Iklan anda..

Monday, October 22, 2012

Si perampas mendabik dada...

//www.facebook.com/groups/129896221730/doc/?id=10150264187396731


Beberapa hari lepas ibu mertua aku sakit dan dimasukkan ke hospital. Apa yang diberitahu kepada aku..dia kekurangan darah dan ada masalah buah pinggang. Ketika berada di sisinya agak terasa juga kesayuan. Pucat dan tidak bermaya. Dengan usia yang sudah lanjut memang sedih melihat keadaannya sebegitu. Anak-anak aku sangat sayangkan nenek mereka.Cuma...mereka terpaksa bersaing dengan cucu-cucu lain yang berdozen. Dan selalunya anak-anak aku akan sering berada hanya di tepi sahaja. Tidak mengapa itu tidak menjadi masalah pada aku asalkan di dalam hati dan sanubari anak-anak ku masih ada kasih sayang untuk nenek mereka. Walaupun aku bukan menantu pilihan....

Apa yang menjengkilkan pandangan mata aku ialah kelibat seorang manusia ini..(perempuan) yang baru sahaja memasuki ruang keluarga suami aku. Lagaknya persis MENANTU MELAYU TERAKHIR..yang penuh perhatian dan kasih sayang. Hakikatnya kehadiran dia di situ secara tiba-tiba dan dengan cara yang memalukan.Masih berlegar-legar di benak pemikiran aku..tidakkah perempuan ini mempunyai perasaan malu. Seharusnya dia sedar apa yang telah dia lakukan itu sangatlah hina.

Dia perempuan perampas. Dia meruntuhkan kebahagian wanita lain semata-mata untuk mencapai keinginanya yang tidak dapat dibendung lagi. Tanpa rasa bersalah dia menolak wanita lain itu ke jurang penderitaan. Dan dia sebenarnya punca di atas segala penderitaan wanita lain itu. Bila dia berjaya menyingkir pesaingnya..tanpa segan silu dia terus menempatkan diri di celah-celah keluarga suaminya seperti batu besar yang penuh lumut. Licin...licik..

Akhirnya sekeping hati yang terluka pergi membawa diri..beralah dan membiarkan sahaja dirinya dijadikan mangsa. Aku wanita.. aku sangat kasihankan dia kerana aku tahu kebenaran dia. Pemilik hati yang terluka itu wanita suci yang hanya mahukan kebahagiaan bersama orang yang disayangi.Tapi wanita perampas itu...seorang wanita yang hanya mementingkan diri sendiri. Dia tidak pernah peduli pada penderitaan wanita lain asalkan hasratnya tercapai.

Sampai bila-bila pun aku tidak akan pernah menganggap dia ahli keluarga..dan sampai bila-bila pun aku akan tetap menganggap dia WANITA HINA yang tidak punya MARUAH DIRI...maafkan aku atas tulisan ini..kerana aku tidak pernah mampu meluahkan secara zahir..aku amat berharap agar sesama wanita dapat memahami dan tidak melukakan hati sesama sendiri..kerana natijahnya..PERAMPAS ITU ADALAH ORANG YANG MENZALIMI DIRINYA SENDIRI DAN MENZALIMI ORANG LAIN........


No comments:

Post a Comment