1
Atiqah
duduk melangguk di meja kantin. Kuih karipap di dalam pinggannya
dipenyek-penyek hingga berkecai. Matanya merenung jauh nun ke laut lepas. Sejak
malam tadi fikiran Atiqah terganggu. Panggilan telefon dari Mona adik bongsunya
di kampung betul-betul membuat jantungnya terasa mahu tanggal.
“ Mana aku
nak cari duit lima puluh ribu tu…mati hidup semula pun takkannya dapat aku duit
banyak tu…aduhhhh…boleh sasau aku macam ni…” Atiqah merunggut sendiri. Kedua
belah tapak tangannya ditepek ke pipi. Nafsu makannya sudah hilang. Ayu datang
tersengih-sengih. Di tangannya sepinggan maggie goreng telur mata kerbau semerbak
harum mengoda.
“ Ya Allah, perempuan ni…bukan tadi kau dah melantak
nasi lemak sebungkus, ni maggie goreng pulak..kau tak kenyang ke..perut kau ni
tempayan ke apa…?” Ayu menjegilkan mata. Jari telunjuknya pantas di hala ke
bibir. Matanya memandang kiri kanan.
“ Syhhh…cakap slow sikitlah, aku lapar ni malam tadi
aku makan sikit…semua kau punya pasallah ni suruh dietlah biar slim,
hah…tengoklah ni kebulur aku tau tak…” Atiqah ketawa terkekeh-kekeh. Memang Ayu
sendiri yang asyik merunggut bila banyak baju-bajunya sudah sendat macam sarung
nangka. Butang-butang seluarnya banyak
yang sudah terbang tercabut. Apa taknya kalau perut sudah gendut macam orang
mengandung Sembilan bulan.
“ Aku suruh kau diet untuk kebaikkan kau jugak,
habis kalau dah baju-baju kau semua masuk takat leher aje…sudahnya kena beli
baju lagi…duit lagikan…diet sikit pun bising…” Atiqah menghirup teh O aisnya.
“ Aku tak tahanlah Tiqah nak berdiet naik lembik
badan aku, kang kalau aku sakit masuk hospital kau jugak yang susah…” Ayu terus
menyuap maggie gorengnya dengan lahap.
“ Kalau kau masuk hospital, aku tak susah…yang susah
doktor-doktor dengan nurse kat hospital
tu nanti…payah kang nak mencari kren nak ngangkat kau…” Selamba Atiqah
membalas.
“ Kurang ajar kau Tiqah…” Atiqah terus ketawa
terkekeh-kekeh. Masa rehat sudah tamat. Kerja harus disambung semula.
“ Cepatlah..rehat dah habis, kang minah senget tu
datang dibalunnya kita…” Ayu menyedut Nescafe aisnya cepat bila Atiqah sudah
menapak meninggalkan dia. Terburu-buru dia berlari mengejar sahabat karibnya
itu. Bimbang juga dia kalau-kalau Cik Hasnah Executif bahagia HR itu melilau mencari
pekerja-pekarja yang selalu curi tulang. Kerja di store memang memenatkan.
Setiap saat ada saja barang-barang yang nak di periksalah, inspectionlah
macam-macam. Kalau nak dibandingkan dengan staf di bahagian HR memang jauh
macam bulan dengan bumi. Di store kaki dah macam lipas kudung asyik ke hulu ke
hilir. Itu belum dengan panasnya di area loading. Dengan forklift yang meluncur
di sana sini ditambah dengan lori kontenanya. Apa nak buat memang itulah skop
kerja Atiqah di Store Department. Pertama kali melamar kerja Atiqah memohon
jawatan sebagai setiausaha di ARENA HOTEL RESORT & SPA itu. Berbekalkan
diploma Kesetiausahaan dari UITM…permohonannya gagal. Hanya gara-gara
perwatakkan Atiqah yang agak sedikit tomboy.
“ Kami perlukan seorang perempuan yang feminine, ini
Setiausaha untuk Encik Fikri, Pengurus Besar di sini bukan calang-calang
orang…Kalau nak jadi Setiausaha ubah penampilan dulu…”
Pedas kata-kata dari pengInterview itu. Berasap telinga Atiqah. Dah kecil aja perempuan
tu dilihatnya. Ikutkan hati mahu sahaja dia melempar muka perempuan itu dengan
fail-fail yang tersusun di atas meja. Nasib baiklah dia tak berani, takut kena
dakwa sebab mencederakan orang. Kalau tidak dah bersepai sanggul unta perempuan
tu dikerjakannya. Beberapa hati selepas itu Hussin, Driver peribadi Puan
Erryna, merangkap abang kepada si Ayu
buntal, memberitahu ada kekosongan di Store Department sebagai Assistan
Supervisor. Mulanya Atiqah mengabaikan sahaja lowongan kerja itu. Tapi bila difikir-fikirkan betapa susahnya
nak cari kerja sekarang, akhirnya lowongan kerja itu dirembatnya jua. Diam tak
diam sudah hampir dua tahun juga Atiqah di situ.
Atiqah sudah menjawat jawatan sebagai Supervisor
mengantikan Mr. Raymond yang resign setahun lepas. Jawatan itu bukan
menjanjikan keselesaan melainkan lebih memeningkan kepala. Bayangkan seorang
Supervisor yang harus menangani anak-anak buah yang ramai. Tak sudah dengan
macam-macam perangai. Ada yang malas, lain disuruh lain dibuatnya. Kadang-kadang
Atiqah rasa macam nak terjun laut. Demi emak dan adik-adik di kampung, Atiqah
terus bersabar menjalankan tugas itu.
“ Tiqah..!” Jerit Lisa.
“ Kenapa…?”
“ Nordin, kena langgar forklift…!” Bergegas Atiqah
keluar ke Loading Area. Dilihatnya Nordin si budak Store mengerang kesakitan.
“ Sape yang bawak forklift ni…?!” Jerit Atiqah.
“ Koming…” Atiqah menghampiri si Koming yang sudah
pucat. Wajah cantik Atiqah sudah berubah bengis macam singa lapar. Sudah
beberapa kali kemalangan seperti ini terjadi. Sudah banyak kali juga dia
mengingatkan supaya pemandu-pemandu forklift mematuhi peraturan. Tapi masih
juga ada yang degil.
“ Kau ingat ni trek ke apa, kau reti baca ke tidak
tu papan amaran tu, kalau tak reti kang aku hantar masuk tadika balik…!” Koming
terkebil-kebil.
“ Maaf Cik Tiqah, saya tak nampak Nordin kat
belakang tadi…”
“ Sudahlah maaf kau tu tak berguna, aku yang teruk
menjawab nanti…” Nordin dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Petang
itu menapaklah Atiqah ke Pejabat Encik Fikri untuk seisi pemanas telinga akibat
kecelakaan tadi. Dekat sejam juga Atiqah terpaksa menjawab. Panas hati betul
dia dengan si Koming. Budak separuh tiang tu selalu berangan nak bawak kereta
drif. Sampai-sampai forklift pun didrifnya. “
Nanti dia aku tukar jadi pengangkat barang, degil kepala batu…” Bisik
Atiqah.
2
Petang
itu Atiqah sengaja mengajak Ayu bersiar-siar di sekitar Resort sebelum pulang. Masalah
duit lima puluh ribu itu menyesakkan dia. Ke mana hendak dicari duit sebanyak
itu. Nak meminjam dengan siapa. Hatinya membara. Kalau sahaja bapa tirinya
masih hidup pasti Atiqah sudah mendesak emaknya supaya bercerai. Sekarang
segala hutang piutang bapa tirinya tergalas di bahu Atiqah. Meminjam dari Along
sepuluh ribu, sekarang jumlah yang terpaksa dibayar meningkat dengan bunganya.
Kalau tidak dilunaskan dalam masa sebulan, adiknya Mona akan menjadi mangsa.
Mona hendak dilacurkan. Atiqah menekup muka. Mona baru menjangkau ke usia
remaja. Sumpah mati dia tidak akan pernah membiarkan penghisap-penghisap darah
itu mengadai maruah Mona.
“ Aku pun tak tau macam
mana nak tolong kau Tiqah, kalau aku kaya memang aku dah kasi aje duit tu…”
Wajah bulat Ayu sugul mengenangkan nasib Atiqah.
“ Sakit kepala aku
fikirkan hal ni…rasa nak aje aku tanggalkan sekejap kepala aku ni..” Atiqah
menekan-nekan kepalanya.
“ Ehhh…jangan Tiqah
kang jadi penanggal pulak kau…” Atiqah memejamkan mata. Hati yang gundah gulana
terasa seperti dicolek-colek mendengar kata-kata Ayu buntal. Pantas terhambur
ketawa dari mulut Atiqah. Ayu terkejut.
“ Kenapa kau ketawa
ni…?” Wajah Ayu berubah kalut. Atiqah masih ketawa.
“ Ya Allah ampunkanlah
si budak Ayu ni, time-time aku susah hati pun dia nak buat lawak…” Ayu buntal
terus ketawa terkekeh-kekeh. Setin air coke dikeluarkan dari dalam beg.
“ Ehh..satu aje, aku
punya mana…?” Ayu meneguk coke dengan rakus.
“ Sharelah…” Coke
diserah ke tangan Atiqah. Ringan sahaja tin itu.
“ Share kepala hanguk
kau, dah tinggal setuit macam ni…” Marah Atiqah. Tin di tangan dilempar ke
belakang.
“ Aduhhhh…!” Tidak semena-mena
terdengar suara orang mengaduh. Cepat-cepat Atiqah dan Ayu bingkas bangun.
Seorang lelaki muda berdiri sambil menekup dahinya.
“ Ya Allah..!” Terjerit
Atiqah. Tin yang dilemparnya tadi tepat mengenai dahi Shafiq anak Puan Eryna
pemilik hotel itu.
“ Alamak matilah aku,
ni semua kau punya pasal…” Gerutu Atiqah.
“ Encik Syafiq, maafkan
saya encik…saya tak sengaja…” Terketar-ketar suara Atiqah. Wajah Syafiq sudah
bertukar merah.
“ Bodoh..! kau ingat
dahi aku ni Town Board ke hah…kurang ajar betul suka-suka campak sembarangan..”
Jerkahan Syafiq benar-benar mengecutkan hati Atiqah dan Ayu.
“ Maa..maa..maaf
encik…”
“ Apa maaf-maaf, yang kau
baling tin ni kenapa, tengok dahi aku dah bocor…tak tau nak cari tong
sampah…?!”. Dari uniform kedua orang gadis di depannya, Syafiq tahu mereka
pekerja hotel. “ Ermm…siap kau aku kerjakan korang…” Bisik Syafiq.
“ Disebabkan kesalahan
ni korang berdua aku hukum…”
“ Hukum ?!” Atiqah
terjerit lagi. Kali lebih kuat.
“ Apa kau ingat aku nak
lepaskan korang macam tu aje…kirim salamlah..ikut aku..!” Atiqah dan Ayu buntal
berpandangan seketika.
“ Cepatlah bodoh…!”
Jerkah Syafiq.
“ Ya…ya encik…” Terburu-buru
Atiqah dan Ayu mengikuti langkah Syafiq. Mereka tiba di kolam renang. Beberapa
pekerja pembersih yang sedang bertugas menoleh.
“ Bagi benda tu kat
perempuan berdua ni, hah…korang bersihkan kolam renang ni cepat..!” Pekerja
tadi teragak-agak.
“ Bagi cepat..!” Jerkah
Syafiq. Pantas berus bergalah panjang yang digunakan untuk membersihkan kolam
renang itu diserah kepada Atiqah.
“ Hah…kau ambik
penyapu, bersihkan kawasan ni sampai berkilat…” Sebatang penyapu dicampak
kepada Ayu.
“ Encik Syafiq saya dah
minta maaf tadi…” Wajah Syafiq menyinga memandang Atiqah.
“ Kau nak buat ke tak,
atau kau nak aku pecat kau…”
“ Okey, okey saya
buatlah…” Pantas Atiqah membersihkan kolam renang itu.. Bimbang pula
kalau-kalau anak teruna Puan Eryna benar-benar hendak memecatnya. “ Kurang ajar betul, mentang-mentang dia
anak Puan Eryna, sekali aku ketuk dengan galah ni menggong terus nanti…”
Atiqah merunggut sendiri.
“ Apa yang kau membebel
tu, cepat buat kerja..!” Syafiq bercekak pinggang memerhatikan Atiqah dan Ayu
membuat kerja. Gunna, pekerja pembersih kolam tersengih-sengih melihat Atiqah
yang menunjal-nunjal galah panjang ke dalam kolam.
“ Apa sengih-sengih..?
Aku tunjal gigi kau dengan penyapu ni kang…!” Marah betul Atiqah diketawakan si
Gunna. Cepat-cepat Gunna menutup mulutnya. Takut juga dia dijerkah Atiqah.
Berpeluh-peluh Atiqah membersihkan kolam renang yang besar itu. Hatinya makin
panas apabila Syafiq melarang pekerja-pekerja pembersihan itu membantunya.
Terpaksalah dia membersihkan kolam itu sendirian. Ayu pula tercunggap-cunggap
menyapu sekitar kawasan kolam.
“ Setan betul mamat ni,
aku sumpah kau suatu hari nanti kau jatuh cinta dengan aku setengah
mampus..masa tu aku tak pandang muka kau..baru kau tau langit tinggi rendah..”
Gerutu Atiqah sendiri. Syafiq merenung tajam. Dia tahu Atiqah sedang
menyumpah-yumpah dirinya. Dia tak peduli yang penting rasa sakit di dahi dan
sakit hatinya terbalas.
“ Korang berdua dengar
sini…” Ujar Syafiq apabila gadis berdua itu selesai mengerjakan hukumannya.
“ Saat ni, detik
ni…korang berdua ni aku anggap penyangak kat Hotel aku, terutama kau..!” Jari
telunjuknya di arahkan kepada Atiqah.
“ Aku tunggu aje,
sekali lagi korang buat silap…saat tu memang tiada maaf bagi mu. Aku pecat
korang dari Hotel ni…faham..!” Syafiq berlalu pergi.
“ Berlagak giler mamat
ni, baru aku lempar dengan tin…kalau tau aku lempar dengan batu besar tadi biar
bonyok terus muka dia…” Si Gunna dan rakan-rakannya ketawa terkekeh-kekeh
mendengar kata-kata Atiqah.
“ Oooo..ketawa ya, aku
lempar muka korang dengan batu baru korang tau…ketawalah lagi…” Atiqah mengutip
sebiji batu sebesar penumbuk.
“ Ketawalah, ketawa…!”
Bertempiaran si Gunna dan rakan-rakannya lari dihambat Atiqah yang naik angin.
“ Tiqah..! Sudahlah, tu
Encik Syafiq tengok tu…” Cepat-cepat Ayu mengambil batu di tangan Atiqah yang
sedang menyinga. Bimbang dia kalau anak bujang Puan Eryna kembali semula ke
situ. Atiqah menoleh melihat Syafiq yang berdiri di beranda.
“ Aku baling muka dia
kang…!” Jerit Atiqah. Cepat-cepat Ayu menarik Atiqah . Entah mimpi apa malam
tadi. Tak pasal-pasal kena jadi pekerja pembersih kolam renang pulak hari tu.
Ayu dan Atiqah meninggalkan Hotel sambil menyumpah-yumpah Syafiq.
“ Tapi Tiqah, handsome
giler si Syafiq tu kan…” Atiqah pantas
berpaling merenung wajah bulat Ayu. Tiba-tiba sahaja kedua belah tangannya
terus mencekik leher Ayu.
“ Tiqahhhhh…!”
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKenapa tk ada sambungan nya..
ReplyDelete