Iklan anda..

Monday, January 31, 2011

Dikejar Tedung Selar...

//www.facebook.com/groups/129896221730/doc/?id=10150264187396731
ahhhh...penat gilerrr...
Al kisah...malam tadi entah kenapa,tetiba je tidur aku direnjat dengan mimpi yang paling aku tak gemar. Mimpi ular ! Selalunya kalau tak mimpi panjat gunung mesti mimpi jadi power rangers ke atau superhero lain. Bila mimpi jadi superhero ni...aku rasa bila bangun tidur tu..penat sangat. Maklumlah menyelamatkan dunia dari mahluk asing...Bila mimpi ular ni teringat pulak kisah aku dikejar tedung selar..betul tak tipu. Kisah ni kisah benar...neraca kehidupan.

Dulu masa awal-awal remaja aku ni memang degil sikit. Bukan degil apa, cuma lasak macam budak lelaki. Panjat pokok, mandi parit,lestik burung apa je aktiviti bebudak lelaki yang tak aku ceburi..semua aku expert..Dulu aku pernah tinggal di berek polis. Balai Polis tu balai lama. Bahagian belakang balai dikepung dengan pagar kawat berduri. Hah ! kat belakang balai tu ada sekolah. Aku sekolah kat situ lah. Di padang sekolah aku tu ada beberapa pokok rambutan. Nak dijadikan cerita...hari tu cuti. Kepala otak aku ni asyik teringat kat pokok rambutan yang berbuah lebat tu...naluri kesetanan pun mulalah mencuit-cuit hati aku. Aku ajak member kamcing aku...nama dia Juli. Dia pun lebih kurang aku...tomboy.

Ha..kata sepakat dah diikat...dah tau mencuri tu tak berkat masih nak buat.! aku la tu...Kitaorang pun bawalah beg plastik besar...konon-konon nanti banyak buah yang nak disebat...Teruk betul..bapak polis anak curi rambutan...tapi tu dulu..masa tu belum sampai seru nak jadi perempuan melayu terakhir...Kitaorang pun menyusup-nyasaplah kat belakang balai. Pagar kawat duri tu berlubang..akulah yang kerjakan. Pagar tu agak tinggi kalau nak panjat boleh tahan susahlah. Happy sakan kitaorang. Banyak juga buah rambutan yang kitaorang kebas...

Sebelum balik aku ajak Juli lepak kat bawah pokok kayu ara...agak semak juga. Sambil membedal buah rambutan tadi..kitaorang asyik berborak. Tiba-tiba aku rasa kat sebelah aku ada benda berdiri. Aku ingatkan batang pokok...rupa-rupanya ular tedung tengah berdiri tengok akuuuu...Apa lagi aku menjerit suruh Juli lari. Rupa-rupanya si Juli dah sebatu lari tinggalkan aku. Aku pun apa lagi lintang pukang lari tak tentu arah.Masa lari tu sempat aku toleh belakang. Ya Allah ! ular tu kejar aku...betul-betul kat belakang aku. Tapi dia tak berdirilah..aku nampak ular tu laju mengejar aku..tapi yang aku pelik aku lari lagi laju dari dia...Betapa lajunya aku lari sampai aku tak sedar alih-alih aku dah ada atas katil aku. Entah bila aku masuk rumah...yang lagi pelik entah macam mana aku dapat lepas dari pagar kawad duri tu. Tadi masa nak pergi bukan main susah nak lepas..Badan aku mengeletar. Aku memang takut gila masa tu.

Petang baru aku keluar bilik sebab nak mandi. Aku menapak menuju bilik air. Balai polis lama bilik airnya kat luar rumah. Agak jauh ke belakang sikit. Bila sampai kat bilik air...terperanjat besarrr...aku.Ular tadi melingkar sambil angkat kepala kat tepi bilik air.Apa lagi tonggang langang aku lari terjerit-jerit. Satu balai polis gempak ! Aku beritahu diaorang kat tepi bilik air aku ada ular. Serta merta operasi mencari ular tu dilakukan. Namun Si Tedung tu tak dijumpai. Aku rasa mesti dia dah lari punya..mestilah takut..polis tu...kang kena cekup masuk lokap pulak...kejor anak dara orang.

Bila aku rasa semua dah settle...aku menapak lagi ke bilik air...Ya Rabbi ! Aku rasa nak pitam...Si Tedung tu rilek je melingkar kat tepi bilik air aku. Bukan ke tadi kat situ dah diredah berkali-kali. Aku panggil makcik sebelah...pelik dia tak nampak ada ular kat situ...yang lain pun tak nampak...kenapa aku je yang nampak ? Sampai sekarang peristiwa tu masih segar dalam batu gemala kepala otak aku...ular ke apa tu...? Kenapa dia kejar aku..Juli tak pulak dikejarnya...elok je dia keluar masuk bilik air..tak pulak Si Tedung tu menunggu dia...pelikkan...tu lah padahnya mencuri buah rambutan...Sampai saat ni aku memang phobia gila dengan spesis ni...bukan setakat tengok dengar je perkataan ular pun aku dah terjerittt...hi...hi...hi...

No comments:

Post a Comment