Iklan anda..

Friday, October 12, 2012

Pochong ikut balik..eeee

//www.facebook.com/groups/129896221730/doc/?id=10150264187396731







Korang pernah jumpa makhluk nih...uuuuuuerrrr..aku tak pernah jumpa dan memang tak ingin jumpa pun.tapi aku ada citer la pasal diorang ni...eh..bukan diorang sebab ini bukan orang..jadi tuka la..diocong ni..Wahahahaha...(eh pochong ketawa ke..selalu tengok kt tv tu macam tak de suara ekkk..)

Aku ni tak de koje..so nak kongsi citer la ni..ada dua citer yg aku nak kongsi kt sini..Citer yang pertama gini..mak aku yang cun tu namanya Cik Dah. Alkisah si Cik Dah ni ada sorang besperen, nama dia..cik..cik..ala cik apa la lupa suda aku bah...So..si besperen dia ni la yang citer..ni base on the true story yea..Kawan mak aku ni ada anak bujang. tak tau la ensem ke tidak sebab aku tak pernah nengok muka dia. Anak bujang dia ni sangat suka keluar malam. Bila keluar tu..kang tengah malam sampai embun jantan menitik baru le dia balik umah dia..Satu malam tu...jeng..jeng..jeng..budak ni balik la lepas puas melepak. Ate tu dia balik macam biase le. Parking moto dia..bukak pintu terus masuk rumah. Pas tu dia pun masuk bilik dia le nak tido..

Mak dia ni dengar le anak dia balik. Dia keluar ke ruang tamu untuk memeriksa pintu dah berkunci ke tidak. Bila dia melangkah ke ruang tamu..aduyai.!!!.terperanjatnya dia. Ada sekujur mayat berbalut kain kafan sedang berbaring di situ dengan rileknya. Apalagi terketaq-ketaq le kawan mak aku tu..terus dia masuk bilik sambil baca ayat-ayat. Walaupun ayat-ayat yang dia baca tu sangat tonggang langgang dek kerana takut.

Selepas tu ada beberapa kali gak dia terserempak dengan si Ocong tu yang tumpang tido kt umah dia. Akhirnya dia panggil le Ustaz untuk menghalau si Ocong. Alhamdullilah..pas tu si Ocong tak datang lagi. Menurut Ustaz si Ocong tu telah mengikut anak bujangnya dalam perjalanan pulang ke rumah tanpa disedari.

Kisah kedua ni memang terjadi ke atas aku dan keluarga aku. Tapi tanpa aku sedari..(hehehe..nasib baik aku tak sedar..kalo tidak senget kepala otak aku..aku ni penakut bah !) Alkisah citer ni jadi masa aku remaja la. Adik aku yang no 2 yang nampak benda ni. Malam tu kitaorg tido macam biasa. Aku paling nyenyak la. Adik aku yang lelaki ni asik bangun je pegi tandas. Kata adik aku yang nampak benda ni...si Ocong tu berdiri betul-betul di sebalik pintu bilik. Maknanya aku la yang tido dekat dengan pintu bilik. Tiap kali adik lelaki aku buka lampu pochong tu hilang. bila tutup lampu dan hanya lampu tidur yang terpasang, pochong tu muncul balik. Sampai la ke subuh. Adik aku ni pun tak tidur le sampai pak bilal azan. Aku ???memang tak sedar langsung..tak tau la pocong tu nak apa asik tengok aku ngan adik aku tido je koje die...hish...tak malu...

Haaa..ate gitu le citer nyer..kalau korang suka keluar malam baik korang tuka hobi. Jangan keluar malam lagi. Kalau terpaksa tu sebelum keluar baca le ayatul Kursyi banyak-banyak. Kita mana tau kan kalau-kalau benda ni minat kat kita..tau la kita kan cantik atau ensem...hehehe...gurau aje. Tapi sebelum terkena kat batang hidung sendiri tu beringat-ingat la..apa pun mereka jua mahluk Allah..okey..harap terhibur yea..bye..

No comments:

Post a Comment