Iklan anda..

Friday, February 21, 2014

SEHARUM CINTA SURAYA ( BAB 1)

//www.facebook.com/groups/129896221730/doc/?id=10150264187396731
1 Suasana di Syarikat Binaan EAST ENGGINERING AND CONSTRUCTION SDN BHD yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur itu agak lenggang. Hanya kelihatan seorang Penyambut Tetamu yang manis sedang menaip sesuatu di komputer. Kedudukannya agak jauh iaitu di hadapan pintu masuk pejabat yang tersenarai dalam kategori syarikat besar di negara ini. Suasana di luar yang tidak pernah sunyi dengan deruan kenderaan pelbagai saiz, jenama dan bentuk mewarnai alam kota. Manusia yang bertali arus dengan urusan masing-masing tidak pernah kenal erti bosan menyusuri dada Kota raya mencabar itu. Di dalam keriuhan kota yang sentiasa bergerak pantas, kelihatan seorang gadis berbaju kurung biru muda sedang melangkah pantas. Satu sampul surat bersaiz besar ditekap erat ke dada. Beberapa pasang mata nakal sempat menyorot melirik ke arahnya. Namun dia sedikit pun tidak mengendahkan sorotan mata-mata liar yang memandang. Dadanya semakin berdebar apabila langkah kaki menghampiri sasaran. “ Bismillah…” Bisiknya sebelum menolak pintu besar pejabat yang dituju . Sepanjang perjalanan tadi pun lidahnya tidak henti-henti membaca selawat. Berkali-kali dia memanjat doa meminta semoga diberi kekuatan dan ketenangan oleh yang Maha Kuasa. Namun debaran tetap berkocak di sudut hatinya. Sebaik kakinya melangkah masuk matanya memandang keliling , “Cantik “ detik hatinya mengagumi hiasan dalaman syarikat itu. “ Apa yang boleh saya bantu ? “ Sapaan dari Penyambut Tetamu yang manis membuatkannya sedikit tersentak. Dadanya semakin bergetar. Dia menghampiri meja Penyambut Tetamu itu dengan senyuman. “ Saya dipanggil temuduga hari ni, ini suratnya “ Surat bersampul coklat dihulur. Seketika Penyambut Tetamu yang manis itu membacanya. “ Oh, untuk jawatan Setiausaha tu ya sila isi borang ini dulu cik “. “ Terima kasih “ Dia mula mengisi borang berkenaan. Tangannya agak mengeletar. Tulisan pula bengkang bengkok tidak menentu. Tangan yang sejuk diramas-ramas. Dia menghela nafas panjang memujuk hati supaya tenang. Alhamdullilah… tulisannya cantik semula. Setelah selesai dia menghulurkan kembali borang itu. “ Sila masuk cik, di sebelah kanan pintu kaca ini ada tempat menunggu, sila duduk dulu “ Dia mengucapkan terima kasih dan terus menolak pintu kaca yang dimaksudkan tadi. Seketika matanya tertacap ke arah beberapa orang gadis yang sedang duduk di sofa yang dilabelkan sebagai ruang menunggu itu. Serta merta gadis-gadis tersebut menoleh ke arahnya. Dia cuba melemparkan senyuman namun hampa tiada balasan. “ Sombong “ Gerutunya di dalam hati. Di dalam debaran dia sempat menjeling kepada gadis-gadis yang duduk tanpa suara itu. “ Dia orang ni nak temuduga juga agaknya “ Bisiknya sendiri. Daripada pemerhatiannya mereka tentu hebat. Lihat sahaja pakaian mereka yang agak ‘Vouge’ serta solekan yang trendy. “ Aku saja yang kolot berbaju kurung macam ni, mesti aku tak dapat “ Dia mengeluh kecil dengan penampilannya yang terlalu sederhana. Perasaan rendah diri perlahan-lahan menyusup di celahan sanubari. Tetapi memang dia tidak pernah bergaya seperti mereka. Memang dia sedikit kolot. Dia tidak pernah punya peluang untuk bergaya seperti itu. Dapat menjejaki kaki menghadiri temuduga itu pun sudah cukup baik Harapannya terlalu tinggi untuk menjawat jawatan Setiausaha yang ditawarkan sungguhpun ini adalah kali pertama dia menghadiri seisi temuduga memandangkan dia baru sahaja tamat belajar secara persendirian di sebuah Kolej Swasta yang menawarkan pembelajaran jarak jauh. Dia meramas-ramas jari jemari tangannya yang sudah sejuk. Dia cuba menenangkan hati yang berdebar dengan membaca surah Al- Ikhlas.” Ya, Allah berkatilah hamba mu ini kurniakanlah hamba ketenangan semoga dapat hamba lalui saat-saat ini dengan sebaiknya, Amin.” Sebaris lagi doa dibisikkan. “ Cik Melisa Mohd Malik “ Seorang gadis berkot hitam dan berskirt pendek paras lutut menghampiri kumpulan gadis-gadis tersebut. “ Saya “ Semua mata tertumpu kepada yang empunya nama. Gadis yang bernama Melisa itu di arahkan masuk ke dalam sebuah bilik. Hatinya semakin gusar.“ Aku yang terakhir “ Bisiknya mengira sendiri gilirannya dalam hati. Seorang demi seorang di panggil akhirnya tiba juga gilirannya. “ Cik Suraya Hanom Mohd Hanif sila masuk “ Gadis berkot mengarah dengan lembut. “ Akhirnya tiba giliran aku “ Suraya menarik nafas , sedaya mungkin cuba mepamerkan ketenangan. " Bismilah “ Pintu diketuk. Satu suara mengarahkanya masuk. Pintu ditolak. Seorang wanita separuh umur yang kelihatan anggun berbaju kurung oren mempersilakanya duduk. Di sebelah wanita itu seorang lelaki muda berbadan agak gempal dan berwajah serius hanya diam memerhati. Suraya diperhati dari atas ke bawah. Suraya melempar senyum sambil mengucapkan salam. Salam disambut. Suraya dipersilakan duduk. Dadanya semakin berdebar. “ Cik Suraya, emm…kami dah meneliti resume awak, jadi ini pertama kali awak menghadiri seisi temuduga, mungkin ini perkerjaan pertama yang awak pohon “ Wanita anggun itu bersuara sambil meneliti fail di tangannya. Bergemerincingan bunyi gelangnya ketika dia menyelak lembaran fail. “ Ya Puan “ “ Pembetulan bukan Puan … Datin “ Lelaki yang berwajah serius itu pula bersuara. “ Err, maaf Datin, saya tak tau “ Suraya menelan liur. Darah gemuruh menerpa. Terasa haba meruap di wajah. Awal-awal lagi dah buat silap… “ Kenapa awak tak tahu, awak sepatutnya membuat kajian terlebih dahulu mengenai Syarikat yang menawarkan perkerjaan pada awak, bukan main terjah-terjah aje... “ Lelaki berwajah serius itu menegur dengan air muka yang agak garang. Suraya menelan liur lagi. “ Habislah aku” “ Maaf Encik, itu memang kesilapan saya “ “ Itu satu kesilapan besar ! “ Lelaki itu menundingkan jari telunjuknya ke arah Suraya. “ Sudahlah Nizam tak apalah dia tak tau, lagipun saya sendiri patut perkenalkan diri “ Wanita itu mencelah. Suraya merasa sedikit lega dengan perlakuan wanita yang bergelar Datin itu. Dia kelihatan lebih berbahasa dari lelaki garang yang di panggil Nizam tadi. Entah apa jawatan lelaki itu agaknya, Suraya bertanya-tanya di dalam hati. Mungkin CEO agaknya sebab tu berlagak sangat. Gerutu hati Suraya . “ Baiklah Suraya, saya Marini, Datin Marini, saya ialah salah seorang CEO dalam syarikat ni, dan saya memerlukan seorang Setiausaha untuk membantu saya “ Datin Marini berhenti seketika sambil matanya menyorot pandang kepada gadis di hadapannya. Tiba-tiba hatinya berdetik , ingatan terhadap anak perempuan sulungnya Fauzana yang baru meninggal setahun lepas menerpa di benaknya. Ternyata kerinduan terhadap anak sulungnya itu masih mengunung. Dia menarik nafas panjang. Suraya agak gelisah diperlakukan begitu. “ Awak tidak ada pengalaman langsung dalam perkerjaan Fauzana…err…maaf Suraya “ Tanpa diduga lidahnya tersasul menyebut nama anaknya . Lelaki yang dipanggil Nizam menoleh sekilas ke wajah Datin Marini. “ Saya pernah kerja kilang sebagai Operator Pengeluaran selepas habis S.P.M “ “ Jawatan itu jauh berbeza dengan jawatan yang ditawarkan kepada awak “ “ Saya tau Datin, tapi saya mempunyai Diploma dalam bidang Buisnes Management “ “ Tapi itukan tidak ada kena mengena dengan jawatan yang ditawarkan...kami perlukan seorang Setiausaha bukan Pengurus Pentadbiran Peniagaan ” Lelaki itu mencelah pantas. Mungkin dia sudah ada calon ‘Favourite’ sebab tu dia macam malas nak layan aku yang kolot ni...bisik Suraya lagi. “ Keputusan peperiksaan awak agak memuaskan, awak juga aktif dalam sukan semasa sekolah “ Datin Marini terus bersuara tanpa mempedulikan pandangan pembantunya. Dia menyelak-nyelak lembaran resume di hadapannya. Sesekali matanya menyorot ke wajah Suraya. “ Ya Datin, saya aktif dalam bola jaring dan saya pernah mewakili negeri dalam beberapa kejohanan “ “ Bola Jaring tidak ada kena mengena dengan jawatan yang sedang awak pohon Cik Suraya “ Suraya tersentak. Serba tak kena, jawab itu salah jawab ini salah… “ Maaf Encik “ Suraya menyesali kesilapan yang dilakukannya. Dia merasa peluangnya semakin tipis. “ Sekiranya awak ditawarkan jawatan ini, apa yang boleh awak berikan kepada kami Suraya “ Suraya memang telah menghafal jawapan untuk soalan yang dianggapnya sebagai soalan ramalan ini. “ Sudah tentu saya amat berterima kasih dan berjanji untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk Datin dan Syarikat ini, bukan setakat mencuba tetapi saya akan berusaha sebaik mungkin, Insyallah “ Suraya menarik nafas, lega kerana dia dapat menyebut dan menghabiskan ayat itu dengan cemerlang. “ Baiklah Suraya terima kasih kerana datang, and we’ll give you the answer soon, that’s all thank you “ Datin Marini menghulurkan tangan bersalaman. Suraya menyambut penuh hormat. Dia rasa kecewa kerana temuduga berjalan begitu singkat sedangkan calon-calon yang lain mengambil masa yang agak lama sehingga naik jenuh dia menunggu gilirannya. Suraya menghela nafas. “ Tak apalah ada rezeki adalah tak ada terima ajelah, aku redha dengan apa jua ketentuan Allah “ Dia memujuk hati sendiri. “ Terima Kasih Datin saya minta diri “ Datin Marini mengangguk sambil memerhati sesusuk tubuh Suraya yang langsing berjalan ke muka pintu. Suraya melangkah lesu ke perhentian bas. Harapannya hancur. Dia seolah-olah sudah dapat mengagak jawapan yang bakal diterima kelak. Dia rasa hendak menangis. “Bodoh betul aku , tapi tak apalah kan ini kali pertama, aku mesti belajar dari kesilapan “ Dipujuk lagi hati yang sudah separuh luluh. Bahang mentari semakin mencucuk kulit. Peluh memercik , tekaknya terasa dahaga. Suraya cuma mampu menelan liur ketika hidungnya terhidu bau masakkan dari kedai makan berhampiran. Perutnya berkeroncong. Bau kari, ayam goreng,dan nasi ayam menusuk-nusuk hidung. Apakan daya wang yang ada cukup-cukup untuk tambang balik. Sabarlah perut, bukan tak biasa kau berlapar dahaga macam ni” Seketika bas yang dinanti tiba. Suraya hilang ditelan perut bas bersama penumpang lain menyusuri kesesakkan jalan raya, meninggalkan hari diselubungi kekecewaan.

No comments:

Post a Comment