Iklan anda..

Sunday, October 14, 2012

ANAK KU BERMATA BIRU.....

//www.facebook.com/groups/129896221730/doc/?id=10150264187396731
      Riuh suara Opah Lijah mengamit aku ke ruang tamu. Aku menjengah melalui daun jendela yang terbuka luas. Seketika pupusan bayu Laut Cina Selatan menyerbu ke wajah. Nun di bibir pantai Adam terlonjak-lonjak kesukaan. Opah Lijah semakin kuat berteriak apabila Adam mula menerjah air.

"Adam jangan main dekat air tu..Adammmm.."

Adam semakin riang. Aku tersenyum sendiri melihat keletah Adam dan Opah Lijah. Seketika daun pintu ditolak. Wajah Danny, suami ku sekilas menatap tajam. Aku menarik nafas panjang.Melalui ekor mata aku perhati dia masuk ke dalam kamar. Gelak tawa Adam dan Opah Lijah tenggelam timbul mengiringi suara ombak yang memecah.

     "Huda, banyak-banyakkan doa mudah-mudahan Allah buka pintu hati Danny..." Pujukan Opah selalu menenangkan hati tatkala ia gundah.Kasih ku pada Adam, satu-satunya buah hati pengarang jantung ku itu tak pernah berbelah bagi. Untuk Adam..hatta..nyawa ku sendiri sanggup ku korbankan. Walau Adam kelihatan amat berbeda, namun kasih ibu tak pernah ada sempadan. Setiap kali membawa Adam ke mana-mana, akan selalu sahaja ada yang bertanya.." Anak ke..?" Tiap kali ku jawab pertanyaan itu dengan hanya secalit senyum dan anggukan. Pasti mereka akan bertanya lagi.."Anak kandung..? " Sambil mata mereka melirik ke arah Danny. Pada kebiasaannya apabila itu terjadi...Danny akan segera berlalu meninggalkan aku dan Adam.

      " I tak boleh Huda...I can't take it anymore...!" Seringkali aku berdepan dengan kebuntuan bila Danny tegas menyuarakan isi hatinya. " I tak paksa you untuk sayangkan Adam..tapi cubalah terima dia sebagai seorang anak..dia masih kecil and he did not understand anything.." Sang airmata ini memang selalu mengalir..mengalir mengenangkan nasib diri..menanggung rasa bersalah ini... mungkin sampai ke mati. Tiap kali ku usap wajah comel Adam..kesayuan meruntun-runtun jiwa keibuan ku. Namun secalit perasaan dendam atau benci tidak pernah bertapak di hati ku. tidak sama sekali..kerana Adam tidak berhak untuk mendapatkan rasa dendam dan benci itu. Adam tidak bersalah. Dia pemberian Allah..dia satu anugerah yang terindah pernah hadir untuk ku..walau kewujudannya terlalu tragis..Adam...luluh hati ibu..

      " Ayahhhh...." Adam berteriak girang menerpa ke arah Danny yang baru pulang dari pejabat. Seperti biasa tiada sebarang reaksi...dingin..Aku menarik nafas. Kasihan Adam...tapi aku tidak boleh menyalahkan Danny kerana itu juga bukan salah dia." Adam mari sini.." Aku mengamit Adam ke sisi ku. Wajah comel Adam ku kucup berkali-kali. Aku geletek perut mugilnya. Terkekeh-kekeh Adam ketawa dek merasa geli.Tubuhnya yang bulat itu aku gendong penuh kasih. " Adam sayang ayah...?" Soal ku. Adam mengangguk-angguk sambil mata birunya bersinar. Aku tahu Adam tulus menyayangi Danny. Cuma Danny yang tidak dapat menerima kehadiran Adam apalagi untuk menganggap Adam sebagai anaknya...jauh sekali.
                                               
                                                      ********************
      Aku terduduk di sofa. Terasa langit seakan mahu runtuh menghempap kepala ku.Aku tak mampu menganggkat wajah. Titisan airmata mengalir semakin lebat. Betapa beratnya ujian Mu Ya Allah..hancur luluh hati ku. Sudah berkecai rasanya seperti kaca terhempas ke batu. Lafaz talak dari bibir Danny bagaikan halilintar membelah dada ku.Sungguh aku belum bersedia melepas dan dilepaskan. Aku mencintai Danny sepenuh hati. Aku tahu Danny juga mencintai aku. Tapi hakikat dan kebenaran ini amat pahit untuk Danny telan. Aku tidak boleh mengalaskan kesalahan pada Danny kerana menjatuhkan talak pada ku.Beri aku kekuatan Ya Tuhan....

      November 18...usia perkahwinan ku dan Danny mencapai empat tahun. Rasa bahagia di awal perkahwinan dulu sudah kurang terasa. Berita yang amat mengecewakan hati ku sbagai seorang isteri..apabila Danny disahkan tidak berkemampuan untuk memberikan zuriat. Namun kasih aku pada Danny tidak pernah berubah. Kami tetap berusaha berubat di sana sini.

     November 18...aku dan Danny menjejakkan kaki ke Kota London untuk bertemu rakan yang akan memperkenalkan kami kepada seorang doktor pakar. Kami cuba dan terus mencuba dengan harapan sinar bahagia akan menjelma. Keinginan ku untuk menimang cahaya mata memang terlalu tebal. Aku sanggup ke mana jua dan berhabis duit untuk menwujudkan impian ini bersama Danny. Jari jemari ku erat digenggam Danny. Kami berjalan menyusuri Kota London menuju ke destinasi harapan kami. Namun ujian Allah menimpa kami. Aku dan Danny telah dirompak ketika kami sedang melalui sebuah lorong jalan pintas. Kami tidak pernah menduga perkara ini akan terjadi. Habis wang Danny dirompak. Danny juga dibelasah teruk. Aku...tidak pernah terlintas peristiwa ini akan menjadi duri dalam hidup ku. Salah seorang perompak itu mengheret aku ke dalam sebuah permis kosong. Di situlah dia telah memperkosa aku...walau aku cuba melawan tapi kudrat ku tidak mampu mengalahkan tubuh badannya yang sasa. Aku terbaring kesakitan tatkala Danny tiba...aku hanya mampu meraung..menangis..dalam perasaan yang tak mungkin dapat digambarkan.


    Sebulan selepas peristiwa hitam itu terjadi, aku disahkan hamil.Tapi bagaimana aku hendak menerima kehamilan ini yang bukan zuriat dari Danny. Memang aku benar-benar tertekan ketika itu..hampir-hampir gila aku jadinya.Aku terfikir untuk membuang sahaja bayi yang sudah berusia sebulan di dalam perut ku ini. Hampir sahaja aku melakukannya tanpa pengetahuan Danny. Namun ada secebis perasaan di sudut hati ku yang menegah aku dari melakukannya. Akhirnya aku memutuskan untuk meneruskan kehamilan ini. Untuk merahsiakan kehamilan ini dari pengetahuan Danny adalah tidak mungkin sama sekali. Ditambah dengan keadaan ku yang sakit-sakit akibat kehamilan ini.


   Danny akhirnya tahu juga dan kami bergaduh besar. Danny sama sekali tidak dapat menerima keputusan ku untuk melahirkan bayi hasil pemerkosaan itu. Tapi keputusan ku sudah bulat...aku terima takdir Allah dengan ikhlas. Aku sedar ini ujian buat aku...dan siapalah aku untuk menentangNya..Aku terima bayi ini dengan redha. Walau rasa bersalah akan terus menghantui aku hingga ke akhir hayat.

    Maka lahirlah Adam. Seorang bayi yang amat comel. Wajah dan fizikalnya hampir seratus peratus diwarisi dari bapa kandungnya yang entah siapa itu. Adam bayi comel berwajah Inggeris, bermata biru, berambut perang. Namun sikap Adam tetap mewarisi sikap ku..kerana akulah ibu kandungnya...Adam anugerah Allah..kerana setiap ujian Allah itu pasti punyai hikmah disebaliknya..dan perancangan Allah itu jauh lebih baik dari perancangan manusia...Wallahua'llam...


No comments:

Post a Comment