenal pun.
" Maaf terlambat sikit " Semua mata memandang ke arahku. Seketika bilik audio visual di pejabat Majalah Kembara itu disergah sepi.
" Lara! ! " Arghhh...aku sedikit lega lambaian dari Laila yang mengamit dari tempat duduk di atas sana memecah sepi tadi. Segera aku mengorak langkah menuju ke arah Laila dan Syanie, dua orang teman baik aku semenjak dari bangku sekolah lagi. Namun tiba-tiba langkah aku disekat.
" Maacam ni student kesayangan Prof Zameer.. very good belum apa-apa dah tunjuk perangai .." Seorang wanita separuh umur yang agak "vouge" bersuara dengan nada menyindir. Terkesima aku seketika sambil mata ku membulat memandang ke arahnya. Agak malu juga aku ditegur begitu. Apa boleh buat memang itu salah aku.
" Siapa dia tu..? " Tanya ku setelah duduk di sisi Laila dan Syanie.
" Entah.. family penaja ekspedisi ni kut..yang kau ni apa hal lambat sangat, kau pergi mana, aku dah cakapkan hari ni ada taklimat..." Aku tersengih-sengih memandang Laila.
" Jem lah.." Selamba aku menjawab.
" Dah tak ada jawapan lain ke..dah basilah jawapan tu.." Aku senyum sahaja sambil cuba untuk menumpukan perhatian ke arah seisi taklimat. Namun dalam hati kecil aku menyimpan sedikit ketidak puasan hati terhadap wanita yang menegur aku tadi. " Taulah aku salah tak payah nak sindir-sindir.." Tanpa sedar mulut aku mengomel sendiri. Seketika aku sedari ada sepasang mata yang melirik di bangku sebelah. Aku cuba tersenyum kepada si empunya mata yang melirik itu, tapi senyuman aku langsung tidak berbalas. " Emmmm...padan muka aku.." bisik ku sendiri.
Selesai sahaja seisi taklimat aku terus menarik tangan Laila dan Syanie. Niat di hati aku mahu segera meninggalkan bilik audio visual itu. Namun niat terhalang apabila Mohan, Editor Majalah Jelajah tiba-tiba memanggil aku.
" Lara..ada satu lagi tugas untuk kau.." Dia menghulurkan satu gulungan skroll dan sebuah peti besi kecil yang kelihatan agak antik kepada aku.
" Kami baru mendapatkannya dari peguam Datuk Hassan Basir..satu lagi petunjuk..mungkinlah saya pun tak pasti, harap awak dapat tengokkan.." Seorang lelaki separuh baya dengan perawakkan yang agak menarik bersuara memberikan penjelasan. Aku menggangguk kepada lelaki itu. Memang aku belum kenal ahli-ahli ekspedisi yang lain setakat ini. Aku meneliti gulungan skroll tersebut. Aku dapati skroll itu ditulis dengan menggunakan bahasa Mesir kuno. Terdapat beberapa simbol kuno yang mungkin tidak difahami oleh mereka semua ini. Justeru akulah penyelesai kepada masalah ini dan kerana itu jugalah aku dibayar untuk tugas ini. Baru sahaja aku hendak membuka mulut tiba-tiba..
" Hebat sangat ke perempuan ni..I macam tak yakinlah..tengok ajelah datang pun lambat..boleh ke dia buat kerja, I rasa bukan sembarangan orang boleh selesaikan tugas macam ni..kita perlukan orang yang betul-betul berpengalaman.. " Semua mata tertumpu ke arah wanita yang barusan tadi menemplak aku kerana datang lambat. Aku terkedu seketika. Rasa malu yang teramat sangat apabila diri dihina sedemikian rupa.
" Dia dah selesaikan petunjuk yang pertama.." Lelaki separuh baya tadi bersuara seakan menyebelahi aku.
" Adli..tolonglah..dia ni tak nampak menyakinkan..jangan kerana Prof Zameer yang cadangkan dia, kita terima macam tu aje, I tak boleh terimalah.." wanita tadi masih tetap tak berpuas hati dengan aku.
" Zahara..kita bukan perlukan orang yang hebat untuk tugas ni..tapi kita perlukan orang yang tahu mengenai selok belok kerja-kerja menterjemah bahasa purba kuno..dan dia dah buktikan dia boleh diandarkan..jadi tolonglah jangan komen apa-apa dulu..ingat apa yang diberitahu pada kita semalam, kalau dia boleh selesaikan petunjuk ni..Insha Allah masalah lain pun dia mampu selesaikan..okey.." Wanita tadi mendegus kesal. Aku biarkan sahaja dia dengan rasa marahnya.
" Ini simbol kelahiran dalam bahasa Mesir kuno..ada kod rahsia untuk membuka peti besi ni..mungkin tarikh lahir atau tarikh keramat si pemilik peti besi ni.."
Masing-masing cuba memberikan segala tarikh-tarikh yang dirasakan boleh membantu. Namun tiada satu pun yang berjaya menewaskan peti besi comel tersebut. Berkali-kali pula wanita sombong tadi menemplak aku kerana semua andaian aku salah belaka. Aku hanya membiarkan sahaja gelagatnya yang menyakitkan hati itu. Sedang mereka tercari-cari tarikh atau nombor-nombor keramat untuk membuka peti itu, aku mulai terfikir pernah satu ketika dulu aku melihat peti seperti itu di rumah seorang pengumpul barang-barang antik di Gurun Kedah. Aku difahamkan peti seperti itu khas untuk pengantin perempuan yang dihadiahkan oleh keluarga si suami.
" Maaf saya nak tanya Datuk Hassan Basir ada berapa isteri..?"
" Isteri Datuk Hassan seorang je..kenapa awak nak jadi isteri kedua dia ke..tadi dah cuba tarikh lahir isteri dia tapi tak boleh.." Amboi perempuan ni, mulut tak ada insuran langsung, Hisssss...dah kecil aje perempuan ni aku tengok..kalau tak sabar makan penampar perempuan ni.
"Mungkin bapa kepada Datuk Hasan..ada isteri lebih dari satu " Aku harap teori aku ni betul jadi tak payahlah aku dengar perempuan sombong ni menghina aku lagi.
" Moyang saya ada tiga isteri.." Jawab lelaki yang agak sombong kerana tidak membalas senyum aku tadi. Aku minta umur ketiga-tiga isteri tersebut. Aku berdoa semoga teori aku tepat. Akhirnya...tikkkk..terbuka juga peti besi comel tersebut. Alhamdullilah.. Ada sekeping kertas bertulis nama orang-orang yang harus kami cari dan negeri atau tempat yang harus kami tuju untuk mendapatkan petunjuk berikutnya. Rasa-rasanya ekspedisi ini lebih kurang macam Amazing race. Cuma bezanya kami tidak bertanding dengan mana-mana kumpulan yang mana kami harus bertanding dengan tarikh atau jangkamasa yang diberi iaitu minimum satu bulan dan maksimumnya dua bulan dari tarikh perjalanan kami bermula. Emmmm..jadi apa lagi lets start the engine ! Huhuhu....
Bab 2
Beberapa hari sebelum berangkat aku mengambil keputusan untuk balik ke Johor sebentar. Lagipun aku rindu untuk bertemu dengan saudara-saudara aku di rumah anak-anak yatim Sri Murni. Terbayang wajah Ibu Mariam yang lembut. Semenjak bermastautin di rumah anak-anak yatim Seri Murni, Ibu Mariamlah yang menjadi penganti ibu kandung ku. Ibu meninggal ketika aku berusia 12 tahun kerana serangan jantung. Aku anak tunggal. Aku tidak pernah kenal siapa ayah aku kerana aku hanya hidup berdua dengan ibu sehinggalah ibu meninggal dunia. Aku diambil oleh Ibu Mariam iaitu pengasas Rumah Anak-anak yatim Seri Murni. Aku membesar di situ bersama sepuluh orang anak-anak yang senasib dengan aku. Aku bernasib baik kerana diberi peluang menuntut ilmu. Kini aku antara anak-anak yang berjaya mengenggam Ijazah dan berkerjaya cemerlang. Syukur ke hadrat Illahi.
Kehadiran aku disambut meriah oleh penghuni rumah anak-anak yatim tersebut. Ibu Mariam memeluk erat tubuh ku. Wajahnya sudah semakin dimamah usia. Banyak kedut-kedut mula menghiasi tiap ruang wajahnya. Namun kehangatan kasih sayang Ibu Mariam tetap segar murni setulus hatinya.
" Lama ke Lara pergi kali ni..sudah tu kerja macam mana..?" Soal Ibu Mariam sambil menyenduk nasi.
Aku menghidu kelazatan gulai lemak ikan patin yang terhidang di atas meja. Terliur sungguh melihat lauk pauk hasil air tangan Ibu Mariam. Ada ikan kering, sayur kangkung goreng belacan dan sambal godok iaitu sejenis sambal tumbuk masyarakat Jawa.
" Lara ambil cuti tanpa gaji sebulan..bayaran kali ni agak lumayan sebab tu Lara tak nak lepaskan bu.." Aku membantu Ibu Mariam membancuh air sirap limau. Sengaja aku rahsiakan cerita sebenar yang telah terjadi pad ku. Aku tidak mahu Ibu Mariam tahu masalah aku.
" Sudah elok-elok jadi doktor, sambung pula belajar lagi..Lara tak penat ke asyik belajar saja..bila pula nak kahwin ni..kawan-kawan Lara dah ada anak dua tiga..Lara aje yang masih membujang.." Aku tesengih memandang Ibu Mariam. Memang cerita pasal kahwin inilah selalu menjadi topik perbualan apabila sesekali aku menziarahi Rumah anak-anak yatim Seri Murni.Seperti biasa soalan itu aku biarkan tanpa jawaban...
Hening pagi itu terasa sedikit sayu. Pusara ibu kelihatan begitu syahdu. Ditemani kicauan beburung, aku bersimpuh sendirian. Ku hadiahkan untuk ibu surah Fatihah dan surah yasin. Airmata gugur mengiringi kesayuan hati. " Lara rindukan ibu..rindu sangat bu.." Tidak mudah bagi insan seperti aku menjalani setiap saat hari-hari ku tanpa kehadiran ibu. Hidup sebatang kara tanpa saudara apalagi lelaki bergelar ayah. Aku tidak pernah menikmati saat-saat indah yang dinamakan sebuah keluarga
kandung selepas pemergian ibu.
Sungguhpun berada di tengah-tengah keluarga besar Seri Murni, namun kesepian tetap sahaja mencengkam. Tetapi aku redha dengan nasib aku. Inilah yang tersurat untuk aku sejak azali. Aku tidak harus terlalu merunggut. Apa yang harus aku lakukan ialah jalani hidup ini seadanya. Aku bersyukur kerana setakat ini aku berjaya melalui segala onak duri pahit getirnya hidup dengan keyakinan bahawa Allah sentiasa bersama aku.
Ku tinggalkan pusara ibu. Ku tinggalkan Seri Murni. Kembali mengharungi hidup yang penuh perjuangan di kota metropolitan. Aku sendirian namun Allah sentiasa dan akan selalu ada disetiap helaan nafas aku. Semoga sahaja perjalanan hidup aku akan berakhir indah seperti yang selalu aku khayalkan.
Bab 3
Aku khusyuk menghadap game candy crush di sudut ruangan menanti di balai menunggu. Pernerbangan di tunda selama setengah jam akibat masalah teknikal. Apa lagi candy crushlah penyudahnya. Aku mengangkat muka mencari-cari kelibat Syanie dan Laila. Baru sahaja tadi terdengar gelak-gelak mereka di sebelah aku, sekarang sudah lesap..huh..macam kilat. Ini tak lain mesti ke wash roomlah gamaknya. Sahabat-sahabat rimba aku ni bukan boleh lepas dari make-up. Mata mesti comel,bibir mesti merah seksi dan pipi pula tak boleh kalau tak ditepek bedak. Huh..nasib baik memang mereka ni comel-comel belaka. Masing-masing sudah berpunya. Aku tersenyum sendiri. Aku ni jarang bersolek mungkin tak ada yang minat. Atau mungkin bayangan Zain masih sukar untuk meninggalkan galeri fikiran aku. Oppss..games end..aku mendegus, agak sukar juga untuk melepasi level 245 ni..ahhhh..boleh tention jadinya.
" Hai..khusyuknya menghadap tablet tu..owhhh...candy crush ya.." Aku sedikit tersipu. Encik Adli datang menyapa lalu mengambil tempat bersebelahan aku. Aku sempat menjeling ipad di tangannya.
" Hahaha..Ooooo...Encik pun peminat candy crush ke.." Selorohan aku disambut gelak oleh Encik Adli. Terserlah lesung pipit yang menghiasi pipinya. Dia agak kacak walau sudah dipertengahan usia. Aku menconggak-conggak sendiri usia lelaki ini,mungkin sekitar 40-han.
" You dah level berapa..? "
" Emmm..baru level 245 encik..ni pun dah dekat seminggu tak lepas-lepas geram jugalah saya.."
" Wahhh..terrornya saya baru sampai level 100 ni..kalau macam ni boleh add sayalah..saya pun tak ramai kawan nak main ni..." Encik Adli tersenyum memandang aku.
" Owhh..boleh apa salahnya tak ada hal encik boleh aje.." Encik Adli tertawa lagi. Memang murah dengan ketawa dan senyuman lelaki ini. Aku agak menyenangi lelaki ini. Sifatnya yang peramah dan suka buat kelakar menjadikan aku tidak merasa canggung untuk berborak dengan dia. Lama kami berborak sesekali ketawa kami memecah suasana apabila timbul cerita lucu dari Encik Adli. Sedang asyik kami berbual tiba-tiba terdengar pengumuman dari pegawai bertugas. Penerbangan kami akan berlepas sebentar lagi. Cepat-cepat aku menelefon Laila kerana sedari tadi mereka belum muncul lagi. Seketika kemudian barulah nampak budak-budak berdua tu tercunggap-cunggap datang menghampiri aku.
" Korang ke mana ni.." Tanya aku sambil buat-buat masam muka. Syanie meraih tanganku. Di tepeknya dua bar coklat cadbury di tapak tanganku. Huk..alohhh..patutlah pergi shopping rupanya. Aku senyum..manis senyuman aku semanis coklat di tanganku. Seronok dapat coklat free huhuhu...
Destinasi pertama kami ialah Fhilipina. Dari Manila kami akan ke Pulau Palawan atau bahasa omputehnya Palawan Island. Aku ada seorang rakan facebook dari Fhilipina Stefanie Afilfer namanya. Kami sering chatting bila ada masa terluang. Menurut Stefanie datuknya berasal dari Pulau Palawan. Pulau ini memang terkenal dengan cerita lanunnya. Malah sampai ke saat ini aktiviti perlanunan masih menjadi favourite para lanun di sana...emmm..dah memang lanun mestilah melanun tu aktiviti favourite mereka..yea..tak..
Bila difikir-fikir kecut juga. Manalah tahu kalau-kalau aku kena culik dek lanun nanti. Siapalah yang nak selamatkan aku. Nak harapkan si Laila dengan si Syanie diorang ni dengan siput pun takut apa lagi nak berdepan dengan lanun. Emmm..habislah aku..
" Hoi.."
" Ooiii.. Lanun! " Mak oii..terhanjat boboi. Membulat biji mata aku memandang Syanie yang menyergah aku.
" Lanun-lanun..apa kau ni kau fikir apa...tu Encik Hairie tanya tu.." Cepat-cepat aku menoleh ke sisi. Lelaki yang tidak mahu membalas senyuman aku tempohari sedang memerhatikan aku.
" Yea..encik ada apa..? " Agak kelam-kabut aku dibuatnya. Itulah siapa suruh kau berangan tadi..diculik lanunlah apalah menyusahkan betul aku ni.
" Saya tanya..tiket you dengan I..you dapat sit sebelah I .did you want to change or what..? " Huh...betul ke..cepat-cepat aku belek tiket di tangan..betullah..
" Owhh..sorry errr.. yes..err no..errr..okey boleh tukar tempat duduklah saya tak kisah.." Hendak sahaja aku menepuk mulut sendiri...yang kau tergagap-gagap ni apa hal.
" Hemmm..okey nanti you ambil sit I..you duduk sebelah Hanes sebab I nak duduk sebelah Hairie.." Wanita anggun yang penuh lagak..kelmarin aku diperli-perlinya. Tiba-tiba sahaja memberi arahan kepada aku, dah macam cikgu besar dia ni. Aku mengangguk sahaja. Apa kau orang fikir aku kisah sangat nak duduk dengan sesiapa, asal tak duduk di tempat bagasi sudah. Nak duduk sebelah pilot pun aku tak kisah cik Jah..! Itu pun nak kecuh sangat. Si Hairie ni pun bukan main berlagak. Apa kau fikir aku hadap sangat nak duduk sebelah kau. Setakat muka kau yang macho, handsome, kulit hitam manis, badan sasa tu aku kisah sangat. Emmmm...bukan main lagi aku ni, mengambarkan kekacakan mamat berlagak ni..kata tadi tak kisah....
Di dalam pesawat aku cuba beramah mesra dengan gadis manis bernama Hanes yang ditakdirkan duduk sebelah aku. Emmm...dia agak sombong sikit. Aku mencongak-congak sendiri mungkin usia gadis ini sekitar belasan tahun. Soalnya dia nampak agak muda remaja. Selepas bersalaman dia terus menghadap tingkap memandang ke luar. Aku mengangkat kening ke arah Laila dan Syanie yang menoleh ke arah aku. Mereka mencebik ke arah Hanes yang masih memandang ke luar jendela. Aku tunjuk penumbuk ke arah dua orang sahabat rimba aku. Terkekeh-kekeh mereka ketawa.
" Lara..I nak ingatkan you...hati-hati dengan Zahara..dia tu gila...." Aku tersentak. Tiba-tiba Hanes bersuara sambil matanya tidak lepas dari memandang ke luar jendela. Apa maksud gadis manis ni. Baru sahaja aku mahu membuka mulut untuk bertanya, aku lihat Hanes sudah memejam mata sambil menyumbat ear-phone ke lubang telinganya. Emmm...aku biarkan sahaja kenyataan itu tanpa penjelasan. Aku turut menyumbat ear-phone ke telinga dan memejamkan mata sama seperti gadis drastik di sebelah aku ni...
Sementara dengan mata terpejam ini aku masih mengimbas kembali kata-kata Hanes tadi. Apa yang dia maksudkan. Benarkah Zahara itu gila. Baru keluar dari Tampoikah dia, atau gila-gila. Kalau gila-gila, aku pun sama. Aku benar-benar tidak faham. Langsung tidak faham. Namun begitu ada terselit rasa cuak dan agak cemas di dalam hati. Aku beristigfar dan berdoa semoga apa jua yang bakal aku lalui nanti akan dapat aku tempuhi dengan tabah. Sering aku terhidu sesuatu yang bakal aku tempuhi. Namun aku tak tahu apakah dia sesuatu itu.
Aku terlelap akhirnya. Aku tersedar bila terasa bahu aku digerakkan. Aku membuka mata. Hanes menunjukkan isyarat supaya aku mengenakan tali pinggang keselamatan kerana pesawat akan mendarat. Huh..dah sampai ke..macam sekejap je..Sejurus pesawat mendarat kami bersiap-siap untuk turun. Anak mata aku terpanah seketika ke arah pasangan dua sejoli. Mesranya Zahara yang berpaut di bahu Hairie. “Ekspidisi aje, bukan honeymoon pun.” Gumam aku sendirian. Macam semak aje di ruang mata melihat gelagat mereka berdua.
Ketika keluar dari Manila International Airport cuaca agak mendung tambahan dalam suasana remang senja. Angin bertiup agak kencang. Sebuah van berwarna putih berhenti di hadapan kami. Aku difahamkan van itu akan membawa kami ke hotel. Baguslah aku pun sudah letih duduk dalam pesawat tadi. Kami tiba di sebuah hotel sederhana. Masing-masing diberikan kunci kamar oleh Encik Adli yang bertindak sebagai ketua ekspedisi.
" Kita akan bertolak esok ke Pulau Palawan..check out jam 9 pagi so..jangan ada yang bangun lambat pula.." Encik Adli bersuara mengingatkan sebelum ahli-ahli ekspedisi hilang ke dalam kamar masing-masing. Aku, Laila dan Syanie mengambil keputusan untuk makan maggie sahaja di dalam kamar hotel. Masing-masing malas hendak keluar.
Aku menongkat dagu di bahu jendela. Menikmati pemandangan malam di kota Manila.Sebuah kota yang begitu sibuk dengan kenderaan bertali-arus. Aku mencongak-congak sendiri pasti Zahara dan Hairie sedang leka berpimpinan tangan menikmati malam di Manila. Pasangan bercintalah katakan. Aku mendegus.. tiba-tiba anak mata aku terarah kepada sesusuk tubuh di bawah hujung jalan. Hairie sedang berdiri sambil menyeluk poket. Dia memandang ke arah aku yang sedang tercongok di jendela. Aku dapat lihat dia tersenyum lantaran lampu-lampu jalan di situ yang terang. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Mungkin dia tersenyum pada seseorang di kamar sebelah. Sebelum aku pula yang perasan nanti. Sudahlah kelmarin senyum aku tidak berbalas. Malu setahun aku gamaknya. Tapi semua daun kamar jendela yang lain tertutup rapat cuma jendela kamar aku sahaja yang terngangga. Aku lihat lelaki itu masih di situ memerhati. Siapa yang diperhatikannya tidak pula aku pasti. Cepat-cepat aku tutup daun jendela. Lantaklah kau nak senyum pada siapa pun. Janji aku tak perasan.
" Kenapa ni..tergesa-gesa aja tutup tingkap apa kau nampak.." Sapa Laila yang sedang berbaring. Aku senyum.
" Ada langsuir tadi duk senyum sokmo kat aku...hehehe.." Aku rebahkan badan sambil berselubung selimut tebal.
" Kau biar betul mak cik...oiii..betul ke..?" Aku biarkan Laila mengomel sendiri. Aku dengar Syanie berdengkur. Saja aku buat-buat berdengkur juga. Malas hendak melayan nenek kebayan seorang ni. Akhirnya kami semua terlena hingga ke pagi.
Bab 4
Tepat jam 9 semua ahli ekspedisi sudah berkumpul di lobi hotel. Aku merasa segar setelah dapat tidur dengan nyenyak sekali. Syanie, Laila dan Ajip yang bertugas sebagai jurukamera bebas Majalah Kembara, sedang mendengar taklimat dari Mohan editor majalah Kembara. Mereka akan membuat liputan serta menulis untuk majalah mereka mengenai perjalanan ekspedisi ini.
Sedang aku leka memerhati sekeliling, muncul seorang lelaki dari pintu besar hotel. Kelihatan Encik Adli bersalaman dengan lelaki tersebut. Begitu juga dengan yang lain-lain. Aku tertanya-tanya sendiri siapakah lelaki ini. Dia turut mengalas beg kembara. Atau mungkin dia juga salah seorang peserta ekspedisi.
" Lara..! " Aku menoleh ketika terdengar nama ku diteriak. Encik Adli mengamit aku agar bergabung bersama-sama mereka. Segera aku ke situ. Aku diperkenalkan kepada lelaki tadi. Namanya Michael Cheng seorang jurupandu yang berpengalaman. Dia berasal dari Malaysia, tapi kini menetap di Manila. Kami diupah mengikut kepakaran kami. Cuma bezanya Michael sudah banyak pengalaman sedangkan aku baru sahaja memulakan kerjaya ini. Setakat ini aku cuma terlibat dengan ekspedisi bersama pelajar kampus atau mengkaji tempat-tempat bersejarah untuk menyiapkan assigment. Sekali sekala kami ada juga menghadiri kerja-kerja mencari gali.
Eksepedisi kali ini juga berbeza kerana motif dan tujuan utama kami adalah untuk mencari harta peninggalan arwah bapa Datuk Hassan iaitu moyang kepada Hairie. Aku difahamkan pada lewat tahun 50-han moyang Hairie telah disahkan hilang di perairan Borneo. Dia adalah seorang hartawan yang memiliki banyak aset seperti tanah, perniagaan dan juga kapal. Dia telah hilang selama beberapa tahun sebelum pulang semula ke pangkuan keluarga di Malaysia. Khabarnya moyang Hairie ini telah mengalami amnesia atau hilang ingatan. Justeru ingatan beliau kembali pulih beliau kemudiannya terus pulang.
Sebelum diculik dia telah mengamanahkan harta berupa sebuah kapal yang penuh dengan muatan barang-barang berharga kepada 3 orang kepercayaannya yang berasal dari 3 buah negara iaitu Fhilipina, China dan India. Khabarnya kapal berharga itu telah disorokkan di suatu tempat. Orang-orang kepercayaan moyang Hairie telah melukis sebuah peta menunjukkan di mana kapal tersebut disembunyikan. Ada beberapa rakan niaga beliau yang berniat hendak merampas kapal tersebut. Demi untuk
mengelirukan mereka maka orang-orang kepercayaan beliau telah melukis dan menulis
peta serta skroll-skroll di dalam beberapa bahasa purba. Mereka ini sebenarnya adalah pencari-pencari harta karun yang mahir di dalam bidang sejarah dan kaji purba. Moyang Hairie bersama ke tiga-tiga orang kepercayaannya itu sering mengembara ke serata dunia untuk mencari harta karun.
Moyang Hairie cuma sempat bertemu dengan salah seorang dari tiga rakan beliau. Manakala dua lagi sudah meninggal dunia. Ketika bertemu dengan salah seorang orang kepercayaannya itupun, dia sedang nazak. Dia hanya sempat memberitahu bahawa peta itu telah di bahagi kepada tiga bahagian demi untuk mengelakkan kapal itu ditemui musuh. Satu daripada keratan peta dan juga sebuah skroll ada di dalam simpanannya. Manakala selebihnya dia sendiri tidak tahu di mana. Kerana telah terpisah selama puluhan tahun dengan rakan-rakan yang lain.
Maka kami sekarang diupah untuk mencari kapal tesebut. Dengan hanya berpandukan cebisan peta dan gulungan skroll berbahasa purba, kami diberi kepercayaan untuk mencari harta peninggalan moyang Hairie ini. Oleh sebab bayaran yang bakal aku terima agak lumayan maka aku cuba mengalas tanggungjawab ini. Emmm...it's all about money..siapa yang tidak mahu duit beb...Manakala pasukan Syanie dan Laila hanya mengambil kesempatan dari ekspedisi ini untuk tugasan majalah mereka
" Okey lets go everyone.." Kami mulai bergerak. Van putih semalam sudah sedia menanti. Kami di bawa ke lapangan terbang. Aku difahamkan kami akan menaiki pesawat domestik yang kecil untuk ke Pulau Palawan. Aku agak teruja juga untuk menjejakkan kaki di pulau itu. Ramai pelancong berpendapat Pulau Palawan atau terkenal dengan panggilan El-Nido itu sangat indah. Pesisir pantainya antara yang tercantik di dunia. Pulau ini terletak di rantau MIMAROPA. Bandarayanya dikenali sebagai Puerto Princesa.
Pesawat kecil yang kami naiki berkapisiti 4 hingga ke 40 orang penumpang sahaja. Di sini pesawat kecil seperti ini dipanggil Baling-baling.Untuk menaiki pesawat ini pula tidaklah semudah menaiki pesawat boeing 747 atau pesawat antarabangsa lain. Apa yang harus kami lakukan ialah menimbang berat badan serta bagasi di kauter check-in. Hah..! Bayangkan di kaunter itu berat badan kami akan dilaung kuat setelah ditimbang. OMG...! Gila ke apa..malu beb..! Berat ditimbang untuk menentukan tempat duduk. Semua ini dilakukan untuk mengimbangi pesawat yang agak kecil dan ringan itu.
Sekali lagi aku ditakdirkan akan duduk bersebelahan Hairie. Namun aku menunggu Zahara memberi arahan agar aku duduk di tempat lain. Beberapa ketika aku menanti arahan itu. Tapi ternyata kali ini tempat duduk telah ditetapkan dan tidak boleh diubah kerana telah ditimbang berat badan tadi. Aku rasa nak tergelak. Kali ini samada kau suka ke atau tidak Hairie, kau terpaksa juga duduk dengan aku. Mungkin kau menyampah dengan aku tapi siapa tahu takdir akan terus bermain dengan kita.
Memang pesawat ini kecil. Aku rasa bas ekspress lagi besar dan canggih dari pesawat ini. Hairie mengambil tempat duduk di tepi tingkap sesuai dengan nombor tiket. Aku duduk di sebelah. Aku melirik ke arah Zahara yang duduk di bangku hadapan. Seketika dia menoleh sambil menjeling aku. Aku tersenyum sendiri. Aku tahu dia marah. Tapi apa yang hendak dirisaukan, lelaki di sebelah aku ni anak C.E.O Permata Holding sementara kau tu pula Zahara cantik dan seksi tak mungkinlah boyfriend kau ni boleh terpikat pada aku yang bukan siapa-siapa ni. Aku tergelak sendiri. Tanpa aku sedari lelaki di sebelah aku dari tadi memerhatikan aku yang tersenyum sendiri macam orang sasau.
" Kenapa ketawa sendiri ni..apa yang lucu sangat..?" Dia bersuara. Amboi...macam garang je suara dia. Aku terkedu sambil mencari-cari jawapan yang sesuai.
" Tak adalah mana ada saya ketawa..encik salah dengar kut.." balas ku acuh tak acuh. Aku tahulah kau tu bos tapi takkanlah aku nak ketawa pun tak boleh. Suka hati akulah. Sebenarnya aku tidak pasti kenapa aku mesti menyampah dengan Hairie. Mungkin sebab dia adalah pacar perempuan anggun dan angkuh itu. Atau mungkin sebab dia tidak membalas senyum aku tempohari. Emmm..entahlah yang pasti lelaki di sebelah aku ni memang "Arrogant".
Setelah terbang selama lebih kurang satu jam, kami mendarat di Caticlan. Sebuah bandar sederhana besar. Keadaan di lapangan terbang ini agak berbeza dengan mana-mana lapangan terbang domestik di Malaysia. Bangunannya agak sederhana dan kecil.
" Ni kauter ke warung cik kiah..Lara..? " Aku tertawa dengan soalan Syanie.
" Ini kaunter merangkap warung cik kiah agaknya..." Kami tergelak lagi. Bukan niat untuk mengutuk negara orang. Tetapi suasana seperti ini memang tak akan jumpalah di Malaysia. Kami difahamkan lagi bahawa ada penganggkutan awam yang akan membawa kami ke pelabuhan menuju ke Boracay. Tapi tunggu punya tunggu masih tidak kelihatan juga pengangkutan awam yang dimaksudkan
" Kita kena tunggu baling-baling ni terbang dulu..sebab penganggkutan awam tu cuma akan hadir di saat baling-baling sudah pergi.." Mike menjelaskan. Mungkin sedari tadi dia mendengar rungutan kami. Oleh kerana itu dia menjelaskan tanpa diminta.
" Kenapa nak tunggu baling-baling pergi..? " Soal Laila pula.
" Sebab kenderaan awam tu guna jalan yang sama dengan baling-baling ni..ini saja jalan menuju ke pelabuhan.." Penjelasan itu membuat kami ternganga seketika. Boleh pula begitu. Maksudnya pesawat dan kenderaan berkongsi jalan darat yang sama. OMG..sungguh aneh. Tapi itulah dunia tak semua tempat sama.
Agak lama juga kami kena menanti baling-baling ini terbang. Soalnya pesawat ini harus menunggu penumpang cukup barulah mereka boleh berangkat. Emmm...macam teksi pula yea..Sementara menunggu baling-baling terbang semula aku dan Syanie melepak di bawah sebatang pohon rendang yang terdapat di tepi landasan. Laila dan Ajip sibuk mengmbil gambar untuk tugasan mereka. Aku pasti cerita baling-baling dan suasana di sini akan diadaptasi dengan begitu menarik nanti. Laila seorang penulis yang hebat. Buat ketika ini si Mek sebelah aku ni masih goyang kaki. Tugas dia belum bermula. Syanie lebih kepada penulisan tentang sosio-budaya merangkap pengkritik makanan. Memandangkan kami pun belum makan makanan tempatan di sini, secara rasmi tugas Syanie juga belum bermula.
Cuaca agak panas, namun berangin. Aku membuka talian internet. Pantas jariku login ke facebook. Ada 4 orang friend request. Tiap-tiap hari ada sahaja orang hendak berkawan dengan aku di facebook. Kadang-kadang aku accept kadang-kadang aku biar sahaja. Aku tergelak apabila salah seorang dari mereka adalah HARRY POTTER. Gambar profile pun muka Harry Potter. Aktif bermain game candy crush. Ok..bolehlah aku accept dia lebih ramai kawan untuk candy crush lebih mudah untuk aku melepasi setiap level. Upssss...Harry Potter tadi sedang onlinelah. " Thanks for accepting me " Muncul text darinya. " You are most welcome.." balas ku.
Seketika kemudian muncul lagi text dari dia. " You are beautiful " pujinya. Emm..biasalah lelaki. " Thanks " balas ku sepatah. Kemudian senyap. Aku lega. Malas hendak melayan text dari lelaki. Lain tak ada puji-puji tapi sudahnya puji ada makna. Emmm...dah biasa dah.. Aku menoleh ke sisi. Syanie lena berdengkur kecil.
Di tempat macam ni pun kau boleh tidur...Syanie..Syanie..aku tergelak kecil. Aku memandang sekeliling. Anak mata terlekat pada sesusuk tubuh yang sedang duduk di bangku bersebelahan kaunter. Dia agak leka dengan I-Phone canggihnya. Sedang berfacebook atau chatting mungkin. Tiba-tiba text muncul lagi..
" Kenapa you suka ketawa sendiri..? " Eh..Melayu rupanya si Harry Potter ni. Tapi macam mana dia tahu aku sedang ketawa sendiri. Pelik..
" Awak nampak ke saya ketawa..?" balas ku. Beberapa ketika aku menanti balasan darinya. Tapi senyap sahaja. Pelik punya orang...gumam ku. Saat itu baling-baling mulai bergerak untuk meninggalkan landasan. Aku kejut Syanie.
" Baling-baling dah terbang.." ujar ku.
" Emmm..biarlah dia terbang aku ngantuklah.." Aku ketap bibir. Geram pula melihat si mek ni.
" Kau bangun tak..baling-baling dah pergi jangan kau pulak yang aku baling nanti..!" Secepat kilat Syanie bangkit sambil tersengih-sengih. Tahu pula bangun kau yea..Beberapa minit kemudian menderu-deru beberapa buah kenderaan awam yang dimaksudkan oleh Mike tadi. Kenderaan kecil berupa tricycles yang cuma boleh muat dua orang penumpang di dalam satu kenderaan. Kami bingkas menaiki kenderaan itu. Debu-debu berterbangan di sana sini. Aku menutup hidung. Bimbang tersedut habuk. Aku menoleh ke sisi, Syanie menutup keseluruhan mukanya.
" Kau kenapa Syanie..lemas nanti.." Tegur ku.
" Biar lemas asal kulit muka aku tak kena habuk.." Jawabnya. Aku tergelak sendiri. Aku toleh kiri kanan. Manalah tahu si Harry Potter tadi nampak aku gelak sendiri. Atau mungkin dia guna kamera google. Kalau tidak macam mana dia boleh tahu aku sedang ketawa sendiri. Eh..tapi aku lupa satu hal. Bukankah dia Harry Potter si budak magik. Pasti dia guna magiknya. Hahaha..aku gelak lagi.
Bab 5
Perjalanan berdebu dan sedikit mencabar, itulah tanggapan ku. Adakalanya perjalanan agak menegangkan terutama bagi pengembara-pengembara baru seperti aku. Ini disebabkan medan jalanannya yang agak sempit dan tidak menentu. Adakalanya menuruni curam ataupun melalui jalan yang berkelok tajam. Rasa-rasa macam naik roller coaster jugalah. Memang aku ada rasa was-was, ngeri dan takut. Tapi sempat juga aku memerhati keliling. Suasana di kiri kanan agak sibuk dengan para pejalan kaki dan peniaga. Seperti sebuah kampung di filem-filem yang biasa aku tonton di layar perak. Seperti filem "Renegade".
Setelah menempuh perjalanan yang berliku itu kami sampai di pelabuhan. Dari situ kami harus menaiki bot untuk ke Pulau Boracay. Menurut Encik Adli di sanalah kami bakal bertemu dengan salah seorang cucu teman kepada arwah moyang Hairie. Berkemungkinan petunjuk yang kami cari berada pada dia. Menurut skroll ini ada satu ukiran berbentuk logo kepunyaan kapal yang kami cari. Ukiran itu telah diukir di atas permukaan batuan di salah sebuah gua yang terletak di pulau Iling-Iligan. Emmm..macam Gilligan Island sahaja bunyinya.
Kami tiba di Jeti Pulau Baracoy menjelang petang. Perjalanan yang meletihkan. Tidak sabar rasanya untuk mencari tempat penginapan. Turun dari bot masing-masing berwajah lesu.
" Sayang...I letih sangat ni..jom cari hotel ke resort ke I nak mandi ni.." Rengek Zahara sambil memeluk lengan Hairie. Hairie melepaskan pautan Zahara dari lengannya. Seketika dia menoleh ke arah kami yang sedikit leka menonton adegan manja-manja itu. Serentak kami berpura-pura melihat-lihat keliling. Berpura-pura tidak nampak adegan tadi. Aku terlihat ada riak kurang senang di wajah Hairie.
" Sayang cepatlah.." Rengek Zahara lagi. Waktu itu aku telah pun berjalan melintasi mereka berdua. Agak mual aku mendengar rengekkan manja itu. Cepat-cepat aku menapak melintasi mereka. Tidak semena-mena pula kaki aku tersandung papan jeti yang agak terjongket.
" Opocottt..mak kau !" Hampir tersungkur aku. Pantas Hairie menarik lengan aku dan menahan aku dari tersembam ke lantai jeti. Fuhhh...nasib baik kalau tidak mahu nyonyor bibir aku terhentak papan lantai.
" Maaf encik saya tak sengaja..." Cepat-cepat aku melangkah pergi. Hairie diam tanpa suara. Zahara pula...emmm...tak berani aku nak pandang dia. Menyesal pula aku mengejek-ejek mereka di dalam hati tadi. Padan dengan muka aku. Allah bayar tunai depan mereka pula tu. Macam itulah kalau di hati ada niat tak baik. Memang patut pun kalau aku tersungkur tadi. Cepat-cepat aku beristigfar mohon ampun dari Allah S.W.T
" Kita ke White Beach dulu cari tempat rehat..perut pun dah lapar ni " Ujar Encik Adli. Semua bersorak gembira bila dengar tempat rehat. Untuk ke White Beach kami harus menaiki kenderaan awam kerana jaraknya agak jauh dari jeti Boracay. Mike menahan beberapa tricycles di jalanan. Segera kami menaiki kenderaan itu. Setibanya kami di pantai White Beach masing-masing terpegun dengan keindahan yang terbentang di depan mata. Indah betul pantai di sini. Pasirnya lembut dan putih bersih. Air laut yang membiru dan tenang memang mempersona sekali.
" Cantiknya ! " Teriak Laila. Tidak sabar-sabar dia menarik Ajip untuk mengambil gambar suasana di situ. Sementara dia sendiri merakam dengan video kameranya. Terdapat banyak juga hotel –hotel di sepanjang pantai ini. Perkhidmatan spa juga ada disediakan. Mike membawa kami ke sebuah hotel yang agak cantik. Hotel itu betul-betul berhadapan dengan laut yang membiru.
" Well guys..kita check-in di sini dulu..I hope you all gonna love this place" Ujar Mike mengenyit mata kepada aku. Aku senyum sahaja. Mike sangat peramah sama seperti Encik Adli. Aku juga tidak merasa kekok bila bersamanya. Setelah mendapat kunci kamar, aku, Syanie dan Laila mula menapak menaiki tangga. Sebelum sempat aku menaiki tangga tangan aku di sambar dari belakang. Tersentak aku dibuatnya. Zahara memandang tajam tangannya mengcengkam kuat lengan aku.
" Kau sengajakan tadi jatuh depan Hairie sebenarnya kau memang nak goda dia kau ingat aku tak tahu niat kau.." Aku mengerutkan dahi. Belum sempat aku menjawab, tubuh aku sudah didorong kuat menyebabkan aku hilang keseimbangan badan. Terjelepuk aku jatuh di anak tangga.
" Heyyy..!" Syanie menjerit kuat. Jeritan itu cukup untuk menarik perhatian orang-orang yang berada di kaunter hotel. Masing-masing menoleh ke arah kami. Zahara cepat-cepat berlalu pergi. Sementara Hanes merenung tajam kepada aku. Aku bangkit dibantu oleh Syanie dan Laila.
" Apa masalah dia ni.." Soal Syanie tidak puas hati. Aku merasa kesakitan yang teramat sangat di pergelangan kaki. Aku cuba untuk memijak lantai tapi rasa sakit menusuk hingga ke tulang. Aku bimbang sekiranya tulang di pergelangan kaki aku patah atau terseliuh. Pasti sukar untuk aku meneruskan perjalanan nanti.
" Kenapa ni..Lara kenapa dengan kaki awak..?" Encik Adli dan yang lain-lain sudah tercegat di situ. Aku cuba buat muka selamba walau sakit menusuk.
" Tadi Cik Za.."
" Syanie ! " Cepat-cepat aku memotong kata-kata Syanie. Aku tidak mahu menimbulkan apa-apa masalah. Kalau benar Zahara mahu mencari geruh dengan aku maka aku hanya akan berdepan dengan dia tidak dengan yang lain-lain. Lagi pula agak memalukan sekiranya mereka tahu kenapa Zahara menolak aku sampai jatuh. Aku belum sedia menjatuhkan maruah diri walaupun diri aku telah di tolak jatuh.
" Tak ada apalah Encik..saya tergelincir di tangga ni..kami naik dululah ya.." Aku paksa kaki melangkah. Sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Sesampai di kamar, Laila terus mengeluarkan krim minyak unta yang memang selalu dibawa ke mana-mana. Disapunya di pergelangan kaki aku yang sakit.
" Terseliuh agaknya Lara.." Ujar Laila. Aku cuba periksa pergelangan kaki aku sendiri. Aku tekan sedikit ensel tulang buku lali. Arghhh..sakitnya. Menangani pesakit lebih mudah dari menangani diri sendiri yang sakit. Bila diri sendiri yang sakit kita biasanya lebih berhati-hati dek rasa sakit yang kita alami. Tetapi setiap kali aku menangani kes-kes trauma di hospital aku lebih berani kerana aku tidak merasa sakit. Doktor juga manusia biasa boleh sakit boleh terluka.
" Okeylah nanti baiklah ni..tak ada tulang patah terseliuh pun aku rasa tak, salah urat sikit ni.." Syanie menarik nafas lega mendengar kata-kata aku.
" Tapi kenapa Cik Zahara buat macam ni..aku tak faham..." Aku pandang muka Syanie. Riak wajahnya mengambarkan perasaan geram.
" Tadi waktu di jeti kaki aku tersandung papan jeti, aku hampir-hampir saja jatuh tapi Encik Hairie sempat tarik aku..itulah sebabnya Zahara marah sangat dia fikir aku nak mengoda Encik Hairie.." Ujar aku menerangkan sebab musabab sebenar yang membuatkan singa betina itu mengamuk.
" Owhhh...tapi aku tak nampak pun kau jatuh " Syanie mengaru kepala.
" Aku tak jatuh tapi hampir jatuh.."
" Kenapa tak beritahu kita orang..kau ni kita orang nak juga tengok adegan romatik tu.." Aku ketap bibir. Laila ketawa besar. Amboi..macam nak kena saja si mek ni..
" Kau jangan nak tambah sakit aku ni..romantik apanya dengan "Mr.Arrogant" tu..dahlah sombong berlagak tak kuasalah aku.." Aku mendegus.
" Mr.Arrogant..amboi dah ada gelaran untuk dia nampak.." Laila dan Syanie mulai gelak-gelak. Aku tarik nafas. Ku rentap bantal guling di sisi pantas melayang ku lempar ke arah mereka. Gelak tawa mereka semakin galak.
" Janganlah marah cik Lara kita orang main-main aje ni..tapi apa salahnya kalau Mr. Arrogant tu minat pada kau..handsome tu..hahaha.." Aku tarik muka empatbelas. Ku capai tuala mandi. Dengan kaki terdengkut-dengkut aku melangkah ke kamar mandi. Syanie dan Laila masih tergelak-gelak mengusik. Aku jelirkan lidah sebelum menghilang ke dalam kamar mandi.
Namun di fikiran sempat juga terbayang kejadian di jeti tadi. Masih terasa jari-jari dia mencengkam lengan aku. Tapi kalau dia tak tarik aku memang dah tertonggenglah aku jawabnya. Ada juga terlintas di hati untuk mengucapkan terima kasih. Tapi rasanya baik tak payahlah. Terbayang wajah Zahara yang garang macam singa. Tadi ditolaknya aku kalau aku buka mulut bercakap dengan si Arrogant tu...emmm..entah apa yang jadi pada aku nanti. Silap-silap lebam biji mata aku.
Bab 6
Cuaca cerah dan berangin pagi itu menyambut kehadiran kami di gigi pantai. Bot yang akan membawa kami ke pulau Iling-Ilingan telah sedia menanti. Semalam Encik Adli sempat menemui cucu teman arwah moyang Hairie. Pagi ini dia akan menemani kami untuk mencari petunjuk atau mungkin logo kapal yang telah di ukir oleh moyang Hairie. Syanie dan Mohan tidak akan bersama aku kali ini kerana tugasnya telah pun bermula. Syanie perlu menyiapkan assigmentnya di sekitar White Beach sahaja. Manakala Laila dan Ajib ditugaskan mengikuti team aku untuk assigment mereka.
Aku lihat keliling mencari kelibat Cik Zahara. Tidak kelihatan dia di mana-mana. Ketika kami mula melangkah memanjat badan bot. Terdengar nama aku dilaung.
" Kak Lara !" Aku menoleh ke arah suara tersebut. Hanes tercunggap-cunggap berlari mendapatkan aku. Aku agak terkejut juga bila Hanes memanggil aku kakak. Sedangkan sebelum ini dia jarang bersuara malah senyum pun susah. Aku kembali ke pantai mendapatkan Hanes.
" Kenapa Hanes ?" Tanya aku agak cemas. Hanes segera memegang tangan aku.
" Hanes ikut kakak.." Katanya. Belum sempat aku menjawab Hairie datang menghampiri aku dan Hanes.
" I told you to stay.." Ujar Hairie kepada Hanes.
" No..Hanes ikut !" Bentak Hanes. Aku termanggu seketika melihat pertengkaran mereka.
" Just stay with Zahara..will you..?" Suara Hairie tegas namun lembut. Aku mengaru kepala. Sedang tangan aku masih erat di gengam Hanes.
" Hanes kata Hanes nak ikut..tak faham ke?" Hairie menarik nafas. Ada riak geram di wajahnya. Hanes segera menarik tangan aku dan berlari menuju ke bot.
" Hanes ! " Teriak Hairie.
" Encik Hairie..tak apalah nanti saya jaga Hanes..!" Teriak aku pula ketika itu Hanes sudah pun memanjat bot. Aku sebenarnya tidak faham duduk perkara. Tetapi Hanes bertegas untuk mengikut aku jadi terpaksalah aku menurut sahaja. Lagi pula apa salahnya Hanes ikut bukankah dia salah seorang ahli ekspedisi ini. Apa yang melantun-lantun di dalam kepala otak aku, apa hubungan Hanes dengan Hairie. Arghhh...biarlah itu bukan urusan aku.
Angin bertiup agak kencang menbuatkan rambut aku berkibar seperti bendera. Aku ikat bandana di kepala. Aku lihat Hanes juga sibuk membetulkan rambutnya yang panjang mengurai di tiup angin. Aku keluarkan satu lagi bandana.
" Hanes nak ikat ni macam kakak tak..?" Aku unjukkan bandana merah jambu kepadanya. Hanes mengangguk. Aku ikat bandana di kepalanya.
" Thanks Kak Lara..." Ujar Hanes memandangku. Aku menunjukkan isyarat "OK". Ketika itu bot sudah mulai bergerak. Aku mengambil kesempatan menikmati keindahan yang jarang-jarang dapat aku nikmati ini. Aku snap beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan. Air laut membiru dan amat jernih sekali. Memang betullah apa yang dikatakan oleh pengunjung-pengunjung yang pernah datang ke Pulau Boracay ini. Mereka kata inilah syurga dunia.Agak mengujakan jugalah perjalanan ke pulau Ilig-Iligan ini. Selain pemandangan yang indah, aku dan Laila tak sudah-sudah berfoto. Aku tarik Hanes untuk berfoto dengan aku. Mulanya dia masam sahaja. Namun beberapa ketika aku dapat lihat senyuman mula terukir di bibirnya.
" Hanes..just enjoy the trip okey.." Aku berbisik ke telinganya. Hanes senyum kemudian dia memandang tajam ke arah Hairie yang sedari tadi memerhati di hujung bot. Muka Hanes kembali masam. Aku garu kepala yang tidak gatal. Aku tidak tahu apa yang terjadi di antara mereka berdua ini sebenarnya.
" Hanes kenapa ni...takut ya kalau Encik Hairie marah..tak apa nanti kalau dia marah Hanes Kak Lara cepat-cepat tolong.." Ujarku.
" Cepat-cepat tolong..? macam mana tu..? " Soal Hanes.
" Macam Superman..nanti Kak Lara terbang..wuhuuu...selamatkan Hanes.." Aku meluruskan tangan seperti Superman. Hanes ketawa terkekeh-kekeh. Aku rasa seronok lihat Hanes ketawa. Dia nampak sangat comel. Alangkah indahnya kalau aku punya adik seperti Hanes. Sudah pasti hidup aku tidak akan sunyi. Sudah pasti aku tidak hidup sebatang kara seperti sekarang. Diam-diam dalam hati aku mulai menyayangi gadis manis ini. Kalau diizinkan, aku ingin sekali menganggapnya seperti adik sendiri. Aku rangkul bahu Hanes mesra. Hanes senyum. Kami ketawa bersama deruan angin yang menerjah muka.
Setelah beberapa jam membelah lautan biru, kami akhirnya sampai di pulau Iling-Iligan. Pulau yang sangat indah memukau pandangan mata. Pulau ini kelihatan sedikit sepi. Tidak kelihatan pun ada pelancong yang melepak santai di pasir yang putih bersih itu. Tidak seperti di White Beach. Mat salleh, minah salleh bertebaran di merata pantai dengan bikini mereka. Hendak berjalan-jalan di tepi pantai pun rasa malu. Aku lihat ada rumah-rumah kecil yang diperbuat dari buluh dan batu bata. Mungkin resort atau rumah para penduduk di pulau itu.
Kami mengorak langkah meredah pantai untuk ke gua. Menurut Bugoy cucu teman arwah moyang Hairie, terdapat beberapa buah gua di situ. Mereka memanggilnya sebagai gua kelawar kerana banyak kelawar di dalamnya. Kelawar aku tidak kisah sangat jangan ular sudah. Jauh juga kami menapak. Letih dan peluh mulai membasahi baju. Habis sebotol air mineral aku minum. Aku memimpin tangan Hanes yang juga nampak keletihan.
" We stop here..take a break.." Ujar Encik Adli. Mungkin dia faham kami kepenatan. Aku duduk di batuan. Laila masih sempat mengambil gambar. Hanes menyeringai keletihan.
" Hanes are you okey..?" Hairie menghampiri Hanes. Dia mengunjukkan sebotol air minuman kepada Hanes. Hanes merengut kasar botol minuman di tangan Hairie. Cepat-cepat dia memalingkan tubuhnya. Hanes naik ke atas batu dan duduk di sebelahku. Hairie hanya memandang. Ada riak hampa di wajahnya. Aku mulai curiga terhadap Hairie. Kenapa dia beriya-iya sangat terhadap Hanes. Bukankah dia sudah ada Cik Zahara sebagai kekasih hati. Apa pula yang dilakukannya terhadap Hanes sehingga Hanes kelihatan begitu membencinya. Macam ada yang tak kena ni..getus hati aku.
Perjalanan disambung kembali. Untuk sampai ke gua kelawar kami harus menempuhi hutan kecil dan belukar. Beberapa kali juga aku tertonggeng bila kaki aku tersandung akar dan banir pokok.
" Lara perlukan pertolongan ke...?" Mike menghulurkan tangan. Mungkin dari tadi dia asyik nampak aku jatuh tersungkur. Aku senyum dan mengeleng kepala.
" I ada di belakang you just be careful.." Ujar Mike. Aku beri isyarat okey. Setelah beberapa ketika Bugoy memberitahu kami sudah mulai boleh mencari ukiran tersebut. Ada kemungkinan ukiran itu terdapat di luar atau di dalam gua. Soalnya tidak ditulis maklumat yang tepat di dalam scroll. Terpaksalah kami mencari di serata tempat. Aku, Laila dan Hanes hanya mencari di luar. Aku sebenarnya tidak berani untuk masuk ke dalam gua. Aku takut terserempak dengan si panjang. Beberapa jam kami mencari namun masih juga tidak berjumpa.
" Aduh...mana daaaa..agaknya dah pudar ukirannya.." Runggut Laila. Aku masih mencari-cari. Aku panjat batu sana, aku panjat batu sini, tetap tak jumpa juga.
" Apa daa..yang dia tulis kat batu buat apa...tulis ajelah kat kertas bukan ke senang nak mencarinya.." Runggut Laila lagi.
" Wei..kalau tulis kat kertas tak ada seni sebab tu dia ukir kat batu memang berseni sangatlah...sampai sakit sendi-sendi aku mencari sebab berseni sangat.." Geram juga aku. Bukan sikit punya batu daaaa mahu cari.
" Lara ! " Aku dengar nama aku dilaung. Mike berlari menghampiri.
" We found something there..I rasa you patut tengok.." Ujar Mike tercungap-cungap kepenatan. Aku menarik tangan Hanes. Kami segera berlari ke tempat yang di maksudkan oleh Mike tadi. Hairie menanti di situ.
" Inside.." Kata Mike menunjuk ke arah pintu gua. Alamak..seriau aku melihat gua ini. Aku sangat takut kalau-kalau terserempak dengan ular kerana biasanya di dalam gua seperti ini memang tempat tinggal si panjang itulah. Aku garu kepala yang tidak gatal. Rasa tidak tentu arah. Berkira-kira samada hendak masuk atau tidak.
" Lara..!"
" Owhh..mak kau ulaq panjang..!" Terkejut aku bila Mike menepuk bahu aku. Tersembur latah aku. Semua yang ada di situ ketawa. OMG malunya aku.
" Jadi you takut ular ya..jangan risau I sudah masuk..clear tak ada ulaq pun.." Ujar Mike dengan nada mengusik. Aku senyum walau sedikit kelat.
" Hanes you stay here..Laila you pun stay dengan Hanes..Ajib tolong jaga diorang boleh..?" Hairie bersuara. Ajib mengangguk.
" Hanes nak ikut kak Lara..!" Hanes membentak. Aku lihat Hairie menarik nafas.
" Just stay Hanes..!" Keras nada suara Hairie kali ini. Hanes memasamkan muka.
" Hanes tunggu dengan kak Laila ya..kak Lara pun takut nak masuk entah apa yang ada kat dalam tu.." Ujar aku memegang tangan Hanes. Hanes mengangguk.
" Take care kak..!" Teriak Hanes. Aku tunjuk isyarat OK dan segera mengekori Mike juga Hairie. Aku berdoa semoga sahaja tidak akan bertemu si panjang.
Aku teragak-agak juga ketika hendak melangkah masuk ke pintu gua. Apa lagi dengan suasana yang gelap. Aku terbayang siri dokumentari National Geografic di kaca tv. Biasanya ular-ular akan melingkar di lekuk-lekuk dinding gua yang lembab. Aku sudah mulai rasa seram sejuk. Aku berhenti di muka gua. Mahu sahaja aku lari saat itu. Tetapi aku sedang menjalankan tugas sekarang. Masakan aku mahu lari dari tanggungjawab pula.
" Lara.." Hairie bersuara. Dia memberi isyarat supaya aku berjalan di hadapannya. Aku masih teragak-agak sedangkan Mike sudah jauh di depan. Hairie menanti. Ya Allah jauhkanlah aku dari mahlukMu yang aku geruni itu. Amin. Aku beranikan diri melangkah. Keadaan di dalam gua agak gelap. Hanya diterangi oleh lampu suluh Mike dan Hairie. Aku tidak berani memandang ke dinding gua. Semakin kami jauh ke dalam keadaan semakin gelap dan sempit. Aku rasa benar-benar terseksa dengan keadaan ini. Tiba-tiba Mike berteriak kuat.
" Jaga-jaga kelawar !" Tidak semena-mena segerombolan kelawar menerpa terbang ke arah aku. Aku menjerit ketakutan Hairie merentap badan aku hingga kami tertiarap ke lantai gua. Beberapa ketika kawanan kelawar tersebut lenyap entah ke mana. Hairie membangunkan aku. Rasa mengigil seluruh tubuh akibat terperanjat.
" You okey Lara..? " Hairie memandang aku. Aku anggukan kepala walau masih terkejut. Kami meneruskan perjalanan. Beberapa ketika kemudian kami sampai di satu tempat yang agak lapang dan terang. Aku mendongak ke atas ada lubang yang bersaiz sederhana. Cahaya masuk melaluinya. Encik Adli dan Bugoy sedang duduk di batuan. Kelihatan Bugoy sedang enak menghembus asap rokok. Nampak santai sangat dia. Tak pula dirembat dek kelawar. Boleh santai-santai begitu.
" Lara tengok ni.." Encik Adli menunjukkan kepada aku dinding gua di belakangnya. Aku merapati dinding gua itu. Memang ada tulisan berupa ukiran yang terdapat di situ. Aku mengamati seketika tulisan tersebut.
" Ini tulisan Mesir kuno...tapi ini macam satu kombinasi nombor " Aku membersihkan debu-debu di permukaan batuan itu dengan berus kecil yang sentiasa ada di dalam beg. Aku tarah lumut-lumut halus yang mengelilinginya. Aku mahu memastikan bahawa itu memang benar-benar satu kombinasi nombor. Akhirnya aku yakin memang benar itu adalah nombor. Aku salin dan menterjemahkan nombor-nombor itu. Aku serahkan kepada Encik Adli terjemahan nombor-nombor tersebut.
" Tapi apa maksud nombor-nombor ni..ada ditulis di dalam skroll ke Lara..?" Kesemua mereka memandang aku.
" Kita kena cari logo kapal sebenarnya...mungkin nombor-nombor ni ada kaitannya" Sebenarnya otak aku pun buntu ketika itu.
" Kita cuba cari lagi mungkin ada petunjuk lain di sekitar sini " Ujar Hairie kembali menunjau-ninjau di dinding gua. Aku melangkah, namun mata aku masih mengawasi sudut-sudut gua. Perasan bimbang ternampak si panjang masih menebal. Tiba-tiba kaki aku tersangkut sesuatu. Aku hilang pertimbangan lalu jatuh tersungkur.
" Hey..Lara are you ok..?" Mike menerpa. Arghhh..melecet tapak tangan aku tergesel dinding gua tadi. Encik Adli, Hairie dan Bugoy mengelilingi aku.
" Tangan you berdarah.." Mike menunding jari telunjuk ke tangan aku. Namun aku seperti terlihat sesuatu di hujung kaki. Aku cepat-cepat bangkit tanpa menghiraukan Mike. Aku amati benda itu. Kelihatan seperti gegelang penarik pintu.
" Encik tengok ni.." Aku tunjukkan apa yang ku temui itu kepada Encik Adli. Ketiga-tiga lelaki itu bingkas menerpa.
" Macam pintu...ok saya cuba tarik.." Encik Adli menarik gegelang tersebut. Begitu pintu itu terbuka habuk dan debu berterbangan di sana sini.
" Ini peti..ada satu lagi peti di dalam sini.." Encik Adli mengangkat peti tersebut.
Peti itu kelihatan seperti peti keselamatan. Biasanya orang-orang kaya akan menyimpan duit atau barang berharga mereka di dalam peti seperti itu. Untuk membuka peti tersebut mestilah ada kombinasi nombor diperlukan.
" This is the key.." Ujar Encik Adli tersenyum lebar sambil mengibar-gibar kertas yang tertulis kombinasi nombor tadi. Begitu nombor-nombor itu ditekan satu persatu, lalu terbukalah pintu peti besi misteri tersebut.
" Wuhoooo...!" Encik Adli berteriak riang. Masing-masing tersenyum lebar. Ada segulung kertas di dalamnya. Cepat-cepat Encik Adli membuka gulungan kertas itu. Sebuah lukisan kapal lengkap dengan lambangnya sekali. "PERMATA" tertera di kertas itu.
" Inilah kapal yang akan kita cari..ok guys congrats di atas penemuan ini." Encik Adli mengangkat tangan sambil tersenyum puas. Begitu juga dengan yang lain masing-masing tersenyum lebar. Maknanya fasa pertama pencarian kami sudah berjaya. Kini kami akan mengorak langkah untuk memasuki fasa kedua pencarian pula.
"Lara..tangan you berdarah tadi mari I balutkan " Mike menghulurkan tanganya.
" Tak apalah Mike sikit aje ni.." Aku mengesat kesan darah dengan tisu. Pedih sedikit tapi tidak mengapalah nanti aku minta minyak gamat dari Laila.
" Are you sure..?" Soal Mike. Aku mengangguk sambil tersenyum. Encik Adli dan Bugoy mulai berjalan keluar. Hairie menoleh sekilas ke arah aku dan Mike. Kami pulang ke White Beach dengan perasaan gembira. Rasa penat dan letih bagaikan hilang bila bertemu Syanie dan Mohan yang sedang menjamu selera di sebuah kedai makan sebaik sahaja kami tiba di pantai. Perut aku pun sudah berkeroncong. Apa lagi kami terus duduk dan membuat pesanan makanan. Sambil makan masing-masing rancak bercerita mengenai pengalaman tadi. Tiba-tiba aku teringatkan Zahara. Dari pagi aku tidak nampak dia.
" Aku tak nampak Cik Zahara dari tadi..?" Tanya aku sambil memandang Syanie yang sedang enak mengopak lobster di pinggannya.
" Kalau kau nak tahu dari pagi tadi dia memanjakan diri kat spa lepas tu duk lepak kat tepi pantai dengan topi besaq dia emmm...macam mem mat salleh.." Termuncung-muncung mulut Syanie bercerita.
" Owh..ya ke..emmm..bagus betul aku kat sana tadi siap kena kerumun kelawar dia boleh santai menyepa kat sini." Rungut ku.
" Betul betul betul...tapi menyepa tu apa.." Soal Laila.
" Menyepa tu pergi spa la.." Jawab aku sambil menyambar seekor udang harimau di pinggan Syanie.
" Hoi..copet.."
" Seekor je pun..kedekut.." Ku jelir lidah.
" Kebulurlah tu.." Ujar Syanie sambil menyambar fresh orange aku pula. Selesai makan kami berehat di kamar. Oleh kerana kepenatan yang teramat sangat aku tertidur sampai ke senja. Beberapa ketika terlelap aku tiba-tiba menyedari bahawa diri aku masih berada di dalam gua kelawar. Tapi aku sendirian. Cahaya yang tadinya terang kini sudah malap. Suasana sepi. Aku berteriak memanggil Syanie dan Laila. Bukankah tadi aku bersama-sama mereka. Aku keliru. Tiba-tiba aku terpandang ke dinding. Aaaaaaaa...!!! aku menjerit sekuat hati. Beberapa ekor ular sawa melingkar di sana sini dinding. Aku cuba berlari di dalam kegelapan. Beberapa kali pula kaki aku tergelincir lalu menyembah lantai gua. Dari jauh aku nampak susuk tubuh Hairie di pintu gua. Hairie berteriak memanggil aku.
“ Encikkkk...Encik Hairie tolong sayaaaaaa...." Tapi semakin lama susuk tubuh Hairie hilang entah ke mana. Aku berteriak lagi.
" Encik Hairieeeee..." Aku tersandung batu dan tergolek jatuh. Tiba-tiba badan aku ditepuk-tepuk.
" Woiiii...Lara..bangunlah kau mimpi ke mengigau ni..bangun..bangun.." Sakit pipi aku ditampar Syanie. Aku termanggu-manggu seketika.
" Encik Hairie mana..?" Soal ku kalut. Syanie dan Laila ketawa terbahak-bahak.
" Kau ni memang sahlah dah gila bayang kat Mr. Arrogant tu kan...sampai mimpi-mimpi ni..terjerit-jerit panggil Encik Hairie..Encik Hairie...hahahaha..." Aku pandang keliling. Mimpi rupanya aku tadi. Ingatkan betul-betul. Seram sejuk aku bila ingatkan mimpi aku tadi. Syanie dan Laila masih tergelak-gelak. Aku malas hendak melayan nenek kebayan berdua ni..aku capai tuala terus ke kamar mandi.
Bab 7
Jam sudah menunjukkan ke angka 11 malam. Tapi mata aku masih juga tak mahu lelap. Syanie dan Laila masih berteleku di hadapan laptop masing-masing menyiapkan tugasan. Aku bangkit menuang air ke gelas. Aku teguk air jarang sampai habis. Aku membuka tingkap. Suasana malam di tepi pantai agak gelap. Tetapi suasana di sekitar hotel masih terang benderang. Aku ambil keputusan untuk keluar bersiar-siar sebentar.
" Aku keluar sekejap ambil angin.." Ujar ku pada Syanie dan Laila yang sedang khusyuk menatap laptop.
" Emmm..baik-baik nanti balik jangan salah masuk bilik Encik Hairie pulak.." Jawab Syanie sambil disambut deraian ketawa Laila.
" Tak habis-habislah kau orang ni.." Cepat-cepat aku menutup pintu kamar. Aku berjalan ke luar hotel. Angin lembut menyapa wajah. Aku kemaskan jaket di tubuh. Aku menapak ke sebelah kanan hotel. Niat hati hendak duduk di bangku yang terdapat di situ. Tiba-tiba telinga aku terdengar suara perempuan menjerit. Tapi tenggelam timbul di bawa angin. Suaranya agak jauh nun di tepi pantai. Aku beranikan diri mendekati suara itu. Makin lama makin jelas kedengaran.
" I hate you..I hate you..! Rasanya aku kenal suara itu. Aku berlari anak mencari-cari dari mana datangnya suara itu. Aku terlihat seorang lelaki sedang memeluk seorang perempuan yang sedang meronta-ronta.
" Hanes..! ya Allah..Hanessss..!" Aku menjerit bila aku sedari bahawa gadis itu adalah Hanes. Aku rentap kuat tubuh Hanes. Hanes terkejut tapi segera dia merangkul tubuh aku. Aku tersentak apabila melihat lelaki yang memeluk Hanes tadi adalah Hairie. Aku leraikan tangan Hanes yang erat memelukku.
" Aku dah agak dah dari siang tadi lagi memang ada yang tak kena dengan kau ni..!" Perasaan marah aku membuak-buak. Aku hayun penampar tepat ke muka Hairie. Aku cekak leher bajunya.
" Kau ni memang jantan tak guna kau dah ada Zahara, sekarang budak ni pun kau nak try...kau ni memang melampau tau..!" Jerit aku. Aku tumbuk perut Hairie sehingga dia terjatuh. Baru sahaja aku mengangkat kaki hendak memijaknya. Terdengar Hanes berteriak.
" Kak Lara..itu papa Hanes..!" Aku menoleh ke arah Hanes.
" Mana..mana papa Hanes pergi panggil dia biar dia belasah jantan tak guna ni..!" Hanes menarik tangan aku. Namun kaki aku pantas menendang tubuh Hairie.
" Kak Lara..yang Kak Lara belasah itulah papa Hanes.." Hah..! Terbeliak biji mata aku.
"Ini..iii..ini..pappp..papa..Ha..Ha..nes ke..?" Tiba-tiba aku rasa darah di tubuh sudah kering seperti air yang disedut dari dalam sink. Hairie bangun sambil menekan perutnya.
" Hanes kenapa tak beritahu kakak dia papa Hanes..mati-mati kakak ingat dia nak rogol Hanes.." Perut aku makin kecut apabila muka Hairie berubah bengis. Aku rasa tidak tentu arah. Perasaan bersalah menyerbu. Kenapa begitu bodoh kau ni Lara. Bertindak melulu tanpa usul periksa.
" Hanes tak apalah kakak masuk bilik dululah ya..." Aku cuba nak cabut. Hairie menarik kasar lengan aku hingga rapat ke tubuhnya. Jarak muka aku dengan mukanya hanya sejengkal aku kira. Matanya tajam macam pisau menusuk anak mata aku.
" You know what..you are crazy..!" Bentaknya sambil menolak aku jatuh. Dia menarik tangan Hanes lalu pergi meninggalkan aku yang masih terduduk di pasir. Ya Allah...apa yang aku dah buat ni. Kenapa boleh jadi macam ni. Aku tidak tentu arah. Aku bangkit lemah. Kalaulah aku tahu Hairie papa Hanes sudah pasti hal ini tidak terjadi. Tapi apa boleh buat, nasi sudah jadi bubur. Sekarang tinggal tunggu masa untuk bubur itu dilempar ke muka aku.
" Waaahahaaa..waaaaaa..why me..why me..!!!" Aku menjerit melepaskan perasan. Aku rasa kalau pokok-pokok, batu-batu di sini boleh ketawa memang teruk aku kena ketawakan. Bodohnya akuuuu..!. Lama aku terduduk di situ mengenangkan kebodohan diri. Tapi niat aku baik. Aku sangka Hanes dalam bahaya. Aku mahu menggangap Hanes seperti adik sendiri. Tentulah aku tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku terhadap adik aku. Aku rasa kesal sangat dengan apa yang terjadi. Memang tidak sepatutnya aku menuduh Hairie sehina itu. Sudahlah begitu aku tampar, aku tumbuk perut dia. Kalau Hanes tidak menjerit tadi sudah aku pijak-pijak badan Hairie. Arghhhh...rasa gerun aku dengan tindakkan aku sendiri. Begitu ganaskah aku. Begitu gilakah seorang gadis bernama Lara Aina Adilla ini. Sanggup menuduh seorang bapa mahu merogol anaknya sendiri. Argghhhh....jahatnya aku. Memang patut pun dia kata aku perempuan gila. Aku melangkah longlai menuju ke hotel. Aku harap Syanie dan Laila dapat meredakan perasaan bersalah aku ini. Oh tuhan..!
Telahan aku meleset sama sekali. Bukan kelegaan yang aku dapat sebaik sahaja aku menceritakan apa yang terjadi tadi kepada Syanie dan Laila. Mereka berdua ternyata ketawa terbahak-bahak dan tergolek-golek.
" Kau orang berdua ni kan...tak membantu langsunglah...buat fikiran aku bertambah kusut " Aku tarik selimut menutupi seluruh tubuh.
" Sorrylah...kau ni pun satu Lara, kenapalah kau belasah dia sepatutnya kau tanyalah dulu"
" Aku tahulah aku salah" Aku menjawab dari dalam selimut. Kalau boleh aku tidak mahu keluar esok. Bagaimana mungkin untuk aku berhadapan dengan Hairie.
" Minta maaf ajelah habis cerita" Ujar Laila selamba. Aku keluar dari selimut.
" Kalau dia terima, kalau tak.." Syanie dan Laila serentak mengangkat bahu.
Bab 8
Destinasi seterusnya "Laluan Sutera" atau lebih popular dengan gelaran "Silk Road". Mencari keturunan Han Ghee Ming salah seorang dari dua teman moyang Hairie. Mengikut arahan di dalam skroll kami harus ke Xi'an. Bandar ini adalah bandar purba yang terkenal dengan penemuan arkeologi Terracotta Warriors and Horses. Perjalanan akan mengambil masa yang agak lama. Kami keluar dari Pulau Boracay menuju semula ke Manila, kerana kami akan menaiki pesawat China Airlines.
Bagi menjimatkan masa kami terus sahaja ke Manila Airport. Segala urusan tiket dan visa telah diurus oleh Encik Adli. Sesampai di Manila Airport kami diberitahu bahawa penerbangan ke Beijing hanya akan berlepas jam 6 petang. Ada dua jam lagi. Aku, Syanie dan Laila mengambil keputusan untuk lepak sahaja di lobi. Ajib juga turut serta. Manakala yang lain-lain masing-masing keluar berjalan-jalan di sekitar bandar Manila.
Aku seperti biasa hanyut di dalam Candy crush. Laila dan Syanie masing-masing chatting dengan buah hati. Ajib hanyut dibuai mimpi terlentok di bangku. Setelah habis nyawa di Candy crush, aku beralih ke facebook pula. Ada text di kotak pesanan.
" Hai..apa khabar" Emmm..text dari si Harry Potter. Selalunya aku memang malas untuk membalas text dari orang yang aku tidak kenal. Tapi entah kenapa hari ini jejari aku ringan sahaja membalas text dari si Harry Potter ni. Mungkin saat ini aku sedang galau.
" Tak berapa baik" Balas aku. Aku masih terfikir akan kejadian semalam. Aku belum berkesempatan untuk meminta maaf dari Hairie. Malah ketika Hanes cuba mendekati aku, pantas Hairie menarik tangan Hanes.
" Jangan dekat dengan Hanes..!" Katanya. Aku rasa sedih kerana aku dilarang bersama Hanes. Baru sahaja aku dapat merasakan kasih seorang adik. Seketika kemudian ada text masuk. Dari Harry Potter.
" Kenapa macam sedih aja ni"
" Dah buat salah kat orang " Balas ku.
" Minta maaflah..." Aku menarik nafas. Jawapan Harry Potter sama sahaja dengan jawapan Laila dan Syanie.
" Tak mungkin dia maafkan, sebab salah saya terlalu besar" Aku tidak tahu kenapa perasaan ini terlalu sakit. Aku tidak tahu kenapa hati ini berubah menjadi begitu emosi sekali. Aku tidak tahu kenapa sedih ini semakin menjadi-jadi. Aku rindukan Hanes.
" Why not you try...tak cuba tak tahu" Muncul lagi text dari Harry Potter.
" Tak tahulah tak boleh nak fikir" Aku tutup tablet sesudah membalas text. Aku kembali termenung.
Seumur hidup belum pernah aku memukul orang. Kadang-kadang aku terasa juga hendak menampar atau menumbuk mulut orang-orang yang sering mengata dan mengumpat aku. Tapi itu cuma bermain di fikiran sahaja. Yang mengumpat dan mengeji aku memang patutlah kalau aku tumbuk muka mereka. Sebab mereka memang melakukan kesalahan terhadap aku. Tapi kalau orang yang tidak bersalah seperti Hairie ini yang aku belasah, macam mana pula ceritanya.
Aku risau kalau-kalau Hairie akan mendakwa aku di mahkamah. Sudah tentunya aku disabitkan bersalah memukul orang tanpa sebab. Memang sahlah aku kena masuk penjara. Entah berapa bulan, entah berapa tahun. Kalau sudah masuk penjara nanti musnahlah kerjaya aku. Aku akan jadi banduan. Bila keluar penjara nanti aku akan dihina sebagai bekas banduan pula. Aduhhhh..! Rasa hendak menangis bila mengenangkan semua itu. Apa yang patut aku lakukan ni...Tiba-tiba bahu aku ditepuk. Aku menoleh..alamak..Hairie datang hendak menghumban aku ke penjara.
" Encik..maafkan saya encik..saya tak sengaja pukul encik semalam saya cuma nak selamatkan Hanes..itu aja encik..tolonglah jangan masukkan saya ke penjara encik..habislah saya kalau saya masuk penjara...tolong encik.." Aku merayu-rayu meminta belas kasihan dari Hairie.
" You ni dah kenapa...siapa yang nak masukkan you ke penjara..nah ambik ni tiket you berangan aja tak habis-habis..!" Ya tuhan...aku memandang keliling. Rupa-rupanya aku hanya berkhayal sahaja tadi. Aku merasa malu dengan tindak tanduk aku sendiri. Apa lagi terburailah tawa dari mulut Syanie dan Laila.
" Lara memang macam ni Encik Hairie, tidur mengigau kadang-kadang tak tidur pun mengigau" Aku menjegilkan biji mata ke arah Syanie. Hairie berlalu wajahnya masam sahaja. Aku mencebik. “ Arrogant “ Degusku perlahan takut didengarinya.
Segera aku ke wash room. Aku membasuh muka. Kemudian aku sapu sedikit krim perlindungan kulit ke wajah. Aku renung sebentar wajah di cermin. Wajah aku kelihatan pucat, kusut dan tidak berseri. Mungkin aku terlalu memikirkan akan kejadian malam semalam. Atau mungkin rasa bersalah di dalam hati aku telah menutup cahaya keserian wajah aku. Orang kata apa yang terpendam di hati akan terserlah di wajah. Aku menarik nafas panjang. Aku mesti meminta maaf secara betul kepada Hairie dan juga Hanes. Aku tidak mahu masalah ini berpanjangan dan menyenakkan perut aku. Aku cuba senyum. Aku sisir rambutku yang panjang dan lembut itu agar kemas semula. Aku tocang rambut aku ala-ala gadis Melayu zaman Tun Fatimah dulu. Aku tarik rambut yang bertocang ke kanan bahu. Aku senyum..emmm...macam Tun Fatimahlah. Kalau selit sekuntum bunga mawar..confirmlah dah jadi Tun Fatimah.
" Hah..! tu lah kerja kau berangan aja..depan cermin berangan duduk pun boleh berangan, tak pasal-pasal kau kata Encik Hairie nak sumbat kau dalam jel..apalah kau ni Lara.." Aku dikejutkan oleh suara nyaring Syanie. Aku mencebik bibir. Aku oles lisptik pink lembut Maybeline ke bibir. Aku muncungkan bibir ke arah Syanie. Syanie menjelirkan lidah.
" Wekkkk..." Kami ketawa. Tapi apa yang pelik selepas aku mengigau dalam jaga tadi, hati aku rasa agak lega. Hairie tidak nampak marah sangat pun tadi. Malahan ada segaris senyum di bibirnya walaupun hampir-hampir tidak kelihatan.. Tapi walau apa pun aku tetap harus minta maaf juga. Itu tekad aku biarlah Zahara hendak tolak aku ke, hendak ditamparnya muka aku ke, aku tidak peduli sama sekali. Yang penting kemaafan dari Hairie. Syanie tersenyum. Dari tadi dia memerhatikan aku di depan cermin.
" Kau tahu Lara...aku rasa Hairie tu sukakan kau" Terbeliak biji mata aku mendengar kata-kata Syanie. Aku ketawa besar. Lucu sangat.
" Kau gila ke apa Syanie...tak mungkinlah" Aku masih tertawa kecil.
" Ini andaian aku aja, aku nampak dari cara dia tengok kau pun aku dah dapat agak, kau tahu tak dari tadi dia duduk kat mana..?"
" Kat mana..?"
" Kat belakang bangku yang paling hujung, dari tadi aku nampak dia duduk kat situ..dia asyik pandang kau aje.." Aku agak terkejut juga.
“Bukan dia keluar ke dengan Cik Zahara..?"
" Tak Cik Zahara keluar dengan Encik Adli, Hanes pun keluar dengan Mike" Jawab Syanie. Emmm...macam tak percaya aja.
" Tapi..."
" Arghhhh...sudah tak payah tapi-tapi dah nak pukul 6 ni, jom keluar" Aku menurut walau dalam hati ada banyak persoalan. Benarkah cakap Syanie. Pandai-pandai saja Syanie ni..silap-silap aku perasan malu sepuluh tahun nanti. Arghh..tak percayalah aku. Syanie ni auta lebih.
Semua telah mendapat tiket masing-masing. Aku memeriksa nombor tempat duduk di tiket Syanie dan Laila. Aku tersenyum puas kerana kami akan duduk bertiga di kelas ekonomi kali ini. Aku menoleh ke arah Hanes yang sedang berdiri di belakang papanya. Hanes tersenyum dan melambai kecil kepadaku. Aku hanya dapat membalas senyum Hanes. Aku masih tidak berani mendekati gadis manis itu lantaran amaran Hairie pagi tadi.
Penerbangan ke Beijing mengambil masa kira-kira empat ke lima jam. Syanie dan Laila sudah lena dibuai mimpi. Ada ketika aku sedikit iri dengan kehidupan kedua sahabat karib aku ini. Mereka mempunyai keluarga yang lengkap. Mereka memiliki abang, kakak dan adik. Mereka ada kampung dan rumah warisan keluarga. Tetapi aku...aku tidak punyai semua itu. Aku hanya ada Ibu Mariam, pengasuh di rumah anak-anak yatim. Ibu Mariam juga bukan milik aku seorang. Anak-anak di rumah itu semuanya di bawah tanggungjawab Ibu Mariam
Setelah dewasa dan bekerja aku jarang pulang ke rumah asuhan. Aku pulang ketika Hari Raya, itu pun cuma sehari dua sahaja. Pulang untuk menziarahi pusara Ibu ku. Hari-hari selebihnya aku jalani sendirian di kota. Ini takdir aku. Ini bahagian aku. Semuanya sudah tertulis bahawa ini jalan hidup yang harus aku tempuhi samada aku suka atau pun tidak. Aku redha dengan takdir ini. Aku yakin suatu hari takdir ini akan berakhir dengan indah.
" Kak Lara.." Aku menoleh bila dengar nama aku dipanggil lembut. Hanes tersenyum sambil berlutut di sebelah aku.
" Hanes nanti papa.."
" Papa tak marah Hanes dah bagi tahu dia..ni Hanes beli untuk kakak tadi..hope you love it" Hanes meletakkan satu kotak kecil yang comel di tapak tangan aku. Belum sempat aku bertanya Hanes sudah berlalu kembali ke tempat duduknya. Rasa terharu yang amat sangat. Aku tidak menyangka sama sekali akan mendapat hadiah dari Hanes. Perasaan bersalah kerana membelasah papanya semalam kembali bersarang di hati. Aku mulai mengutuk diri sendiri. Kotak pemberian Hanes aku buka. Seutas gelang tangan comel melingkar di dalamnya. Aku memandang ke belakang untuk mencari Hanes. Seketika aku cepat-cepat memalingkan muka semula apabila terpandang Hairie yang merenung tajam ke arah aku. Aku simpan gelang comel pemberian Hanes ke dalam beg kecil yang sentiasa tergalas di bahu aku.
Aku memejamkan mata sambil berkira-kira bagaimana cara untuk berterima kasih kepada Hanes dan meminta maaf kepada papanya. Melihat kepada riak muka Hairie yang sentiasa kelat bila memandang aku terasa peluang untuk membuka mulut sangat tipis sekali.
Bab 9
Suasana sejuk menyelubungi bandaraya Beijing. Pagi itu aku mengambil keputusan untuk mengikut Syanie, Laila, Ajib dan Mohan. Mereka mengambil kesempatan untuk membuat sedikit liputan di sekitar bandar Beijing. Lagi pula aku ingin sekali menikmati keindahan bandaraya Beijing kerana inilah pertama kalinya aku menjejakkan kaki di sini. Peluang sekali seumur hidup rugi kalau disia-siakan. Tambahan perjalanan kami ke Xi'an hanya akan bermula esok. Soalnya menurut Mike tiket harus di tempah sehari lebih awal. Oleh kerana kami agak ramai tempat duduk hanya banyak kosong untuk hari esok.
Aku mengenakan sehelai jaket kulit hitam dan aku padankan dengan topi serkup menutupi sebahagian rambut aku.
" Lara..!" Encik Adli memanggil ketika aku baru hendak menuruni tangga.
" Nak ronda-ronda ke.." Aku senyum sambil mengangguk. Encik Adli juga tersenyum memandang aku. Kelihatan lesung pipit di pipinya.
" Cutenya..nak ikut boleh..?" Seloroh Encik Adli. Aku ketawa. Aku tahu dia hanya bergurau sahaja.
" Nak ikut sebab saya cutelah yea..kalau tak cute tak nak ikutlah macam tu kan.." Balas aku dalam nada gurauan. Encik Adli ketawa besar.
" Oooo..pandai dia kenakan kita pulak..but this is from the bottom of my heart..you are always cute.." Giliran aku ketawa besar.
" Amboi..gomballah encik hahaha.." Kami sama-sama menuruni anak tangga.
Kami bergabung bersama kumpulan Syanie. Seronok rasanya berjalan-jalan dengan Encik Adli. Sepanjang jalan kami ketawa dengan selorohannya yang lucu.
Kami pergi ke Silk Street & Pearl Market. Bangunan enam tingkat yang menawarkan banyak barangan menarik untuk dibeli. Kata Encik Adli yang sudah beberapa kali ke sini barangan di sini tiada tanda harga. Kalau sesiapa yang tidak biasa berbelanja di sini memang "masaklah" kena tekan harga.
Tiba-tiba terdengar suara kecuh-kecuh di kedai sebelah. Kelihatan dua orang pelancong kulit putih berleter sesama mereka.
" This is too much..!" Mereka merunggut.
" Quickly go..quickly go..!" Seorang lelaki tua berbangsa China bersuara sambil menghempas kalkulator di mejanya. Dua orang pelancong kulit putih itu segera berlalu. Aku memandang Encik Adli. Dia tersenyum sumbing.
" Macam tulah kalau nak menbeli-belah di sini hati kena kering.."
" Maksudnya..?" Aku kurang faham.
" Peniaga di sini tak suka kalau kita menawar harga terlalu rendah tapi kalau tak ditawar mereka akan kenakan harga yang tinggi.." Kami berjalan terus.
" Jangan takut kalau kena marah dengan peniaga sebab mereka lagi hati kering..sanggup memarahi pelanggan hanya untuk mendapat untung lebih" Baru aku faham. Teruknya peniaga di sini. Agaknya bagi mereka tidak ada istilah " Customer is always right". Aku ketawa sendiri.
Setelah penat berjalan di Silk Street kami menuju ke Medan Tiananmen. Kawasan itu lebih seperti dataran. Ramai pelancong dan penduduk tempatan lepak-lepak bersantai di situ. Laila dan Ajib masih seronok mengambil gambar di sekitar dataran tersebut. Aku duduk di satu tembok. Lengguh rasa kaki berjalan. Encik Adli dan Syanie mengambil kesempatan berfoto. Mereka melambai aku untuk turut serta. Aku hanya menggeleng kepala lantaran kaki aku yang lengguh. Aku tidak nampak kelibat Mohan dan Mike sedari tadi. Mungkin mereka ke tempat lain.
" Kak Lara..!" Aku menoleh. Hanes menghampiri aku. Hairie di belakangnya. Tidak kelihatan pula Cik Zahara. Mungkin dia sibuk shopping. Aku senyum menyambut Hanes. Namun hati sedikit gusar melihat riak wajah Hairie.
" She wanted to be with you.." Ujar Hairie. Mendatar sahaja suaranya.
Aku menarik Hanes duduk di sisi. Hanes kelihatan comel sekali memakai baju tebal dan memakai penutup telinga hello kitty.
" Take cara honey..papa nak balik hotel..see you there" Hairie berpaling untuk pergi. Aku rasa ini mungkin masa yang sesuai untuk meminta maaf.
" Encik Hairie tunggu..!" Hairie berpaling. Aku beri isyarat kepada Hanes untuk menanti aku sebentar.
" Encik..saya nak minta maaf saya tahu saya bersalah..saya betul-betul minta maaf encik.." Hairie berpaling semula dan mulai melangkah. Dia seperti tidak mahu mendengar permintaan maaf dari aku.
" Encik please..saya minta maaf.." Secara tidak sengaja aku menarik lengan jaketnya. Hairie merentap lengannya kasar. Hampir-hampir aku tersungkur.
" Papa..!" Teriak Hanes. Hanes menghampiri aku.
" Kenapa papa buat macam ni pada kak Lara..she just want to apologize papa.."
"She is crazy.." Jawab Hairie terus melangkah. Aku memintas langkahnya. Aku belum puas hati selagi dia tidak memaafkan aku.
" Encik saya tak tahu Hanes anak encik saya buat macam tu untuk lindungi Hanes itu saja Encik Hairie..kalau saya tahu Encik Hairie papa Hanes takkanlah saya nak buat macam tu..saya tak sengaja dan saya tahu.." Aku tak tahu ayat macam mana lagi harus aku gunakan untuk buat Hairie faham.
" Papa..kalau papa kata Kak Lara gila..tu Zahara tu lagi gila papa tau tak..dia bunuh mama..!" Hairie tersentak. Dia menghampiri Hanes. Wajahnya sedikit bengis.
" Boleh tak Hanes berhenti dari cakap yang bukan-bukan.."
" Hanes tak cakap bukan-bukan, papa yang tak mahu percaya and now papa nak kahwin dengan dia..siapa yang gila sekarang..!" Aku jadi binggung melihat pertengkaran dua orang anak beranak itu.
" Jadi Hanes nak cakap papa yang gila..!" Suara Hairie mulai keras.
" I hate you papa..Hanes benci papa sampai bila-bila pun Hanes akan benci papa kalau papa kahwin dengan Zahara..I hate youuu..!" Hanes berlari pergi.
" Hanes..!" Serentak aku dan Hairie berteriak.
" This is all your fault..!" Hairie membentak kepada aku.
" Why me..?" Jeritku. Hairie berlari mengejar Hanes. Aku hanya terpaku di situ. Hati aku semakin gusar. Lebih-lebih lagi setelah melihat sikap Hanes. Aku tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Tapi keadaan ini sudah benar-benar membuat jiwa aku bertambah kacau.
Apa yang berlaku menjadikan aku hilang mood untuk menikmati keindahan Beijing. Aku ambil keputusan untuk pulang ke hotel sahaja. Aku pulang sendirian memandangkan jarak hotel dan dataran itu tidaklah jauh sangat. Aku tidak mahu menganggu kawan-kawan lain yang masih berseronok di situ.
Di kamar aku termenung sendiri. Apa yang aku sudah lakukan. Niat aku hanya untuk meminta maaf, sudahnya aku yang disalahkan pula. Aku bangkit menuju ke kamar mandi. Aku berwudhuk. Waktu Asar baru masuk. Aku mahu mengadu pada Allah yang satu. Kerana hanya Allah yang aku ada. Usai solat aku berbaring di katil. Aku memejamkan mata hingga akhirnya aku terlena.
Maghrib menyapa. Aku tersedar dari lena yang agak panjang. Aku bangkit malas ke kamar mandi. Bersihkan diri untuk bersolat. Selesai solat telefon bimbit aku berbunyi.
" Lara, kau okey ke dari tadi aku call kenapa tak angkat" Suara Syanie nyaring di talian.
" Aku tertidur tadi..sorry"
" Jom turun aku tunggu kat lobi, kita pergi makan"
" Okey " Terasa perut berkeroncong. Aku bersiap seadanya.
Di lobi Syanie dan Laila menunggu. Aku tidak pula melihat kelibat rakan-rakan lain.
" Kau okey ke Lara..?" kami melangkah ke luar.
" Kenapa aku nampak tak okey ke..?"
" Kita orang nampak kau bertengkar dengan Hairie tadi"
Aku menarik nafas. Aku sendiri tidak menyangka keadaan akan menjadi rumit. Aku rasa seperti terbelit dalam satu masalah yang aku sendiri tidak tahu cerita sebenarnya.
" Aku cuba minta maaf, tapi dia tak mahu terima.."
" Sudahlah Lara hati dia tengah panas tu, kau sabar ajalah "
Sakit juga rasanya bila diserang rasa bersalah. Menyesal tak sudah. Berkoyan-koyan rasanya aku mengutuk diri sendiri. Bertindak tanpa usul periksa padahnya memakan diri.
Kami masuk ke sebuah restoran halal. Restorannya agak sederhana yang penting halal. Begitu aku masuk kesemua ahli ekspedisi yang lain sudah pun berada di situ. Aku sahaja yang ketinggalan kerana ketiduran.
" Kak Lara.." Hanes bangun menarik tangan aku untuk duduk di sisinya. Aku agak keberatan kerana duduk di sebelah Hanes bermakna aku harus duduk berdekatan dengan papanya. Aku menolak lembut pelawaan Hanes.
" Tak apalah Kak Lara duduk kat sana" Aku menunjuk kepada sebuah bangku kosong di sebelah Ajib.
" Kak Lara duduk sini.." Hanes menarik aku duduk.
" Hanes what are you doing..?" Zahara menegur.
" Nothing.."
" So..yang sibuk sangat suruh dia duduk situ kenapa" Aku mula rasa tidak enak. Aku lepaskan tangan Hanes dan duduk di sebelah Ajib. Aku tidak mahu merosakkan mood semua orang.
" Restoran ni bukan restoran you pun..suka hatilah orang nak duduk mana..!" Hanes bersuara agak kuat.
" Watch your mouth young lady..!"
" You better watch yourself..!" Hanes lantang menjawab.
" Kurang ajar budak ni..!" Zahara mencampak sebatang sudu ke arah Hanes. Aku lihat rakan-rakan lain tersenyum sumbing. Hanes mengambil sudu tersebut lalu dibaling semula ke arah Zahara.
" Stop both of you !..sit and eat..!" Hairie bersuara akhirnya.
"Hanes tak mahu makan...!"
" Mengada-ngada.." Runggut Zahara mencebik bibir.
" Sudahlah tu..!" Bentak Hairie perlahan tapi keras. Dia bangun. Di tarik bangku kosong sebelah Hanes.
" Lara..please sit here.." Alamak memang nak cari nahas ni. Aku bangun dan duduk di situ. Malas hendak berbalah. Perut pun dah lapar. Hanes tersenyum. Nasib baik aku dah sayang kau Hanes, kalau tidak tak kuasa aku nak layan.
Suasana bertukar ceria kembali. Kecuali Zahara mukanya masam mencuka. Aku buat-buat tak tahu sahaja. Meski aku tahu selepas ini aku bakal menjadi musuh yang akan selalu diperanginya. Namun aku pasti akan mencari jalan untuk keluar dari konflik ini. Aku tak seharusnya berada di antara Hanes, Hairie dan Zahara. Itu bukan matlamat aku di dalam ekspedisi ini. Aku pasti akan keluar dari kemelut ini. Pasti...
Bab 10
Bandaraya Beijing kami tinggalkan. Untuk ke Xi'an kami perlu menaiki keretapi. Perjalanan ke Xi'an akan mengambil masa lebih kurang 13 jam. Bermakna satu hari suntuk kami akan berada di dalam keretapi. Untuk ke stesen keretapi pula kami harus menaiki subway. Subway akan berhenti di Stesen Military Museum.
Suasana amat sibuk dengan ribuan orang ke hulu ke hilir di Stesen Military Museum itu. Masing-masing dengan hala tujuan sendiri. Kami berkumpul seketika di hujung Stesen.
" Guys we have to take a bus from here..just wait for me I pergi tengok jam berapa bas akan bergerak.." Mike berlalu ditemani oleh Encik Adli.
Beberapa ketika mereka kembali. " Faster..faster bas dah nak jalan " Kami bergegas berlari ke arah bas yang dimaksudkan oleh Mike. Memang bas itu sudah mulai bergerak. Namun kami sempat menaikinya tanpa ada seorang pun yang tertinggal. Sepanjang di dalam bas aku melihat betapa sibuknya bandar ini. Dengan manusia yang begitu ramai setiap saat itu amat berharga di sini. Siapa lambat pasti akan tertinggal.
Kami tiba di Stesen Keretapi Beijing Barat. Sebuah stesen keretapi atau train yang sesak dan besar. Kalau tidak ada Mike memang sesatlah jawabnya. Paling menakutkan di sini kita tidak akan mudah berjumpa dengan rakyat China yang tahu berbahasa Inggeris. Kalau bercakap pun dah macam ayam dengan itik. Begitu sekali mereka mengagungkan bahasa ibunda mereka.
Keretapi untuk ke Xi'an sudah sampai. Kami bergerak ke flatform 7 di mana keretapi itu akan berhenti. Aku membetulkan tali beg sandang di bahu yang melorot. Arghh..tercabut pula penyangkuknya.
" Laila tolong pegang kejap bagpack aku..tali beg yang ni tanggallah" Aku beri beg galas kepada Laila yang sudah pun berada di anak tangga.
" Lara cepat..!"
" Okey..oppsssss...hey..!" Tiba-tiba beg sandang aku direntap seseorang. Aku menyedari pasport, duit dan telefon bimbit ada di dalam beg itu.
" Hey..! Kurang ajar kau..!" Aku mengejar lelaki yang meragut beg aku. Aku perlu mendapatkan pasport aku semula.
" Lara..!" Aku mengejar di celah-celah orang ramai. Lelaki itu tidak dapat berlari laju kerana terpaksa berasak-asak dengan orang ramai. Aku tidak sedar aku sudah mengejarnya sehingga ke hujung landasan. Tiba-tiba lelaki itu jatuh. Baru sahaja aku hendak menerkam dia. Satu tumbukkan singgah di mukanya. Aku terkejut bila Hairie muncul. Lelaki itu ketakutan dicampaknya beg aku ke tepi. Aku ambil. Kosong.
" Give my pasport back you bastard..!" Aku berteriak. Dia hendak lari lagi. Pantas Hairie menerkam. Lelaki itu meronta-ronta. Sebuah tumbukan dihala ke muka Hairie. Aku terjerit. Pasport aku dicampak. Cepat-cepat aku ambil. Namun tanpa aku sedari keretapi sudah pun bergerak.
" Encik Hairie train..!" Hairie menarik tangan aku. Kami cuba melompat ke anak tangga. Namun keretapi sudah bergerak laju.
" Lara..!" Jerit Syanie dari tingkap gerabak. Ya Allah...keretapi sudah jauh meninggalkan aku dan Hairie. Kami buntu seketika. Terpaku sehingga keretapi hilang dari pandangan.
" Shit..!" Hairie menjerit. Sementara aku masih terpaku. Fikiran aku buntu. Aku tidak menyangka semuanya akan jadi seperti ini.
" Now look what have you done..!" Hairie membentak memarahi aku. Aku terdiam seribu bahasa. Memang ini semua salah aku. Kalau sahaja aku tidak mengejar lelaki itu tadi pasti semua ini tidak akan terjadi. Aku cuma mahu pasport aku itu sahaja. Sekali lagi aku kesal kerana dibelengu oleh kebodohan aku sendiri.
" Kenapa kau ni tak sudah-sudah menyusahkan aku.." Aku memalingkan muka. Ada airmata yang hendak menitis. Aku tidak ada niat pun hendak menyusahkan dia.
" Saya minta maaf.."
" Maaf...itu ajalah yang kau tau, aku tak taulah apa yang ada dalam kepala kau ni, kau memang suka bertindak terburu-buru kau tak boleh fikir ke.." Semakin galak dia menemplak aku. Airmata semakin deras mengalir. Sakit hati aku. Tapi apa boleh aku buat sudah memang salah aku.
" Apa yang ada dalam beg kau ni..gambar boyfriend kau.. itu yang penting sangat sampai kau tunjuk hebat kejar peragut tu.."! Pedih kata-kata Hairie. Aku cuba bertenang. Aku menarik nafas dalam-dalam.
" Saya cuma nak pasport saya itu aja..tak ada gambar boyfriend..ada handphone dan duit semua dia dah ambik.." Hairie diam dia duduk di bangku. Tangannya menekup muka.
" Saya tau saya salah..kalau encik rasa nak hukum saya hukumlah atau encik nak pecat saya.."
" Boleh tak kau jangan nak berlagak sangat..!" Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Hairie bangkit membentak lagi.
" Kalau kau nak sangat aku pecat kau..okey sekarang aku pecat kau..kau pergilah ke mana pun kau suka.." Hairie terus berlalu meninggalkan aku temanggu-manggu. Aku terkedu. Fikiran aku semakin kusut. Bagaimana mungkin aku hendak pulang ke Malaysia sedangkan aku sekarang tinggal sehelai sepinggang. Aku terduduk di bangku. Tidak ada yang mampu aku lakukan saat itu. Baru aku sedar betapa bencinya Hairie pada aku.
" Kau bukan saja arrogant Hairie.. tapi kau juga kejam.." Sebenarnya aku masih terikat dengan perjanjian. Aku hanya boleh dipecat sekiranya aku melanggar perjanjian. Tapi tertinggal keretapi bukan salah satu sebab yang membolehkan aku dipecat. Hairie tidak berhak memecat aku. Tambahan pula meninggalkan aku sendirian di tempat asing begini, tanpa duit sesen pun. Itu sudah melanggar hak keperimanusiaan.
Apa yang harus aku buat sekarang. Kebanyakkan nombor rakan-rakan hanya ada di dalam handphone satu pun tidak ada di dalam kepala aku. Hanya nombor telefon ibu Mariam sahaja yang aku ingat. Tapi bagaimana aku hendak menghubunginya. Aku tidak punya duit. Arghhhh....Ya..Allah tolong aku..
" Jom.." Aku tersentak. Aku menoleh ke sisi. Hairie berdiri di sebelah. Alhamdullilah..terasa lega yang amat sangat. Aku kira dia benar-benar sudah meninggalkan aku. Aku bangun. Rasanya saat itu hendak sahaja aku memeluk dia. Terima kasih tuhan. Aku senyum. Muka Hairie masam mencuka. Aku tahu dia masih marah. Tapi sekurang-kurangnya dia tidak tinggalkan aku.
" Kata tadi nak pecat saya.."
" Aku tak segila kau..aku masih ada hati.." Keras sahaja nada ucapannya. Hairie meraih tangan aku. Aku biarkan sahaja malas hendak melawan. Aku bimbang kalau dia akan berubah fikiran dan meninggalkan aku lagi. Hairie berjalan laju. Terkejar-kejar aku di belakang.
Hairie menuju ke kaunter. Dia cuba bercakap dengan pegawai bertugas. Aku berdoa semoga masih ada lagi keretapi yang akan bertolak ke Xi'an hari ini. Cuaca semakin sejuk. Aku cuma memakai t'shirt lengan panjang. Jaket pula berada di dalam beg galas. Sewaktu ke sini tadi cuaca tidak sesejuk sekarang. Hairie kembali ke sisi. Wajahnya gusar. Aku tidak berani bertanya. Silap haribulan aku ditemplaknya lagi nanti.
Tanpa berkata apa-apa dia meraih tangan aku dan terus berjalan di tengah-tengah manusia yang bertali arus. Aku mengikut sahaja. Hairie menuju ke pondok telefon. Aku menanti di luar. Di dalam kesejukkan. Aku melirik jam di tangan. Hampir ke pukul satu tengahari.
" Tak ada train lain ke Xi'an hari ni..esok pukul 9 ada satu " Aku diam hati masih cuak takut dia marah lagi.
" Mana beg galas you.?"
" Dalam train.."
" Maknanya you tak ada baju lain..?" Nada suaranya agak lembut sedikit. Aku mengeleng.
" Lucky I still have all my stuff.." Ujarnya sendiri. Aku diam.
" Let's go.." Dia terus menarik tangan aku. Aku tidak pula merasa keberatan tatkala dia memegang tangan aku kerana dia sebenarnya memakai sarung tangan. Jadi kulit kami tidak bersentuhan. Mungkin dia bimbang kalau-kalau aku hilang atau membuat perkara-perkara bodoh lagi. Aku ikut langkahnya. Kami berjalan di sekitar bandar. Hairie masuk ke sebuah hotel sederhana.
" Wait here.." Dia terus menuju ke kaunter. Memang kami terpaksa bermalam di sini. Aku masih kesal dengan apa yang terjadi. Aku sudah bazirkan duit tambang ke Xi'an dan sekarang terpaksa mencari hotel untuk menginap. Aku pasti rakan-rakan lain terutama Zahara sudah berbakul menyumpah seranah aku. Tapi aku kena terima semuanya.
" Kita bermalam di sini..tapi cuma ada satu bilik kosong I tak ada pilihan hotel lain jauh.." Berkerut dahi aku. Mana mungkin kami tidur sebilik.
" Cuba cari hotel lain.." Teragak-agak aku bersuara.
" Jauh dari sini dan kita kena naik teksi.." Aku terdiam. Berapa banyak lagi wang Hairie yang terpaksa habis gara-gara aku.
" Kenapa you takut..? Okey I tau kita bukan muhrim..tapi kita tak ada pilihan..Insyallah tak akan ada apa-apa yang jadi.." Aku masih diam. Aku biar Hairie membuat keputusan. Dia kembali meraih tangan aku dan berjalan menyusur deretan kedai. Kami masuk ke sebuah gedung membeli belah. Aku masih tidak pasti apa yang dicari oleh lelaki ini. Dia berhenti di sebuah kedai pakaian wanita. Dia menghulurkan sejumlah wang kepada ku.
" Beli baju atau apa-apa yang you perlu.." Aku kaku seketika. Baru tadi aku kutuk-kutuk dia, tapi sekarang...arghhh...jahatnya aku. Tidak tergamak rasanya hendak mengambil wang Hairie. Banyaknya dosa aku pada Hairie.
" Lara.." Wang di tangannya masih diunjukkan kepada ku. Perlahan aku ambil wang itu.
" I will wait there.." ujarnya menunjuk ke arah sebuah bangku di hadapan kedai. Aku mengangguk. Aku bertanya kepada pekerja kedai itu di mana boleh aku beli telekung. Agak payah pekerja itu memahami kata-kata aku. Lalu aku minta kertas dan pen. Aku lukis gambar orang perempuan sedang solat. Nasib aku baik. Pekerja itu faham. Dia sedia menunjukkan kepada aku sebuah kedai muslim berdekatan.
" Encik Hairie..tunggu sekejap.." Aku terus menuju ke kedai tersebut sambil ditemani oleh pekerja kedai tadi. Alhamdullilah akhirnya aku dapat membeli sehelai telekung. Aku beli sedikit barang peribadi dan cepat-cepat keluar. Aku pulangkan wang baki kepada Hairie.
" Ambil.." katanya sepatah. Dia bangkit.
" Nanti saya bayar balik.." ujar ku cepat. Hairie menoleh.
" Banyak yang you kena bayar bukan setakat ini saja.."
" Okey Insyallah..saya bayar nanti..": Hairie tersenyum sinis. Sakit hati aku.
Selepas makan kami ke hotel. Hanya ada satu katil queen size, sebuah sofa panjang dan sebuah tv kecil. Aku rasa sangat gementar. Tidak pernah seumur hidup aku tidur sebilik dengan mana-mana lelaki. Aku berdiri kaku di hujung katil. Hairie nampak santai mencapai remote control tv. Dia berbaring di sofa. Apa aku nak buat ni..takkan aku nak berbaring di katil. Aku tak pernah baring depan lelaki. Ahhh...kacau ni...
" Lara..!"
" Owh..mak kau.." terkejut aku dibuatnya.
" What's wrong...?" aku mengelengkan kepala. Aku rasa berpeluh walau pun sejuk. Rasa macam nak pitam pun ada. Aku tak kenal lelaki ni. Tak mustahil kalau dia nak ambil kesempatan terhadap aku. Lagi pun cuma kami berdua sahaja di bilik ini. Hati aku rasa berdebar-debar. Aku terfikir benda yang buruk-buruk.
" Lara.." Hairie bangkit dari sofa. Dia melangkah ke arah aku. Arghhh..jiwa aku semakin kacau. Kenapa aku mesti percaya pada lelaki ni..mungkin sudah ramai perempuan yang telah menjadi mangsanya.
" Lara.."
" Encik Hairie..jangan cuba-cuba nak buat sesuatu yang tak baik pada saya..saya belasah encik nanti macam hari tu.." Terketar-ketar suara aku ketakutan.
"Hey..kau ni gila ke apa..dari tadi itu yang kau fikir rupanya..aku nak keluar sekejap ni kau duduk sini jangan ke mana-mana..faham..!" OMG..malunya aku. Hairie keluar.
" Gila..." Katanya sebelum membuka pintu. Aku tergelak sendiri akhirnya.
Aku mandi dan menunaikan solat asar juga qada' zuhor yang terlepas tadi. Usai solat aku rasa sangat penat dan mengantuk. Hairie belum pulang. Tanpa membuka telekung aku berbaring di sofa. Aku terlena kerana keletihan.
Aku tersedar. Suasana bilik sudah agak gelap. Hanya lampu tidur yang dihidupkan. Aku juga sudah berada di atas katil. Telekung aku juga sudah kemas berlipat di sisi katil. " Tadi bukan aku tidur kat sofa ke..siapa yang alihkan aku ke sini.." Cepat-cepat aku periksa pakaian di tubuh. Masih lengkap malah selimut tebal menyelubungi aku. Hairiekah yang mengangkat aku ke atas katil. Aku lihat Hairie sudah lena di atas sofa. Memang Hairie yang mengangkat aku. Takkanlah apek cina kat bawah tu yang masuk angkat aku.
Perlahan-lahan aku bangun. Aku terpandang ada sekeping coklat cadbury besar dan setin coke di atas meja sebelah katil. Aku senyum. Baik juga dia. Marah-marah pun dia masih sudi belikan aku makanan malah angkat aku ke katil. Aku saja yang jahat. Selalu berburuk sangka. Aku raih selimut di katil. Perlahan aku selimutkan dia yang sedang lena. Aku ambik wuduk. Aku sudah terlepas maghrib. Aku menunaikan solat isya' dan qada' maghrib. Selesai solat aku sambung tidur di katil sampai pagi.
11
Aku tersedar. Seketika aku terlupa aku berada di mana. Aku bangkit. Memandang sekeliling. Baru aku ingat aku di hotel bersama Hairie. Tapi mana Hairie. Aku lihat Hairie sudah tidak ada di sofa. Malah selimut tebal sudah berpindah ke tubuh aku. Aku dirundung keresahan. Takut kalau-kalau Hairie pergi tinggalkan aku. Aku bangkit jam sudah pukul 8. Arghhh...aku terlepas subuh. Cepat-cepat aku mandi dan bersiap. Aku berdoa semoga Hairie tidak meninggalkan aku. Usai mandi dan berpakaian aku keluar dari kamar mandi.Hairie sudah duduk di sofa. Alhamdullilah...syukur. Dia tak tinggalkan aku. Dia memandang aku tajam. Aku cemas cepat-cepat aku periksa diri aku. Takut pula kalau-kalau aku terlupa memakai baju. Semua lengkap. " Kenapa bagi selimut tu kat I..kan sejuk I ada jaket nanti you demam " Owhh..itu rupanya. Ingatkan apa. " That's okey.." balas aku cuba senyum. " Sorry I cuma belikan coklat dan coke aja malam tadi..ingat nak ajak you keluar tapi you tidur tak sedar diri.." Malunya aku bila membayangkan macam mana dia mengangkat aku. " Sorry dah menyusahkan encik.." " You dah siap..jom kita breakfast, then baru gerak ke stesen" Aku angguk. Kami check-out sekitar jam 8:15. Ketika keluar dari hotel cuaca sangat sejuk. Aku agak mengigil dengan sekadar baju t'shirt lengan panjang tanpa jaket menyarung tubuh. Aku berpaling apabila Hairie menarik lengan baju aku. " Mana baju sejuk you.." " Dalam beg galas saya.." " I bagi duit semalam kenapa tak beli.." Aku mengaru kepala. Pakaian di sini agak mahal harganya. Baki duit yang tinggal semalam tidak mencukupi untuk aku membeli sehelai jaket. " Baju kat sini mahal..saya cuma beli telekung dan t'shirt ni.." " Kenapa tak cakap..?" Hairie mengeluarkan sehelai baju panas miliknya. Dia menghulurkan kepada ku. " Eh..tak apa encik..baju saya ni dah okey boleh tahan lagi sejuk ni.." Aku menolak lembut. Semalam dia memarahi aku yang dibilangnya suka menyusahkan dia. Kali ini aku tidak mahu menyusahkan dia lagi. " Diam..! pakai baju ni.." Terkejut aku bila Hairie membentak. Aku capai baju itu lantas menyarungkannya ke tubuhku tanpa banyak soal. Malas rasanya nak bertekak dengan si arrogant ni. Mentang-mentang aku salah, suka-suka dia nak membentak aku. Hishh..sakit hati. Tepat jam 9 keretapi ke Xi'an sampai. Pantas Hairie meraih tangan aku. Oppsss...tersentak sedikit. Hairie tak pakai sarung tangan dia. Terasa darah panas menyerbu ke muka. Belum pernah sebelum ini aku bersentuhan kulit dengan lelaki. Aku rasa kalau tengok cermin sekarang pasti kulit muka aku sudah berubah warna. Macam sesumpah. Setelah melangkah masuk ke perut gerabak cepat-cepat aku tarik tangan dari gengaman Hairie. Terasa jantung berdegup macam nak tercabut. Aku duduk dan berusaha untuk tenang. Entah kenapa perasaan ini jadi tak tentu arah. Ketika keretapi mulai bergerak aku rasa agak lega. Aku berdoa semoga selepas ini tidak ada kebodohan yang bakal aku lakukan lagi. " You asal dari mana..?" Aku pandang Hairie sekilas. Tak sangka dia akan bertanya begitu. " Johor.." Jawab ku sepatah. Aku berpaling keluar jendela. " You anak ke berapa..adik beradik berapa orang..?" Hairie bertanya lagi. Apa hal dia ni..mesti kes boring ni. " Saya tak ada adik beradik..anak tunggal" Aku tunduk. Soalan yang payah untukku terima kenyataannya. " Anak manjalah ni.." Aku senyum sahaja dengan komen Hairie. " Mak dan ayah masih ada..?" Kenapa dia harus bertanya soalan ini. Aku diam ku hala pandangan ke luar jendela. Ikutkan hati tak mahu aku jawab soalan dia. " Saya yatim piatu..mak ayah saya dah lama tak ada, saya tinggal di rumah anak-anak yatim dari umur 12 tahun sampai umur 18 tahun.." Aku cuba menahan perasaan. Seketika Hairie terdiam. Entah apa yang bermain di fikirannya. " Lara..I'am so sorry.." Dia bersuara agak perlahan. " Tak apa encik..saya tak kisah.." Aku cuba sembunyikan perasaan sebenar. Tak perlu menunjukkanya kepada Hairie. Bukankah dia benci aku. Tak perlu juga aku tunjukkan kesedihan ini pada sesiapa. Aku dah biasa hidup sendiri. Aku pejamkan mata. Aku biarkan sahaja lelaki arrogant di sebelah aku. Tiba- tiba terfikir pula aku untuk bertanya satu soalan kepada Hairie. "Encik Hairie..kenapa encik tolong saya kejar peragut tu.." Hairie diam. Seketika dia mengeluarkan sebuah majalah dari beg galasnya. Selamba dia menyelak-yelak halaman majalah tanpa mempedulikan soalan aku. Geram dengan perangai sombong dia. Kalau aku tahu tak ingin aku jawab soalan-soalan dia tadi. Aku mendegus. Aku kembali menghalakan pandangan ke luar jendela. Kenapa bukan Encik Adli yang menolong aku. Rasanya lebih selesa kalau bersama Encik Adli. Aku pejamkan mata. Harap-harap biarlah aku terlena sehingga keretapi sampai ke Xi'an. Perjalanan yang sangat panjang ini amat meletihkan. Keretapi berhenti di beberapa perhentian. Namun bandar Xi'an masih jauh lagi. Setelah beberapa lama duduk di dalam keretapi akhirnya kami sampai juga ke Xi'an. Tak sabar rasanya hendak bertemu Syanie dan Laila. Aku nak bercerita tentang sombongnya Mr.Arrogant ni. Geram kerana soalanku yang dibiar sepi tanpa jawapan sehingga melenyapkan kebaikkannya yang telah membelikan aku pakaian, membayar penginapan aku dan belanja aku makan sepanjang hari semalam. Turun dari keretapi Hairie terus mencari pondok telefon. Cuaca di sini tidak kurang sejuknya. Tetapi banyak pemandangan menarik di sini. Aku terleka sebentar melihat sebuah bangunan seperti kuil yang tersergam indah di seberang jalan. Di sini masih terpelihara kesan kepurbaan di setiap sudut. Aku terasa seperti berada di zaman empayar dinasti China. Seringkali mendengar cerita dari teman-teman yang pernah ke sini. " Kalau pergi ke Xi'an tak sah kalau tak tengok patung pahlawan yang terkenal tu " Aku teringat kata-kata Doktor Hazlin yang baru pulang dari bercuti ke Xi'an. Sekarang aku pun sudah menjejakkan kaki ke Xi'an. Rasa teruja sangat. Perlahan-lahan tanpa aku sedari kaki aku sudah melangkah ke pintu hadapan kuil tersebut. Terpesona dengan keindahan seni binanya. " Oppsss..." Terasa tangan aku diraih. Hairie memandang tajam. " Boleh tak jangan buat I panik.." Aku mengaru kepala. Aku lupa pada Hairie dek kerana melihat keindahan Xi'an. Dia menahan sebuah teksi. Kami tenggelam di dalam perut teksi. Aku diam tidak bertanya langsung ke mana arah kami. Bimbang soalan aku tidak berjawab nanti. Lebih baik diam. Teksi berhenti di hadapan sebuah bangunan yang berukir cantik. " Lara..!" Syanie dan Laila meluru mendapatkan aku. Terasa lega bertemu kembali dengan sahabat-sahabat rimba aku ni. Bertubi-tubi juga soalan demi soalan ditujukan sehingga aku lemas. Sudahlah letih seharian di dalam keretapi. " Apa dah jadi mesti ada cerita best ni..cepatlah cerita Lara tak sabar aku nak dengar ni.." Belum sempat aku merebahkan diri di katil Syanie sudah tercongok di depan muka aku. " Boleh bagi aku ruang nak bernafas tak..dahlah satu hari dalam train..buat nafas aku sesak kau orang tau tak.." Aku menolak muka Syanie ke tepi. " Elehhhh..kau sesak sebab keretapi ke..sebab Hairie ada kat sebelah kau..hahaha.." Aku tarik nafas geram. Laila dan Syanie masih tergelak-gelak. " Okey ceritanya pasport aku dapat tapi duit dan handphone canggih aku yang baru beli tu lesap..puas hati cik kak-cik kak oii..." Aku merebahkan tubuh ke katil. Ahhhh...leganya. " Kita orang tak nak cerita tulah.." " Habis cerita apa daaaa.." " Cerita kau dengan Hairie daaa.." Aku ketawa besar. Aku bangkit. " Mana bilik air daaa..aku nak mandi daaaa..hahaha.." " Cerita dulu baru mandi.." Laila menarik aku duduk kembali ke katil. Aku masih ketawa. Kerana hebat didesak, terpaksalah aku bercerita. Galak mereka mentertawakan aku. " Nampak sangat dia suka kau Lara oiii.." Aku kerutkan dahi. " Kau orang ni memang terror menulis mencari cerita tapi part-part menilai cinta orang memang kau orang salah, tak mungkin dia suka aku dia cuma menunjukkan keperimanusiaan dia pada aku itu aje kan..jadi jangan salah menilai okey" Aku tinggalkan sahabat-sahabat rimba aku yang masih tersenyum-senyum kambing itu.
12
11
Aku tersedar. Seketika aku terlupa aku berada di mana. Aku bangkit. Memandang sekeliling. Baru aku ingat aku di hotel bersama Hairie. Tapi mana Hairie. Aku lihat Hairie sudah tidak ada di sofa. Malah selimut tebal sudah berpindah ke tubuh aku. Aku dirundung keresahan. Takut kalau-kalau Hairie pergi tinggalkan aku. Aku bangkit jam sudah pukul 8. Arghhh...aku terlepas subuh. Cepat-cepat aku mandi dan bersiap. Aku berdoa semoga Hairie tidak meninggalkan aku. Usai mandi dan berpakaian aku keluar dari kamar mandi.Hairie sudah duduk di sofa. Alhamdullilah...syukur. Dia tak tinggalkan aku. Dia memandang aku tajam. Aku cemas cepat-cepat aku periksa diri aku. Takut pula kalau-kalau aku terlupa memakai baju. Semua lengkap. " Kenapa bagi selimut tu kat I..kan sejuk I ada jaket nanti you demam " Owhh..itu rupanya. Ingatkan apa. " That's okey.." balas aku cuba senyum. " Sorry I cuma belikan coklat dan coke aja malam tadi..ingat nak ajak you keluar tapi you tidur tak sedar diri.." Malunya aku bila membayangkan macam mana dia mengangkat aku. " Sorry dah menyusahkan encik.." " You dah siap..jom kita breakfast, then baru gerak ke stesen" Aku angguk. Kami check-out sekitar jam 8:15. Ketika keluar dari hotel cuaca sangat sejuk. Aku agak mengigil dengan sekadar baju t'shirt lengan panjang tanpa jaket menyarung tubuh. Aku berpaling apabila Hairie menarik lengan baju aku. " Mana baju sejuk you.." " Dalam beg galas saya.." " I bagi duit semalam kenapa tak beli.." Aku mengaru kepala. Pakaian di sini agak mahal harganya. Baki duit yang tinggal semalam tidak mencukupi untuk aku membeli sehelai jaket. " Baju kat sini mahal..saya cuma beli telekung dan t'shirt ni.." " Kenapa tak cakap..?" Hairie mengeluarkan sehelai baju panas miliknya. Dia menghulurkan kepada ku. " Eh..tak apa encik..baju saya ni dah okey boleh tahan lagi sejuk ni.." Aku menolak lembut. Semalam dia memarahi aku yang dibilangnya suka menyusahkan dia. Kali ini aku tidak mahu menyusahkan dia lagi. " Diam..! pakai baju ni.." Terkejut aku bila Hairie membentak. Aku capai baju itu lantas menyarungkannya ke tubuhku tanpa banyak soal. Malas rasanya nak bertekak dengan si arrogant ni. Mentang-mentang aku salah, suka-suka dia nak membentak aku. Hishh..sakit hati. Tepat jam 9 keretapi ke Xi'an sampai. Pantas Hairie meraih tangan aku. Oppsss...tersentak sedikit. Hairie tak pakai sarung tangan dia. Terasa darah panas menyerbu ke muka. Belum pernah sebelum ini aku bersentuhan kulit dengan lelaki. Aku rasa kalau tengok cermin sekarang pasti kulit muka aku sudah berubah warna. Macam sesumpah. Setelah melangkah masuk ke perut gerabak cepat-cepat aku tarik tangan dari gengaman Hairie. Terasa jantung berdegup macam nak tercabut. Aku duduk dan berusaha untuk tenang. Entah kenapa perasaan ini jadi tak tentu arah. Ketika keretapi mulai bergerak aku rasa agak lega. Aku berdoa semoga selepas ini tidak ada kebodohan yang bakal aku lakukan lagi. " You asal dari mana..?" Aku pandang Hairie sekilas. Tak sangka dia akan bertanya begitu. " Johor.." Jawab ku sepatah. Aku berpaling keluar jendela. " You anak ke berapa..adik beradik berapa orang..?" Hairie bertanya lagi. Apa hal dia ni..mesti kes boring ni. " Saya tak ada adik beradik..anak tunggal" Aku tunduk. Soalan yang payah untukku terima kenyataannya. " Anak manjalah ni.." Aku senyum sahaja dengan komen Hairie. " Mak dan ayah masih ada..?" Kenapa dia harus bertanya soalan ini. Aku diam ku hala pandangan ke luar jendela. Ikutkan hati tak mahu aku jawab soalan dia. " Saya yatim piatu..mak ayah saya dah lama tak ada, saya tinggal di rumah anak-anak yatim dari umur 12 tahun sampai umur 18 tahun.." Aku cuba menahan perasaan. Seketika Hairie terdiam. Entah apa yang bermain di fikirannya. " Lara..I'am so sorry.." Dia bersuara agak perlahan. " Tak apa encik..saya tak kisah.." Aku cuba sembunyikan perasaan sebenar. Tak perlu menunjukkanya kepada Hairie. Bukankah dia benci aku. Tak perlu juga aku tunjukkan kesedihan ini pada sesiapa. Aku dah biasa hidup sendiri. Aku pejamkan mata. Aku biarkan sahaja lelaki arrogant di sebelah aku. Tiba- tiba terfikir pula aku untuk bertanya satu soalan kepada Hairie. "Encik Hairie..kenapa encik tolong saya kejar peragut tu.." Hairie diam. Seketika dia mengeluarkan sebuah majalah dari beg galasnya. Selamba dia menyelak-yelak halaman majalah tanpa mempedulikan soalan aku. Geram dengan perangai sombong dia. Kalau aku tahu tak ingin aku jawab soalan-soalan dia tadi. Aku mendegus. Aku kembali menghalakan pandangan ke luar jendela. Kenapa bukan Encik Adli yang menolong aku. Rasanya lebih selesa kalau bersama Encik Adli. Aku pejamkan mata. Harap-harap biarlah aku terlena sehingga keretapi sampai ke Xi'an. Perjalanan yang sangat panjang ini amat meletihkan. Keretapi berhenti di beberapa perhentian. Namun bandar Xi'an masih jauh lagi. Setelah beberapa lama duduk di dalam keretapi akhirnya kami sampai juga ke Xi'an. Tak sabar rasanya hendak bertemu Syanie dan Laila. Aku nak bercerita tentang sombongnya Mr.Arrogant ni. Geram kerana soalanku yang dibiar sepi tanpa jawapan sehingga melenyapkan kebaikkannya yang telah membelikan aku pakaian, membayar penginapan aku dan belanja aku makan sepanjang hari semalam. Turun dari keretapi Hairie terus mencari pondok telefon. Cuaca di sini tidak kurang sejuknya. Tetapi banyak pemandangan menarik di sini. Aku terleka sebentar melihat sebuah bangunan seperti kuil yang tersergam indah di seberang jalan. Di sini masih terpelihara kesan kepurbaan di setiap sudut. Aku terasa seperti berada di zaman empayar dinasti China. Seringkali mendengar cerita dari teman-teman yang pernah ke sini. " Kalau pergi ke Xi'an tak sah kalau tak tengok patung pahlawan yang terkenal tu " Aku teringat kata-kata Doktor Hazlin yang baru pulang dari bercuti ke Xi'an. Sekarang aku pun sudah menjejakkan kaki ke Xi'an. Rasa teruja sangat. Perlahan-lahan tanpa aku sedari kaki aku sudah melangkah ke pintu hadapan kuil tersebut. Terpesona dengan keindahan seni binanya. " Oppsss..." Terasa tangan aku diraih. Hairie memandang tajam. " Boleh tak jangan buat I panik.." Aku mengaru kepala. Aku lupa pada Hairie dek kerana melihat keindahan Xi'an. Dia menahan sebuah teksi. Kami tenggelam di dalam perut teksi. Aku diam tidak bertanya langsung ke mana arah kami. Bimbang soalan aku tidak berjawab nanti. Lebih baik diam. Teksi berhenti di hadapan sebuah bangunan yang berukir cantik. " Lara..!" Syanie dan Laila meluru mendapatkan aku. Terasa lega bertemu kembali dengan sahabat-sahabat rimba aku ni. Bertubi-tubi juga soalan demi soalan ditujukan sehingga aku lemas. Sudahlah letih seharian di dalam keretapi. " Apa dah jadi mesti ada cerita best ni..cepatlah cerita Lara tak sabar aku nak dengar ni.." Belum sempat aku merebahkan diri di katil Syanie sudah tercongok di depan muka aku. " Boleh bagi aku ruang nak bernafas tak..dahlah satu hari dalam train..buat nafas aku sesak kau orang tau tak.." Aku menolak muka Syanie ke tepi. " Elehhhh..kau sesak sebab keretapi ke..sebab Hairie ada kat sebelah kau..hahaha.." Aku tarik nafas geram. Laila dan Syanie masih tergelak-gelak. " Okey ceritanya pasport aku dapat tapi duit dan handphone canggih aku yang baru beli tu lesap..puas hati cik kak-cik kak oii..." Aku merebahkan tubuh ke katil. Ahhhh...leganya. " Kita orang tak nak cerita tulah.." " Habis cerita apa daaaa.." " Cerita kau dengan Hairie daaa.." Aku ketawa besar. Aku bangkit. " Mana bilik air daaa..aku nak mandi daaaa..hahaha.." " Cerita dulu baru mandi.." Laila menarik aku duduk kembali ke katil. Aku masih ketawa. Kerana hebat didesak, terpaksalah aku bercerita. Galak mereka mentertawakan aku. " Nampak sangat dia suka kau Lara oiii.." Aku kerutkan dahi. " Kau orang ni memang terror menulis mencari cerita tapi part-part menilai cinta orang memang kau orang salah, tak mungkin dia suka aku dia cuma menunjukkan keperimanusiaan dia pada aku itu aje kan..jadi jangan salah menilai okey" Aku tinggalkan sahabat-sahabat rimba aku yang masih tersenyum-senyum kambing itu.
12
Pagi yang sejuk dan berkabus. Perjalanan mencari
keluaga Han hari ini hanya melibatkan aku, Encik Adli, Mike, Hairie dan Hanes.
Sementara Zahara masih lena diulit mimpi. Tambahan lagi dalam cuaca yang sejuk
begini. Aku masih belum bertemu muka dengan wanita garang itu. Semalaman aku
hanya duduk di bilik. Waktu Syanie dan Laila keluar makan aku hanya memesan
makanan dari mereka. Malas aku nak bertemu muka dengan Zahara malam tadi.
Sebenarnya aku masih tidak tahu apa fungsi Zahara di dalam ekspedisi ini.
Soalnya setiap kali kami menjalankan tugas dia hanya bersenang-senang sahaja.
Tapi aku malas hendak bertanya. Aku cuma dibayar untuk menbantu mencari harta karun
bukan dibayar untuk mencari tahu hal orang lain.
Syanie dan team majalah
Kembara pergi ke tempat lain untuk assigment mereka. Kami akan bertemu di
bandar Xi'an setelah selesai tugas masing-masing. Kami sampai ke bandar Xi'an.
Dari situ kami menaiki bas untuk ke sebuah perkampungan kecil. Perjalanan
mengambil masa lebih kurang 1 jam. Aku duduk bersebelahan Encik Adli di dalam
bas.
" Apa khabar
Lara..sehari tak jumpa rasa macam setahun.." Aku ketawa kecil. Encik Adli
memang pandai bergurau. Aku suka tengok lesung pipit di pipinya kalau dia
ketawa.
" Macam orang
bercinta pulak Encik Adli ni.." Balas aku dalam nada berseloroh juga.
" Bertepuk sebelah
tangan takkan berbunyi.." Kata Encik Adli lagi.
" Carilah tangan
yang boleh dilawan bertepuk mesti berbunyi nanti.." Giliran Encik Adli
ketawa besar.
" Dah jumpa tapi
dia tak mahu lawan bertepuk pulak.." Encik Adli tersenyum menjawab.
" Dia tak faham
kut.." Encik Adli diam. Aku menoleh apabila menyedari dia senyap. Kami
berpandangan seketika. Dia mengalihkan pandangannya. Aku agak risau. Mungkinkah
dia terasa dengan kata-kata aku tadi.
" Saya salah cakap
ke encik..maaflah ya.." Aku bersuara setelah hati rasa gusar dengan
perubahan sikapnya.
" Tak adalah Lara
tak salah mungkin apa yang Lara cakap tu betul.." Aku lega apabila dia
bersuara semula. Dia kembali memandang aku. Ada senyum bermain di bibirnya.
" Buatlah sampai
dia faham..nanti kalau terlambat menyesal tau.." Aku cuba menceriakan
suasana yang sedikit sepi. Encik Adli pantas memandang aku. Senyumnya hilang.
Alamak..aku salah cakap lagi ke ni..akhirnya dia kembali tersenyum sambil
mengangguk-angguk.
Beberapa ketika bas
berhenti di sebuah stesen kecil. Mike memberi isyarat agar kami semua turun di
situ. Sebuah pekan yang agak kecil menanti kami. Kecil tapi bersih dan indah.
Kebanyakkan penduduk di situ berbangsa Monggolia. Berdasarkan alamat yang
tertulis di scroll, kami mencari tempat tinggal keluarga Han ini. Alamat yang
kami jejaki membawa kami ke sebuah bangunan yang agak besar. Namun bangunan itu
tidak nampak seperti sebuah kediaman. Seorang lelaki pertengahan usia berbadan
gempal keluar ketika Mike mengetuk pintu besar. Mike bercakap seketika dengan
lelaki itu. Lelaki itu bercakap sambil mengelengkan kepalanya. Dia
menunjuk-nunjuk ke satu arah. Aku pasti dia bukan keturunan Han yang kami
cari.Mike kembali dengan wajah yang berkerut.
" Mereka sudah
berpindah..10 tahun lalu.."
Beritahu Mike. Memang patut pun kerana alamat di dalam skroll ini alamat
yang ditulis puluhan tahun dahulu. Tidak mustahillah jika mereka sudah
berpindah ke mana-mana.
" Diorang pindah ke
mana.." Tanya Hairie.
" Ada alamat
ni..tak ada pilihan lain cuba ajelah..tapi tak ada transport kita kena jalan
kaki lebih kurang 2 batu dari sini.." Ujar Mike kemudian. Kami berjalan
merentasi desa-desa kecil. Kebanyakkan penduduk di sini bercucuk tanam. Banyak
ladang-ladang di kiri kanan jalan.
" Kak Lara Hanes
penatlah.." Hanes memeluk lengan aku.
" Penat..? Emm..meh
sini Kak Lara dukung meh.." Aku sempat mengusik Hanes yang kepenatan.
Hanes ketawa.
" Cepatlah Kak Lara
dukung Hanes.." Hanes bergayut di leher aku.
Hampir
sahaja aku tergolek dibuatnya. Hanes masih ketawa terkekeh-kekeh.
" Kalau Kak Lara
dukung Hanes..siapa nak dukung Kak Lara..Kak Lara pun penat ni.." Hanes
terlompat-lompat di bahu aku sambil ketawa. Macam kanak-kanak riang.
" Suruh papa dukung
Kak Lara..papa kuat.." Amboi kuat betul suara Hanes bercakap sehingga
membuatkan Hairie menoleh ke belakang.
" Papa..Kak Lara
penat dia minta papa dukung dia.."
" Weii..mana
ada..mandai je kau ni.." Marah aku. Hanes ketawa lagi. Seronok sangat dia
dapat mengenakan aku.
" Papa tak berani
dukung dia nanti dia belasah papa lagi.." Rasa nak tercekik anak tekak aku
dengar jawapan Hairie. Aku mencebik bibir. Apa dia ingat aku ni gangster sangat
ke. Tak ada kerja lain asyik nak belasah orang. Hanes ketawa lagi. Sepanjang
jalan becuk mulutnya bertanya itu dan ini. Tak larat aku nak melayan budak ni.
" Hanes Kak Lara
ada selotip ni..Kak Lara selotip mulut Hanes sekejap boleh tak.." Aku
memicit pipi montel Hanes. Hanes hanya ketawa mengejek aku. Seronok rasanya ada
adik ni. Boleh disayang boleh dibuat bergurau. Aku memeluk bahu Hanes. Hanes
menyeringai kepenatan. Aku juga merasa penat. Sungguhpun cuaca sejuk dan nyaman
namun penat berjalan tetap terasa.
" Okey..take a
break.." Encik Adli memberi arahan. Hanes terus terjelepuk di bahu jalan
yang berumput. Mukanya agak pucat. Dia kelihatan tercungap-cungap.
" Hanes okey
ke..kenapa ni.." Hanes terkulai di pangkuan ku. Aku menjerit memanggil
Hairie. Segera Hairie meluru mendapatkan anak gadisnya.
" Hanes..!"
Hairie memangku Hanes yang lemah. Keadaan agak cemas seketika.
" Hanes ada asma
ke...?" Cepat aku bertanya. Aku
khuatir melihat keadaan Hanes. Hairie mengeleng.
" No.." Aku memeriksa nadi Hanes. Cepat sahaja
perjalanan nadinya.
" Hanes ada penyakit
lain..ke.." Hairie mengeleng lagi.
" Hanes pernah macam ni atau
selalu macam ni.." Aku terus bertanya untuk kepastian.
" No..but..I tak
sure..kenapa you banyak sangat tanya macam doktor aje ni.." Hairie mula
menemplak aku. Aku tarik nafas. Nafas Hanes semakin lemah. Aku keluarkan tabung
oksigen portable yang sentiasa aku bawa untuk kecemasan. Aku minta Hairie
mendudukkan Hanes tegak. Penutup tabung aku buka dan aku lekatkan kepada kepala
penekan. Aku pasangkan penutup ke hidung Hanes. Penutup akan bertindak seperti
topeng oksigen.
" Hanes sedut
perlahan oksigen ni.." Hanes lemah tangannya mula mengapai tabung oksigen.
Dia mahu membuang tabung itu.
" Hanes relaks…Kak
Lara doktor okey..Hanes jangan takut..ini oksigen sedut perlahan." Hanes
mulai menyedut oksigen. Aku menenangkan Hanes sambil mengosok-gosok belakang
badannya. Beberapa ketika kemudian muka Hanes kembali merah. Aku menanggalkan
topeng oksigen setelah Hanes tenang dan boleh bernafas sendiri. Kesemua yang
ada mengurut dada lega melihat Hanes pulih kembali.
" Hanes rasa macam
mana beritahu Kak Lara bahagian mana yang sakit atau tak selesa.." Hanes
mengelengkan kepala.
" Hanes cuma penat
aje…Hanes tak sakit.." Jawab Hanes sambil memeluk Hairie. Aku keluarkan
stetoskop dari dalam beg.
" Boleh kak Lara
periksa dada..sikit je.." Aku senyum memandang gadis manis yang manja di
pangkuan papanya.. Hanes mengangguk. Degupan jantung Hanes normal. Cuma nadinya
agak cepat. Hanes mungkin keletihan dan kurang rehat. Itu andaian aku setakat
ini. Aku tidak mahu banyak bertanya. Bimbang dimarahi Hairie nanti. Aku hulur
coklat cadbury yang Hairie belikan untuk aku kepada Hanes. Memandangkan tiada
makanan lain ketika itu sedangkan Hanes perlu tenaga segera.
" Lara saya tak
tahu pun you doktor.." Encik Adli bertanya setelah perjalanan disambung
semula. Aku senyum. Memang aku tidak menyertakan profesion kedoktoran di dalam
testimonial tempohari. Aku dibayar hanya untuk menjadi penterjemah bahasa
purba. Aku akan bertindak sebagai doktor di saat doktor diperlukan.
" Sebenarnya saya
doktor tapi saya suka kaji purba, saya sambung belajar arkeologi.." Kalau
ikutkan hati aku cuma hendak jadi seorang ahli kaji purba sahaja. Tapi bergelar
doktor perubatan adalah cita- cita ibu. Ibu ingin sangat aku jadi doktor. Alhamdullilah dapat juga aku sempurnakan
cita-cita ibu.
" Muda-muda lagi
dah ada dua kerjaya..hebat tu tak ramai orang yang hebat macam you.." Aku
sedikit malu dipuji oleh Encik Adli.
" Tak adalah hebat
sangat tiap-tiap hari bergelut dengan buku, assigment, kerja lagi aduh..kalau
ikutkan hati memang malas dah..tapi dah minat ke bidang arkeologi ni kena
kuatkan semangatlah jawabnya.." Mungkin aku berjaya di bidang pelajaran
tapi hidup aku masih sunyi. Aku pun masih sendiri.
" Ada dua kerjaya
ni mesti sibukkan..kesian boyfriend you mesti jarang jumpa.." Aku ketawa
besar.
" Sebab tulah saya
tak ada boyfriend..tak sempat nak cari.." Encik Adli ketawa kecil.
" Dah berbaris
tunggu tu cik Lara..spent time sikitlah sampai bila nak menyendiri.." Aku
senyum sahaja. Bayangan wajah Zain bermain di ruang mata. Zain pergi
meninggalkan aku di saat cintanya belum aku balas. Rasa bersalah menerpa di
benakku. Kini dia telah tiada. Perginya tidak akan pernah kembali. Zain
meninggal setelah terlibat di dalam satu kecelakaan jalan raya tiga tahun lalu.
Secara kebetulan aku yang bertugas di wad kecemasan. Tubuh Zain yang berlumuran
darah diserah kepada aku untuk ditangani. Hanya Allah yang tahu perasaanku saat
itu. Aku kuatkan semangat meski badan aku sendiri hampir rebah. Namun Allah
lebih sayangkan dia. Aku gagal menyelamatkan Zain. Zain akhirnya menghembuskan
nafas di tangan aku. Aku rasa sangat tertekan. Kini aku sedang menimbangkan
untuk meninggalkan kerjaya kedoktoran, kerana sehingga kini rasa bersalah itu
masih membayangi hidup aku.
Ada airmata di sudut
mata ku. Cepat-cepat aku seka. Biar tidak seorang pun tahu derita batin ini
sangat berat. Hanya Allah maha mengetahui apa yang tersurat dan tersirat.
Al-fatihah aku hadiahkan untuk Zain. Moga dia tenang di sana.
Kami tiba di satu
perkampungan. Puas bertanya di sana sini akhirnya kami mendapat maklumat bahawa
keluarga Han sudah berpindah ke Urumqi atau Urumchi. Han Ghee Ming dikatakan
telah menjadi seorang Dalai Lama di sebuah kuil Buddha di daerah Urumqi. Jelas
kekecewaan terpancar di wajah masing-masing. Memang inilah risiko yang harus
kami hadapi. Bukan mudah untuk mencari sesuatu yang telah hilang selama puluhan
tahun.
" Jangan putus asa
kita akan cari sampai jumpa..please everyone kuatkan semangat Insyallah kita
akan jumpa juga dengan apa yang kita cari nanti" Encik Adli meniupkan
kata-kata semangat.
" This is not
easy.." Hairie mengeluh. Dia menekup muka seketika.
" Hey..janganlah
give up cepat sangat bro..kita cuba lagi.."
" Aku tak tahulah
Adli.. Tok Abah nak sangat aku cari kapal tu, kalau nakkan harta sangat ni..
harta yang ada pun tak habis makan.." Wajah Hairie keruh.
" Ini amanat
Hairie..just do it lagi pun kau bukan cari seorang diri..ada aku, Mike and Lara..Insyallah
dengan bantuan diorang kita mesti jumpa kapal tu.." Hairie mengeluh lagi.
Dia seolah- olah sudah berputus asa.
" Come on Hairie
jangan macam ni.." Mike menepuk-nepuk bahu Hairie.
" I don't know
Mike..aku rasa semua ni sia-sia dengan keadaan Hanes aku tak rasa aku nak
teruskan, Adli aku serahkan pada kau..aku nak bawa Hanes balik.." Okey aku
sedikit terkejut dengan keputusan drastik Hairie. Tapi mungkin dia betul. Aku
sendiri rasa bimbang dengan keadaan Hanes.
" No..papa kita tak
boleh balik..Hanes tak mahu balik biar Hanes mati sekali pun Hanes tetap nak
cari kapal ni..!" Hanes berteriak. Terkejut aku. Hairie menarik Hanes,
namun cepat Hanes menepis.
"Hanes..!"
Hairie cuba berlembut. Aku pun tak faham apa sebenarnya yang membuat Hanes
selalu berkasar dengan papanya. Kadang-kadang aku merasa Hanes keterlaluan.
Hairie sangat lembut dan menyayangi Hanes. Entahlah aku tak pernah punya ayah
dan aku pun tak tahu bagaimana rasanya ada ayah. Tiba-tiba sahaja Hanes memeluk
aku.
" Kak Lara janji
tolong Hanes cari kapal ni ya.." Aku melirik kepada Hairie. Aku senyum
memandang gadis manis yang kadang-kadang agak degil ini.
" Kak Lara
janji.." Aku mengaitkan jari kelingking aku ke jari kelingking Hanes.
Memang itu pun kerja aku. Selagi aku dibayar aku akan menjalankan tugas ini.
Cuma aku tak pasti bolehkah kapal ini kami temui. Bak kata Hairie tadi ini
bukan kerja mudah.
13
Kami sampai ke hostel menjelang
petang. Zahara menanti di luar. Wajahnya kelat. Dia merenung aku dengan
pandangan benci. Aku masuk ke dalam. Namun tiba-tiba dia menolak bahu aku dengan
kasar. Aku menarik nafas geram.
" Kau ni memang tak guna
menyusahkan aje..!" Aku malas hendak melayan karenah perempuan ini. Aku
melangkah mahu masuk. Sekali lagi lengan aku ditarik kasar.
" Kau jangan ingat kau boleh
rampas Hairie dari aku..perempuan gatal..!" Kalau aku ikutkan hati hendak
sahaja aku lempang mulut celuparnya. Aku hendak menjawab namun kelibat Hairie
di sisi pintu membuatkan aku membatalkan niat aku. Melihat kehadiran Hairie
segera Zahara menerpa dan bergayut di lengan Hairie. Tergedik-gedik manja. Mual
aku tengok. Cepat-cepat aku membuka pintu kamar.
" Hoi..!"
" Hoi..nenek kau ehhhh.." Hok aloh terkejut aku
weiii...Sahabat-sahabat rimba aku sudah pun tergolek-golek di atas katil.
Sepatutnya kami bertemu di bandar tadi tetapi oleh kerana hari sudah menjelang
petang team Syanie dan Laila pulang dahulu. Aku melompat ke atas katil. Penat
rasanya seharian berjalan kaki naik pegal otot-otot kaki aku. Riuh sekapal kami
berborak. Emmm..tak habis-habis mereka mengenakan aku. Nama Hairie tak pernah
lekang disebut. Aku malas nak bertekak lantas aku biarkan sahaja mereka
mengenakan aku.
Malam itu aku, Syanie, Laila dan Ajib keluar mencari restoran
halal. Kami berjalan di sekitar pekan kecil itu. Di pertengahan jalan kami
bertembung pula dengan Encik Adli dan Mike yang juga sedang mencari kedai
makan. Aku tercari-cari kelibat Hanes. Namun dia tiada. Hairie dan Zahara juga
tiada di situ. Sebenarnya aku
khuatirkan
Hanes. Aku risau kalau-kalau Hanes sesak nafas lagi. Aku cuba menghubungi telefon
bimbit Hanes menggunakan telefon bimbit Laila.
" Hello siapa ni..?" Oppss..alamak Hairie di
talian. Aku rasa agak gugup. Mana Hanes kenapa papa dia yang angkat telefon.
" Errr..errr..Lara ni…Hanes mana encik..?"
" Hanes dah tidur..you kat mana ni..?"
" Kat luar kitorang nak pergi makan..err..Hanes okey
tak..kalau ada apa-apa call saya ya
encik.."
" Thanks Lara..Hanes okey by
the way lepas makan nanti you nak ke mana..?"
" Balik bilik encik
kenapa..?" Senyap seketika.
" Encik.."
" I nak jumpa
you..boleh..?" Oppss...Hairie nak jumpa aku...emmm..macam pelik je...
" Boleh Insyallah.." Setelah talian dimatikan aku
terdiam seketika. Kenapa Hairie nak jumpa aku. Emmm...mungkin dia nak bertanya
tentang Hanes. Tapi kalau Zahara tahu habislah aku. Atau mungkin Zahara ada
bersama. Wussss...yang aku gelabah semacam ni kenapa.
Selesai makan kami
pulang semula ke hostel. Cuaca sejuk menyebabkan mata aku mengantuk. Ditambah
pula dengan keletihan akibat berjalan kaki siang tadi.
" Lara..!" Aku menoleh.
Encik Adli memanggil.
" Dah nak tidur ke..?" Dia
senyum meleret.
" Kenapa encik..nak saya
temankan encik ke..?" Aku berseloroh. Encik Adli ketawa. Syanie dan Laila
mencuit aku.
" Tak adalah encik saya
bergurau aja.." Seketika pintu bilik Hairie dibuka. Hairie berdiri di
pintu. Tiba-tiba aku teringat janji aku untuk berjumpa Hairie tadi.
" Boleh Lara temankan saya
sekejap kita borak-borak ke..kalau Lara sudilah.." Hah...biar betul Encik Adli ni. Hairie
memandang tajam. Aku serba salah. Aku garu kepala yang tak gatal. Encik Adli
baik dan sopan tak sedap pula menolak ajakkan dia. Kalau setakat borak-borak
aku tak kisah. Tapi aku dah janji dengan Hairie. Macam mana aku nak berterus
terang. Takut Encik Adli berkecil hati pula. Hairie melangkah menghampiri.
" Lara..you free sekarang..can we talk..?" Aku
pandang Encik Adli. Dia nampak kurang senang dengan kehadiran Hairie. Aku masih
tidak berkata apa-apa.
" Tak apa Lara...next time kita borak ya.." Encik
Adli melangkah ke kamarnya. Aku tarik nafas panjang. Rasa kurang enak melihat
sikap Encik Adli. Hairie mengajak aku ke ruang lobi. Kami duduk di sofa. Aku
tertinjau-tinjau mencari seseorang.
"Cari siapa..?" Aku sedikit tersentak.
" Cik Zahara..dia tak ikut ke..?"
" I yang nak jumpa you bukan dia.." Aku menganguk.
Tapi kalau Zahara nampak ni memang nahas aku. Senyap seketika. Aku hanya
menanti apa yang hendak Hairie katakan. Rasa kekok bila duduk dengan Hairie
seperti ini. Mulut pun terkunci. Hairie berbeza dengan Encik Adli. Bila bersama
Encik Adli aku rasa lebih mudah berkomunikasi. Tapi dengan Hairie segalanya
kaku. Mungkin kerana dia asyik marah-marah menyebabkan aku selalu berhati-hati
untuk bercakap dengan lelaki ini. Atau mungkin aku yang pernah bersalah
terhadap dia tempohari maka agak payah untuk aku berhadapan dengan dia.
" Lara thanks..you dah tolong Hanes tadi..I takut sangat
bila tengok Hanes macam tu.. I tak tahu kenapa Hanes jadi macam tu.."
Hairie diam sejenak. Aku membiarkan dia meluahkan kebimbangannya.
" Dah hampir setahun Hanes tak mahu bercakap, sejak mama
dia meninggal, Hanes berubah menjadi bisu, murung dan tak pernah ketawa.."
Hairie diam sejenak. Aku tidak pernah menyangka begitu keadaan Hanes. Sejak
mengenali Hanes, dia tak ubah seperti remaja lain yang periang.
" I tak sangka bila tengok Hanes ketawa masa kita kat
Boracay..dan Hanes cuma ketawa bila dia..dengan you Lara.." Aku terus terdiam. Aku tak sangka Hanes
bermasalah.
" Hampir setahun..baru
kali ini Hanes nak bercakap dengan I...I dah buat macam-macam untuk kembalikan
Hanes..kadang-kadang I rasa putus asa, I dah tak tahu apa nak buat.."
Hairie mengeluh berat.
" Thank you Lara..you yang buat Hanes kembali
ceria..walaupun dia masih marahkan I..at least dia dah mula berubah macam
dulu..my Hanes was back now.."
Hairie mengalihkan pandangannya. Kami bertentangan mata sebentar.
" Maaflah Encik Hairie..saya memang tak tahu Hanes macam
ni..saya fikir dia macam remaja lain...nampak ceria, manja..saya tak sangka
pulak Hanes pernah murung.."
Kemurungan kalau dibiarkan boleh membawa bahaya.
" Sebenarnya dia marah bila
daddy I nak I dan Zahara berkahwin..Hanes bencikan Zahara.." Hairie
menarik nafas.
" Itu semua rancangan daddy
I..but I don't think I boleh terima Zahara..I tak mahu Hanes menderita lagi
I'll do anything for her.." Emmm..okey menarik juga bila Hairie sendiri
mengaku dia tidak menerima cinta Zahara. Aku senyum sendiri.
" Lara.."
" Ya.." Agak
tersentak sedikit aku.
" Hari tu I tak jawab soalan you..kenapa I tolong you
kejar peragut tu.."
Sekali lagi
aku agak terkejut dengan kata-kata Hairie. Aku pandang Hairie. Dia senyum.
Pertama kali dia senyum pada aku. Entah kenapa terasa darah menyerbu ke muka.
" I tolong you sebab I nak balas budi you.."
" Budi..? budi apa..?" Ringan sahaja mulut aku bertanya. Hairie
senyum lagi. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket jeansnya. Seutas gelang
ditunjukkan kepada ku.
" Ehhh..itu gelang
yang..."
" Yang Hanes beli untuk
you..gelang ni terjatuh masa peragut tu rentap beg you..you tak perasan sebab
you kejar peragut tu macam tak ingat dunia.." Aku terdiam. Memang aku tak
ingat langsung gelang pemberian Hanes ada dalam beg galas aku tempohari.
" Ya Allah..maaf encik saya
memang tak perasan langsung..saya ingat semua dah lesap..maaflah encik.."
Aku menghulur tangan untuk mengambil gelang tersebut. Tapi Hairie mengengam
semula gelang tersebut.
" Nanti
dulu..errr..terima kasih sebab you selamatkan Hanes kat White Beach hari
tu.." Hah..apa maksud dia ni. Atau dia sengaja nak menyakitkan hati aku
lagi.
" I tahu you cuma salah
sangka..tapi you ikhlas nak selamatkan Hanes..you sanggup pukul I..."
Terdiam seribu bahasa aku dibuatnya. Rasa malu menyengat-yengat bila mengingat
kembali kejadian di pantai White Beach tempohari.
" Lara..I tak marah you lagi..so boleh kita
berkawan..?" OMG..ahhhh..leganya
aku. Maknanya aku tak perlu menanggung
rasa bersalah lagi.
" Terima kasih encik..lega rasanya..berhari-hari saya
tanggung rasa bersalah ni..saya mengaku saya memang gila-gila sikit..tapi tak
adalah sampai nak berniat buruk pada orang.." Memang aku tak pernah
berniat buruk pada sesiapa pun.
" So macam mana..?"
" Macam mana apa encik..?"
" Boleh kita berkawan..?"
" Owhhh...boleh..boleh..apa salahnya..semua orang dalam
ekspedisi ni kawan saya termasuklah encik.." Hairie ketawa lembut.
" Hulurkan tangan.." Aku tersentak. Hairie menarik
tangan aku. Gelang pemberian Hanes dipakaikan di tangan aku. Sebenarnya niat di
hati biarlah Hanes yang memakaikan gelang ini di tangan aku. Namun tidak pula
aku sangka papa Hanes yang memakaikannya..hoooo...malunya tapi tak apa, kira bolehlah...
" Satu lagi...ini daripada I, sebab you dah kembalikan
my Hanes back to normal.." Seutas rantai berloketkan hati melingkar di
tangan Hairie. Berkerut dahi aku. Tak mungkin rasanya aku terima pemberian
Hairie ini.
" Encik Hairie maaf..saya tak buat apa-apa pada Hanes,
lagi pun saya tak tahu apa yang Hanes lalui..mungkin Hanes berubah atas
kehendak dia sendiri.." Aku bangun.
Hairie ikut bangun.
" Maaf encik saya tak boleh terima rantai ni, kalau
betul pun Hanes berubah kerana saya itu semua ikhlas dari saya..saya mengaku
saya suka dan sayang pada Hanes saya harap encik tak keberatan.."
" Sudah tentu Lara..you boleh
sayang Hanes sebanyak mana you nak..and I'am sure Hanes pun sayang you.."
" Terima kasih
encik..ermmm...boleh saya balik ke bilik sekarang..?"
Hairie
mengangguk. Aku melangkah menuju ke kamar.
" Lara..you memang tak
sudi..kan.." Langkah terhenti. Aku serba salah. Tapi aku tak mungkin
terima apa-apa dari Hairie. Aku tak mahu mengeruhkan suasana terutama dengan
Zahara. Aku tak mahu orang menyalah tafsirkan kebaikkan yang mungkin pernah
hadir dari diri aku.
" Maaf encik saya rasa cukuplah
encik dah maafkan kesalahan saya..tak ada yang lebih bermakna dari kemaafan
encik tu..selamat malam encik.." Aku berlalu pergi. Aku tak berniat untuk
menghina atau membuat Hairie berkecil hati. Namun aku harap Hairie faham tak
semua kebaikkan meminta balasan. Aku bukan manusia seperti itu.
14
Selesai bersarapan kami semua
diarahkan berkumpul di kamar encik Adli. Ada sedikit taklimat kecil berikutan
kegagalan kami menemui keluarga Han di Xi'an. Aku sudah pun selesai mengemas
barang-barang. Aku pastikan tidak ada barang-barang aku yang tertinggal.
" Wahhh..cantik gelang kau Lara..bila beli
ni..?" Laila menarik tangan aku.
Dibeleknya gelang pemberian Hanes. Memang gelang tangan itu sangat cantik.
Mujurlah aku dapat semula gelang ni.
" Hanes
bagilah...cantikkan.."
" Amboi..berseri-seri muka
tu...Hanes ke papa dia yang bagi ni.." Aku menjeling tajam. Laila ketawa.
" Hanes yang bagi..!"
Tinggi sedikit nada suara aku. Laila masih ketawa. Aku baling bantal kena tepat
ke mukanya.
" Lara..!" Sebiji bantal
pula melayang ke muka aku. Aku balas. Riuh kami berbaling bantal.
Hoi..!" Bedebuk..bantal
menghentam muka Syanie yang baru keluar dari kamar mandi. Berterabur rambutnya
yang baru disiput cantik.
" Kau jangan sampai aku
mengamuk..!"
" Okey..okey..sorry
beb...sorry.." Si mek dah mula naik
angin. Laila masih enak ketawa. Bedebuk..! Sebiji bantal lagi melayang tepat ke
mukanya. Aku ketawa besar. Puas hati aku dapat kenakan Laila.
" Sakitlah hidung aku..!"
" Padanlah dengan muka kau.." Pintu bilik diketuk. Muncul Ajib di depan
pintu.
" Apa hal yang riuh sangat ni..diorang
dah tunggu tu.."
" Okey Jip.." Cepat-cepat kami bersiap. Semua sudah pun
berada di kamar Encik Adli. Hanes mengamit aku ke sisinya.
" Hanes okey..?" Bisikku ke telinga Hanes.
" Okey.." Balas Hanes berbisik juga. Mike memulakan
taklimat.
" Lebih kurang satu jam dari sekarang kita akan bertolak
ke Lanzhou..hala tuju kita adalah ke Urumqi..dari maklumat yang kami dapat
keluarga Han sudah berpindah ke satu daerah di Urumqi.." Mike berhenti
sejenak.
" Perjalanan mungkin memakan masa berhari-hari, sebab
dari sini ke
Urumqi
memang jauh..kita kena melalui banyak bandar.."
" Kali ni jangan ada yang nak berlagak hero..okey, kalau
dah kena ragut tu just ignore ajalah..jangan nak menyusahkan orang, jangan nak
cari perhatian.." Zahara bersuara kuat menyindir aku. Aku diam buat-buat
pekak.
" I harap kali ini bukan sahaja Lara..malah kepada semua
juga please be careful with all your stuff and please take care of yourself
guys..kita tak tahu apa bahaya yang menunggu kita..we must take care of each
other too..okey guys..any question..?"
Aku melirik
kepada Zahara yang duduk di tengah. Badannya sengaja dirapatkan ke bahu Hairie.
Menyampah aku tengok. Macam ulat gonggok. Tiba-tiba Hairie menoleh ke arah aku
yang sedang memerhatikan mereka berdua. Cepat-cepat aku berpaling. Hah..padan
muka kau Lara...
" Mike kita ikut jalan darat ke atau macam mana.."
Encik Adli bersuara. Aku pandang Encik Adli. Teringat kejadian malam tadi. Aku
harap dia tidak berkecil hati.
" Too far Adli..kita kena melintasi gurun dan banyak
sangat bahaya..kita akan naik domestik flight turun di Lanzhoulah..jimat masa
maaa.." Encik Adli mengangguk faham.
" Okey start
packing everyone..turun ke lobi, I give you five minutes from now..!"
Bergegas kami kembali ke kamar masing-masing. Lima minit kemudian kami semua
sudah pun berkumpul di lobi. Sebuah van sedang menanti kami di luar hostel.
Semuanya telah diuruskan oleh Mike. Ketika melangkah masuk ke dalam van, tidak
semena-mena aku dirempuh kasar oleh Zahara. Hampir sahaja aku termasuk ke dalam
longkang. Nasib baik Syanie sempat menahan.
" Apa kena perempuan ni..cari pasal aja ni.."
Syanie membebel. Aku membiarkan sahaja. Tahap kesabaran aku ada hadnya. Selagi
aku boleh bersabar selagi itulah aku bersabar. Kalau dilayan makin menjadi.
Malas hendak bertekak dengan orang macam ni. Cuaca semakin dingin. Jaket kulit
yang menutupi tubuh aku bagai tidak mencukupi untuk menahan kedinginan yang
menyengat. Aku pakai sarung tangan kulit bila jari-jari mulai bisa kesejukkan.
Van bergerak meninggalkan perkarangan hostel menuju ke lapangan terbang.
Rasa rugi kerana aku tidak berkesempatan melawat kota
larangan Xi'an yang mashyur itu. Arghhh...akukan berkerja bukannya pergi
holiday. Satu hari nanti aku pasti kembali semula ke Xi'an dan waktu itu aku
akan berjalan-jalan sepuasnya menikmati keindahan kota Xi'an. Tanpa
terkejar-kejar oleh waktu dan yang pasti tanpa kelibat perempuan garang yang
menjengkilkan ini. Zahara memaut lengan Hairie. Kepalanya dilentokkan manja ke
bahu Hairie. Aku kerling Hanes yang duduk di samping aku. Mukanya masam
mencuka. Aku senggol lengan Hanes. Aku angkat kening.
" Kenapa..?" Saja aku bertanya. Hanes memuncungkan
bibirnya ke arah Hairie dan Zahara di tempat duduk depan. Aku ketawa kecil.
Hanes muncung kembali.
Kota purba Xi'an kami
tinggalkan. Kini kami menuju ke Lanzhou salah sebuah bandar penting di dalam
senarai laluan sutera. Aku menghala pandangan ke luar jendela. Para penumpang
masih lagi mengambil tempat duduk.
" Lara..can I sit here..?" Belum pun sempat aku
beri jawapan Encik Adli sudah duduk di sebelah aku. Seketika pesawat berlepas
meninggalkan lapangan terbang Xi'an.
" Rugilah tak sempat tengok Terracotta Warriors
tu.." Keluhku.
Encik Adli
ketawa kecil.
" Lepas ni pergi lagi, apa susah..nak saya temankan pun
boleh.." Aku ketawa dengan
kata-kata Encik Adli.
" Tak ada orang marah ke..?" Sengaja aku memancing
dengan niat bergurau. Lelaki separuh baya di sebelah aku ni terdiam seketika.
Namun bibirnya masih menguntum senyum.
" Siapalah yang nak marah, orang bujang suka hatilah nak
pergi mana dengan siapa.." Owhh..Encik Adli masih bujang rupanya.
" Encik belum kahwin ke.."
" Pernah berumahtangga dulu..tapi jodoh tak panjang
"
" Owhh..dudalah ni ya..tak cari
penganti..handsome macam ni mesti ramai yang minat.." Aku berseloroh.
Encik Adli ketawa sahaja.
" Saya pasrah kalau ada jodoh
adalah kalau tak ada saya redha.." Ujarnya perlahan. Aku diam sejenak. Aku
pun masih solo. Umur sudah meningkat. Aku bukan remaja lagi. Sudah masanya aku
berkeluarga. Bak kata Ibu Mariam, kawan-kawan aku sudah beranak pinak tapi aku
masih menyendiri.
" Berangan ya.." Tersentak aku dari lamunan.
" Lara..sudah berpunya..?" Aku tersenyum. Ku hala
pandangan ke luar jendela.
" Belum.." Jawab ku sepatah.
" Ermmm...boyfriend..?" Tanya Encik Adli lagi. Aku
mengeleng kepala.
" Cantik manis macam ni pun tak ada boyfriend..macam tak
percaya je" Aku ketawa kecil.
" Memang tak ada.."
" Kalau ada yang berminat..ermmm..macam mana.." Aku
ketawa lagi. Soalan cepumas ni.
" Insyallah akan dipertimbangkan.." Encik Adli senyum meleret. Aku pun seperti
Encik Adli. Soal jodoh aku serahkan kepada Allah. Siapa pun yang Allah
takdirkan untuk menjadi imam ku, pasti aku terima dengan rela hati. Seperti
wanita lain aku bermimpi dan berharap semoga jodohku kelak tergolong dari lelaki
baik. Patuh perintah Allah serta mampu membimbing aku menuju syurga.
Ermmm...tapi siapa, bila dan adakah Mr. right itu wujud di dunia nyata ini.
Atau cuma wujud di alam mimpi aku
sahaja. Apa
pun aku tidak pernah jemu berdoa meminta yang terbaik dari Allah. Aku harap keturunan aku tidak akan pupus.
Maklumlah aku hidup sebatang kara. Semua aku serahkan kepadaNya apa pun takdir
aku nanti aku akan terima.
Pesawat mendarat di
lapangan terbang Lanzhou. Cuaca di sini lebih kurang sama dengan Xi'an. Memang negara
China sekarang sedang mengalami musim sejuk.
" Okey semua, kita
check-in di hotel dulu esok baru kita teruskan perjalanan..sesiapa yang nak
keluar ke mana-mana tolong beritahu saya atau rakan-rakan lain.." Encik
Adli memberi arahan. Kami menginap di Crowne Hotel di Lanshan Park. Syanie,
Laila dan Ajib keluar membuat tugasan masing-masing tinggal aku berseorangan di
kamar hotel. Tadinya mereka mengajak aku ikut bersama tetapi rasa malas pula
hendak ke mana-mana. Baru beberapa jam sendirian aku mula rasa bosan. Aku buka
tv. Seketika kemudian aku tutup kembali. Semua saluran tv berbahasa China.
Telefon di meja kecil berdering. Panggilan room service mungkin..aku angkat.
" Kak Lara.." Suara Hanes kedengaran.
" Ya Hanes.."
" Jom keluar Hanes boring ni...Mike nak bawa kita
ronda-ronda.." Bagus juga cadangan Hanes. Dari duduk terperap di kamar
baiklah aku ikut Hanes.
" Okey.."
Aku bersiap seadanya seperti biasa. Tiada make-up menyaluti wajah hanya
lipstik dan gloss ku oles di bibir. Aku senyum di depan cermin. Sederhana itu
kadang-kadang memukau. Huishhhh...perasan pula cik Lara ni..
Hanes menanti di ruang lobi. Dia melambai aku yang baru
keluar dari pintu lif. Hanes sendirian di situ.
" Mana Mike..?" Hanes
menunjuk ke arah luar hotel. Mike berdiri dengan Hairie.
" Papa ikut ke..?" Hanes
mengangguk. Dia memimpin tangan aku keluar.
" Cik Zahara ikut juga..?"
" Tak Hanes tak tahu dia kat
mana...Hanes tak ingin berjalan dengan dia.." Aku mengurut dada lega.
Seandainya Zahara ikut bersama pasti aku naik semula ke kamar.
“Beautiful Lara and Sweet honesty Hanes..are you ready to
explore Lanzhou city you gonna like it..jom.." Ujar Mike sejurus kami
tiba. Hanes bertepuk riang. Aku melirik kepada Hairie di sisi. Dia senyum. Mike
membuka pintu sebuah jip Suzuki hitam.
" Jangan tanya dari mana I
dapat kereta ni..just enjoy your journey guys.." Mike ketawa. Kami masuk
ke perut jeep hitam itu. Mike membawa kami menyusuri bandar Lanzhou yang agak
sesak.
Besar juga bandar
Lanzhou ini mungkin seluas Kuala Lumpur. Banyak pembangunan sedang di dalam
pembinaan. Cuma aku kurang senang dengan qualiti udara di sini. Banyak asap
dari kenderaan dan pembangunan. Tak hairanlah ramai penduduk tempatan memakai
topeng muka.
" I selalu juga travel ke sini..tapi Lanzhou macam ni
juga sesak with air pollution sana sini tak macam Malaysia qualiti udara
bersih..oh..I miss Malaysia so much.." Ujar Mike sambil ketawa.
" Balik Malaysialah bro..kahwin and have a lovely
family..kau tak teringin ke.." Mike ketawa lagi dengan usikkan Hairie. Aku
leka melihat pemandangan di kiri kanan jalan. Aku rakam mana-mana tempat
menarik yang kami lewati.
" Lara..Hairie want me to have a lovely family and stay
in Malaysia..will you marry me Lara..I will stay kalau Lara nak kahwin dengan
I..hahaha.."
Aku cuma
ketawa dengan kata-kata Mike.
" Sorry Lara..gurau aje..you're too beautiful just for a
guy like me..you deserve to get more better.." Mike ketawa lagi.
" Baguslah sedar pun.." Usik Hairie lagi. Mike
ketawa besar. Riuh juga dia bercerita tentang pengalamannya menjadi pemandu
arah. Dulu Mike pernah berkahwin dengan seorang wanita Eropah. Seperti Encik
Adli jodoh dia tak panjang. Kini terus menduda hampir lapan tahun. Malas nak
cari penganti katanya. Dia tidak suka terikat dengan tanggungjawab tambahan
dengan kerjaya yang tidak menentu. Sukar untuk tinggal tetap di satu-satu
tempat.
" This is Yellow River..pelancong suka hangging out kat
sini..kita singgah sekejap okey.." Kereta di parkir. Kami menyusuri Yellow
River. Angin bertiup sejuk. Hairie cuba membetulkan jaket Hanes yang terbuka.
Hanes tidak mempedulikan papanya. Dia riang mengambil gambar pemandangan di
situ. Aku ketawa melihat telatah Hanes. Hairie mengeleng kepala.
" Nanti you kahwin you taulah macam mana ada
anak..lagi-lagi yang hyper.." Hairie ketawa. Hanes berlari menarik Mike
hingga ke hujung jalan.
" Hanes..!" Teriak Hairie
" It's okey bro I'll take care
of her..you just take care of Lara..!" Laung Mike.
" I can take care of my
selflah.." Laung aku kembali. Tapi Mike dan Hanes sudah jauh di hadapan.
" Ya memang pun.." Hairie
bersuara. Aku menoleh.
" Memang apa..?" Hairie senyum. Senyap seketika. Entah kenapa rasa kekok
masih menebal bila di samping lelaki yang aku gelar si arrogant ini. Sikapnya sukar dijangka. Adakala dia ramah adakala
dia berubah menjadi perengus. Aku berhenti melangkah. Seorang kanak-kanak
sedang mengendalikan sampan kecil di bawah sana. Ada beberapa buah bot yang
mudik ke hulu dan hilir sungai.
" Tengok berani betul
dia.." Hairie ketawa dengan komen
aku.
" Lara lagi berani.."
Ujarnya pula. Aku mengerutkan dahi.
" Berani apa..?"
" Berani pukul
orang..hahaha.." Tak guna dia kenakan aku rupanya. Tanpa aku sedari
penumbuk aku bergerak pantas menumbuk bahunya.
" Aduhhh..!"
" Ehhh..sorry..sorry Encik
Hairie..tak sengaja..tak boleh kawal penumbuk ni...maaf ya.." Kelam kabut
aku. Hairie meyeringai kesakitan. Dia mengosok-gosok bahunya. Serba salah aku.
Cepat aje penumbuk ni bertindak tanpa mengenal mangsa. Berkali-kali aku mohon
maaf.
" I baru nak propose you jadi
mak we I tau..tapi garang macam ni takut I.." Aku ketawa besar. Kelakarlah
pulak..
" Okey..okey..tak payah
proposelah encik..teruk nanti encik kalau jadi pak we saya.." Hairie masih ketawa. Beberapa pelancong
wanita melirik Hairie. Ketawa tak ingat dunia macam tulah...
" Nampak tak
Hanes..romantiknya.." Tiba-tiba Mike bersuara. Entah bila dia dan Hanes
tiba pun aku tak perasan. Aku diam. Hairie masih tersenyum.
" Pa..lapar..lapar..nak
makan..!" Hanes berteriak.
" Okey tapi tak payah jerit
macam tu boleh tak..malu papa.." Aku pula yang tergelak besar kali ini.
Kami menjamu selera di sebuah restoran muslim. Mudah sahaja
untuk mendapatkan makanan halal di Lanzhou ini. Kebanyakkan penduduk tempatan
di sini beragama Islam. Ada beberapa masjid tersohor di Lanzhou. Seperti Xiguan
Mosque, masjid berkubah hijau juga Nanguan Mosque sebuah masjid yang mempunyai
seni bina China. Mike berjanji untuk membawa kami ke Nanguan Mosque. Kalau berkesempatan
mungkin kami akan ke Jiefangmen Squre pula.
Kami tiba di Nanguan Mosque sekitar jam 5 petang. Memang unik
masjid ini. Kalau tak iya-iya pasti orang akan ingat masjid ini adalah sebuah
tokong Budha. Ada sebuah telaga di sebelah selatan masjid ini. Sebuah telaga
purba yang unik. Menurut sejarah telaga ini telah di gali oleh Maharaja
Guangxu.
Mike membawa kami ke Xinguan Mosque pula. Masjid berkubah
hijau yang besar setinggi empat tingkat. Ada dewan solat, dewan ilmuan dan
macam-macam lagi. Masjid ini juga dikenali sebagai masjid cendrawasih dan sudah
berusia lebih 600 tahun. Aku sempat juga menunaikan solat asar di sini. Solat
asar pun sudah di hujung waktu. Kami tidak berkesempatan ke Jiefangmen Square
kerana hari sudah malam. Hairie mahu kami pulang ke hotel untuk berehat kerana
perjalanan akan diteruskan pagi esok. Rasa seronok dapat melihat negara orang.
Menilai seni budaya bangsa lain yang unik satu kepuasan bagi aku. Terutama yang
berkisar tentang sejarah. Orang kata jauh berjalan luas pandangan.
15
Seawal jam 8 kami sudah pun
berkumpul di lobi hotel. Perjalanan akan diteruskan melalui jalan darat.
Menurut Mike ada sebuah kumpulan ekspedisi dari Holland yang juga mahu ke
Urumqi. Ada dua buah van milik sebuah agensi pelancongan. Sebuah untuk kumpulan
ekspedisi dari Holland itu. Secara kebetulan sebuah van lagi kosong kerana
mereka akan mengambil pelancong dari Urumqi. Kami bernasib baik kerana dapat
menyewa van tersebut. Pada mulanya Mike bercadang untuk menaiki keretapi
sahaja. Namun rancangan diubah di saat-saat akhir.
Sebelum ke Urumqi kami harus menempuh bandar Hami dahulu.
Untuk ke Hami kami juga harus menempuhi satu perjalanan yang panjang. Kedua-dua
van bergerak meninggalkan Crowne Hotel. Bermulalah perjalanan kami menuju ke
Hami. Di dalam van aku masih sempat melayari internet. Mujurlah talian
kominikasi di sini masih baik. Aku login ke facebook. Sudah beberapa hari aku
tidak melayari internet. Ada beberapa pesanan di kotak pesanan.
" Lara..how are you..?" Aku senyum sendiri. Sudah
beberapa hari juga aku terlupa pada si budak magik ini. Aku balas pendek masage
dari Harry Potter.
" Hello..I'am fine thank you.. :-) " Aku beralih ke Candy crush pula. Sudah
beberapa hari juga si Candy crush ni aku tinggalkan. Ermmm...banyaknya request.
Owhh..Encik Adli dah naik ke level 150..banyak tu...bila pulak dia main.
Sibuk-sibuk pun masih sempat melepasi level. Aku masih di level 264, baru
beberapa minit sahaja aku sudah berjaya melepasinya.
" Yesss.." Perlahan sahaja aku bersorak takut
menganggu rakan-rakan lain. Aku bergerak ke level 265. Nasib aku baik lagi.
Level 265 aku tinggalkan. Ada message masuk.
" Good job Lara..sekejap aje
dah lepas 2 level..." Aku ketawa
kecil. Encik Adli rupa-rupanya. Dia duduk di bangku paling belakang bersama
Ajib dan Mohan. Hanes, Hairie dan Zahara duduk di tengah sementara aku, Syanie
dan Laila duduk di belakang pemandu. Mike pula duduk di sebelah pemandu.
" Thanks Encik Adli..semalam tak nampak..Encik kat
mana..?"
" Ada kat bilik ada kerja sikit..seronok
ronda-ronda..?"
" Bolehlah..." Aku kembali ke Candy crush. Satu
lagi message masuk.
" Lara..good to see you..I need
your help.." Message dari Harry Potter. Nak minta tolong apa pulak ni..aku
bukan ada magik pun.
" Yes Harry..what is it.."
" I' am in love with someone
now..I nak bagi dia hadiah tapi I tak tahu apa yang dia suka..kalau you apa
yang you suka.." Apalah budak ni. Mak we sendiri suka apa pun dia tak
tahu.
" Don't ask me..ask your
girlfriend.."
" Sorry cuma nak tahu apa yang
perempuan suka sebagai hadiah.."
Ermmm...perempuan
ni banyak yang dia suka. Tapi tak semua perempuan sama.
" Banyak..contohnya bunga, coklat, barang-barang kemas
dan barang-barang perhiasan yang cute.."
" You suka
apa..?" Aikkk...aku pulak ditanyanya.
" Banyak contohnya rumah banglo, Kereta sport, cincin
berlian...hahaha...tak adalah gurau aje ya...saya suka coklat dan roses.."
" Thanks Lara..I will buy choclate and roses for
her.." Apa ke der la budak ni. Suka hati kaulah Harry Potter. Ada aku
kesah...
Perjalanan yang panjang dan
membosankan. Namun melewati setiap perjalanan di bumi Xinjiang ini adakalanya
membosankan adakala mempesonakan. Adakala kami melalui kawasan pergunungan
dengan pemandangan yang tandus dan berdebu. Aku teringat pada novel "JOURNEY
TO THE WEST" , inilah mungkin tempat-tempat yang digambarkan di dalam
novel tersebut. Apa yang menariknya kami
berpeluang melihat keretapi wap yang bergerak di sepanjang landasan.
Masing-masing agak teruja dapat melihatnya. Keretapi ini juga terkenal dengan
julukan ‘ The Chinese Steam Locomotive.’ Di Malaysia keretapi sebegini sudah menjadi
alat pameran. Namun di sini keretapi ini masih digunakan untuk mengangkut
barang atau arang batu. Beberapa kali juga pemandu van berhenti rehat di pekan-
pekan kecil sepanjang jalan.
Hampir satu hari perjalanan akhirnya kami tiba di Hami.
Memandangkan hari sudah hampir gelap kami semua bermalam di sebuah motel di
pinggir jalan. Hanes memujuk papanya supaya dibenarkan sebilik dengan aku.
Bersorak riang dia saat Hairie memberi keizinan. Nasib kami agak baik kerana di
situ ada disediakan makanan muslim. Rasanya soal makan di laluan sutera bagi
pengembara muslim tidak mendatangkan masalah. Banyak terdapat kedai-kedai makan
dan perkampungan Islam di sini. Cuaca agak sejuk dan berangin. Selesai makan
kami ke kamar masing-masing. Selepas solat Maghrib, aku bersantai-santai baring
dengan Hanes. Syanie, Ajib, Mohan dan Laila keluar ke sekitar kawasan
berhampiran sebentar untuk membuat tugasan.
" Hanes..Zahara tu siapa dengan Hanes.." Saja aku
bertanya sambil baring. Hanes juga berbaring sambil bermain game di iphonenya.
" Zahara tu nenek kebayan gondrong..." Aku ketawa
besar dengan jawapan Hanes.
" Mana ada gondrong cantik je Kak Lara tengok.."
Hanes bangkit lalu meniarap mengadap muka aku.
" Cantik..tapi perangai macam
syaitan.."
" Amboi..tak baik cakap orang
macam tu..kenapa Hanes benci sangat dengan si gondrong tu.." Hanes
tergelak.
" Sebab papa nak kahwin dengan dia..kalau kak Lara nak
tau dialah yang bunuh mama Hanes..."
" Uiitttt...biar betul kau ni
Hanes..apa pasal dia tak kena tangkap polis kalau betul dia bunuh mama
Hanes..?" Hanes diam. Matanya mula berkaca. Aku serba salah.
" Hanes..Kak Lara minta
maaf.." Aku bangkit. Aku peluk Hanes. Rasa kasih pada Hanes bagai melimpah
ruah. Apalagi bila mengenangkan nasib Hanes sama dengan nasib aku. Kami
sama-sama tidak beribu.
" Jangan sedih dik..Kak Lara sayang Hanes..okey.."
" Mama kena kanser
payudara..masa mama sakit tak boleh bangun Hanes nampak Zahara suntik cecair
kat dalam salur tiub mama..memang Hanes tak tau apa benda yang Zahara suntik
tu..tapi seminggu lepas tu mama meninggal.." Bergenang airmata Hanes. Aku
peluk erat tubuh Hanes.
" Papa tak pernah percaya dengan cakap Hanes..dia kata
Hanes pandai-pandai buat cerita.." Hanes menangis. Aku pun ikut menangis.
" Sabar sayang..tak apa kalau betul Zahara buat macam tu
Insyallah satu hari dia akan terima balasan..Hanes mesti sabar doakan mama
kirim fatihah untuk dia ya." Hanes
mengangguk sambil teresak-esak.
" Hanes rindu mama.."
" Kak Lara pun rindukan ibu Kak
Lara..ibu Kak Lara pun dah meninggal.." Aku tak dapat menahan sebak.
" Kak Lara dah tak ada sesiapa
pun kat dunia ni Hanes..Kak Lara seorang diri aje..tak ada ayah..tak ada
keluarga..Kak Lara tak tahu siapa keluarga Kak Lara..ibu Kak Lara tak pernah
cerita tentang keluarga dia..sekurang-kurangnya Hanes ada papa..ada
keluarga..Hanes kena bersyukur..nasib Kak Lara lagi teruk dari Hanes.."
Hanes
menangis terus. Dia memeluk erat tubuh aku.
" Kak Lara jangan
sedih...sekarang Kak Lara ada Hanes..Hanes sayang kakak.." Aku senyum. Aku
lap sisa airmata di pipi. Aku kesat juga airmata Hanes.
" Mulai hari ni..Hanes akan
jadi adik Kak Lara okey.."
" Kenapa tak terus jadi mama
Hanes aje..?"
" Uisssss...mati aku kena pijak
dengan Zahara nanti..!"
Hanes
ketawa gelihati. Ada bunyi bising di luar motel. Aku bangkit menjengah di
jendela. Ada suara orang menjerit dan menangis.
" Ada apa Kak Lara..?"
" Entah..Kak Lara tak tau.."
Seketika pintu bilik kami diketuk bertalu-talu.
" Lara..they need a
doctor.." Mike muncul di muka pintu. Wajahnya cemas.
" Kenapa..?" Aku menarik
beg galas. Di dalamnya ada alat-alat pertolongan cemas.
" Orang putih tu kena
tikam.."
" What..? Oh my god..Hanes stay..!"
" Hanes nak ikut...!"
" Jangan..kunci pintu nanti Kak
Lara panggil papa.." Syanie dan Laila muncul.
" Lara..cepat..banyak darah aku
takut..!" Syanie pucat ketakutan.
" Jaga Hanes..!" Aku
segera berlari mengikut Mike. Ada dua orang lelaki terbaring berlumuran darah.
" I'am a doctor can someone told me what was happen
here..?"
" We have been robbed..and they
was stabbed by a man.." Seorang lelaki kulit putih menerangkan. Mereka ini
adalah kumpulan ekspedisi dari Holland yang berkonvoi bersama-sama kami siang
tadi. Aku periksa salah seorang dari
mangsa yang terbaring kaku. Seorang wanita sedang histeria menangis.
" Please help my
husband..please...!" Dia meraung dan merayu agar aku menolong suaminya.
Aku periksa nadinya. Lelaki itu sudah tidak bernyawa. Tikaman tepat mengenai
jantungnya.
" I' am sorry ma'am...he was
dead.." Meraung wanita itu apabila mengetahui suaminya sudah mati.
" No..no..no...you must help
him..you must help him..!!!" Agak tidak terkawal tindakkan wanita itu.
Digoncang-goncannya tubuh aku. Keadaan kelam kabut.
" Anna...please calm
down...Anna...don't do this to her...!" Beberapa orang rakan wanita itu
berusaha menenangkannya.
" I' am sorry there is nothing
I can do ma'am..." Wanita itu terus meraung. Aku memeriksa seorang lagi
mangsa yang terbaring. Pehanya terkoyak besar akibat dihiris pisau. Dia
mengerang menahan kesakitan. Seketika Encik Adli dan Hairie sampai.
" Diorang dirompak..seorang dah mati..kena tikam.."
Mike memberitahu.
" Tolong angkat dia ke dalam
bilik dia.. " Pintaku. Mike mengarahkan teman-teman lelaki tadi
mengangkatnya ke dalam bilik motel. Tapi dihalang oleh pemilik motel yang
bercakap dalam bahasa Mandrin.
" Dia tak benarkan lelaki ni di
bawa masuk ke bilik..dia tak mahu biliknya kotor kena darah.." Mike
memberitahu. Aku mendegus. Teman-teman si mangsa merayu meminta agar temannya
dibenarkan masuk. Namun pemilik motel enggan mengalah.
" Mike berapa jauh hospital
dari sini..?" Segera Mike bertanya
kepada pemandu van kami.
" Lara..it takes two hour from
Hami.."
" Ada klinik terdekat atau
pusat kesihatan..?"
" Nop..." Aku menarik
nafas. Sudahlah hospital jauh nak masuk bilik pun tak boleh. Macam mana aku nak
rawat mangsa ni dalam gelap begini. Taukey motel ni agak-agaklah kalau ya
pun..aku mengomel sendiri.
" Okey Mike kau beritahu
diorang aku akan rawat dia ni..aku cuba jahit luka dia..tapi mesti telefon
ambulan sekarang..macam mana pun dia mesti dihantar ke hospital..satu lagi aku
perlukan cahaya dan air..okey.."
Setelah semuanya tersedia aku mengeluarkan paket steril yang mengandungi
alatan menjahit luka. Dengan cahaya beberapa buah lampu suluh aku bersihkan
luka dengan larutan normal salin. Aku lihat lelaki itu tercungap-cungap. Dia
banyak kehilangan darah. Aku berikan dia oksigen.
" What’s his name..?"
" Bryan.." Beritahu
temannya.
" Bryan..I ' am Doctor
Lara..don't worry you will be okey..just relax and don't sleep..make sure you
awake..Mr. Bryan..did you hear me..? " Lelaki itu kelihatan lemah. Namun
dia masih mampu mengangguk.
" Is there anybody who can help
me.. please.." Cepat-cepat temannya menghulur tangan membantu.
" Hold this.." Aku arahkan dia memegang tabung
oksigen itu.
" Please make sure he dosen't
sleep..just call him... talk to him.."Aku mencari pembuluh darah. Darah
yang memancut mesti dihentikan. Aku menekan pembuluh darahnya. Aku perlukan
seorang lagi pembantu untuk menekan pembuluh darah tersebut selama lebih kurang
lima belas minit, sementara aku menjahit luka mangsa. Seorang lagi teman mangsa
membantu. Alhamdullilah aku dapat selesaikan tugasan itu dengan bantuan
rakan-rakan mangsa. Luka mangsa sudah aku jahit sempurna. Namun dia masih lemah
kerana kehilangan banyak darah. Seketika kemudian ambulan sampai. Aku terangkan
kepada paramedik tentang apa yang berlaku dan rawatan yang telah aku berikan.
Mangsa kemudian di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Aku terduduk keletihan. Ada kesan darah di baju dan muka aku.
Memang inilah kerja aku sewaktu di wad kecemasan dan trauma dulu. Hanyir darah,
kulit terbakar, perut terburai sudah menjadi perkara biasa. Sehinggalah saat
aku menangani kes arwah Zain. Segalanya berubah kerana Zain, aku yang trauma.
Lantas aku tinggalkan semuanya.
" Lara..nasib baik ada
kau.." Syanie bersuara. Aku hanya
mampu senyum. Secawan kopi hangat dihulur kepada ku.
" Thanks Encik
Adli.." Aku hirup kopi hangat
dengan nikmat. Meski ada bau hanyir darah melekat. Syanie menekup hidung. Aku
tergelak melihat dia.
" Kau geli ya..kalau kat wad
kecemasan kadang-kadang sarapan pun masih bau darah tau..jangan kata darah bau
hangit kulit terbakar..dah lali.."
Syanie menekup muka. Semua ketawa dengan gelagat comel dia.
" Hanes mana..?" Baru aku
perasan bila terpandang Hairie yang duduk di tembok sebelah Mike.
" Dah tidur dengan
Laila.." Zahara pun aku tak nampak dari tadi. Orang kecuh-kecuh di luar
dia boleh tidur nyenyak di kamar. Bagus betul.
" Teruk luka mat salleh tu..dia
nak selamatkan kawan dia yang kena tikam tu katanya.." Encik Adli
bersuara.
" Nasib dia baik luka tak kena
saraf..kalau kena saya pun tak boleh nak buat apa, mesti operation " Ujar
ku pula. Memang kalau kena saraf tadi tunggu ambulan sampailah jawabnya.
" Kau tak patut
berhenti dari jadi doktor Lara...tengok khidmat kau tetap diperlukan walau kat
mana pun.." Tersedak sikit aku. Tak
sangka si mek boleh cakap macam tu. Ramai kat depan aku ni.. Aku pasti lelaki-lelaki
di depan aku ni mesti tertanya-tanya. Aku bercadang untuk bangun ke kamar.
Namun Encik Adli lebih dahulu mengajukan soalan.
" Kenapa nak
berhenti..?" Aku tak jadi bangun. Aku garu kepala.
" Doktor tak akan
pernah berhenti dari jadi doktor sampai mati pun dia tetap akan jadi
doktor..saya tak berhenti cuma saya tak berkerja lagi di hospital,tapi saya
tetap doktor..saya takkan berhenti berkhidmat untuk sesiapa pun.." Panjang
lebar aku menerangkan.
" Aku tau..aku
faham semuanya sebab Zain kan...dia meninggal sebab dah memang ajal dia
Lara..kau dah cuba sedaya upayakan..sebelum ni banyak nyawa yang kau dah
selamatkan Lara..kau kena kuat semangat.."
Aku mengetap bibir. Syanie kenapalah kau bongkar rahsia aku depan
diorang ni..Aku tak menafikan sampai sekarang pun aku belum mampu menerima
kenyataan. Aku masih menyalahkan diri sendiri atas pemergian Zain. Kata-kata
keluarga Zain yang menyalahkan aku di atas kematian Zain masih bermain-main di
benak aku. Setiap saat setiap ketika sehingga menjadi mimpi ngeri dalam hidup aku.
" Aku tak taulah
Syanie.." Aku bangun. Aku minta diri pulang ke kamar untuk membersihkan
diri. Aku tinggalkan mereka yang berada di situ. Bukan niat aku untuk bersikap kurang sopan.
Aku cuma tidak mahu cerita aku dipanjangkan di depan mereka. Dada ni pula
tiba-tiba sahaja menjadi sebak. Bimbang
pula kalau-kalau aku tak dapat menahan airmata dari mengalir. Pantas langkahku
menuju ke kamar. Sakit rasanya mengenangkan sejarah itu. Syanie terkejar-kejar
di belakang.
" Lara...kau marah
ke...sorry aku terlepas cakaplah.." Aku senyum. Tak ada langsung niat nak
marahkan sahabat karib aku ni.
" Kau memang macam
tu lain kali kau letak tapis santan kat mulut kau ni sebelum
bercakap..tauuuu.." Aku cubit pipi gebu Syanie. Terjerit dia kesakitan
" Padan
muka.." Kami berkejaran ke pintu kamar. Aku tak mungkin boleh hidup tanpa
sahabat-sahabat sejati aku ni. Mereka sahajalah yang selalu di sisi
menemani ku
di dalam pahit manis hidup ku...ehhh..macam lagu Najwa Latif pulak...
Selesai solat Isya' aku
rebahkan diri di samping Hanes. Lena Hanes tidur. Aku tarik selimut hingga
menyelubungi tubuh Hanes. Laila dan Syanie juga sudah lelap. Hanya aku yang
masih terkebil-kebil memandang syiling. Kejadian sebentar tadi membuatkan aku
tidak dapat melelapkan mata. Aku teringat bagaimana wanita yang dipanggil Anna
tadi meraung meratapi kematian suaminya. Semuanya tidak diduga. Ajal, maut,
jodoh pertemuan semuanya sudah ditentukan oleh yang maha kuasa. Apa daya kita
sebagai hamba yang lemah. Pasrah dan redha menerima setiap ujian hanya itu yang
mampu manusia lakukan.
Aku terlena akhirnya di pangkuan
malam. Mendamba mimpi bertemu ayah dan ibu. Mendamba mimpi untuk keluar dari
sadisnya nasib diri. Namun pasrah jua yang menjengah menampung desah jiwa ini.
Tiada daya ku melainkan berserah kepadaNya.
No comments:
Post a Comment