XPDC CINTA LARA AINA
BAB 15 - BAB 25
Masing-masing sudah bersedia untuk meninggalkan Hami. Kami bergerak sendirian tanpa kumpulan ekspedisi dari Holland semalam. Kecelakaan yang menimpa mereka menyebabkan mereka terpaksa menu
nda perjalanan. Dari Hami kami akan bergerak ke Turpan pula. Satu perjalanan yang agak panjang juga. Perjalanan sejauh 185km itu sangat membosankan. Hanya bongkah-bongkah batu gersang menghiasi kiri kanan jalan. Ditambah dengan hujan yang turun agak lebat menyebabkan pergerakkan van perlahan.
Beberapa kali juga kami terpaksa berhenti kerana keadaan jalan yang agak licin. Hampir tengah malam baru kami tiba di Turpan. Kami menginap di sebuah hotel sederhana. Paginya kami menyambung semula perjalanan terus ke destinasi kami iaitu Urumqi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu hari.
Hampir senja baru kami tiba di Urumqi. Keletihan terpancar dari setiap wajah. Kami bermalam di Urumqi. Esok kami akan bergerak pula ke destinasi seterusnya iaitu mencari keluarga Han yang tinggal di lereng puncak Bogda, berhampiran Tasik Heavenly atau lebih terkenal sebagai Heavenly Lake. Kata Mike, ia adalah sebuah tasik yang berbentuk bulan sabit dengan air jernih membiru yang mengalir dari cairan salji.
Perjalanan kami bermula seawal jam lapan pagi. Suasana berkabus dengan kedinginan yang menyengat hingga ke tulang. Sebuah van sewa yang dipandu sendiri oleh Mike bergerak menyusuri jalan yang adakalanya menuntut aku untuk berdoa berkali-kali. Perasaan ngeri dan takut bagaikan mendesah di dada. Setelah beberapa lama bergelut dengan kebimbangan akhirnya kami sampai juga ke Heavenly Lake.
" Cantiknya...!" Teriak Hanes sebaik sahaja van berhenti. Memang tidak dapat disangkal keindahan tasik ini benar-benar memukau. Airnya berkilau umpama mutiara. Banyak bot-bot serta feri disediakan untuk para pelancong yang mahu menikmati keindahan tasik Heavenly ini. Agak ramai juga orang yang datang untuk beriadah. Ada beberapa motel dan chalet didirikan untuk kemudahan orang ramai. Aku lihat ada khemah-khemah bertaburan di sekeliling tasik yang luas. Kami tidak melepaskan peluang mengabadikan gambar di sini. Peluang sekali seumur hidup. Rugi beb..kalau tak bergambar di sini. Aku merakam pemandangan indah dengan kamera video ku.
" Hanes say something...hahaha..." Aku rakam keletah Hanes yang berlagak seperti seorang pengacara tv. Hanes berlari ke arah Hairie. Aku ikut dengan kamera video. Namun cepat-cepat ku hala kamera video ke arah lain setelah ternampak jelingan Zahara. Faham "do not disturb"...
" Okey..guys..kita akan berkhemah di sini sebaik saja kita jumpa Han's family..okey..but now we have to continue our journey.." Kami akur dan masuk semula ke dalam van.
'' Adli I rasa nak stay kat chalet tu boleh tak...I malaslah nak ikut.." Zahara bercekak pinggang.
" Suka hati youlah..." Balas Encik Adli kemudian.
" Hairie..you stay with me...please.." Zahara mula merenggek menarik Hairie.
" Kalau you nak stay you stay...I ke sini bukan nak melayan you..faham..!"
" Hairie..how dare you..!"
" Okey...have a nice day Zahara..." Encik Adli melambai tangan.
" Tunggu...bencilah...I ikutlah..stupid journey.." Akhirnya Zahara mengalah dan masuk ke dalam van. Aku, Syanie dan Laila menahan ketawa.
" Hey...apa yang korang ketawa..hah..kelakar sangat ke..kurang ajar..!" Zahara menendang kerusi aku. Aku menutup mulut menahan ketawa yang sudah mahu tersembur.
Seketika van bergerak. Heavenly Lake yang indah kami tinggalkan. Van yang dipandu menyusuri lereng Gunung Bogda. Dari lereng ini masih kelihatan tasik yang indah dan luas. Jalan yang sempit dan bahaya mengundang kegelisahan di hati. Van berhenti di sebuah kawasan luas. Ada beberapa banggunan di situ salah satunya bertulis Motel.
"Kita kena jalan kaki ke atas.." Beritahu Encik Adli.
" Jalan kaki..! Teriak Zahara tiba-tiba. Terkejut aku.
" Gilalah you all ni..menyesal I ikut lebih baik I shopping kat Beijing"
Aku menghirup udara segar di pergunungan itu. Pemandangan indah menyapa pandangan mata. Kami mulai menapak mendaki di laluan pejalan kaki. Zahara asyik merunggut. Mulutnya membebel tidak berhenti.
" Yang sibuk sangat nak ikut tu kenapa..?" Hanes menemplak.
" Kau jangan kurang ajar boleh tak..aku ikut sebab ada perempuan gatal yang berangan nak goda bakal suami aku..faham...!" Zahara menbongkok mengambil ketulan batu kecil. Tidak semena-mena dia membaling aku.
" Aduh...!" Batu mengenai bahu kanan aku.
" Pasal kaulah..perempuan gatal..!" Panas juga hati aku. Baru sahaja aku hendak menjawab, Syanie dan Laila menarik aku.
" Sudahlah tak payah layan...buang tenaga aje.." Betul juga cakap Syanie. Lantas aku biarkan sahaja Zahara dengan kemarahannya.
Hampir setengah jam kami mendaki akhirnya kami sampai di kaki sebuah kuil Buddha. Ada tangga batu yang amat tinggi hingga sayup-sayup mata memandang.
" Kuil tu kat atas..jadi apa lagi kena naik tangga ni lah..." Beritahu Mike. Memang boleh tahan tinggi tangga ini. Jika dibandingkan dengan tangga di Batu Cave, aku rasa dua kali ganda lagi tinggi tangga ni. Hendak tak hendak terpaksalah kami mendaki juga. Mulanya aku, Syanie dan Laila berada di depan. Kami mendaki dengan penuh tenaga sambil berfoto di sana sini tangga. Tapi baru suku anak tangga kami daki, kami sudah pun terduduk kepenatan.
" Aiii...dah lepak ke...masih tinggi tu.." Encik Adli mengusik.
" Cas tenaga sekejap..." Jawap aku tercunggap-cunggap. Encik Adli ketawa kecil. Rakan-rakan lain termasuk Zahara sudah pun melepasi kami bertiga.
" Kak Lara cepat..!" Hanes berteriak dari atas.
" Okey nanti bateri dah penuh Kak Lara naik...!" Aku menarik tangan Syanie. Kami sambung mendaki anak tangga kembali. Belum sampai sepuluh minit kami berhenti lagi.
" Kalau macam ni lah...tahun depan pun belum tentu sampai kita ni..."
Laila ketawa.
" Usahkan tahun depan Lara...sampai raya haji tahun depan pun belum tentu sampai kat atas tu...hahaha.."
" Kalau aku tau macam ni punya tinggi, baik aku shopping je kat Bejing..." Syanie bersuara sambil menyeringai kepenatan.
" Lara..macam biasa dengar je ayat tu..." Kami ketawa lagi. Aku sendiri tidak tahu sudah berapa lama kami mendaki. Kelibat rakan-rakan lain sudah tidak kelihatan. Tinggal kami bertiga yang asyik berhenti kepenatan. Setelah bersusah payah mendaki akhirnya kami sampai juga ke puncak. Itu pun rasa separuh mati kepenatan. Kami terduduk di anak tangga terakhir.
" Aii...ingat dah balik Malaysia tadi..." Aku tak larat nak menoleh bila Encik Adli mengusik lagi.
" Girls..this is Mr. Han.." Serentak kami menoleh. Owhh..terbentang di depan mata sebuah perkampungan Buddha. Dek kerana keletihan tadi kami tidak sempat pun menoleh ke arah belakang. Rupa-rupanya ada dataran yang luas di puncak kuil ini.
Seorang lelaki Cina mengangguk dan tersenyum menyambut kami.
" Hello Mr. Han nice to meet you..sorry we was exhausted..this stairs was so..."
" That's okey...I understand every people feel the same way as you all for the first time when they came here..." Cepat Mr. Han menyampuk.Kami dijemput ke rumahnya. Ada patung Buddha gergasi di tengah-tengah perkampungan itu. Kesemua penduduk di situ adalah sami. Malah anak-anak kecil pun berkepala botak dan berkain kuning seperti sami Buddha.
Ada beberapa orang anak kecil berlari-lari mengikuti kami.
" Cutelah dia orang ni..." Laila mengambil foto mereka. Semakin ramai yang menghampiri Laila. Masing-masing seronok difoto oleh Laila. Tiba-tiba tangan aku ditarik. Aku menoleh. Seorang budak perempuan yang comel tersenyum kepada ku. Dia menunjukkan isyarat supaya diambil gambarnya bersama aku. Selesai bergambar budak perempuan itu berlari pergi.
" Welcome my friends...this is our guest house..please take a break I will come back latter..make yourself comfortable.." Setelah Mr. Han berlalu kami meninjau-ninjau di sekeliling dalam rumah itu. Rumah berseni bina Cina klasik itu nampak unik dan kemas. Lantainya diperbuat daripada batu marmar halus dan licin.
Aku rasa macam berada di zaman-zaman Dinasti China sahaja. Perabotnya juga antik. Macam manalah agaknya mereka membawa naik perabot-perabot ini semua. Aku nak naik tadi pun dah nak pengsan apa lagi nak bawa barang-barang macam ni. Bak kata Laila raya haji tahun depan pun belum tentu sampai ke atas.
Dua orang wanita muda masuk sambil membawa dulang berisi set minuman. Dua buah cangkir tinggi dan beberapa set cawan porslin berwarna coklat tua terhidang di atas meja.
" Please have a drink...don't worry there is no meat allowed here, we are vegetarian..we don't eat pork.." Mr Han muncul sambil menuangkan minuman. Kemudian dia duduk bersama kami.
" Thanks Mr Han..this is for you.." Hairie menghulurkan sebuah peti kecil kepada Mr. Han.
" Small gift from my grandfather.." Mr. Han menyambut dengan sopan. Seketika dia membuka peti kecil itu.
" Owhh...thank you so much...very beautiful and must be very expensive.." Sepohon pokok jade yang cantik. Daun dan bunganya diperbuat dari batu-batu jade yang pastinya asli aku kira kerana Datuk Hassan Basir merupakan seorang jutawan.
" My late grandfather was told me about your family..Mr. Hairie..my great grandfather and your great grandfather..they are best friend, and they was spending time together for a very long time.." Sekeping gambar yang agak lusuh dikeluarkan dari sebuah kotak kayu berwarna hitam.
Tertera gambar empat orang lelaki di atas sebuah kapal. Pasti itu adalah moyang Hairie dan rakan-rakannya yang juga menjadi orang-orang kepercayaannya. Banyak cerita yang Mr. Han dan Hairie kongsi bersama. Aku pula sudah semakin mengantuk. Hampir sahaja aku terlelap di bahu Syanie. Pantas Syanie menepuk pipiku. Serta merta hilang rasa mengantuk diganti dengan rasa perit ditampar Syanie.
Mohan meminta izin untuk mengambil gambar di sekitar perkampungan itu untuk dimuatkan di Majalah Kembara. Laila menunjukkan isyarat kepada aku dan Syanie.
" Aku blah dulu layanlah mengantuk tu.." Bisik Laila ke telinga aku. Aku cebikkan bibir.
Mr. Han menghulurkan sebuah lagi kotak hitam bersaiz sederhana besar kepada Hairie. Kotak itu lebih kurang sama dengan kotak berisi skroll dan gambar kapal yang kami jumpai di pulau Ilig Iligan tempohari. Hairie membelek-belek kotak hitam itu seketika.
" Is there any key to open it..?" Mr. Han hanya mengelengkan kepala dengan soalan Hairie.
" Lara...cuba you tengok kalau-kalau ada cara untuk buka kotak ni..." Kotak itu sebenarnya bukanlah sebuah kotak kayu, tetapi ia adalah sebuah kotak besi. Memang tidak terdapat apa-apa tanda atau sesuatu yang boleh aku jadikan panduan. Aku terbalikkan kotak besi itu. Aku terasa seperti ada butiran pasir halus di tapak kotak.
Mungkin ada sesuatu muslihat yang disembunyikan untuk mengaburi mata. Mungkin juga ada sesuatu yang tersembunyi di bawah tapak kotak ini. Aku keluarkan sebilah pisau kecil. Aku tarah sedikit tapak kotak itu. Serbuk halus berwarna perang berderai sejurus aku tarah. Namun serbuk itu kelihatan mampat. Tak mungkin aku boleh menarah sampai ke tapaknya. Aku berhenti seketika. Otak ku ligat mengingat kembali segala ilmu yang aku pelajari. Timbul satu teori dalam batu gemala kepala otak aku.
" Mr. Han did you have some alcohol..like a beer or another alcohol drink.."
" Sorry we don't drink alcohol here...we just drink tea or juice.." Jawab Mr. Han jujur. Mungkin kerana mereka ini sami-sami Buddha agaknya, sebab itulah mereka tidak minum alcohol.
" Lara...I ada satu carlsberg...you nak ke..?" Mike mengeluarkan tin minuman itu. Aku memakai sarung tangan getah untuk mengelakkan dari bersentuhan dengan minuman itu. Kalau benar butiran serbuk halus ini adalah suatu zarah berbentuk hablur, pasti teori aku berjaya. Aku tuang minuman itu di sekitar tapak kotak.
Berdesir bunyi minuman yang bercampur serbuk hablur itu. Tapak kotak mulai tiris sedikit. Aku ambil dulang berisi cangkir teh tadi. Kotak hitam aku letakkan di tengah-tengah dulang. Aku tuang kesemua minuman keras di serata tapak. Sejurus desiran hilang sedikit demi sedikit timbul satu objek berbentuk archa patung Buddha di tengah-tengah tapak kotak.
" I know..this is an old temple..my great grandfather was build it.."
Pantas Mr. Han bersuara sebaik melihat archa itu.
" Where is it..can you take me there..."
" Sure...sure...please follow me..." Kami dibawa melewati sebuah kuil Buddha yang besar. Bau stanggi menerpa ke lubang hidung. Mahu sahaja aku menutup
hidung, namun kelihatan agak tidak sopan pula. Mahu tak mahu aku sedut sahajalah bau stanggi yang menusuk-nusuk itu. Setelah itu kami melewati pula sebuah lorong yang banyak patung-patung Buddha kecil berbaris di kiri dan kanan lorong.
Mr. Han berhenti di sebuah kuil kecil. Sebuah patung Buddha batu yang besar menyambut ketibaan kami. Memang patung dan tempat itu persis seperti di dalam archa tadi. Kuil itu kelihatan usang. Tidak seperti kuil besar tadi.
" This is the temple, it has a long been abandoned..after my grandfather pass away this temple was closed by my father..." Aku meninjau-ninjau sekitar pasti ada sesuatu di dalamnya. Mr. Han sendiri tidak pernah tahu dan tidak pernah masuk ke dalam kuil terbiar ini. Ada yang mengatakan kuil ini ada penjaganya dan tidak ada sesiapa yang berani mendekatinya.
Beberapa orang sami menghampiri kami. Terlihat kegusaran di wajah masing-masing apabila melihat kami di situ. Mr. Han segera menerangkan tujuan kami berada di kawasan berpenunggu itu.
" Apa yang Lara cari...mungkin kami boleh tolong.." Aku mengaru kepala. Aku tidak dapat menjawab pertanyaan Encik Adli. Aku teliti lagi tapak kotak hitam tadi. Buat masa ini aku sendiri pun masih tak tahu apa muslihat si pembuat kotak hitam ini.
" Mungkin ada sesuatu yang berkaitan dengan archa ni dan kuil ni..." Aku minta izin dari Mr. Han untuk menyelusuri beranda kuil. Tidak terdapat pintu di situ. Hanya dinding batu pasir yang melatari badan kuil. Ianya lebih kepada satu kotak batu yang besar. Puas juga kami mencari kalau-kalau ada petanda yang boleh mengaitkan archa di tapak kotak dan kuil terbiar ini.
Masa berlalu namun aku masih gagal mencari petunjuk. Masing-masing terduduk keletihan di perdu pohon besar. Zahara sudah mula membebel menyalahkan aku.
" Pandai sangatlah tu...satu apa pun tak jumpa lagi.." Bingit telinga aku dengan leteran Zahara. Mahu sahaja aku halau dia dari situ. Benar-benar menganggu konstrasi aku dibuatnya. Aku kembali ke patung Buddha besar di depan kuil. Naluri aku kuat mengatakan ada sesuatu di patung itu kerana itulah archa di tapak kotak hitam. Cuaca mendung ada rintik-rintik hujan menitik di wajah aku. Aku mendongak ke langit.
Hujan akan turun sebentar lagi. Aku membongkok ke bawah kaki patung Buddha itu. Terlihat sekeping batu terbenam sedikit di dalam simen. Sebuah kanta pembesar yang comel aku keluarkan dari beg galas. Aku membelek plat batu tersebut. Ternyata ada sesuatu di situ.
Baru sahaja aku hendak memanggil Encik Adli, hujan sudah turun dengan lebatnya. Cepat-cepat kami berteduh di beranda kuil. Tiba-tiba aku lihat kawasan plat batu yang aku jumpa tadi mulai dipenuhi oleh tanah yang di bawa arus hujan. Segera aku berlari kembali ke kaki patung Buddha.
" Lara..!"
" Saya jumpa sesuatu tapi dah nak tertimbus ni..kena korek cepat..!" Teriakku di dalam hujan. Encik Adli, Hairie dan Mike segera mengikut aku. Rasa perit kulit diterpa air hujan yang lebat mencurah-curah. Aku mengais aliran tanah sampai sakit tapak tangan aku. Hairie menarik aku ke tepi.
" Encik Hairie ada plat batu kat sini..kena keluarkan..!" Hairie mengeluarkan sebilah pisau rambo. Dia mencungkil plat yang aku maksudkan. Semakin banyak dan laju timbunan tanah yang mengalir dibawa air hujan. Nasib menyebelahi kami bila Hairie akhirnya berjaya mengumpil plat batu itu. Segera kami berlari kembali ke beranda kuil.
" What you get..?" Tanya Mr. Han di dalam deruan hujan lebat. Aku belek plat batu tersebut. Ada tulisan Hieroglif Mesir di permukaan batuan itu. Aku masih boleh membacanya kerana memang itu yang aku kaji dan pelajari di kampus.
" Mr. Han this is the key..." Mr. Han menunjukkan reaksi tidak mengerti dengan kata-kata aku. Hujan yang lebat kembali reda. Aku kesejukkan di dalam pakaian yang lencun. Memang moyang Mr. Han merupakan seorang yang penuh muslihat. Namun aku masih boleh menghuraikan muslihatnya itu.
" Apa tu Lara...petunjuk..?" Soal Encik Adli.
" Ya encik..dia gunakan tulisan Hieroglif."
" Tulisan apa tu.."
" Tulisan Mesir Purba..sama macam dalam skroll pertama.." Encik Adli mengangkat kening. Sememangnya tulisan ini sangat susah untuk dibaca atau difahami oleh orang awam atau orang-orang yang tidak mempelajari tamadun Mesir kuno ini. Ianya lebih kepada bersifat teka-teki.
Ada ditulis cara untuk membuka laluan atau pintu masuk ke kuil terbiar ini. Aku semakin hampir menyelesaikan teka -teki ini. Aku kembali ke patung Buddha tadi. Aku senyum sendiri. Memang naluri aku kuat pasti ada sesuatu di sini. Berdasarkan tulisan Heiroglif itu aku cuba mengikut setiap langkah yang tertera.
Setelah meminta izin dari Mr. Han aku mula menarik tangan patung Buddha yang bertangkup di dada. Namun kudrat aku tidak mampu menariknya. Mungkin patung itu sudah puluhan tahun di situ dan strukturnya menjadi ketat. Aku pandang Hairie niat di hati mahu meminta bantuannya. Hairie seakan mengerti. Dia mendekati aku.
" Let me do.." Ujarnya. Aku memberi arahan. Mudah sahaja tangan patung itu terbuka setelah di tarik Hairie. Tenaga lelaki memanglah...cuba aku tadi terkial-kial aja..bisik hati ku. Kemudian aku minta Hairie turunkan tangan patung itu lurus ke bawah. Sejurus kemudian terdengar bunyi 'krakkk...krakkk' yang agak kuat dari dinding batu kuil. Sebuah pintu terbuka perlahan.
" Owhhhh...!" Mr. Han terjerit kecil. Segera dia menuju ke pintu itu. Kakinya mula melangkah masuk.
" Mr. Han stop..!" jeritku. Mr. Han tidak jadi melangkah masuk.
" This temple has long been abandoned right..?"
" Yes.."
" Air in it may be contaminated and unsafe..polluted air may result from the reaction of sulfur dioxide.." Mr. Han undur beberapa tapak ke belakang. Penerangan aku itu membuat dia sedikit gusar.
" Don't worry I will do the inspection before anyone can go in.." Aku menguji kebersihan udara di dalam kuil itu dengan menggunakan sejenis alat penguji gas toksik dan Toksimeter yang memang telah sedia aku bawa bersama. Hanya terdapat sedikit pencemaran udara. Maklumlah kuil ini telah tertutup rapat selama puluhan tahun. Sedikit sebanyak pasti pencemaran udara seperti ini akan ada.
Aku memberitahu sesiapa yang mahu masuk agar jangan menyentuh apa-apa dengan tangan tanpa alas atau tanpa sarung tangan. Encik Adli hanya membenarkan Mike, Hairie, aku dan Mr. Han masuk ke kuil tinggal itu. Aku memberi mereka topeng penutup hidung kerana khuatir udara di dalam akan memberi kesan buruk pada sistem pernafasan.
Keadaan di dalam tidak ubah seperti sebuah pejabat. Ada banyak loker dan fail-fail tersusun di atas rak. Mungkin moyang Mr. Han menggunakan tempat ini sebagai ruang kerjanya. Aku meneliti gambar-gambar yang tergantung di dinding. Hampir ke semua gambar memaparkan kejayaan mereka menemui kesan-kesan tinggalan purba. Paling menarik perhatian aku ialah sekeping gambar mereka di pintu masuk sebuah piramid. Namun piramid itu bukan di Mesir kerana tiada gurun di situ. Kemungkinan besar itu adalah piramid tinggalan kaum Maya.
" Lara beritahu kami apa yang hendak di cari.." Encik Adli menghampiri aku. Dek kerana leka melihat gambar-gambar itu aku jadi terlupa dengan tujuan kami di situ.
" Periksa semua loker dan semua tempat yang berkemungkinan ada tersimpan kunci atau apa aje yang berkaitan.." Hampir kesemua tempat di ruang itu kami geledah namun hampa, kerana kami langsung tidak menemui apa-apa petunjuk.
" Mesti ada satu tempat tersembunyi kat sini.." Hairie bersuara. Aku setuju dengan dia kali ini. Orang sepintar moyang Mr. Han tidak akan membiarkan sesuatu yang berharga ditemui begitu sahaja. Pasti ada teka-teki lain. Aku menyusur dari dinding ke dinding. Ada sebuah potret wanita Inggeris yang tersangkut di dinding belakang meja kerja.
Dari tadi aku memandang potret itu. Memang ianya sebuah potret biasa. Tapi yang membuat aku musykil kenapa mata wanita itu menjeling ke sisi kirinya sambil tersenyum. Apa yang dia pandang sewaktu wajahnya dilukis. Atau itu cuma satu petunjuk. Aku meraba di seluruh permukaan dinding di sisi kiri potret itu. Aku cuba mengarahkan jari dari mata wanita itu ke sisi dinding. Tiada apa-apa di situ.
Aku mengambil keputusan untuk cuba menekan permukaan dinding. Aku terkejut apabila salah sebuah dinding tertolak ke belakang sejurus aku tekan permukaannya tadi. Satu bunyi yang agak kuat seperti batu bergeser terdengar.
" What you get Lara..?" Encik Adli sudah berada di sisi aku.
" Cuba encik tekan dinding ni ke dalam lagi..." Segera Encik Adli menekan permukaan dinding tersebut ke dalam. Sungguh tidak diduga sekeping pintu batu kecil mulai terbuka di sisi dinding yang di tolak tadi. Encik Adli menarik pintu batu itu. Jelas menampakkan isi di dalamnya. Sebuah gulungan skroll, satu kotak kecil dan satu lipatan kertas yang agak lusuh.
" I think we found it.." Ujarku sedikit gembira. Ada riak lega dan senyuman di wajah masing-masing. Pantas aku membuka gulungan skroll itu. Aku yakin memang skroll itulah yang kami cari. Skroll itu juga ditulis di dalam tulisan Hieroglif Mesir. Namun agak panjang untuk aku terjemahkan dalam waktu yang singkat ini. Ada banyak juga simbol-simbol yang perlukan rujukan. Mustahil aku dapat menterjemahkan apa yang ada di skroll itu saat ini. Aku perlukan sedikit masa.
Peta lama itu pula adalah keratan dari peta pertama yang ada di dalam simpanan Hairie. Apabila dicantumkan barulah kelihatan agak jelas laluan-laluannya. Meski peta itu belum lengkap sepenuhnya kerana ada satu lagi keratan yang mesti kami cari untuk melengkapkan peta di mana kapal itu disembunyikan.
" Lara..ada satu anak kunci dalam kotak ni..mungkin kunci untuk kotak hitam tu.." Memang benar kata Encik Adli. Sejurus kotak hitam dibuka ada beberapa anak kunci lain di dalamnya.
" Did you have any idea..kunci-kunci apa sebenarnya ni.." Aku mengaru kepala. Aku sendiri pun tidak tahu. Aku pun bukan genius sangat.
" Saya kena semak dalam skroll dululah encik...tapi simbol-simbol ni tak mudah nak diselesaikan...saya perlukan masa sikit..." Encik Adli mengangguk.
" Okey..just take your time..apa-apa pun kita kena keluar dari sini dulu.."
" Encik saya rasa kita balik ke bandar Urumqi semula..saya ada nampak sebuah perpustakaan hari tu..dekat dengan hotel kita dan saya perlukan telefon..sebab telefon bimbit saya dah kena rembat.."
" Library..you need that..?"
" Yes..just in case...but I think I ' am gonna need it.."
" Okey then we go back to Urumqi..." Mr. Han memperlawa kami agar bermalam di guess housenya. Namun pelawaan ikhlas itu ditolak lembut oleh Encik Adli. Apa yang penting kami tidak boleh terlalu banyak membuang waktu. Setiap saat sangat berharga apa lagi sesudah penemuan petunjuk ke dua itu.
" Lara..!" Bahu aku disentap kuat. Zahara berdiri garang di hadapan ku.
" Kau kata kau hebat sangat sekarang kau nak habiskan banyak masa untuk selesaikan skroll tu..kau ni tau ke tidak buat kerja..!" Bahu aku ditunjal-tunjal dengan jari telunjuknya.
" Zahara..apa ni bising-bising..?" Encik Adli menegur. Aku malas hendak bertekak. Aku mahu berlalu ke bilik di guess house itu untuk menyalin pakaian yang lencun tadi. Tetapi lengan aku ditarik kasar oleh Zahara.
" Nanti...!"
" Zahara will you stop it.." Hairie pula bersuara setelah berdiam diri dari tadi.
" You ikut sangat kehendak perempuan ni..dengar sangat cakap dia, kenapa you suka dia ke.."
" So..you nak I dengar cakap you..okey boleh you selesaikan apa yang ada dalam skroll tu..kalau boleh silakan..." Zahara terdiam sejenak. Matanya tajam merenung Hairie.
" Kalau you tak suka you boleh quit..sampai Urumqi nanti I uruskan penerbangan balik you ke Malaysia.."
" What..! Suka hati you nak halau I..Tok Abah sendiri yang benarkan I joint..you tak ada hak nak halau I Hairie..."
" Tok Abah benarkan sebab bapak you yang mendesak takut harta tu tak dapat kat family you kan.."
" Jangan lupa Hairie kalau tak kerana family I..bisnes family you dah lingkup.."
" Itu tak bermakna you boleh kawal hidup I..!" Bentak Hairie. Pertengkaran semakin sengit. Kepala aku berdenyut-denyut sakit. Mungkin kehujanan tadi ditambah lagi dengan pertengkaran ini.
" Zahara tolong jangan bergaduh..kita kat tempat orang ni.." Encik Adli cuba menenangkan keadaan.
" You dengan bapak you tu sama aje..tamak, mata duitan.." Hairie belum mahu mengalah.
" You ni dah melampau..!" Satu sepakkan dihadiahkan ke muka Hairie. Terlepas beg di tangan aku kerana terkejut.
" Papa..!" Hanes meluru ke arah Zahara. Pantas tangannya dihayun untuk melempang Zahara. Namun sempat dihalang oleh Hairie.
" Lepaslah papa biar Hanes kerjakan perempuan gila ni..!" Hairie menarik Hanes menjauhi Zahara. Seketika Zahara berpaling kepada aku yang berdiri terpaku. Cepat-cepat aku melangkah ke bilik. Namun Zahara menarik rambut aku.
" Cik Zahara apa ni..?"
" Ni semua kau punya pasal perempuan tak sedar diri.!" Satu lagi sepakkan dihadiahkan kali ini untuk aku pula. Berdesing telinga aku dilempang Zahara. Sakit yang aku rasa menimbulkan amarah dalam hati aku. Pantas aku hayun penampar sulung aku ke muka Zahara. Suasana jadi kelam kabut. Aku memang sudah hilang sabar. Mahu sahaja aku tomoi perempuan puaka ini. Encik Adli segera menarik Zahara yang mahu membalas tamparan aku tadi.
" Perempuan gila..!" Teriaknya meronta-ronta minta dilepaskan.
" Kau tu yang gila..!" Hanes pula berteriak.
" Hanes..! Kau dengan mak kau sama aje tak sedar diri..!"
" Kau tu yang tak sedar diri..kau bunuh mama sebab kau suka papa aku..sekarang kau pukul Kak Lara sebab kau takut papa suka dia kan..kau benci Kak Lara sebab dia lebih cantik dari kau..kau benci mama sebab mama pun lebih cantik dari kau...!"
" Hanes...stop..sudahlah tu.." Hairie menarik Hanes yang mula mengamuk.
" Kurang ajar..!" Zahara semakin mengila. Ditolaknya Encik Adli.
Lantas dia meluru menerkam Hanes. Hairie cuba meleraikan namun kegilaan Zahara tidak terkawal. Tangan Zahara begitu pantas merentap rambut Hanes.
" Zahara..stop it..!" Teriakkan Hairie tidak diendahkannya. Aku tarik tubuh Zahara dengan sekuat tenaga dan aku lempar dia hingga menghentam dinding.
" Kurang ajar kau..!" Zahara bangkit menerkam aku. Sudahnya kami bergelut dan bergaduh macam singa berebut laki.
" Lara..!" Syanie yang cuba meleraikan pergelutan antara aku dan Zahara juga terkena tempias apabila rambutnya direntap Zahara. Kesabaran aku sudah lebur. Kebencian dan amarah sudah bersatu sehingga hilang rasa malu. Aku rentap rambut Zahara supaya dia melepaskan Syanie. Namun pantas Hairie menarik aku sementara Encik Adli pula menarik Zahara.
Turun naik nafas aku kepenatan. Hairie menarik aku masuk ke bilik. Segera pintu bilik ditutupnya. Aku terduduk di katil kayu. Rasa bersalah menyerbu di hati. Hairie berdiri kepenatan. Dia meraup wajah sambil menghela nafas panjang. Hairie menghampiri aku. Ditariknya sehelai tisu di atas meja solek. Perlahan dia mengesat bibir aku dengan tisu. Baru aku sedar bibirku luka dan berdarah.
" Sorry Encik Hairie..saya dah buat keadaan jadi buruk.." Air mata sudah deras mengalir. Terasa diri begitu bodoh kerana melayan amarah yang menghantui diri. Aku menyesal dengan tindakkan sendiri.
" Sudahlah tu..I tahu you try to protect Hanes tadi..I tak salahkan you,
I pun tak nak perkara macam ni terjadi..I dah cuba bersabar dengan perangai Zahara tapi I manusia biasa..I benci keluarga Zahara, dia dengan bapak dia sama aje, keluarga pemeras.." Hairie duduk di sisi aku. Dia kelihatan tertekan dengan masalah keluarganya yang aku sendiri tidak tahu apa puncanya. Aku cuma tahu Hairie diminta berkahwin dengan Zahara. Namun kenapa dan apa sebabnya itu memang di luar pengetahuan aku, dan aku tidak berhak mencampuri urusan mereka.
" Sorry Lara, Zahara tak patut libatkan you I'am really sorry for this..you tak patut jadi mangsa dia.."
" Apa nak buat encik..benda dah jadi saya terima ajelah..." Ujarku. Aku tahu Hairie rasa bersalah. Tapi Zahara yang mencari geruh dahulu. Dia memang sentiasa cuba menyakitkan hati aku. Daripada di Filiphina sampailah ke sini tak sudah-sudah dia mencari pasal.
" Pergilah tukar baju tu nanti sakit pulak..bibir tu letak ubat.." Aku mengangguk. Hairie berlalu keluar. Aku termenung seketika.
" Lara.." Syanie dan Laila masuk. Hanes meluru memeluk aku.
" Kak Lara..tengok bibir Kak Lara luka..!" Hanes memegang pipiku. Wajahnya berubah sedih. Air mata mula bergenang di kelopak mata Hanes.
" Lara...aku kesian tengok kau..tapi aku suka bila kau belasah perempuan tu..." Ujar Laila sambil meneliti bibir aku yang luka.
" Patutlah kau tak tolong aku dengan Syanie tadi.."
" Sorrylah Lara..bukan aku tak nak tolong tapi Encik Hairie kan ada.."
" Ermmm..alasan aje.." Aku mencebik. Aku memeluk Hanes.
" Betul tadi aku baru nak masuk gelangang tapi Encik Hairie dah tarik kau.."
" Sudahlah kau Laila.." Aku tunjal bahunya sambil cuba gelak walau badan aku sakit di sana sini.
" Gilalah Zahara tu...macam singa betina.." Syanie bersuara. Kasihan aku melihat Syanie. Tak pasal-pasal kena tarik rambut. Aku tarik Syanie ke sisi.
" Kesian kau Syanie, tapi terima kasihlah sebab tolong aku tadi.." Syanie senyum. Hanes mula menangis teresak-esak.
" Hanes jangan menangis..kan Kak Lara dah janji kalau ada sesiapa yang kacau Hanes, Kak Lara akan tolong Hanes...lupa ke.." Hanes mengesat air mata dengan belakang tangannya. Dia mengangguk. Tubuhku dipeluk erat.
" Kalau aku yang kacau Hanes macam mana Lara..?" Laila menyoal cuba menceriakan suasana.
" Aku tumbuk muka kau.." Aku menjawab sambil diiringi derai tawa Syanie, Laila dan Hanes. Aku berlalu untuk ke kamar mandi. Aku pandang cermin di kamar mandi. Bibir aku mulai membengkak sedikit. Rambut aku kusut masai macam nenek gondrong. Aku sentuh luka di bibir. Terbayang bagaimana Hairie mengesat darah di bibir aku tadi. Ada satu perasaan aneh menyelinap di dalam hati aku. Aku pun tidak pasti perasaan apakah itu. Namun aku rasa senang diperlakukan begitu. Anggau ke aku ni..arggghh..tak mungkinlah...Lara lebih baik kau fokus pada kerja kau. Jangan cepat perasan dan jangan cari pasal.
16
Semalam satu hari suntuk aku memerap di kamar hotel. Hari ini kepala mula rasa berat ditambah hidung yang tersumbat. Sudah beberapa kali aku bersin petanda hendak demam selesma. Aku capai sebiji panadol soluble. Aku isi gelas dengan air putih. Aku campak panadol soluble ke dalam air putih. Aku harap ianya dapat melegakan ketidakselesaan yang menganggu ini. Aku berbaring seketika setelah minum panadol soluble. Tangan aku masih memegang skroll. Agak tertekan aku saat ini. Banyak juga perkataan dan simbol yang belum pernah aku lihat digunakan di dalam skroll ini.
Aku terpaksa membuat lebih banyak rujukan. Namun aku masih belum menghubungi Profesor Zameer. Aku akan cuba selesaikan sendiri. Laluan di peta juga masih belum aku selesaikan. Berat juga tanggungjawab yang aku galas ini. Tidak boleh ada kesilapan kerana itu hanya akan mengundang kegagalan misi ekspedisi ini. Seboleh-bolehnya aku harus membuktikan kepada keluarga Hairie bahawa aku boleh menyelesaikan teka-teki ini. Aku harus membuktikan bahawa aku mampu membawa mereka ke kapal yang berharga itu. Kau mesti kuat Lara...
Aku bangkit. Aku rapikan diri di cermin. Aku harus ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukkan. Rujukkan di internet masih tidak mencukupi. Aku harap apa yang aku cari akan aku temui di perpustakaan itu. Hajat di hati mahu meminta Syanie atau Laila menemankan aku. Malangnya mereka juga sibuk dengan tugasan masing-masing. Aku berkira-kira untuk meminta jasa baik Encik Adli menemankan aku.
Sewaktu melewati lobi aku lihat Encik Adli, Hairie, Mike dan Hanes sedang lepak-lepak di cafe. Niat di hati mahu mendapatkan mereka namun aku tidak jadi melangkah kerana Zahara juga ada di situ sedang leka berborak dengan mereka. Perasaan jauh hati tiba-tiba menyelinap di sanubari. Mereka kelihatan santai seperti tiada apa yang berlaku. Zahara masih boleh ketawa dan bersembang mesra. Aku raba luka di bibir yang sudah menjadi parut. Tiba-tiba hati menjadi sayu. Aku merasa menjadi mangsa keadaan. Sedangkan mereka...
Aku ambil keputusan untuk pergi ke perpustakaan sendiri, meski kurang arif dengan jalan-jalan di sekitar bandar Urumqi. Aku kuatkan hati. Aku cuba mengingat jalan dan banggunan yang aku lewati agar tidak sesat sewaktu pulang nanti. Berbekalkan kamus dewan bahasa China di tangan aku cuba bertanya satu dua soalan yang aku mampu kepada penduduk tempatan untuk ke perpustakaan. Nasib aku baik mereka memahami bahasa Chinaku yang merangkak-rangkak.
Aku masih perlu melewati dua blok banggunan untuk sampai ke sana. Aku merasa lega apabila terpandang banggunan perpustakaan awam di seberang jalan. Aku menanti di laluan pejalan kaki bersama-sama warga lain untuk menyeberang jalan. Tiba-tiba sahaja tangan aku diraih seseorang. Pantas aku menoleh. Hairie sudah berdiri di sebelah. Wajahnya selamba. Cepat-cepat aku lepaskan genggamannya.
" Encik Hairie...buat apa kat sini..?" Aku terkejut dengan kehadirannya yang tidak aku duga. Belum sempat soalan aku berjawab, Hairie kembali meraih tangan aku untuk melintas jalan.
" Kenapa tak bagi tau nak ke sini..?" Hairie menyoal setelah tiba di seberang jalan.
" Tak apa saya tak nak menyusahkan sesiapa..saya boleh pergi sendiri.." Aku terus melangkah. Hairie menarik tangan aku.
" Degil..!" Keras nada suaranya. Sakit hati aku. Sudahlah hati terguris melihat kemesraan dia dan Zahara tadi.
" Okey fine..memang saya degil..so encik baliklah ke cafe tu pergilah borak-borak dengan Cik Zahara..!" Agak keras juga nada jawapan aku kali ini. Ditambah dengan rasa sakit hati. Tiba-tiba Hairie ketawa. Bertambah sakit hati aku. Aku terus berlalu tanpa mempedulikan dia.
" Lara..tunggu..!" Lantak kaulah. Buat sakit jiwa aje melayan kau. Aku daki tangga banggunan perpustakaan itu.
" Lara...I temankan you ya..." Hairie mengekori langkahku. Aku diam malas hendak melayan dia. Ramai juga orang di dalam perpustakaan itu. Aku ke kaunter pertanyaan untuk bertanya samada aku boleh terus menggunakan buku -buku di situ atau ada peraturan lain. Mujur pegawai di kauter itu fasih berbahasa Inggeris. Aku dibenarkan masuk dan menggunakan bahan bacaan di situ.
Aku mengambil tempat kosong di hujung ruang. Hairie mengekori aku. Suasana senyap sunyi. Khusyuk sungguh mereka membaca. Kalau sebatang jarum jatuh di lantai saat itu pun pasti terdengar. Aku ke rak mencari kalau-kalau ada maklumat yang boleh aku perolehi. Nasib aku baik sebuah buku terjemahan Inggeris-Hieroglif yang agak lusuh terselit di antara celahan buku-buku. Aku kembali ke meja. Hairie duduk santai sambil memerhatikan aku. Rasa kurang senang diperhatikan, aku tulis sekeping nota kecil lalu ku unjukkan kepada Hairie.
" Kalau tak nak baca apa-apa pergi balik..jangan pandang saya macam tu..tak selesa..faham..!" Hairie tergelak perlahan. Dia menunjukkan isyarat okey lantas berlalu. Lega hati aku. Baru rasa selesa tanpa gangguan mata. Aku tak kisah kalau dia tak ada pun aku masih boleh hidup di sini. Masih boleh balik ke hotel sendiri. Namun beberapa minit kemudian Hairie kembali duduk di hadapan aku dengan sebuah buku di tangannya. Aku menarik nafas. Sangkaan aku dia balik ke hotel meleset sama sekali. Selamba sahaja mukanya membaca di hadapan aku.
Ermmm....aku akan abaikan dia buat seketika. Kalau tidak memang terbengkalailah kerja-kerja aku jawabnya nanti. Seketika aku hilang di dalam dunia aku sendiri. Aku tidak mempedulikan keadaan sekeliling. Riang rasa hati apabila banyak maklumat yang aku perolehi di dalam buku ini. Meski sudah lusuh dan ada beberapa helai halaman yang koyak namun masih membantu untuk aku selesaikan kerja aku.
Entah berapa lama aku di situ aku sendiri pun tidak sedar. Apabila selesai, aku lihat Hairie sudah tidak ada di kerusinya. Aku tercari-cari kelibat dia. Akhirnya aku menemukan lelaki menjengkilkan itu sedang duduk di lantai antara rak-rak buku. Dia khusyuk membaca tanpa menyedari kehadiran aku. Rasa lucu pula melihat dia begitu. Rasa menyampah pun ada. Sakit hati pun belum hilang lagi. Aku cuit bahu dia.
" Encik..saya nak balik hotel.." Bisik ku. Bimbang untuk bersuara kuat takut nanti menganggu . Hairie segera bangun meletak buku di rak dan mengekori langkah aku. Sepanjang jalan aku membatu. Hairie pula hanya mengekori aku dari belakang. Ada lopak air bertakung di sana sini jalan. Aku terpaksa mengangkat sedikit kain hitam yang aku pakai untuk mengelak dari terpercik air. Semua jeans aku basuh. Hanya tinggal kain hitam ini yang aku padankan dengan t'shirt lengan panjang merah hati. Mujur juga aku ada membawa sandal. Rasa agak selesa dan santai sahaja.
" Lara..!" Panggil Hairie. Aku diam malas hendak menyahut. Aku terus melangkah. Hairie mempercepatkan langkahnya untuk beriringan dengan aku.
" Dah tak mau cakap dengan saya ke ni.." Aku masih diam. Perkataan saya yang keluar dari mulutnya serasa janggal. Selama ini dia hanya ber I dan You sahaja.
" Lara..kenapa ni.." Hairie menarik tangan aku. Rasa kurang senang dengan perlakuan dia yang suka memegang tangan aku tanpa izin. Pantas aku tarik tangan aku.
" Tak ada apa yang penting nak dicakapkan.." Balas ku acuh tak acuh. Hairie seakan tidak puas hati dengan jawapan aku. Dia mematikan langkahku dengan berdiri betul-betul di hadapan aku. Aku cuba mengelak dan terus melangkah. Namun dia tetap menghalang. Aku hampir hilang sabar. Mahu sahaja aku tumbuk muka dia.
" Encik Hairie..!"
" Beritahu I kenapa you marah sangat ni.."
" Penting sangat ke samada saya marah atau tak..?" Aku tolak dia ke tepi. Aku teruskan melangkah.
" You marah sebab nampak I dengan Zahara kat cafe tadi..?" Soalan yang menyakitkan hati, membuatkan langkahku terhenti.
" Encik nak buat apa pun dengan dia itu semua tak ada kena mengena dengan saya.."
" Habis tu kenapa nampak macam marah sangat ni..?" Aku rimas dengan gelagat Hairie. Hotel masih jauh di hadapan. Aku pasti dia akan mengejar-gejar jawapan sampai ke hotel. Sebelum kecuh di sana ada baiknya aku berterus terang.
" Okey, memang saya marah sebab saya rasa encik dan Cik Zahara sengaja jadikan saya mangsa, encik tengok ni..ni.." Aku tunjukkan parut di bibir.
" Luka ni belum baik lagi tapi encik berdua berlagak macam tak ada apa yang berlaku, encik sedar tak bila encik berdua bertengkar saya yang Zahara jadikan tempat melepas geram bukan setakat kelmarin aje, dari awal lagi dia cuba sakitkan saya..bila tengok encik dengan dia duduk santai-santai macam tu encik fikir tak apa yang saya rasa..korang ingat aku ni apa..!"
" Lara.."
" Sudahlah Hairie mulai saat ini kau jangan libatkan aku lagi dalam masalah cinta korang..faham..!" Bentakku keras. Aku terus melangkah meninggalkan Hairie. Aku tak peduli apa reaksinya. Aku tak peduli pada perasaannya. Dulu dia pernah buat aku seperti ini. Bukan niat untuk berdendam tapi rasa sakit hati ini memaksa aku bertindak begini. Setiba di kamar aku terus menangis semahunya. Aku keliru kenapa ada rasa bersalah di sudut hati dengan apa yang aku lakukan pada Hairie tadi. Bukankah aku sudah berterus terang tentang rasa marahku. Namun kenapa hati ini masih sakit. Malah lebih sakit dari sebelumnya.
Kenapa aku rasa sakit hati melihat kemesraan Hairie dan Zahara. Kenapa aku harus ada perasaan ini. Perasaan yang tidak pernah aku rasa sebelum ini. Kenapa terlalu sakit rasanya...arghhh...aku tak boleh terus melayan perasaan mengarut ini. Masih banyak kerja aku yang belum selesai. Aku bangkit ke kamar mandi. Aku bersihkan diri dan mengambil wudhuk. Aku menunaikan solat Asar. Selesai solat aku panjatkan doa ke hadrat Illahi semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapi setiap dugaan. Amin...
Menjelang Maghrib aku hampir selesai menterjemahkan apa yang tersirat di dalam skroll itu. Hanya perlukan sedikit semakkan lagi. Aku harap aku boleh selesaikan terjemahan di peta pula selepas ini. Aku berhenti sebentar untuk menunaikan solat Maghrib. Syanie dan Laila pulang ke kamar setelah aku usai solat.
" Lara...kau okey ke..?" Syanie dan Laila duduk di sisi aku. Ada kegusaran di wajah mereka berdua. Aku melipat telekung. Pertanyaan Syanie aku biar sepi seketika.
" Lara.."
" Aku okey..kenapa tanya macam tu..?"
" Hairie call dia nak jumpa aku tadi.." Aku mengangkat muka ke arah Syanie.
" Korang bergaduh lagi ya..?" Aku menarik nafas dalam-dalam.
" Apa dia beritahu kau.." Aku pun tak menyangka Hairie akan memanjangkan cerita.
" Dia cakap kau marah dia sebab jadikan kau mangsa keadaan..Lara kau tak patut marah dia sebab bukan dia yang jadikan kau mangsa keadaan tapi Zahara.."
" Kau sokong siapa sekarang ni Syanie..dia kawan kau ke aku kawan kau..?" Hati yang sakit semakin perit. Lukanya semakin dalam bila Syanie seakan berpihak kepada Hairie.
" Mestilah aku sokong kau, tapi Hairie tak ada niat nak buat kau sakit hati apa lagi nak jadikan kau mangsa keadaan, dia cuba nak terangkan tapi kau tak bagi peluang langsung.."
" Syanie diorang santai-santai berborak ketawa sakan tadi macam tak ada apa yang terjadi, aku..kau tengok aku masih luka berparut macam ni.." Air mata sudah jatuh berderai. Entah kenapa mudah benar tersentuh hati ini.
" Lara..kau sebenarnya cemburu kan.." Aku tersentak dengan kata-kata Syanie. Aku pandang Laila di sisi. Laila mengangguk seolah bersetuju dengan Syanie. Aku terdiam. Mulutku terkunci.
" Kau sebenarnya dah jatuh hati pada Hairie, kau cuba nafikan dan cuba mencari alasan untuk membenci dia..Lara.." Hati aku semakin sakit dengan kata-kata Syanie. Aku campak telekung ke lantai.
" Tak..tak..tak..kau silap Syanie...aku tak suka dia..!"
" Tapi Lara.."
" Sudahlah aku tak mahu dengar lagi..please.." Aku mengambil keputusan untuk menyambung kerja di cafe kerana aku tak mungkin boleh fokus dengan kehadiran Syanie dan Laila yang menambahkan serabut di kepala aku. Aku tinggalkan mereka berdua. Biarlah mereka bermain dengan spekulasi mereka sendiri.
Di cafe aku mengambil meja yang paling hujung sekali. Aku tak mahu banyak gangguan. Mujur meja yang aku pilih agak tersorok sedikit. Aku menarik nafas. Rasa tenang seketika. Tidak ramai pelanggan yang turun ke cafe saat ini. Aku menyambung kerjaku yang terbengkalai tadi. Skroll sudah hampir seratus peratus siap aku terjemahkan. Ada banyak cerita dan maklumat tentang Kapal Permata di dalam skroll ini. Ada ditulis tentang pembahagian harta-harta yang mereka usahakan bersama. Jumlah harta yang terkandung di kapal tersebut juga amat banyak. Tidak hairanlah jika kapal ini menjadi rebutan.
Menurut apa yang tertulis di skroll ini, Kapal Permata berada di Perairan Borneo. Mereka menyembunyikan kapal berharga tersebut di sebuah pulau yang terpencil. Semua maklumat dan panduan ke pulau itu terdapat di dalam peta. Aku rasa terkejut juga bila mendapati jumlah harta yang disimpan di kapal itu. Ada lebih kurang satu ribu peti besi yang berisi barang-barang berupa jongkong emas, barang kemas seperti intan dan permata, tembikar China dan syiling-syiling purba yang dijumpai oleh mereka dari serata dunia. Terdapat juga patung-patung dan archa-archa purba yang tidak ternilai harganya yang dinilaikan di sekitar tahun 50-han.
Aku menarik nafas panjang. Kalau di tahun 50-han sahaja sudah tidak ternilai, apatah lagi sekarang ini. Kemungkinan harganya boleh mencecah ribuan malahan ratusan juta ringgit. " This is so crazy.." Bisikku perlahan. Malahan ada juga beberapa peti yang berisi kain sutera serta rempah ratus yang mungkin tidak sempat mereka dagangkan. Aku mengeleng kepala beberapa kali. Kaya sungguh moyang Hairie.
Jika benar kapal itu disembunyikan di Perairan Borneo aku yakin tiada seorang pun yang pernah atau diberitakan menemuinya. Jika tidak sudah pasti heboh diperkatakan di dada akhbar atau sekurang-kurangnya dari mulut ke mulut. Perairan Borneo masih berada dekat dengan Malaysia. Aku belum pernah dengar lagi ada kapal penuh muatan berharga ditemui di sana. Aku berharap semoga kapal ini masih utuh tersembunyi di situ.
Selesai di skroll aku beralih kepada keratan peta kedua pula. Agak mudah sahaja untuk aku terjemahkan tulisan Hieroglif di halaman peta ini. Sekali lagi aku tersentak. Peta ini menunjukkan arah ke sebuah pulau tanpa nama yang terletak di Sipadan Sabah. Hah..aku fikir jauh manalah kapal ini disorok. Di Pulau Sipadan sahaja rupa-rupanya. Namun aku terfikir ada kemungkinan juga kapal ini sudah dijumpai oleh lanun-lanun yang bermaharajalela di sana.
Andai benar kapal ini sudah lesap memang sia-sia sahajalah usaha ekspedisi ini. Tapi itu bukan urusan aku. Aku diupah hanya untuk membuka jalan bagi mereka menemui kapal ini. Samada kapal ini masih ada atau sudah lesap itu bukan tanggungjawab aku. Seandainya mereka sudah menemui tempat persembunyian kapal ini sesuai mengikut petunjuk, itu bermakna tugas aku sudah selesai.
Aku kerling jam tangan ku. Sudah hampir pukul 11 malam. Mata aku pun sudah berat. Mujur sakit kepala sudah reda. Aku mengemas barang-barang yang bersepah di atas meja. Cepat-cepat aku berlalu pulang ke kamar. Aku harap Syanie dan Laila sudah tidur. Malas aku hendak berdebat lagi pasal Hairie. Ketika melangkah menaiki anak tangga, aku rasa ada seseorang di belakang aku. Aku cepatkan langkah menuju ke kamar yang terletak jauh di hujung. Aku masih dengar ada tapak kaki di belakang aku. Aku beranikan diri menoleh ke belakang. Aku terkejut bila mendapati Hairie yang berdiri di situ.
" Lara.." Panggilnya lembut. Aku masih malas untuk berbicara dengan dia. Aku terus sahaja melangkah tanpa menghiraukannya. Hairie menarik lengan aku.
Aku menarik nafas dalam-dalam.
" Apa lagi encik..?" Tanyaku dengan nada malas.
" I'am sorry.."
" Sudahlah encik dah malam sangat ni saya penat dan nak tidur.." Aku menarik kasar lenganku yang dipegang Hairie.
" Lara..you boleh benci I..tapi tolong jangan benci Hanes..she loves you so much.." Aku berhenti melangkah dan berpaling.
" Perasaan saya pada Hanes tak ada kena mengena langsung dengan encik, jadi encik tak payah risau pasal tu.."
" Yes I know Lara.."
" Baguslah kalau encik tahu, lagi pun saya sayang Hanes sebelum saya tahu dia anak encik.." Aku terus berpaling dan berlari menuju ke pintu kamar. Aku tidak mahu berurusan dengan lelaki ini lagi. Cepat-cepat aku menutup pintu kamar. Aku termenung sebentar di atas katil. Syanie dan Laila sudah lena. Aku terfikir di mana Hairie tadi sepanjang aku di cafe. Mungkinkah dia juga ada di situ. Kalau betul kenapa dia selalu mengekori aku. Tadi semasa ke perpustakaan juga dia muncul secara tiba-tiba dan menemani aku sehingga kerja aku selesai. Adakala aku rasa pelik dengan sikap Hairie.
Aku tidak boleh terus-terusan memikirkan Hairie. Dia tidak penting sama sekali pada aku. Malah hubungan dia dengan Zahara sudah banyak menganggu aku. Aku selalu sahaja terseret di dalam masalah mereka. Aku tidak mahu menjadi mangsa lagi. Aku juga ada perasaan dan harga diri. Aku bertekad mulai saat ini aku akan tegas sekiranya mereka cuba melibatkan aku lagi. Aku bangkit untuk menunaikan solat Isya'. Usai solat aku terus merebahkan diri di katil. Lena mengamit sejurus mataku terpejam.
17
" Lara..! Bangun Lara..!" Aku terpisat-pisat. Tubuh aku digoyang kuat. Aku membuka mata. Laila di hadapan aku. Wajahnya cemas semacam.
" Kenapa kau ni..macam kena kejar setan aje..?" Aku mengeliat. Mata masih berat.
" Bangunlah...tengok ni..!"
" Apa..?" Laila menepuk-nepuk sekeping kertas di muka aku. Aku ambil kertas itu. Aku mengosok-gosok mata. Dengan mata yang masih mengantuk aku baca isi kandungannya.
" KAWAN-KAWAN KAMU ADA BERSAMA KAMI...DATANG KE ALAMAT INI. BAWA BERSAMA SKROLL DAN PETA HARTA KARUN DATUK HASSAN BASIR...JANGAN HUBUNGI POLIS KALAU MAHU KAWAN-KAWAN KAMU SELAMAT." Cepat-cepat aku semak alamat yang dimaksudkan. Aku binggung seketika.
" Lara..diorang semua tak ada..aku call Syanie tapi orang lain yang angkat dia suruh kita serahkan skroll dan peta tu Lara...macam mana ni...!" Berderau darah aku. Apa pula malapetaka kali ini.
" Kau pasti ke diorang tak ada..?"
" Ya Allah..betul aku dah buka semua bilik diorang, kosong Lara..aku cuba call Ajib, Mohan, Encik Adli tak ada seorang pun yang jawab..!" Aku mengaru-garu kepala. Aku masih tidak boleh berfikir dengan baik. Laila mulai menangis.
" Janganlah menangis..kau ni, kau tunggu sini jangan pergi mana-mana aku mandi sekejap aku tak boleh fikir sekarang ni..aku mandi dulu ya.."
" Kau ni masa gawat macam ni pun nak mandilah apalah..aku risau ni tau tak.."
" Ya...nanti lepas mandi aku janji kita cari diorang okey.." Aku terus ke kamar mandi. Usai mandi dan bersiap aku suruh Laila hubungi telefon bimbit Syanie. Beberapa ketika Laila menghulurkan telefon kepada aku.
" Hello...Syanie..!"
" Kau tunggu apa lagi datang cepat bawa peta dan skroll tu, kau nak aku bunuh semua kawan-kawan kau ni hah..?" Ada suara lelaki di hujung talian. Berdebar-debar dada aku. Tangan juga sudah mengeletar. Namun aku kuatkan semangat.
" Kau siapa..bagi aku cakap dengan kawan aku..!" Aku terdengar suara bising di talian.
" Lara..! Tolong aku..!" Syanie menjerit.
" Syanie..kau kat mana yang lain mana...Syanie..?" Aku cemas bila Syanie menjerit-jerit.
" Lara..diorang culik kitorang ni..semua ada kat sini..!"
" Syanie.."
" Hah..! Tunggu apa lagi cepat datang..ingat jangan libatkan polis nahas nanti kau..!" Talian dimatikan. Ya Allah apa yang harus aku lakukan. Aku benar-benar buntu. Aku cuba bertenang. Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku baca alamat tertera. Tempat itu asing sangat. Mana mungkin aku tahu untuk ke situ. Aku tarik Laila.
" Jom.." Peta dan skroll aku masukkan ke dalam beg galas. Kami keluar dari kamar. Aku ke kaunter untuk bertanya dengan penjaga di situ kalau-kalau dia tahu di mana letaknya alamat itu.
" This is an old warehouse, about 5 miles from here..you can take a taxi to go there.." Kata penjaga kauter tersebut.
" Lara...van..!" Aku menoleh. Laila menunjuk ke arah van sewa yang Mike bawa. Van itu masih di situ. Kami berlari menuju ke van.
" Kita bawa van ni ajelah..kau on GPS kita cari sendiri.." Aku buka pintu van.
"Kunci..!"
" Bilik Mike..!" Kami berlari kembali ke atas. Bilik Mike bersepah. Aku dan Laila mencari kunci van.
" Lara..dapat..."
" Okey..jom.." Kami berlari semula ke van.
" Apa plan kau Lara..?" Tanya Laila sebaik sahaja kami masuk ke dalam van. Aku terdiam. Aku pun tidak ada apa-apa rancangan sebenarnya. Otak aku buntu, baru bangun tidur belum sarapan pula.
" Aku tak ada plan..kita pergi dulu nanti baru fikir.." Aku hidupkan enjin. Minyak pula tinggal sedikit. Dengan lafaz Bismillah aku pandu van dan cuba bertenang sebaik mungkin. Aku memasuki stesen minyak. Laila membeli sedikit makanan dan minuman. Apa-apa pun perut mesti diisi, baru boleh berfikir. Selesai mengisi minyak kami meneruskan perjalanan berpandukan dari GPS di Iphone Laila.
" Kau nak bagi ke skroll dengan peta tu Lara..?"
" Bagilah kalau terpaksa..nyawa kawan-kawan kita lagi pentingkan.."
" Habislah kalau diorang dapat harta tu.."
" Peta ni bukannya lengkap pun semua salinan peta dan skroll ada dalam laptop aku, kita bagi ajelah yang asli ni.." Ujarku.
Aku memandu mengikut arahan dari GPS. Kami melalui sebuah kawasan ladang yang sunyi. Beberapa ketika kemudian alat GPS memaklumkan bahawa gudang lama yang dikatakan oleh penjaga kaunter tadi berada hanya 1km di hadapan. Aku mengambil keputusan untuk berhenti agak jauh sedikit dari gudang itu.
" Kau berani tak..?" Soalku pada Laila yang cemas.
" Tak tahulah, nak cakap berani tapi takut.." Jawab Laila mengeletar.
" Janganlah takut, kalau kau takut aku lagi takut..dah jom.." Aku tarik tangan Laila yang sejuk macam air batu. Hati aku sendiri hanya Allah yang tahu. Kami menghampiri kawasan gudang tinggal itu. Suasana sunyi hanya terdengar suara unggas-unggas hutan. Tidak ada tanda-tanda ada penghuni di situ. Malah tidak ada kelihatan sebarang kenderaan di hadapan gudang. Kami menyelinap masuk dari sekeping dinding papan yang terkopak. Keadaan di dalam gudang itu agak kelam. Ada mesin-mesin tinggal yang terbongkang di sana sini.
Kami cuba mencari di setiap sudut gudang, namun usahkan kelibat, bayang mereka pun tidak kelihatan.
" Betul ke tempat ni Lara..?" Laila mulai gusar.
" Kalau ikut GPS betullah..tak tahulah kalau GPS tu menipu.."
" Kau ni Lara masa macam ni pun nak bergurau.." Tiba-tiba ada bunyi kuat terdengar dari arah atas. Bunyi seakan benda jatuh. Berdebar jantung aku. Rasa macam nak tercabut pun ada. Aku menunjukkan isyarat untuk naik ke atas pada Laila, namun Laila menarik tangan aku.
" Aku takut Lara...kita call polis ajelah.." Laila mula menangis.
" Kau gila ke penyamun tu tak bagi libatkan poliskan..kau nak kawan-kawan kita mati ke..." Laila mengeleng-geleng kepala. Aku tarik tangan Laila yang memaut erat lengan aku. Kami menaiki anak tangga yang tinggi dan berpusing seperti tangga menara rumah api. Ada tingkap-tingkap kecil di setiap laluan. Angin menerobos kuat dari celah tingkap yang terbuka. Kami tiba di atas menara tersebut. Namun tiada apa pun di situ. Cuma ada ruang kosong sahaja. Dari mana pula datangnya bunyi yang kuat tadi.
Laila menarik aku. Mukanya pucat lesi. Aku sendiri tidak pasti macam mana pula keadaan muka aku.
" Jom turun Lara.."
" Sabar..kita cari dulu..arghhhhhhhhh....!" Tiba-tiba sahaja kami tertolak sebuah pintu kayu, lalu terhumban ke bawah.
" Aduhhhh...apa ni...?" Sakit semua sendi-sendi aku.
" Kentang...kentang ni Lara..." Ujar Laila seraya menunjukkannya kepada aku.
" Alahai...nasib baik ada kentang ni kalau simen je tadi mau berkecai kepala kita.." Tiba-tiba terasa kentang-kentang itu melorot turun dengan laju.
" Arghhhhhhh..!!!" Aku dan Laila ikut mengelongsor bersama kentang-kentang tesebut. Badan aku terterjah sebuah pintu kecil lalu aku terhumban keluar bersama kentang-kentang itu.
" Aduhhhhh..." Terasa sakit seluruh tubuhku.
" Lara..!" Aku mendongak. Terdengar namaku di laung.
" Syanie..Ya Allah korang kat sini rupa-rupanya..!" Sungguh tidak ku duga Syanie, Mohan, Ajib, Encik Adli, Hanes dan Hairie, kesemua mereka berada di situ. Namun mereka terkurung dan terikat di antara satu sama lain dengan mulut masing-masing di tampal dengan selotip. Hanya Syanie yang tidak ditampal mulutnya.
" Lara..cepat ada tiga orang lelaki tadi kat sini...cepat cari kunci cepat.."
" Okey..okey..Laila cepat tolong aku..Laila..Laila mana kau..?" Baru aku sedar Laila tiada di sisi aku.
" Lara..!" Terdengar suara Laila dari dalam bilik kentang tadi. Cepat-cepat aku masuk kembali. Rupa-rupanya Laila tertimbus di dalam timbunan kentang. Pantas aku mengali timbunan kentang dan menarik Laila keluar.
" Aduhhhhh...sakitnya badan aku Lara..!"
"Cepat Laila aku dah jumpa diorang..." Aku menarik Laila keluar.
" Ya Allah Syanie...apa kita nak buat ni...apa kita nak buat ni Lara..!" Kerana terlalu panik Laila terlompat-lompat di situ.
" Hoi..yang kau terkinja-kinja tu kenapa..tolong aku cari kuncilah cepat..!" Kami cuba mencari kunci untuk membuka pintu pagar besi yang mengurung mereka. Namun mencari di dalam keadaan panik dan ketakutan memang tidak akan berhasil.
" Mana kuncinya..?" Laila menjerit.
" Diamlah..!" Aku memarahi Laila. Bimbang didengari lelaki-lelaki yang dimaksudkan Syanie tadi. Aku tersentak apabila mendengar suara lelaki ketawa dari arah pintu besar. Laila terjerit. Jantung aku berdegup kencang. Laila memeluk aku erat. Tubuhnya mengigil.
" Hah..! Mana dia peta tu..bagi aku..!" Aku menelan liur. Lelaki itu fasih berbahasa Melayu walau wajahnya seperti orang Cina. Dia menghampiri kami.
" Lepaskan kawan-kawan aku dulu..!" Aku beranikan diri menjawab.
" Bagi aku peta tu..!"
" Aku nak kawan-kawan aku dulu..!" Lelaki itu cuba menerkam aku. Namun secepat kilat aku terajang perutnya. Terhumban dia ke belakang.
" Kan aku dah cakap..lepaskan kawan-kawan aku baru aku bagi kau peta tu..kau ni tak pandai nak berunding ke..!" Lelaki itu bangkit mukanya berubah merah. Dia cuba menerkam aku lagi. Pantas aku keluarkan peta dari dalam beg galas.
" Aku koyak peta ni nanti..kalau dah berkecai satu apa pun kau tak dapat..!" Dia berhenti. Dia mengeluarkan segugus anak kunci dari dalam poketnya. Dicampak anak kunci itu ke lantai. Dia menyuruh aku mencampakkan peta ke lantai. Aku tidak ada pilihan, aku campak peta itu di lantai. Namun baru sahaja dia membongkok hendak mengambil peta itu aku tendang mukanya sekuat hati. Aku sempat mencapai gugusan kunci.
" Laila ambil ni.." Aku campak kunci-kunci itu pada Laila. Aku sempat mencapai peta lalu pantas aku masukkan ke dalam beg. Lelaki itu berang. Dia menjerit sambil cuba menerkam aku. Sepantas kilat pula aku elak dan aku tendang perutnya lagi. Pantas aku mengeluarkan tali dari beg galasku. Lelaki itu tertunduk kesakitan. Aku ambil kesempatan ini, aku jerut lehernya dengan tali lalu aku tarik dia ke tiang seri di tengah ruang. Aku tarik tali yang menjerut lehernya sekuat hati. Lelaki itu meronta-ronta.
" Laila cepat ambil ni tolong aku ikat dia.." Aku campak tali kepada Laila. Kami berjaya mengikat lelaki itu di tiang. Lelaki itu tidak sedarkan diri. Sempat juga aku rasa nadinya. Bimbang juga kalau-kalau dia mati. Aku menarik nafas lega. Nadinya masih ada. Aku ambil kunci di tangan Laila. Cepat-cepat aku buka pintu pagar besi itu. Namun malang sekali belum sempat aku berjaya membukanya terdengar suara tapak kaki sedang menaiki tangga. Aku capai sebatang kayu yang jatuh bersama kentang-kentang itu tadi. Aku tarik Laila ke belakang. Aku sudah sedia dengan kayu di tangan.
" Hoi..Meng apa dah jadi sama Lu..!" Seorang lelaki menerpa ke arah lelaki yang aku ikat tadi. Pantas aku hayun kayu menghentam kepala lelaki itu.
“ Hah..! mampus kau.. “ Jeritku sambil menyepak badan lelaki itu. Laila dan Syanie terjerit.
" Lara..!" Seorang lagi lelaki berbadan agak sasa masuk. Dia terkejut melihat dua orang kawannya sudah tewas. Aku sudah sedia untuk berhadapan dengan dia pula. Berkat ilmu Silat Cekak yang cuma separuh aku pelajari di kampus dulu sedikit sebanyak menguatkan keyakinan aku untuk berhadapan dengannya. Lelaki itu terus sahaja menerkam. Aku sempat mengelak tapi nasib tidak menyebelahi aku. Kaki aku tersandung tubuh kawannya yang sudah kaku di lantai. Aku jatuh terduduk. Kayu di tangan terlepas. Aku tidak mampu mengelak apabila lelaki itu mencengkam rambutku
Aku tidak dapat melepaskan diri. Cengkamannya menyeksakan.
" Lara..!" Laila memukul lelaki itu dengan kayu tadi. Cengkamannya dilepaskan lalu dia mencekik leher Laila pula dan menghumban tubuh kecil Laila ke pagar besi.
" Laila..!". Terpelanting tubuh Laila lalu terhempas ke lantai. Tubuh Laila tidak bergerak langsung. Syanie menjerit memanggil. Namun Laila terus diam. Lelaki itu beralih kepada aku. Ketika itu tumpuan aku hilang bila melihat tubuh Laila kaku.
Aku tidak sempat mengelak apabila dia pantas memulas lengan aku. Tubuh aku dihempas kuat ke lantai. Aku menjerit kesakitan. Dia menindih aku. Kedua belah tangan aku ditekan ke atas. Kedua belah kaki aku juga ditindihnya. Aku tak mampu bergerak lagi.
" Aku rogol kau depan kawan-kawan kau..hahaha..!" Aku meronta-ronta mencuba mencari ruang untuk melawan. Namun tubuh lelaki itu terlalu sasa. Sebelah tangannya sudah menyelak baju aku.
" Laila..!" Aku menjerit memanggil Laila yang kaku. Aku mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri. Namun kudrat aku tidak mampu mengalahkan tubuh lelaki yang mula mengila itu.
" Lara..!" Aku nampak Hairie sudah berjaya melepaskan tali yang mengikatnya. Tapi dia masih terkurung di sebalik pagar besi. Lelaki gila itu cuba mencium aku. Aku meronta lagi. Terasa habis tenaga aku meronta namun aku masih
gagal melepaskan diri.
" Laila..bangun tolong aku..Laila.."! Aku menangis dan menjerit memanggil Laila. Syanie juga menjerit memanggil Laila.
" Hey..binatang kau lepaskan dia..lepaskan..!" Jeritan Hairie tidak dihiraukannya. Tangannya sudah rakus cuba membuka kepala tali pinggang aku. Tiba-tiba satu hentaman kuat melayang mengenai kepala lelaki itu. Darah memercik membasahi mukaku. Lelaki yang mengila tadi rebah. Laila berdiri sambil memegang kayu.
" Laila..!" Ya Allah syukur Laila akhirnya sedar. Aku menangis memeluk Laila yang terdiam lemah.
" Lara..give me the key.." Aku cari kunci yang sudah tercampak entah ke mana. Akhirnya aku temukan kunci itu di bawah timbunan kentang. Segera aku campak kepada Hairie. Aku kembali kepada Laila yang longlai.
" Laila..kau okey tak..Laila cakaplah jangan buat aku takut.." Aku menangis melihat keadaan Laila. Syanie menerkam sejurus pintu dibuka. Laila pengsan tidak sedarkan diri lagi. Nadinya lemah. Mohan terus mengangkat tubuh Laila.
" Cepat kita bawa dia ke hospital.." Ujar Mohan. Aku sendiri sudah tidak berdaya untuk melangkah. Namun aku kuatkan diri. Hanes memapah aku menuruni tangga. Aku rasa pandangan semakin gelap. Aku tersungkur di anak tangga.
" Kak Lara..!"
" Hanes..biar papa angkat Kak Lara..." Hanes menangis. Namun suara tangisan Hanes dan teriakkan Syanie yang memanggil nama aku semakin sayup dipendengaran. Aku rasa dunia berpusing. Aku tidak mampu lagi membuka mata. Teriakkan Hanes semakin lama semakin hilang di dalam kegelapan.
18
Aku tersedar sejurus terhidu bau busuk. Aku dapati diri aku di atas katil di bilik rawatan. Beberapa orang jururawat mengelilingi aku. Aku binggung seketika.
" Where am I...?"
" Miss Lara you are in the hospital now.." Seorang jururawat memberitahu. Aku menarik nafas. Terasa sakit di bahagian dada.
" Lara..!" Hairie datang. Dia mengengam tangan aku sambil bertanya keadaan aku kepada jururawat di situ. Aku rasa lemah. Aku teringat kepada Laila.
" Mana Laila...?"
" Laila okey dia dirawat kat sebelah tu.." Hairie menunjuk ke arah tabir yang menutupi katil.
" Dia okey tak..?"
" Dia okey cuma perlu rehat nothing serius..don't worry.."
" Hanes mana..?"
" Hanes kat luar dengan Syanie..Lara jangan risau semua selamat" Aku angguk. Mata terasa berat. Aku pejamkan mata. Gengaman Hairie terasa hangat mententeramkan aku. Aku masih memikirkan Laila. Aku cuba bangkit dari katil. Hairie melarang namun tidak aku hiraukan. Aku menghampiri Laila yang sedang terbaring. Laila sudah sedar. Aku merasa sangat lega apabila doktor memberi jaminan tiada kecederaan serius pada tubuh Laila.
" You two need a rest, you can go home after final check.." Ujar seorang doktor muda yang berkaca mata.
Petang itu aku dan Laila dibenarkan keluar dari hospital. Kami berdua hanya mengalami keletihan yang agak teruk. Mana tidaknya tubuh sekecil aku dan Laila dibanting, dihempas dan ditindih. Aku sedikit trauma kerana hampir-hampir menjadi mangsa rogol. Perasaan ngeri dan takut menerawang di benakku apabila mengingatkan peristiwa itu. Tubuh aku jadi mengeletar dan sejuk. Aku tidak menceritakan kepada sesiapa, malah tidak juga kepada Syanie. Aku cuba bertenang dan berlagak seperti biasa. Namun bayangan lelaki itu menindih aku masih jelas di ruang mata.
" Lara...Lara..!" Aku tersentak apabila bahu aku ditepuk Syanie.
" Kenapa ni Lara, kau tak sihat..?" Semua mata memandang ke arahku.
" Aku okey..kenapa..?" Memang aku hilang fokus pada seisi perbincangan malam itu. Aku langsung tidak dengar apa yang dibincangkan mereka.
“ Lara..are you alright..?" Aku pun tidak tahu kenapa aku berkeadaan begitu. Soalan Mike tidak mampu aku jawab. Lantas aku minta diri ke kamar. Aku mengambil wudhuk. Aku keluarkan surah yassin. Aku cuba membacanya. Tiba-tiba sahaja air mata berderai menitis laju membasahi pipi.
Aku teringat pada arwah ibu. Kalau ibu ada aku pasti tenang. Seketika pintu kamar diketuk. Dengan telekung yang masih tersarung aku buka pintu. Hairie berdiri di muka pintu.
" Lara..kenapa ni..Lara sakit ke..?" Aku mengeleng. Terasa kerongkong tersumbat. Air mata terus sahaja menitis laju. Hairie menarik aku. Aku tolak dia dan cuba menutup pintu. Namun Hairie menahan. Dia terus menarik aku ke dalam pelukkannya.
" It's okey Lara...kalau nak menangis, menangislah kalau nak cerita, ceritalah I'am here for you.." Lembut bisikannya. Aku rasa tenang. Aku tahu dia ikhlas. Bayangan lelaki gila yang menindih aku siang tadi menerpa. Terasa ngeri dan ngilu.
" Saya takut..asyik terbayang peristiwa tadi.." Aku cuba hendak bercerita namun hanya perkataan itu sahaja yang keluar dari mulut aku. Hairie meleraikan pelukkannya. Dia menatap aku.
" Oh my God...Lara..that's okey it's over...you selamat..jangan takut lagi.." Hairie kembali memeluk aku erat. Aku tidak pernah terfikir akan melalui keadaan seperti itu. Aku hampir-hampir dirogol di depan kawan-kawan aku termasuk Hairie. Malah hampir separuh tubuh aku sudah terdedah di hadapan mereka. Tidak mudah untuk aku lupakan trauma itu. Malu, takut, resah bercampur mengodak perasaan aku. Mungkin inilah yang dirasai oleh mangsa-mangsa rogol yang sering aku rawat di wad trauma dulu. Mudah menenangkan mereka, namun bila terkena batang hidung sendiri baru aku sedar mengapa ada di antara mereka yang sanggup mengakhiri riwayat sendiri.
Hairie minta diri setelah Laila dan Syanie sampai. Aku rasa sedikit lega dan tenang semula.
" Baru lepas sembahyang ke..?" Syanie bertanya apabila melihat aku masih bertelekung. Aku angguk dan cuba untuk senyum. Aku tarik tangan Syanie dan Laila duduk di katil. Wajah Laila masih pucat dan sugul.
" What a bad day..." Ujarku.
" Aku tahu, aku bersyukur sangat korang selamat...semua orang selamat..." Syanie mula menangis. Kami berpelukkan. Menangis bersama-sama.
" Thanks Laila..kau dah selamatkan aku, kau selamatkan maruah aku.." Aku tidak dapat meneruskan ayat kerana sebak yang mendesak di dada. Laila mengangguk dan cuba tersenyum. Ya Allah hanya pada Mu kami berlindung. Lindungi dan selamatkan kami dari apa jua bala bencana...amin....
Peristiwa pahit dan ngeri semalam kami tinggalkan. Perjalanan perlu diteruskan. Meski payah untuk melupakan trauma itu namun aku harus kuat. Aku masih punya tugas untuk diselesaikan. Urumqi kami tinggalkan. Kini kami menuju ke Sri Langka untuk mencari keturunan Ananda Karumula. Keratan peta yang terakhir itu ada di dalam simpanan mereka. Kami menaiki penerbangan terus ke Colombo.
" Kau tahu tak Zahara kat mana semalam..?" Tanya Syanie ketika kami di dalam pesawat.
" Aku tak nampak dia.." Jawabku. Aku pun musykil di mana Zahara semalam. Aku ingat dia pun diculik. Tapi ternyata dia tiada di sana. Laila sendiri sudah ke biliknya namun bilik itu kosong. Malam tadi baru aku nampak dia sewaktu seisi perbincangan di kamar Encik Adli. Selamba sahaja mukanya.
" Macam ada yang tak kena dengan perempuan tu kan..." Aku bersetuju dengan kata-kata Laila.
" Atau mungkin dia dalang dalam penculikkan semalam.." Aku cuba melontarkan teori. Laila dan Syanie berpandangan.
" Mungkin juga tapi tak ada bukti.." Akhirnya kami biarkan teori kami begitu sahaja. Masing-masing malas hendak memikirkan soal Zahara. Aku berpaling ke arah Zahara yang duduk manja di sisi Hairie. Ada sedikit rasa sakit dalam hati. Perasaan yang sukar untuk aku tafsirkan. Hairie memandang aku. Cepat-cepat aku berpaling semula.
Aku memejamkan mata. Fikiran menerawang membolak balikkan setiap peristiwa yang terjadi di Urumqi. Kisah aku dan Zahara. Perubahan sikap Hairie. Arghhhh...semuanya seakan satu konflik yang mulai membelengu aku. Tidak kira bagaimana aku mahu mengelak, namun aku masih terjebak dalam konflik ini. Sesuatu yang merisaukan aku adalah kekeliruan di dalam diri aku sendiri. Keliru pada perasaan, keliru pada tanggapan sendiri. Apakah benar aku sudah jatuh hati. Apakah benar aku cemburu. Namun yang pasti aku belum punya jawapan untuk spekulasi itu. Tak mungkin...
Sudah beberapa kali juga aku bertekad untuk menjauhi diri dari konflik Zahara dan Hairie. Kali ini tekadku teguh. Aku di sini hanya menjalankan tugas dan misi ekspedisi. Walau apa pun perasaan-perasaan aneh yang mungkin hadir akan aku tepis satu persatu. Aku yakin aku mampu melakukannya. Kerana aku adalah Lara Aina..Ermmm...bukan main berlagak lagi. Aku ketawa sendiri.
Jarak dari Urumqi ke Colombo tidaklah begitu jauh. Lebih kurang tiga atau empat jam sahaja. Kami tiba di Lapangan Terbang Colombo sekitar jam tiga petang. Sri Langka adalah sebuah negara Sekuler. Lebih kurang tujuh puluh peratus penduduknya menganut agama Budha. Selebihnya penganut Hindu dan Islam. Sejurus keluar dari Lapangan Terbang kami dikehendaki menjalani pemeriksaan rutin oleh tentera yang berkawal di pintu masuk.
Menurut Mike pemeriksaan seperti itu wajib terutama bagi orang-orang luar seperti kami. Banyak juga soalan yang ditanya. Antaranya apa tujuan kami datang ke Sri Langka. Namun Mike dan Encik Adli berjaya mengatasi itu semua dan kami dapat melepasi pemeriksaan dengan lancar. Kami menuju ke terminal bas untuk ke Kandy. Menurut informasi yang diterima, keluarga Ananda Karumulla dikatakan tinggal berdekatan dengan Temple Scare of tooth relic sebuah kuil lama yang popular di Sri Langka Keluarga mereka dikatakan menjadi penjaga kuil berkenaan sejak dua puluh tahun dahulu.
Perjalanan menaiki bas di Sri Langka bukanlah satu perjalanan yang menyeronokkan. Selain dari jauh bas ini juga sentiasa penuh dengan penumpang. Aku dan Hanes bernasib baik kerana mendapat tempat duduk. Kami duduk di bahagian tengah. Sementara rakan-rakan lain terpaksa berdiri. Aku rasa tidak selesa kerana beberapa orang lelaki tempatan sentiasa memandang ke arah aku dan Hanes.
" Kak Lara Hanes takutlah, kenapa diorang asyik tengok kita.." Aku memegang tangan Hanes.
" Buat-buat tak tahu aje.." Ujarku sedikit mual dengan jelingan tajam mereka. Bas berhenti untuk menurunkan penumpang. Ada satu bangku kosong di sebelah kami. Pantas Hairie menarik aku duduk di bangku itu. Sementara Encik Adli terus duduk di sebelah Hanes. Hairie mengambil tempat di sebelah aku. Secara automatik lelaki-lelaki yang memandang tajam tadi mengalihkan pandangan mereka ke tempat lain. Aku mengurut dada lega.
" Macam tak pernah tengok perempuan.." Komen ku.
" Biasalah diorang jarang tengok perempuan comel, putih melepak pula tu.." Jawab Hairie. Aku menoleh memandangnya. Hairie buat muka selamba.
" Hanes memang comel.." Ujarku lagi.
" Hanes memang cute, but you are so pretty..sebab tu tak berkelip diorang pandang tadi.." Sekali lagi aku menoleh memandang Hairie. Rasa macam tidak percaya ayat-ayat itu keluar dari mulutnya.
" What..?" Soalnya mengangkat kening.
" Nothing.." Balasku pula. Ada segaris senyum bermain di bibirnya. Aku ingatkan diri sendiri tentang tekad yang baru aku buat tadi. Aku menarik nafas. Kalau macam inilah takut-takut tekad terbang entah ke mana...
Hampir malam baru kami tiba di Kandy. Duduk di dalam bas dengan suasana yang tidak menyenangkan membuatkan tubuh terasa letih yang amat sangat. Mike membawa kami check in di sebuah guest house yang sederhana.
" Kita berehat dulu, sesiapa yang nak keluar sila maklumkan kepada saya atau Hairie, girls..please jangan keluar sendiri pastikan ada guys yang temankan okey.." Kami masuk ke kamar masing-masing setelah mendengar arahan dari Encik Adli. Kerana kepenatan, malam itu kami hanya makan maggie sahaja di kamar. Sebaik sahaja kepala terletak di bantal,masing-masing terlena dibuai mimpi.
19
Aku dikejutkan dengan deringan telefon bimbit milik Hanes di celah bantal. Hanes masih lena. Telefonnya masih berdering. Aku capai telefon Hanes. Hairie memanggil di talian. Aku gerakkan badan Hanes.
" Hanes..papa call ni.." Hanes bergerak sedikit namun tidurnya disambung semula.
" Hello.."
" Hanes..dah bangun ke..?" terdengar suara Harie di hujung talian.
" Encik Hairie, Lara ni..Hanes belum bangun.." Jawabku dengan suara sedikit serak, mungkin kerana suhu air cond yang sejuk malam tadi, ditambah dengan keletihan sehinggakan hendak bangkit menutup air cond pun malas.
" Lara are you okey..?"
" Okey..kenapa..?"
" Lara..I nak keluar cari family Ananda, I tinggalkan Hanes dengan you boleh..?"
" Boleh jangan risau, I'll take care of her.."
" Thanks a lot honey..errr..I meant Lara..see you.." Aku tersenyum sendiri sejurus talian dimatikan. Aku bangkit menyelak langsir tingkap. Hairie, Encik Adli, Mike dan Zahara berada di luar. " Ikut pulak perempuan tu, mimpi apa agaknya.." Bisik ku sendiri. Aku capai tuala mandi. Sebelum ke bilik air aku kejut Syanie dan Laila yang kesedapan tidur. Masing-masing terpisat-pisat bangun. Aku cepat-cepat mandi. Nasib baik ada pemanas air kalau tidak tentu terketar-ketar aku kesejukkan. Usai mandi dan bersiap aku terus qada' subuhku yang tertinggal.
Hanes bangun dengan rambut yang kusut masai. Dia mencapai telefon bimbitnya sambil mengaru-garu kepala. Dia mendail nombor di key pad telefon bimbitnya.
" Papa..Hanes lapar.." Ujarnya. Ermmm...manja betul budak ni. Bangun-bangun sahaja terus mengadu lapar.
" Papa dengan siapa tu, Hanes dengar suara Zahara..papa berdua dengan dia ke.." Aku kerling Hanes. Wajahnya mencuka.
" I hate you..!" Bentak Hanes melempar telefon bimbitnya. Aku menarik nafas.
" Amboi..cunnya muka, kenapa marah papa.." Ujar ku melontar bantal
kepada gadis cilik yang sedang merajuk.
“ Benci papa.." Ujarnya sambil berlalu ke bilik mandi. Syanie dan Laila masih tergaru-garu di atas katil.
" Dah cepat siap, aku dah lapar ni nanti aku ngap kau orang.."
" Baiklah cik Lara.." Jawab Syanie. Aku ketawa sendiri melihat gelagat mereka.
Aku dan Hanes menghabiskan hari dengan mengikuti team Syanie membuat tugasan di sekitar Kandy. Sempat juga kami melawat Temple Scare of the tooth Relic yang terkenal itu. Suasana sesak di kuil itu kerana setiap hari ada sahaja manusia yang ingin memohon hajat. Mereka bersembahyang di hadapan patung Buddha besar yang tersergam di dalam kuil. Ada juga yang memohon hajat sambil membasuh muka di pancuran air yang berisi bunga. Sekali-sekala seronok juga melihat budaya orang ni. Ada juga yang aku rasa tak masuk akal. Tapi itulah cara mereka,hidup mereka. Itulah warna warni hidup manusia.
Kami kembali ke guest house sekitar jam 4 petang. Hanes teruja mengeluarkan barang-barang yang sempat dibeli di sekitar Kandy. Sehelai shawl cantik berwarna merah muda digayakan di hadapan cermin. Aku senyum sahaja melihat gelagat Hanes. Satu apa pun aku tak beli tadi. Bukan kedekut tapi rasa tak ada mood pula hendak berbelanja. Niat tadi hendak juga membeli barang sehelai dua baju, tapi malang saiz pula tak ada. Sudahnya Hanes yang berbelanja sakan.
Telefon bimbit Hanes berbunyi. Pantas Hanes mencapai. Aku mencapai tuala. Badan dah rasa melekit. Ditambah lagi dengan bau-bauan dari kuil tadi. Kepala pula terasa pening mungkin banyak sangat menghidu bau stanggi di kuil tadi.
“ Kak Lara Papa tunggu kita semua kat café..” Ujar Hanes. Aku tunjuk isyarat okey dan berlalu ke bilik air.
Usai mandi aku menunaikan solat Asar. Syanie dan Laila juga sudah selesai solat. Kami keluar ke café seperti yang diarahkan. Aku sempat mengerling Zahara yang duduk di sebelah Hairie. Matanya tajam memandang aku. Aku cuba berlagak biasa walau di hati menyampah tahap dewa melihat melihat dia duduk rapat dengan Hairie. Perempuan itu memang sukar diduga. Kelmarin dia mengila menampar Hairie, sekarang dia berlagak manja pula. Hebat sungguh perubahannya bagai seorang pelakon sinetron.
“ Esok kita akan bergerak ke Galle..” Encik Adli bersuara setelah semua orang duduk. Sejurus kemudian Mohan datang bersama-sama seorang lelaki India yang tinggi lampai.
“ Ini Kumar, cicit Ananda Karumula..dia akan ikut kita esok..” Encik Adli memperkenalkan lelaki itu kepada kami. Lelaki itu tersengih sambil menganggukkan kepala. Terlihat deretan giginya yang putih di sebalik kulit gelapnya. Aku sempat membandingkan dia dengan Mohan. Walaupun Mohan sebangsa dengan dia, tetapi kulit Mohan agak cerah sedikit. Sementara Kumar memang dalam kategori hitam legam.
“ Dari Galle kita akan ke sebuah pulau, kami dapat informasi tadi, keluarga Ananda masih ada di pulau tu, kita naik keretapi ke Galle jam 9..” Sebaik sahaja taklimat selesai, Encik Adli terus memesan makanan. Aku rasa tak sedap badan. Sedikit sahaja makanan yang aku jamah. Aku berlalu ke kamar. Sementara yang lain-lain masih lagi enak menjamu selera. Aku perlu telan panadol jika tidak pasti esok aku tak larat untuk bangun.
“ Lara kau okey ke ni..” Syanie meletakkan belakang tangannya di dahi ku. Aku angguk perlahan.
“ Panaslah badan kau ni..demam ni..”
“ Aku okeylah, nak rehat je..” Ujarku sambil merebahkan diri di katil. Aku tahu Syanie dan Laila risau melihat keadaan aku.
“ Aku dah telan panadol dah, nanti baiklah ni..” Masih ada kebimbangan di wajah sahabat-sahabat rimba aku. Aku cuba senyum walau seluruh tubuh sudah rasa sejuk. Aku tarik selimut.
“ Cari klinik jom..” Ujar Laila tiba-tiba.
“ Tak payah..akukan doktor..”
“ Habis doktor kebal ke tak boleh sakit..” Aku membuka mata. Sindiran Syanie agak tajam. Bukan niat aku hendak mendabik dada, namun aku malas hendak menyusahkan orang. Lebih-lebih lagi jika terpaksa melibatkan rakan-rakan ekspedisi yang lain. Aku tak mahu kerana aku perjalanan akan terganggu. Aku cuba menyakinkan Syanie dan Laila yang aku akan baik-baik sahaja. Akhirnya aku tertidur.
Aku rasa baru beberapa minit sahaja melelapkan mata, tiba-tiba badan aku digoyang keras. Terasa pipi aku ditepuk-tepuk. Aku cuba membuka mata. Namun terasa berat pula kelopak mata ini. Seluruh tubuh terasa sejuk. Aku mengigil. Tangan aku mencari-cari selimut. Sejuk dan sakit itu yang aku rasa saat itu.
“ Lara..bangun..Lara..!” Aku dengar suara Syanie. Aku cuba buka mata. Sejurus aku tersentak melihat rakan-rakan ekspedisi mengelilingi aku. Aku terpingga-pingga sebentar. Apa dah jadi ni..
“ Kau meracau-racau tadi, kau cakap kau takut..kau kenapa..aku risau sebab tu aku panggil dia orang..” Aku pandang wajah Syanie. Rasa tidak percaya dengan kata-kata Syanie.
“ Lara you demam ni panas sangat badan you, jom kita ke klinik..” Encik Adli menarik aku bangkit. Aku cuba untuk menolak tapi terasa tubuh tidak berdaya. Kalau aku kuat sudah pasti aku menolak. Aku biar Encik Adli memapah aku keluar dari kamar.
“ I can take care of her, yang lain pergi tidur..” Kata Encik Adli. Syanie menghulurkan jaketku.
“ Okey tolong jaga dia ya encik..” Ujar Syanie. Aku di papah ke kereta yang di parkir di luar. Aku tak pasti kereta siapakah itu. Mungkin milik Kumar kerana dia terus sahaja memandu. Encik Adli menyarungkan jaket ke tubuh aku. Rasa bisa mencengkam tubuh. Aku tak pasti kenapa aku boleh berkeadaan demikian. Encik Adli merebahkan kepala aku ke bahunya. Aku rasa segan, namun tidak mampu menolak.
“ Lara, you masih teringatkan peristiwa tu ke..?” Aku mendongak memandang Encik Adli.
“ Hairie yang cerita..” Aku menarik nafas. Terasa panas sahaja hembusan
nafasku.
“ Don’t worry everything was over, jangan fikirkan sangat.. Lara kena bersyukur sebab Allah masih memelihara maruah Lara, Lara memang gadis baik and I respect you so much..”
“ Thanks encik..” Rasa lega dan lapang dengan kata-kata Encik Adli. Maruah adalah segala-galanya bagi aku. Mungkin aku agak konservatif, tapi jika bersangkutan soal maruah dan mahkota diri, aku mungkin lebih rela mengadai nyawa dari terpaksa mengadai maruah diri aku.
Kami sampai di sebuah klinik kecil. Aku diperiksa oleh seorang doktor wanita. Kebetulan tidak ramai pesakit di klinik kesihatan itu. Aku diberi suntikan untuk meredakan suhu badan. Aku sedia maklum memang suhu badan aku sangat panas. Jika aku terus berkeras tidak mahu mendapatkan rawatan tadi kemungkinan demam aku akan bertambah parah. Senyap-senyap aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti Syanie dan Laila yang tidak pernah membiarkan aku keseorangan.
“ Lara, makan ubat tu nanti..” Ujar Encik Adli sewaktu dalam perjalanan pulang ke guest house. Aku mengangguk.
“ Tolong jangan sakit..because I need you..” Ujar Encik Adli seakan berbisik. Aku memandang Encik Adli sejurus mendengar kata-katanya.
“ Err..I meant we need you, ekspedisi ni perlukan Lara..” Aku senyum. Encik Adli mengalihkan pandangan ke luar tingkap kereta. Entah kenapa tiba-tiba aku terasa aneh dengan sikap Encik Adli. Memang dia seorang lelaki yang sangat baik. Dia juga sopan dan berkarisma. Wataknya sebagai seorang pemimpin memang nampak ketara dari setiap gerak gerinya. Pendek kata dia memang seorang lelaki idaman Malaya. Mungkin kalau diberi kesempatan untuk mengenalinya lebih lama ada kemungkinan aku boleh jatuh cinta dengan lelaki ini. Tiba-tiba aku terasa lucu. Dalam keadaan sakit macam ni pun aku masih boleh memikirkan perkara sebegini.
Aku mengucapkan terima kasih saat Encik Adli menghantar ku hingga ke pintu kamar.
“ Lara, jaga diri jangan fikir benda yang bukan-bukan, yang lepas tu biarlah lepas..you masih ada tugas yang mesti dibereskan so please be strong..” Sejurus kami berpandangan. Aku tak tahu kenapa mata ini terus memandangnya. Encik Adli menghulurkan bungkusan ubat kepadaku. Seketika dia berlalu. Aku masih berdiri di situ.
“ Lara..” Aku menoleh. Encik Adli memberi isyarat agar aku segera masuk ke kamar. Aku angguk dan terus masuk. Aku melelapkan mata sejurus selepas Syanie dan Laila tidur. Hanes sudah dibuai mimpi. Aku betulkan selimut yang terkuak di kaki Hanes. Bisa yang mencengkam tubuh sudah semakin lega bahana suntikan tadi. Aku berdoa supaya demam ini cepat pulih. Aku tidak mahu menjadi beban pada ahli-ahli ekspedisi. Apa yang penting aku tidak mahu ekspedisi ini tertangguh kerana aku juga masih punya urusan yang mesti aku selesaikan apabila pulang nanti. Aku berharap ekspedisi ini akan berakhir tepat pada waktunya. Untuk itu aku harus kuat untuk menghadapi apa jua rintangan.
20
Pagi itu aku kuatkan diri untuk bangun. Aku matikan pemanas air di bilik air. Sengaja aku mandi menggunakan air sejuk. Biar lebih segar. Selesai mandi aku solat Subuh. Terasa lebih segar berbanding semalam. Aku mula berkemas. Semua barang-barang sudah aku masukkan ke dalam beg. Aku keluarkan sepaket milo 3 in 1. Air di cerek elektrik yang sudah panas aku tuang ke dalam cawan. Aku harus makan ubat segera. Aku mahu cepat sembuh.
“ Lara, kau dah sihat ke..” Syanie bangkit menghampiri aku. Aku tunjuk isyarat okey.
“ Kau sure..?” Tanya Syanie lagi.
“ Alhamdullilah..aku rasa okey je ni..” Ujarku sambil menghirup milo panas.
“ Emm..okey kalau sakit jangan diam aje..kau ni degil keras kepala, sakit tapi buat-buat sihat, aku risau tau..”
“ Okeylah cik mek sayang, sorry okey aku janji tak buat lagi..”
“ Aku nak mandi ni..makan ubat tu nanti Encik Adli marah pulak..” Aku jegilkan biji mata.
“ Encik Adli..?”
“ Emm..orang ramai peminatlah katakan..” Ujar Syanie sebelum berlalu ke bilik air. Ermmm..pandai aje cik mek comel lote ni mengenakan aku.
Seawal jam lapan pagi kami semua sudah siap berkumpul di luar guest house. Berkali-kali Encik Adli menanyakan keadaan aku. Syanie dan Laila tersenyum-senyum memandangku. Aku tahu apa yang sahabat-sahabat rimba aku fikirkan. Aku ketap bibir sebagai isyarat supaya mereka berhenti mengenakan aku.
“ Saya okey encik..jangan risau saya boleh teruskan..” Ujarku cuba bersemangat. Aku tak mahu dia khuatir lalu menjejaskan ekspedisi ini. Kami menaiki teksi ke Stesen keretapi Kandy. Sungguh pun suasana masih pagi namun stesen keretapi itu sudah pun dipenuhi oleh lautan manusia. Ramai para pengembara asing seperti kami yang sudah pun menanti kehadiran keretapi untuk ke destinasi masing-masing.
Keadaan hingar-bingar di stesen keretapi menjadikan kepala aku sedikit pusing. Aku menarik nafas. Ku teguk air mineral yang sudah hampir separuh di botol. Aku kena kuat..Seboleh mungkin aku tidak mahu mempamerkan diri yang sedang sakit ini. Terutama di depan Zahara kerana dia pasti akan menemplak aku. Hanes mengenggam erat tanganku. Dia memandangku. Ada riak kerisauan di wajahnya.
“ Tangan kak Lara masih panas..” Hanes berbisik di telingaku. Walau dalam suasana hingar-bingar seperti itu namun aku masih dapat mendengar bisikan Hanes.
“ Kak Lara tak apa-apa, trust me..” Ujarku sambil memeluk bahu Hanes. Seketika aku terpandang Hairie yang melirik di hujung tiang. Dia cepat-cepat mengalihkan pandangan sejurus sedar aku memandangnya. Tepat jam 9 keretapi ke Galle tiba. Aku mengenggam tangan Hanes. Begitu juga beg galas di bahu, ku pegang erat-erat. Tidak mahu peristiwa di Beijing berulang lagi.
Perjalanan ke Galle mengambil masa lebih kurang empat jam. Aku sempat melelapkan mata sebentar. Kepala juga masih terasa berat. Aku melirik ke arah Hairie dan Zahara yang duduk di bangku sebelah. Tangan Zahara manja melingkar di lengan Hairie. Hairie pula seperti sengaja membiarkan perlakuan Zahara. Entah kenapa rasa menyampah membuak-buak melihat mereka berdua. Aku beristigfar di dalam hati. Aku tidak sepatutnya mempunyai perasaan begitu. Biarlah itu urusan mereka.
Aku merasa lega apabila keretapi menghampiri di Stesen Galle. Aku mahu cepat-cepat turun supaya pemandangan yang menyakitkan hati itu lupus dari mataku. Sejurus turun dari keretapi, kami terus sahaja ke terminal bas untuk ke Galle Fort. Dari situ kami akan menaiki bot pula untuk ke pulau di mana keluarga Ananda tinggal.
Sekitar jam 2, kami sudah pun berada di Galle Fort. Kota lama yang terletak di pinggir pantai itu sangat indah. Galle Fort adalah sebuah kota warisan dunia. Ia merupakan kota benteng yang di bina oleh orang-orang Eropah. Kota benteng ini merupakan sebuah kota benteng yang terbaik di Asia Selatan.
Sementara menanti bot tiba, Kumar membawa kami ke salah sebuah restoran di sekitar Old Town Galle. Agak terkejut juga aku dengan menu makanan di situ. Ada gado-gado dan juga nasi goreng. Rupa-rupanya makanan masyarakat Indonesia telah di bawa oleh Belanda ketika zaman kolonial. Selesai makan, aku menelan lagi beberapa biji ubat. Kalau ikutkan hati mahu sahaja aku mencari tilam dan bantal.
Kami ke jeti setelah selesai makan tengahari yang agak terlambat itu, untuk menaiki bot. Menurut Kumar bot itu hanya akan berlabuh dua atau tiga hari sekali untuk membeli bahan-bahan keperluan di tanah besar. Soalnya pulau yang akan kami jelajahi ini terletak sangat jauh dan mengambil masa satu atau dua hari untuk tiba di sana. Itu pun kalau laut tenang. Sekiranya laut bergelora ada kemungkinan bot ini akan singgah di mana-mana pulau berdekatan untuk tujuan keselamatan. Beberapa tahun lepas pulau itu pernah dilanda tsunami. Ramai penduduknya yang terkorban, manakala yang selamat terus sahaja berhijrah ke tanah besar. Mungkin kerana itu pulau tersebut terbiar dan sangat sedikit orang yang tinggal di situ.
Aku menarik nafas panjang. Ini bermakna kami akan terumbang-ambing di lautan untuk satu jangkamasa yang lama, memang satu perjalanan yang mencabar. Dulu sewaktu menaiki feri ke Pulau Tioman sahaja aku dah melepek macam kain buruk. Kalau nak dikira muntah, entah berapa kali aku pun tak tahu. Sudahnya aku terpaksa dipapah untuk naik ke jeti. Sekarang semua itu terpaksa aku lalui sekali lagi. Aku menekan-nekan perut. Membayangkannya sahaja sudah membuatkan perut aku memulas-mulas.
Hampir satu jam menunggu barulah kelihatan bot yang dimaksudkan Kumar. Ia sebenarnya hanyalah sebuah bot nelayan yang kecil sahaja. Dalam hati terdetik rasa ragu dengan keadaan bot tersebut. Hanya ada dua jaket keselamatan yang diberi kepada kami. Encik Adli menghulurkan satu jaket kepada Hanes.
“ Siapa yang tak pandai berenang..?” Aku, Syanie dan Laila saling berpandangan. Sebenarnya kami bertiga memang tidak tahu berenang langsung. Jaket pula hanya tinggal satu.
“ I know Zahara, you boleh berenang jadi..”
“ Adli, this three girls, dia orang tak pandai berenang..” Cepat sahaja Mohan memberitahu memotong kata-kata Encik Adli. Semua mata memandang ke arah kami. Memang ketika itu terasa malu yang amat sangat. Sudah tua bangka macam ni pun kami tak tahu berenang. Mohan mengambil jaket di tangan Encik Adli dan diberi kepada Laila. Tiba-tiba Hanes membuka jaket keselamatan yang sudah tersarung di tubuhnya.
“ Kak Lara pakai ni, Hanes pandai berenang..”
“ Ehhh…jangan..jangan..tak apa kita orang share je jaket tu “ Aku memakaikan semula jaket ke tubuh Hanes.
“ Nak share macam mana Lara..nak koyak ke, kau ambil tangan, aku ambil badan, Syanie ambil tangan yang sebelah lagi..”
“ Bukan macam tu lah..” Cepat Syanie menyambar jaket di tangan Laila.
“ Aku pakai setengah jam, kau pakai setengah jam, nanti Lara pulak pakai setengah jam sampailah tiba kat pulau tu..”
“ Hahhh..banyak kau punya setengah jam, kau ingat bila dah lemas tu ada kira setengah jam..setengah jam ke..bak sini..” Pantas jaket di tangan Syanie aku sambar.
“ Biar aku yang pakai nanti agak-agak nak tenggelam kau orang berpaut ajelah kat badan aku…”
“ Hah..baguslah tu dengan kau, dengan aku, dengan Laila terus tenggelam tak timbul-timbul..”
“ Woiii..kalau macam ni tiga-tiga tak payah pakailah..” Tiba-tiba Ajib bersuara. Kepalanya terjongol dari celah daun tingkap kecil di tengah bot. Aku menanggalkan semula jaket itu. Aku letak di lantai bot.
“ Hah..jangan ambil, tengok aje jaket tu..!” Sergah ku bila Syanie hendak mencapai. Ajib tergelak. Pantas Syanie mengetuk kepala Ajib yang tersembul dari celah tingkap.
“ Adoiii..” Ajib terjerit. Cepat-cepat dia masuk semula ke dalam. Aku, Syanie dan Laila duduk di buritan bot. Mulanya kami rasa seronok menjuntai-juntai kaki sambil mengambil gambar. Lama- kelamaan kepala pun mula pening, perut pula terasa mual bila ombak mula membadai agak kuat. Syanie dan Laila mula muntah. Jenuh juga aku mengurut mereka berdua. Habis sebotol minyak angin dikerjakan Laila.
Seketika kemudian Hanes pula kelam kabut keluar ke pinggir bot dan terus muntah. Aku hulurkan minyak angin yang masih bersisa kepada Hairie. Segera Hairie menyapu ke tengkuk Hanes. Semakin jauh ke tengah laut angin semakin kuat, ombak pula semakin besar. Namun aku masih bertahan sungguh pun perut sudah agak memulas-mulas mual. Aku sempat melirik ke arah Zahara yang enak tidur di dalam bilik kecil di tengah bot. Boleh pula dia tidur lena dalam keadaan begini.
“ Dia dah makan pil tahan muntah tadi..” Tiba-tiba Hairie bersuara. Mungkin dia terbaca apa yang ada di fikiran aku. Aku diam. Masih terbayang di mata betapa manjanya Zahara dan Hairie di dalam keretapi tadi. Tiba-tiba rasa sakit hati membungkal. Aku bangkit ke belakang bot dan duduk di situ menemankan tekong bot yang kyusuk memandu sambil dihiburkan oleh alunan irama Tamil dari radio kecilnya. Sekali-sekala dia memandang aku sambil tersengih-sengih. Bot terus terumbang-ambing.
“ Kumar do you think we have to stop at any island now..?” Sempat aku bertanya kepada Kumar yang berdiri memegang tiang bot.
“ No, we still can make it..this is normal don’t worry..” Ujarnya. Tiba-tiba bahu aku ditepuk perlahan. Aku menoleh. Mike tersenyum sambil mengambil tempat di sisi aku.
“ Kenapa duduk sini tak masuk dalam.?” Aku mengeleng kepala.
“ Sempit kat dalam tu, Syanie dan Laila mabuk laut biarlah dia orang tidur kat situ, saya masih okey lagi ni..” Ujar ku. Kami berborak hingga menjelang senja. Dari satu cerita ke satu cerita. Untung ada Mike. Teralihlah sedikit rasa bosan dan mual yang menyenakkan perut. Perjalanan bot agak perlahan kerana angin kuat. Namun menjelang malam keadaan angin yang kuat semakin reda dan laut pula semakin tenang. Perut yang tadinya memulas-mulas sudah kembali pulih. Aku menjengah ke tingkap, Syanie dan Laila masih tidur. Hanes dan Zahara juga tidur.
“ Lara..are you okey..?” Aku pantas menoleh apabila disapa oleh satu suara. Yang pasti itu bukan suara Mike. Hairie sudah duduk di sebelah aku. Entah bila dia ke situ, aku pun tak sedar. Mike sudah tiada di tempatnya.
“ Err..saya okey..” Balasku sedikit gugup. Niat hati mahu menjauh dari Hairie, tapi dia pula datang menghampiri. Suasana sepi seketika. Tiba-tiba aku rasa sedikit aneh. Jantung pula terasa berdebar-debar. Hairie masih membisu. Matanya merenung jauh ke tengah lautan. Aku berkira-kira mahu beredar dari situ. Namun aku batalkan niat ku. Rasa tidak sampai hati pula, sedangkan dia baru sahaja duduk di sebelah aku.
“ Hanes macam mana..?” Aku bersuara cuba memecah kesepian tadi.
“ Masih tidur..” Pendek sahaja jawapannya. Aku masih terperangkap di dalam kebuntuan. Masih berkira-kira, ayat apa lagi yang harus aku gunakan untuk menjadikan suasana tidak sepi.
“ Lara..pakai ni..” Tiba-tiba Hairie menanggalkan jaket tebal yang tersarung di tubuhnya. Terus sahaja dia menyarungkan ke tubuh aku pula tanpa sempat aku menolak.
“ Thanks..” Aku malas hendak berbalah aku biar sahaja jaket milik Hairie melekat di tubuh ku. Bau harum minyak wangi Hairie semerbak melekat di jaketnya. Aku tidak pasti minyak wangi jenama apa. Apa yang pasti itulah bau Hairie. Itulah haruman yang selalu aku hidu apabila berdekatan dengan dia. Aku suka bau haruman itu. Agak keras tapi masih lembut menyapa deria bauku. Atau mungkin kerana itu bau Hairie..atau..
“ Lara..”
“ Oiii..mak kau..ehhh..sorry encik..” Terkejut aku. Tersembur lagi latah ku. Ermm..buat malu aje kau ni Lara..boleh kau melatah depan dia..tak boleh nak control ayu langsung. Hairie ketawa kecil.
“ Tak lapar..?” Soal Hairie.
“ Tak..”
“ Tak mengantuk..?” Tanyanya lagi.
“ Mengantuk juga..”
“ Tidur kat sini..” Dia menepuk-nepuk bahunya. Aku tergelak. Kalau rasa nak kena penampar Zahara, cubalah..
“ Tak apa..tiang ni ada..” Jawabku.
“ Boleh share tiang ni dengan I..?” Soal Hairie sambil tersenyum kambing.
“ Boleh kut..” Jawabku disambut gelaknya. Malam semakin larut. Laut semakin tenang. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut ke muka. Mata pula semakin berat. Beberapa kali juga aku tersengguk ketika melayan Hairie berborak.
Entah bila aku terlena, sedar-sedar sahaja aku sudah terjelepuk di dada Hairie. Tangan Hairie pula sedap sahaja melingkar di pinggang aku.
“ Papa..” Tiba-tiba Hanes datang dan berbaring di atas badan aku yang masih melekap di dada Hairie. Aku tersepit di tengah-tengah.
“ Hanes..bangun..” Aku cuba menolak Hanes. Namun Hanes tidak mahu berganjak.
“ Encik Hairie bangun..” Aku menepuk-nepuk pipi Hairie. Hairie tersedar.
“ Encik ambil Hanes ni, saya tersepit ni..”
“ Hey..Hanes kenapa tidur kat atas kak Lara..bangun Hanes..” Hanes bangun sambil mengaru-garu kepala. Cepat-cepat aku beralih tempat. Perasaan malu menyerbu. Macam manalah aku boleh tertidur atas dada Hairie ni…perasaan malam tadi aku tidur bersandar di dinding bot. Jarak lebih kurang satu hasta juga dengan dia. Pagi-pagi sedar, boleh pula aku terjelepuk kat dada dia..ni mesti jin yang alihkan aku ni..grrrr…
Aku berlalu ke dalam bilik kecil untuk melihat Syanie dan Laila. Syanie baru sedar. Sementara Laila masih lena. Zahara juga sudah bangkit. Dia mengambil botol air mineral di sisinya. Seketika matanya bagai hendak tersembul memandang aku. Terkejut juga aku dibuatnya.
“ Kenapa kau pakai jaket Hairie..!” Jeritnya mengegarkan seluruh isi bot. Baru aku tersedar jaket Hairie masih tersarung di tubuhku. Cepat-cepat aku tanggalkan. Hairie dan Hanes berdiri di muka pintu.
“ Hairie..!” Zahara bangun. Cepat-cepat pula aku serahkan jaket itu kepada Hanes. Aku ingin keluar dari bilik kecil itu, tapi Hairie pula berdiri di muka pintu. Zahara sudah mulai menyinga. Aku terus menerobos keluar dari tingkap kecil. Nasib baik muat. Kalau lambat sikit memang tanggal rambut aku kena tarik. Segera aku berlalu ke depan bot sambil berdoa supaya Zahara tidak menyerang.
“ Apa you buat dengan dia..!” Terdengar suara nyaring Zahara dari dalam bilik kecil itu. Dada aku berdegup kencang. Kalau boleh aku tidak mahu bergelut atau bertekak lagi dengan Zahara. Aku penat.
“ Buat apa..you jangan nak merepeklah Za..” Aku masih memasang telinga. Namun bukan aku sahaja yang memasang telinga, malah semua orang-orang yang berada di dalam bot itu terpaksa memasang telinga mendengar pertengkaran mereka berdua. Pagi-pagi sudah buat hal. Ermmm..tapi salah aku juga. Kenapa aku boleh lupa menbuka jaket Hairie. Kenapa aku biarkan sahaja jaket itu menyaluti tubuh badan aku. Kenapa aku tidak berusaha menolak sahaja. Arghhh…berapa banyak kenapalah..Tapi ini memang salah aku. Kalau Zahara mengamuk pun memang patutlah. Arghhh..sekali lagi aku terbelenggu dengan kebodohan. Atau memang kerana aku tidak mampu menolak seorang lelaki yang bernama Hairie ini..?
“ The island..”! Kumar tiba-tiba berteriak. Tangannya menunjuk ke arah sebuah pulau yang terlihat kelam di hadapan. Semua menerjah ke bahagian hadapan bot untuk memastikan teriakkan Kumar itu.
“ Are you sure that is the right island Kumar..?” Encik Adli mengaju soalan. Tangannya pantas membetulkan zip jaket yang dipakai. Deruan angin agak kencang, Bot terumbang-ambing. Pagi yang tadinya cerah, mulai diselubungi mendung.
“ Yes that is the island I’am sure..” Jawapan Kumar agak melegakan. Akhirnya kami akan mendarat juga setelah menempuh pelayaran yang memualkan ini. Hujan rintik mulai menerjah permukaan lautan. Kami semua sudah bersedia untuk mendarat. Bot yang terumbang-ambing akhirnya menghampiri jeti usang yang mengamit di pesisir pantai.
“ Hati-hati..!” Teriak Mike ketika bot sudah menyentuh pelantar jeti. Jeti itu kelihatan tidak begitu teguh. Ia seperti hendak tak hendak sahaja dibina. Mungkin itu kesan dari amukkan tsunami dulu. Sewaktu menapak di gigi pantai, aku terasa seperti berada di sebuah pulau misteri. Hendak dikatakan sunyi ada juga beberapa orang penduduk tempatan yang berkeliaran di situ.
Namun kehadiran kami seperti tidak dialu-alukan. Beberapa pasang mata memandang tajam ke arah kami. Tiada senyum di bibir masing-masing. Aku rasa tidak enak diperhati begitu. Kumar segera menemui salah seorang penduduk tempatan.
“ Rasa peliklah pulau ni..” Encik Adli bersuara. Dia juga merasa apa yang aku rasakan. Mata-mata tajam masih memerhatikan kami. Seketika Kumar datang semula.
“ Come follow me..” Ujarnya. Hanes memegang erat tangan ku.
“ Kak Lara Hanes takutlah tengok diorang tu..” Aku tarik Hanes supaya berjalan laju kerana kami agak ketinggalan di belakang. Beberapa orang lelaki mengekori langkah kami. Kumar membawa kami meredah denai. Cuaca semakin gelap. Rintik hujan bertukar menjadi kasar.
“ Hanes cepat..!” Teriak Hairie. Aku dan Hanes mempercepatkan langkah. Lelaki-lelaki yang mengekori tadi tiba-tiba menghilang entah ke mana.
“ Aku rasa macam ada yang tak kena aje dengan pulau ni..” Sempat aku berbisik ke telinga Syanie.
“ Aku pun rasa macam tu, tengok ajelah cara diorang tengok kita tadi..menakutkan “ Kami tiba di sebuah perkampungan kecil. Rumah-rumah di situ kelihatan daif. Sungguh pun dibina dari batu namun keadaan sekitar kelihatan amat uzur. Kumar dan Mohan menemui salah seorang lelaki tua yang sedang menghisap rokok di hadapan pintu sebuah rumah. Mereka berbicara seketika. Hujan mulai lebat. Kami berlindung di bawah sepohon pokok. Kumar melambai kepada kami. Dia mahu kami mengikutinya ke sebuah pondok kecil yang diperbuat dari jerami.
“ Guys..kita berehat di sini dulu, orang tua tadi tu ahli keluarga mendiang Ananda, katanya mendiang ada tinggalkan pesan kalau ada ahli keluarga Basir datang menuntut apa-apa, supaya pergi ke kuil Hindu lama di tengah hutan..” Kata Mohan.
“ Hutan..? ? ” Teriak Zahara. Aku teringat pada salah satu maklumat yang terdapat di dalam skroll kedua yang kami temui di Kuil Encik Han.
“ The Ghost Temple..” Ujarku. Semua mata tertumpu ke arahku. Masing-masing seperti mahukan kepastian lanjut.
“ Kuil tu kuil lama ada yang gelar “The Monkey Temple”, orang-orang tempatan tak ada yang berani sampai ke sana, diorang yakin tempat tu berpenunggu..” Aku lihat ada riak gusar di wajah masing-masing.
“ Tapi, that was only a rumurs, mendiang Ananda sengaja buat cerita tu supaya apa yang dia sembunyikan selama ni selamat..”
“ Macam mana kau tau itu cuma rumurs aje “ Cepat Zahara melontarkan pertanyaan.
“ Semua maklumat ada dalam skroll, saya dah translate tak baca ke..?” Tempelakku. Aku pandang Encik Adli. Dia mengosok-gosok kepala sambil tersenyum simpul.
“ Sorry saya belum sempat baca lagi..” Ujarnya kemudian. Aku menarik nafas. Buat penat aje aku translate..bisikku dalam hati. Kami dibenarkan bermalam di situ. Esok pagi kami akan menjelajah ke dalam hutan untuk mencari “ The Ghost Temple”. Aku mencongak-congak sendiri apakah yang bakal kami temui esok. Atau benarkah skroll dan keratan peta terakhir itu masih utuh tersimpan di sana. Segalanya akan terjawab esok.
21
Aku tersedar dari tidur yang sebenarnya cuma tidur-tidur ayam. Sudahlah diharungi nyamuk, tidur pula di dalam keadaan duduk sahaja kerana pondok itu sangat kecil dan sempit. Dapat berlindung dari hujan lebat semalaman pun sudah cukup bagus. Aku menguak dinding jerami dengan hujung jari. Terdengar suara Mike, Encik Adli dan Hairie di luar. Aku kerling jam di tangan. Sudah pukul 6 pagi. Aku kejut Syanie dan Laila.
“ Bangun, jom cari air nak ambil air sembahyang ni..” Syanie dan Laila bangkit.
“ Sakitnya badan aku, kau tengok ni bintat-bintat pulak tu..” Ujar Laila sambil menunjukkan bintik-bintik merah di sana sini lengannya. Aku betulkan kedudukkan Hanes yang tersandar ke dinding. Aku baringkan dia dan menarik selimut menutupi tubuhnya. Zahara sudah tidak ada di tempatnya. Kami keluar dari pondok.
“ Hai..nak ke mana..?” Tegur Encik Adli apabila melihat kami hanya berselipar sahaja.
“ Nak cari air nak sembahyang subuh..” Jawabku.
“ Okey nampak tak ada kalbat kat hujung tu, boleh ambil wudhuk kat situ..” Encik Adli menunjuk ke arah sebuah kalbat batu besar di sebelah pokok. Kami segera menuju ke sana. Selesai wudhu kami terus kembali ke pondok untuk menunaikan solat Subuh. Selesai solat dan bersiap seadanya aku kejut Hanes yang masih lena. Perjalanan akan bermula sebentar lagi.
Aku menghulurkan sekeping coklat kepada Hanes. Itu sahaja yang ada untuk alas perut. Menurut Kumar ada sebuah kedai makan di tepi pantai. Namun kedudukkannya agak jauh. Perut pula sudah bertukar dari lagu keroncong ke lagu heavy metal. Selesai sahaja bacaan doa oleh Encik Adli kami pun memulakan perjalanan.
Lebih kurang satu jam berjalan akhirnya kami tiba di kedai makan yang dimaksudkan oleh Kumar tadi. Kedai itu kelihatan seperti sebuah warung. Ada beberapa orang penduduk tempatan yang duduk bersidai di situ. Mesti dia orang ni ahli mesyuarat kedai kopi. Masing-masing hanya berkain sahaja. Pakaian resmi penduduk tempatan. Aroma masakkan dari dapur warung membuatkan perut bertambah lapar.
Aku, Syanie dan Laila memesan roti prata. Minuman pula hanya ada air teh halia. Minuman yang paling tidak aku gemari.
“ Miss Lara..do you want coke..?” Kumar bertanya.
“ Yes, thank you Kumar..” Kumar beredar untuk membuat pesanan.
“ Baiknya dia..” Usik Laila. Kami ketawa.
“ So sweet..” Ujar Syanie pula. Makanan yang dipesan sudah terhidang di atas meja. Bismillah…emmm…sedapnya dapat makan roti prata. Teringat pada Restoran Sayed di bawah Pejabat Majalah Kembara. Di situlah aku, Syanie, Laila dan Ajib selalu lepak sambil pekena roti prata atau roti Nan lima rasa. Huhuhu..memang kaw punya, ditambah dengan keenakkan teh tarik emmm…bak kata Ajib terangkat beb…
Rasa pedas membahang di dalam mulut ku. Ternyata kari hijau yang nampak menyelerakan ini sebenarnya sangat pedas.
“ Syanie kau tak rasa pedas ke..?” Aku tengok Syanie berselera mencicah roti prata dengan kari hijau. Hampir licin kari hijau di pinggannya.
“ Dia ni jangankan kata pedas, cili satu lori pun ditelannya..” Ujar Ajib mengusik Syanie.
“ Woi..melampau tu..” Balas Syanie selamba. Aku rasa lega apabila coke yang Kumar pesan untuk aku tiba. Tanpa berlengah aku sedut coke sampai setengah gelas dek kepedasan. Tapi aku rasa lain macam aje air ni. Pahit berampur manis. Bila sampai ke tekak terasa panas membahang.
“ Kenapa lain je rasa coke ni..” Komen aku. Aku hidu baunya. Erkkk..terasa nak muntah. Baunya pelik.
“ Air apa ni..!” Aku mulai ragu. Seketika tuan kedai datang menghampiri.
“ Sorry, wrong drink..” Ujarnya sambil mengambil gelas yang sudah ku teguk tadi dan meletak satu gelas baru yang masih penuh. Aku terpingga-pingga sebentar.
“ Wrong drink..? what is this..?” Soal ku kepada tuan kedai.
‘ Bir..” Ujarnya selamba. Terbeliak biji mata kau.
“ Bir..?..What bir..?!”
“ Giuenees Stout..”
‘ Whattttt…!!!” Serentak Syanie dan Laila terjerit. Aku jadi tidak tentu arah.
“ Macam ni..” Keadaan jadi kelam kabut seketika. Sekejap aku bangun, sekejap aku duduk. Terasa dada sudah panas membahang.
“ Lara..ambil air mineral ni..jom..jom..” Syanie menarik aku keluar dari warung. Sampai di tepi pantai aku togok air mineral sampai habis sebotol dengan harapan untuk memuntahkan segala apa yang aku minum tadi. Namun malangnya aku masih juga tidak muntah. Puas aku jolok tekak, tapi hanya muntah sedikit sahaja. Akhirnya aku terduduk kepenatan.
“ Ya Allah..ampunkan aku..” Hampir menangis aku. Tak pernah terlintas untuk aku meneguk arak walau setitis pun.
“ Tak apalah Lara, kau bukan sengaja dahlah jom..” Syanie dan Laila menarik aku kembali ke warung.
“ Lara, you okey tak..?” Encik Adli bertanya.
“ Tak taulah encik..” Jawabku. Makanan yang tadinya nampak enak sudah hambar di depan mata. Selera pun sudah hilang.
“ Mohan kau rasa boleh mabuk tak minum air tu..” Aku berbisik kepada Mohan yang duduk di depanku. Mohan tersengih menampakkan barisan giginya yang putih. Dia kemudian ketawa.
“ Kenapa kau ketawa..aku serius ni..” Marah ku.
“ Sorry, sorry..kau ni kelakarlah Lara..”
“ Kau ni aku serius ni..”
“ Okey,okey..biasanya aku minum tiga empat tin baru rasa mabuk, kalau setakat setengah gelas tu tak ada apa-apalah..” Aku mengangguk-angguk. Terasa sedikit lega dengan jawapan Mohan.
“ Kau tak makan ke..?” Soal Laila. Aku mencebik bibir. Aku memandang keliling. Kepala mula terasa sedikit pusing. Aku harap bukan sebab bir yang ku teguk tadi. Lagi pun Mohan kata aku takkan mabuk setakat minum setengah gelas.
Selesai makan kami segera beredar. Ketika bangun dari kerusi aku rasa sedikit melayang.
“ Kak Lara cepat..!” Hanes memanggil ketika melihat aku masih berdiri di tepi meja. Masing-masing sudah keluar. Kepala aku semakin pusing. Ketika hendak melangkah, habis semua kerusi dan meja aku langgar. Aku rasa pelik dan tidak dapat mengimbangkan badan dengan betul.
“ Lara..!” Segera Syanie dan Laila memapah aku keluar. Tiba-tiba aku rasa lucu tanpa sebab. Perasaan serasa melayang entah ke mana. Orang-orang di sekeliling semua aku anggap lucu. Apa dah jadi ni…
“ Dia mabuk..” Aku terdengar suara Mohan.
‘ Weiiii..tadi kau cakap aku tak boleh mabuk, aku tumbuk muka kau nanti Mohan..” Aku pejam celikkan mata beberapa kali. Mohan di depan sudah jadi dua. Pokok-pokok pun sudah berbayang-bayang. Aku tersedu beberapa kali.
“ Oppsss..sorry..” Aku tersedu lagi. Syanie menarik aku duduk di bangku kecil.
“ Lara, you okey ke tak ni..” Aku lihat Encik Adli berlutut di hadapanku. Tiba-tiba terasa hati berbunga-bunga.
“ Okeylah encik…saya tak apa-apa pun..peace yooo..!” Entah kenapa mulut ni tak dapat dikawal langsung. Tangan juga tidak dapat dikawal. Mudah sahaja aku menunjukkan isyarat peace di hadapan Encik Adli.
“ Ala..comelnya kak Lara..!” Aku dengar suara Hanes. Aku dengar semua orang ketawa. Aku ikut ketawa dan dunia semakin berpusing sehingga akhirnya aku sendiri tidak tahu entah apa yang terjadi sebenarnya. Dalam keadaan separuh sedar aku masih cuba untuk meneruskan perjalanan. Berkali-kali aku pesan kepada Syanie dan Laila agar tidak membenarkan mana-mana lelaki menyentuh atau memapah aku. Sekali pun aku sudah jatuh tersungkur.
“ Korang berdua kena tolong aku ya..” Ujarku terhuyung-hayang sedikit.
“ Okey kau jangan risau berat macam mana pun kau, kitorang tetap seret jugak..”
“ Okey, thank you nanti aku belanja korang makan nasi Arab ya..
Huhuhuuuu..! “ Aku rasa nak menjerit gembira. Walaupun tidak pasti kenapa.
“ Lara..!”
Aku sendiri tidak pasti berapa lama aku berkeadaan begitu. Namun aku tetap meneruskan perjalanan sambil dipantau oleh kedua orang sahabat rimba aku yang baik hati. Dalam keadaan pening-pening lalat aku masih boleh melangkah walau pun beberapa kali tertonggeng. Saat itu aku rasakan seperti tiada tarikkan gravity. Bumi yang aku pijak seakan lembik dan berlekuk-lekuk. Beberapa kali juga aku meraba-raba tanah yang aku pijak.
“ Kenapa Lara..?” Aku tidak pasti suara siapa yang bertanya.
“ Kenapa jalan ni lekuk-lekuk..?” Jawabku cuba mengosok-gosok mata. Aku dengar suara orang ketawa di sekeliling aku. Setelah beberapa lama kami berjalan menempuh hutan belukar akhirnya kami tiba di kaki sebuah bukit. Ada air terjun dan jeram yang jernih di situ. Encik Adli mengarahkan kami berhenti dan berehat di situ. Aku terduduk lesu di banir pokok. Kepala yang tadinya berpusing pening, kini sudah beransur reda. Kami kemudiannya diarahkan untuk bermalam di tepi jeram kerana hari sudah hampir gelap. Masing-masing mula memasang khemah. Mike dan Ajib membuat unggun api.
“ Lara..!” Panggil Syanie. Dia menarik aku masuk ke khemah.
“ Kau rehat dulu..nanti aku buatkan kau kopi hangat..” Ujar Syanie. Aku mengangguk lemah. Perasaan menyesal dan bersalah terus bersarang di hati.
“ Dahlah kau jangan risau, kau tidur dulu nanti aku kejutkan…” Syanie memeluk bahu aku. Aku rasa sedikit lega. Aku rebahkan badan yang letih dan lesu dan terus tertidur tidak sedarkan diri hingga ke pagi.
22
Dek kerana keletihan dan sedikit mabuk bahana arak yang ku sangka coke-cola semalam, aku tidur pulas hingga terpaksa dikejut beberapa kali oleh Syanie. Syanie, Hanes dan Laila mengajak aku mandi di jeram. Aku menurut tanpa banyak soal. Lagi pun aku mahu mandi sepuas-puasnya. Aku mahu membersihkan diri aku dari bahana arak semalam. Kemudian aku mahu menunaikan solat sunat taubat. Aku mahu minta ampun dari Allah S.W.T.
Di dalam kedinginan pagi kami mengigil kesejukkan. Air jeram yang dingin mengalir perlahan. Kami mandi dengan baju masih tersarung di tubuh. Suasana masih agak kelam. Namun kejernihan air di jeram itu jelas terlihat. Kedinginan yang mencengkam memaksa kami mandi dengan pantas. Selesai mandi aku bersiap untuk sembahyang qada’ Subuh yang tersasar. Kemudian aku menunaikan solat taubat hingga hatiku merasa lega dan kembali lapang.
Perjalanan diteruskan selepas selesai sarapan ala kadar. Aku hanya bersarapan di dalam khemah sahaja. Rasa malu pula mahu berhadapan dengan mereka yang lain. Menurut Syanie dan Laila ketika aku berada di bawah pengaruh alkohol semalam aku sempat membuat aksi gwoami di depan rakan-rakan lain. Sebenarnya aku memang suka membuat aksi itu di rumah. Segala step gwoami aku hafal. Kadang-kadang aku beraksi di hadapan Laila dan Syanie.
Tapi membuat gwoami di depan Encik Adli, Hairie dan yang lain-lain memang sumpah mati aku tidak akan pernah mahu. Memang itu tidak akan terjadi sekiranya aku tidak mabuk semalam. Aku menarik nafas dan menekup muka.
“ Kak Lara tau tak papa kata kak Lara cute macam Barbie doll masa buat gwaomi tu..” Hanes, Syanie dan Laila galak mentertawakan aku. Aku hanya mampu mengelengkan kepala. Itulah kebodohan orang yang mabuk. Oleh kerana itulah arak diharamkan di dalam Islam. Manusia akan bertindak di luar batasan kerana mabuk.
“ Lara kau jangan stress sangat, cuma gwoami je tak ada aksi yang melampaui bataslah..kitorangkan ada..kitorang dah janjikan nak jaga kau..” Ujar Laila cuba mententeramkan aku. Apa pun alasannya aku tetap menyalahkan diri sendiri kerana kebodohan ini.
Perjalanan yang sangat mencabar. Adakala kami terpaksa mendaki batu-batu yang agak licin. Adakala kami terpaksa pula meredah jeram-jeram kecil. Menurut Kumar ketika kecil dia pernah dibawa oleh datuknya ke kuil itu. Mereka juga terpaksa meredah hutan dan bermalam di dalam hutan itu. Namun Kumar tidak tahu dengan jelas tujuan datuknya ke kuil lama itu.
Akhirnya kami sampai juga ke kuil lama atau “The Ghost Temple.” Suasana di sekeliling kuil itu memang agak menyeramkan. Batu-batuannya sudah hampir seratus peratus disaluti lumut. Banyak pokok-pokok menjalar di sana sini. Aku sudah mula berdebar-debar. Bayangan pak panjang melingkar sudah menerawang di ruang mata. Encik Adli melarang kami mendekati kuil itu. Sementara dia, Hairie dan Mike menyusuri kaki lima kuil untuk memastikan keadaan selamat.
“ Lara come here, yang lain tunggu di situ sahaja..” Mike menghampiri aku. Tiba-tiba ada satu bunyi seperti batu bergeser. Mike melihat ke bawah kakinya. Tanah di kakinya mendak beberapa sentimeter ke bawah. Dan..
“ Lara wacth out..!” Sebatang kayu runcing tiba-tiba menerjah ke arah tempat di mana aku berdiri.
“ Arghhh…!” Tidak semena-mena kayu itu sudah berada di genggamanku. Semua yang berlaku begitu pantas sehingga aku sendiri tidak sedar bagaimana aku berjaya mengelak dan menangkap kayu runcing itu. Masing-masing terdiam seketika.
“ It’s a trap, don’t move..berdiri di tempat masing-masing..!” Teriakku.
“ Lara..” Syanie mula mengeletar. Aku keluarkan google x-ray pemeriksa perangkap. Aku cari kalau-kalau ada jaringan perangkap yang dipasang di sekitar kaki lima kuil.
“ Macam mana Lara..?” Soal Mike. Hanya ada satu perangkap sahaja selain kayu runcing yang nyaris-nyaris menikam aku tadi. Aku tunjuk ke arah atas pokok. Ada sebuah sangkar besar yang sedang menanti mangsanya. Suisnya pula berada betul-betul di tempat Zahara berdiri. Cuma beberapa inci sahaja lagi suis itu mengenai kakinya.
“ Cik Zahara, jangan bergerak diri kat situ aje..” Aku beri google x-ray pada Mike.
“ Oh my god..!” Ucap Mike sebaik sahaja mengenakan google x-ray itu. Mike kemudian memanggil Hairie dan Encik Adli.
‘ Come here guys, cuma ada satu saja perangkap kat tempat Zahara berdiri..”
“ What..???” Zahara mula panik. Wajahnya serta merta pucat.
“ Hairie help me..!” Teriaknya.
“ Cool down Za..” Perlahan-lahan Mike menghampiri Zahara yang ketakutan.
“ Oh no..”
“ What Mike..what..???” Zahara semakin ketakutan.
“ Lara, nampaknya dia dah pijak..” Ujar Mike. Encik Adli memandang aku dengan wajah tidak mengerti. Aku tunjuk ke atas. Masing-masing terkejut demi terpandangkan sebuah sangkar besar yang elok tergantung tinggi.
“ I think, ada banyak perangkap lain ni, kalau Zahara angkat kaki perangkap-perangkap lain akan muncul dari dalam tanah ni..” Aku terkejut dengan kata-kata Mike. Mike menyerahkan semula google x-ray kepada aku. Benar dugaan Mike. Suis itu akan bertindak sebagai suis utama yang akan mengerakkan kesemua perangkap yang tertanam di dalam tanah. Aku serahkan google x-ray kepada Encik Adli pula. Setelah itu google beralih kepada Hairie. Mereka sudah pun mengenal pasti di mana perangkap-perangkap tersebut.
“ Lara, bawa yang lain-lain jauh sikit dari sini, we’ll try to solve it..” Ujar Encik Adli. Aku mengangguk. Aku tarik Hanes, Syanie dan Laila ke tempat yang lebih selamat. Kumar, Mohan dan Ajib juga mengikuti kami. Ermmm..biar hero-hero idaman Malaya yang menyelesaikan masalah itu.
Zahara sudah menangis. Aku pun tak pasti samada hendak merasa kasihan atau tidak. Tapi naluri kemanusiaanku menegaskan supaya jangan bersifat kejam walaupun pada orang yang sudah menzalimi aku. Aku membuka Ipad. Aku teringat tentang perangkap yang diceritakan di dalam skroll kedua. Memang ada cara-cara untuk melepaskan diri dari perangkap tersebut dinyatakan di sini.
“ Encik Adli, tahu tak macam mana nak lepaskan Cik Zahara..?” Teriak aku dari jauh.
“ Do you know..? “
“ Yes..”
“ Kalau tau kenapa tak cakap dari tadi hah..!” Zahara sudah mula menempelak aku. Baru sahaja aku nak rasa kesian pada dia.
“ Kau memang sengaja nak aku mati kat sini kan..perempuan tak guna..” Tempelaknya lagi.
“ Sorrylah saya baru teringat..” Ujarku selamba.
“ Kurang ajar kau..!” Teriak Zahara. Aku senyum sahaja.
“ Encik Adli, Cik Zahara boleh dialihkan dengan syarat cari beban yang sama berat dengan dia dan letakkan kat tempat tu sebagai penganti dia..” Jelas ku.
“Okey..” Jawab Encik Adli.
“ Tapi..beban tak boleh terlebih atau terkurang walau sedikit pun, maknanya Cik Zahara mesti beritahu secara tepat jumlah berat badan dia, tak boleh silap..” Ujarku lagi.
“ Kau memang kurang ajarlah perempuan..” Jerit Zahara lagi.
“ Saya ikut apa yang tertulis je..” Ujarku.
“ Sudahlah Za, stop from being annoying will you..?” Tegur Hairie. Zahara merengek kecil.
“ Berapa berat you..?”
“ Takkan I nak beritahu kuat-kuat malulah I..”
“You nak lepas ke tak nak ni..” Marah Hairie.
“ 67 kg..”
“ Fuyoo..berat gila..!” Teriak Hanes tiba-tiba. Aku menyiku lengan Hanes. Zahara mengetap bibir. Zahara memang cantik tapi tubuhnya agak gempal dan berisi. Walau pun begitu kulitnya mulus dan gebu. Orang kayalah katakan tiap-tiap minggu pergi menyepa kat spa.
Encik Adli mengelengkan kepalanya.
“ Mana kita nak cari timbang..?” Katanya. Iya tak iya juga. Macam mana nak ditimbang kalau timbangnya pun tak ada. Satu masalah lagi. Zahara kembali menangis.
“ Hey..perempuan buatlah sesuatu, kau kata kau hebat sangat..!” Jerit Zahara kepada aku. Aku garu kepala. Aku minta skroll yang asli dari Encik Adli. Aku teliti skroll kalau-kalau ada petunjuk yang boleh diguna pakai. Aku perhati lakaran gambar kuil yang dilukis di dalam skroll. Namun aku masih tidak menemui apa-apa. Hanya ada satu ayat di bawah penjuru kanan lakaran kuil yang ditulis dalam tulisan Hieroglif Mesir. Maksudnya “ Berat boleh dikira apabila burung sudah tiada”. Berulang kali aku membaca ayat tersebut. Tiba-tiba aku terpandang sebuah archa berbentuk burung di atas gerbang kuil.
Adakah burung itu yang dimaksudkan. Aku menapak ke arah depan kuil menghadap gerbang tersebut.
“ Lara..what you get..?” Mike mendekati aku.
“ Berat boleh dikira apabila burung sudah tiada..” Ku ulang ayat berkenaan. Masing-masing menunjukkan riak wajah tidak faham dengan kata-kataku. Aku cuba membuat teori sendiri. Seperti biasa seandainya teoriku ini menjadi maka Zahara akan selamat.
“ Nampak tak burung batu atas gerbang tu..?” Aku menunjuk ke arah archa burung yang terletak tinggi di bumbung gerbang. Semua mata memandang ke situ.
“ Apa kaitannya..?” Soal Encik Adli.
“ Kita cuba alihkan atau musnahkan..atau apa aje asal burung tu tak ada kat situ lagi..” Ujarku.
“ Ya..tapi kenapa..apa kaitannya..?” Encik Adli mengulang pertanyaannya.
“ Saya tak sure encik..tapi saya harap sesuatu akan berlaku kalau burung tu berjaya kita alihkan..” Ujarku sambil tersengih. Encik Adli menarik nafas. Dia memandang aku seketika mungkin cuba mencari kesahihan dari teori aku.
“ So what do you think Hairie, Mike..?” Soalan beralih kepada Hairie dan Mike. Mereka terdiam seketika. Aku sedar aku tidak boleh hanya berharap. Ketepatan di dalam sesuatu keputusan itu yang mereka mahukan bukan sekadar harapan dari aku. Namun hanya itu yang mampu aku fikirkan di saat genting seperti itu. Aku kerling kepada Zahara yang sudah keletihan berdiri.
“ Adli aku rasa kita cuba aje, lagi pun aku yakin dengan Lara..” Ujar Hairie kemudian. Aku rasa sedikit terkejut dengan ayat terakhirnya..aku yakin dengan Lara..membuatkan dadaku berdebar-debar. Terbit rasa cuak. Bagaimana kalau teori aku ternyata salah. Apa akan jadi pada keyakinan itu. Arghhh..mudah-mudahan teori aku betul. Tolonglah hamba Mu ini Ya Allah…
“ Okey..” Mereka akhirnya sepakat untuk menuruti arahan aku. Kedudukan archa burung itu agak tinggi di atas gerbang. Satu cara harus difikirkan bagaimana hendak mengalihkannya.
“ I akan panjat..” Kata Hairie kemudian.
‘ Are you sure bro..?” Encik Adli mengerutkan kening. Hairie mengangguk. Mike segera mengeluarkan tali. Dia mencampakkan tali yang sudah di pasang dengan cangkuk di atas gerbang setelah yakin cangkuk itu benar-benar mencengkam, tali keselamatan di pasang ke tubuh Hairie.
“ Be careful bro..” Pesan Encik Adli.
“ Hati-hati sayang, I know you love me and I love you too..” Jerit Zahara ketika Hairie mula memanjat. Ermmm..rasa nak termuntahlah pulak…
Agak susah Hairie hendak memanjat di dinding gerbang kerana lumut yang melekat di permukaan dinding menjadikan dinding licin. Hati aku pun rasa berdebar-debar takut dia tergelincir.
“ Pa..hati-hati pa..” Mata Hanes sudah berkaca. Aku tahu Hanes bimbang akan keselamatan papanya. Aku genggam erat tangan Hanes. Hanes mula menangis sambil memeluk aku.
“ Hanes it’s okey..papa kuatkan dia boleh buat tu..” Ujarku menenangkan Hanes. Sedangkan jantung aku sendiri berdegup kencang. Hairie akhirnya sampai juga di puncak gerbang yang tinggi. Dia berteriak dari atas. Namun kerana ketinggian suaranya tidak begitu jelas. Dia mengeluarkan handset. Seketika kemudian handset Encik Adli berbunyi. Panggilan itu dari Hairie.” Pelik bin ajaib..ada pulak line kat tempat macam ni…” Gumamku sendiri.
“ Okey..” Ujar Encik Adli seraya menyerahkan handset kepada ku.
“ Lara apa yang I kena buat ni..” Suara Hairie di hujung talian. Aku menyelak lagi skroll itu. Berat boleh dikira apabila burung sudah tiada…
“ Lara..”
“ Okey Encik Hairie cuba cabut burung tu..” Ujarku. Aku nampak Hairie cuba mencabut archa burung itu.
“ Tak boleh..” Katanya lagi.
“ Pusing sikit ke kiri atau ke kanan..” Arahku.
“ Yesss..I got it..!” Hairie menjerit. Serentak dengan itu terdengar sesuatu jatuh berdentum dari pintu hadapan kuil. Bergegas kami ke situ.
“ Dacing..!” Serentak juga kami berteriak. Sebuah alat penimbang seakan-akan dacing berdentum jatuh apabila Hairie mencabut archa burung itu.
“ Encik Hairie it’s work, ada dacing jatuh dari atas pintu ni..” Ujarku.
“ I know I can trust you Lara, I will always trust you…” Bisik Hairie. Aku senyum dan menyerahkan kembali handset kepada Encik Adli. Akhirnya dengan teori aku dan kepakaran Hairie memanjat dinding yang licin itu, Zahara berjaya diselamatkan. Dia terus memeluk Hairie sejurus beban lain diletak mengantikannya.
“ Za..” Hairie melepaskan pelukkan Zahara. Wajah Zahara berubah masam mencuka. Selesai sudah satu masalah. Kini ada satu lagi tugas iaitu mencari keratan peta dan skroll ketiga. Aku melilau di sekitar kuil ketika rakan-rakan lain berehat. Menyusur dari dinding ke dinding. Menurut apa yang tercatat di dalam skroll, ada sebuah pintu rahsia di dinding kuil menuju ke bilik di mana keratan peta terakhir dan skroll ketiga tersimpan. Ada banyak ukiran-ukiran bermotifkan binatang, orang dan juga alam semulajadi terukir di dinding kuil. Aku duduk sebentar di tembok kecil di antara gerbang kuil." permata dengan permata" itulah antara petunjuk untuk mencari pintu rahsia ciptaan Ananda Karumulla.
Puas aku menyusur di sekitar kuil, akhirnya aku menemui satu ukiran batu permata di celahan rekahan dinding di sebelah kiri kuil. Baru sahaja tergerak untuk memanggil Encik Adli namun dia sudah pun datang menghampiri aku.
" Jumpa apa-apa ke Lara..?" Aku angguk sebagai syarat menjawab pertanyaan Encik Adli. Seekor semut menjalar di lengan bajuku. Pantas aku kibas, terpelanting semut itu menyembah bumi. Keadaan yang sedikit semak itu membuatkan bulu romaku sedikit meremang.
" Permata ni..mungkin jalan masuk ke ruang rahsia, cuma saya tak tau macam mana nak buka, skroll ni pulak asyik berteka-teki aje.." Ujarku sambil menunjukkan ukiran batu permata itu. Runggutan aku mengamit tawa dari Encik Adli.
" You always have the key.." Luah Encik Adli seakan menyakini kemampuan aku. Aku tersengih. Mungkin ada benarnya kata-kata Encik Adli. Tapi kadang-kadang aku tak ubah seperti nujum pak belalang. Walau tidak sepenuhnya bergantung pada nasib, namun acap kali juga nasib selalu menyebelahi aku.
" Ananda ni terlalu berahsia, kering otak saya nak memikirnya.." Selorohku. Encik Adli ketawa.
" Apa cluenya...?"
" Permata dengan permata..." Jawabku. Encik Adli mengangkat kening.
Mike, Hairie, Mohan dan Kumar datang menghampiri.
" Kita cuba dulu, mungkin tolak ke tekan atau apa-apa saja, siapa tau dinding ni boleh terbuka" Saran Encik Adli.
" Kena nyanyi kut marang kerapu kepunden parang sekeper.." Tiba-tiba Syanie menyampuk. Entah bila dia datang, aku pun tak sedar. Semua orang ketawa.
" Agaknya kut, mana tau Ananda ni peminat P.Ramlee.." Kami tegelak lagi dengan kata-kata Encik Adli. Puas kami mencuba berbagai cara, Syanie juga sudah aku arahkan menyanyi lagu pintu gua Ali Baba Bujang Lapuk, namun dinding itu tidak menampakkan tanda-tanda akan terbuka.
Aku melirik ke arah Hairie yang sedang duduk berduaan dengan Zahara di tembok kecil berdekatan dengan tempat aku berdiri. " macam belangkas.." rungut ku dalam hati. Hairie mengibas-gibas kolar kemeja denimnya. Tiba-tiba mata aku terpandang akan seutas rantai silver yang terkeluar dari baju Hairie. Tanpa aku sedari kaki aku menapak menghampiri Hairie dan Zahara. Aku membongkok cuba mengamati rantai yang tergantung di leher Hairie.
" Hoi..!"
" Opocot...!" Terkejut aku dengan sergahan Zahara. Hampir sahaja terlepas Ipad di tangan.
" Kau dah kenapa, gatal sangat..!" Terkebil-kebil aku dibuatnya. Aku sedar tindak tandukku itu agak sedikit kurang sopan. Semua mata terarah kepadaku. Terasa darah menyerbu ke muka. Malu dengan tindak tanduk sendiri.
" Maaf cik Zahara, saya cuma nak tengok rantai tu aje.." ujarku menunjuk ke rantai Hairie. Hairie melepaskan rantai silver berloket permata itu. Dia menghulurkan kepadaku.
" Tok Abah bagi.." Jelasnya pendek. Aku membelek loket permata yang mempunyai diameter itu. Bentuknya lebih kurang sama dengan ukiran permata di dinding kuil. Ukiran permata di dinding itu juga berdiameter. Kedua-dua permata ini seolah-olah berpasangan. Aku cuba berteori lagi. Ermmm...apakah kali ini si nujum pak belalang akan bernasib baik atau...
Aku cuba cantumkan loket permata milik Hairie itu dengan ukiran permata di dinding. Ketika ini aku mendapati ukiran permata di dinding seakan-akan sarung kepada loket permata milik Hairie. Aku pasang dan tekan kedua-duanya. Tidak semena-mena tersembul sesuatu seakan-akan tombol pintu dari celahan dinding yang terkuak.
" Rasanya teka-teki Ananda dah terhurai.." Senyum bermain di bibir masing-masing. Aku cuba untuk menarik tombol itu. Namun pintu batu itu sangat berat dan bukan tugas aku untuk membukanya. Hairie bergerak mencapai tombol, dengan tenaga sasa dan machonya, pintu itu terbuka dengan luas.
Semua orang bersorak riang. Aku hanya berdiam diri di tepi tembok. Perasaan tidak puas hati dengan diri sendiri tiba-tiba menerjah sanubari. "Bagaimana jika Hairie tidak mengibas kolar bajunya tadi, bagaimana jika aku tidak terpandang loket itu..kenapa aku masih berpaut pada nasib nujum pak belalangku..arghhh.." Aku bermonolog sendiri.
" Lara..boleh masuk sekarang..?" Aku tersentak. Seperti biasa aku lakukan sedikit pemeriksaan udara kerana bilik itu juga seperti bilik rahsia di kuil Mr. Han. Sudah terlalu lama terperap.
" Okey, normal boleh masuk.." Ujarku kemudian. Beberapa ketika kemudian Mike berteriak dari dalam.
" Ada peti..!" Diusungnya sebuah peti kayu yang berbentuk seperti sebuah peti harta karun keluar dari bilik itu.
" Kunci.." Ujar Mike memegang mangga yang hampir berkarat di peti itu.
" Cuba guna kunci-kunci yang kita ambil dari Mr. Han tu.." Saranku. Pantas Encik Adli mengeluarkan segugus anak kunci dari beg galasnya. Setelah dicuba satu persatu akhirnya peti itu berjaya juga dibuka. Masing-masing sudah tidak sabar untuk melihat isi peti.
" Only the scroll..?" Semua menjengah ke dalam peti apabila Encik Adli bersuara. Ternyata peti itu kosong, yang ada hanyalah segulung skroll. Tiada keratan peta di situ. Mike cuba memeriksa kalau-kalau ada bahagian tersembunyi di dalam peti itu. Namun peti itu benar-benar kosong.
" What do you think Lara...where is the map..?" Aku hanya mampu menarik nafas dan mengangkat bahu.
" Do you mean the old map, belong to my great grandfather Ananda..?" Kumar bersuara. Semua memandang ke arah pemuda Sri Langka itu.
" Yes..it was torn sectional maps.." Balasku cepat.
" With the picture of ships..?"
" Yes..!" Serentak kami menjawab. Kumar tersengih sambil mengosok-gosok tengkuknya.
" I'am sorry..." Teragak-agak dia bersuara.
" Why..what do you mean.." Segera Hairie menyoal.
" My grandfather was put it in behind of a drawing board..the picture of a ship with word..Permata..." Kumar diam seketika.
" Where is the picture..?" Encik Adli pula tidak sabar. Pantas sahaja dia menyoal. Kumar tersengih lagi. Semua mata memandangnya. Aku sendiri pun tidak sabar. Mahu sahaja aku sepak muka Kumar yang sedang tersengih-sengih itu. Cerita separuh jalan..
" My brother was sold it to a rich man..last year.."
" What..!" Penjelasan akhir Kumar disambut oleh teriakkan dari Encik Adli, Hairie dan Zahara. Namun teriakkan Zahara terdengar lebih kuat dan mengerunkan. Aku menarik nafas panjang dan dalam. Baru sahaja tadi mereka bersorak riang ketika pintu rahsia terbuka, dan kini mereka berteriak dengan perasaan terkejut pula. Terkejut dan hampa.
22
Cuaca semakin gelap. Mendung melitupi ruang angkasa. Angin pula bertiup agak kencang. Kami terpaksa meredah hutan di dalam suasana kelam dan suram. Masing-masing berdiam diri setelah diberitahu oleh Kumar bahawa peta itu kini berada di dalam simpanan seorang saudagar kaya yang gemar membeli lukisan dari serata tempat. Saudagar itu bermastautin di sebuah pulau peranginan terpencil . Menurut Kumar untuk ke sana sahaja mengambil masa berhari-hari jika menaiki bot. Namun ada juga para pelancong yang menaiki pesawat untuk ke pulau tersebut.
Untuk menaiki pesawat pula kami harus ke pulau sebelah, kerana hanya di situ sahaja ada landasan kapal terbang kecil untuk pesawat transit sebelum ke pulau peranginan yang digelar RAJA ISLAND milik saudagar kaya itu. Memandangkan keadaan semakin gelap, Encik Adli mengarahkan kami berhenti di jeram semalam. Kami terpaksa bermalam sekali lagi di jeram itu. Sebaik sahaja kami selesai mendirikan khemah, hujan turun dengan lebat. Mujur kami semua sempat mendirikan khemah dengan sempurna. Malam itu kami terpaksa berkurung di dalam khemah sehingga ke pagi. Hujan yang turun seakan mengila menyimbah deruan air ke khemah kami. Aku bimbang andai khemah kami tercabut atau koyak lantaran angin yang bertiup kencang.
Kami akhirnya terlelap juga di dalam deruan hujan. Menjelang pagi hujan berhenti. Langit cerah seperti tiada apa-apa yang berlaku semalaman. Untuk sarapan pengalas perut kami makan apa yang ada di dalam beg sahaja. Keadaan tanah dan kayu-kayu yang basah tidak memungkinkan kami untuk menghidupkan api. Kami meneruskan perjalanan pulang ke kampung di pinggir pantai. Hampir setengah hari berjalan meredah hutan kami akhirnya sampai ke kampung itu.
Angin kembali bertiup kencang. Langit yang tadinya cerah bertukar mendung semula. Aku rasa tidak sedap hati. Apakah mungkin pulau ini akan dilanda ribut. Lalu bagaimana kami harus meneruskan perjalanan untuk mencari saudagar kaya itu. Diam-diam aku berdoa semoga Allah mempermudahkan perjalanan kami.
Kumar tercunggap-cunggap berlari mendapatkan kami yang duduk berkumpul di bawah pokok.
" Bad news.." Ujarnya tiba-tiba. Aku semakin cuak.
" The storm will hit this island within two or three days from now.."
" So can we get out of here today...?" Kumar mengeleng kepala dengan soalan Encik Adli.
" No more boat will come, and no more boat will go to Galle Fort.." Jelas Kumar.
" We will stuck in here for a long time..maybe a week or more.." Masing-masing resah dengan penjelasan Kumar. Kini apa yang aku fikirkan sudah menjadi kenyataan.
" Kita tak mungkin dapat menunda ekspedisi ini, seminggu pun dah cukup lama..I don't think we can wait.." Encik Adli kelihatan resah. Namun benar katanya, aku juga merasakan masa seminggu terdampar di pulau itu tanpa berbuat apa-apa adalah sangat merugikan.
" But we still have an option.." Tiba-tiba Kumar bersuara lagi.
" What is it..?"
" There is a boat, we still can get out of here by that boat.." Kumar diam seketika.
" And..?" Encik Adli meminta penjelasan lanjut dari Kumar.
" With one condition.." Aku mulai resah. Nak naik bot pun ada syarat. Memang melampau ni...
" Actually the boat is for the bride and groom and their family went to Galle, it is not for the public..you all can go by that boat if there newlyweds in this group.."
" You mean there must marry within our group for the boat ride..!" Lantang suara Encik Adli membalas penjelasan Kumar. Gila...aku rasa ini benar-benar mengarut.
" This is a local custom, that only you can do if you all want to get out of here quickly.." Encik Adli menekup muka seketika.
" When the boat will depart..?"
" Wedding taking place..still have time if anyone wants to get married..the boat will depart within this evening.."Jawapan Kumar sangat mengusarkan. Kami berpandangan sesama sendiri.
" Macam mana..keputusan mesti dibuat sekarang..ada sesiapa yang sanggup duduk di pulau ni selama seminggu atau lebih, ekspedisi ni ada jangka masa yang ditentukan, andainya delay sehari dua masih boleh cover..tapi seminggu atau lebih pihak penaja akan mengalami kerugian.." Masing-masing terdiam. Penjelasan Encik Adli sudah cukup membuat lidah kelu. Andai ada di antara ahli ekspedisi yang terpaksa berkorban untuk menamatkan zaman bujang masing-masing, siapakah yang akan sanggup. Perkahwinan bukanlah satu permainan dan bukan juga sebagai sebuah batu loncatan, lebih-lebih lagi untuk keluar dari pulau ini. Tak berbaloi langsung.
" I think we have to do it Hairie.." Tiba-tiba Zahara bersuara. Semua mata terarah kepada Zahara. Kemudian beralih kepada Hairie yang agak tersentak.
" No..!" Hanes menjerit
" Shut up you Hanes..!" Jerkah Zahara.
" Papa nak sangat kehilangan Hanes..papa kahwinlah dengan dia, Hanes tak akan jadi anak papa lagi..I swear papa..!" Tegas Hanes.
" Jangan jadi gilalah Hanes, I dengan Hairie memang akan kahwin jugakan..itu permintaan datuk you..so apa salahnya dipercepatkan..kita semua nak keluar dari pulau ni kan...”
" Kalau tak ada yang boleh jalankan tugas ni, Hanes setuju papa kahwin..tapi bukan dengan Zahara.."
" You nak Hairie kahwin dengan siapa..!"
" Kak Lara..!" Buntang biji mataku terbeliak. Kalaulah boleh terkeluar mungkin sudah melantun keluar dari soketnya. Semua mata beralih pula kepada aku. Aku dah mula gelabah...
" Errr..errr..tak..tak..mungkin..tak boleh..hahaha..tak boleh Hanes..mana boleh.." Entah apa-apa yang keluar dari mulut aku. Janganlah..janganlah aku pulak oiii...
" Kenapa tak boleh, you single, Hairie pun single..boleh maaaa..so sweet I setuju...lagi pun kita tak ada masa nak berdolak dalih lagi ni...bot tu dah nak berlepas...no time..no time...so Kumar we already have a couple here but they are muslim..then how..?" Ehhh..gila Mike ni..
" There are muslim couple married in a mosque...come hurry up..!" Aku terpingga-pingga. Syanie dan Laila segera menarik tangan aku.
" Hoi..korang ni dah gila ke apa..tak bolehlah..!" Aku berteriak.
" Lara please kita tak ada masa..kalau kau nak marah nanti lepas nikah aje.." Syanie terus menarik aku.
" Kepala otak kaulah..!" Aku betul-betul berang kerana dipaksa sedemikian rupa.
" Lara..please marry me..apa-apa nanti kita bincang...please I merayu.." Rasa nak tercekik anak tekak aku bila Hairie bersuara. Namun keadaan kelam kabut tidak memungkinkan aku untuk berdebat lagi, dan kami sudah pun tiba di hadapan Imam Masjid yang sedang menjalankan akad nikah di situ. Hanes mengeluarkan selendang merah hati yang dibelinya di Kandy tempohari. Dia memakaikan selendang itu di kepala aku. Sementara Syanie menarik beg sandangku lalu mengeluarkan kad pengenalanku pula. Segalanya berlaku dengan begitu pantas.
Aku tidak sedar bila masanya Hairie menyarungkan cincin di jari manisku. Aku juga tidak sedar entah kertas apa yang sudah aku tanda tangan. Aku hanya tersedar ketika Imam menyebut nama Hairie..Hairie Mustafa bin Muhammad Hashim..
Selebihnya aku sudah ditarik menuju ke bot pengantin di hujung jeti. Sorak sorai dan paluan gendang yang bingit menyambut kehadiran kami dan para pengantin tempatan yang lain. Bunga-bunga ditabur di atas kepala dan juga di dalam bot. Satu gelung bungaan disarung di leher aku dan Hairie. Aku lihat Mohan, Mike, Syanie, Laila dan Ajib turut bersorak bersama-sama penduduk tempatan. Hanya Encik Adli dan Zahara yang berdiam diri memerhati.
Ketika melangkah ke dalam bot yang agak besar itu, Hairie cuba memegang tanganku dengan niat untuk membantu aku melangkah masuk. Namun aku rentap tanganku kasar. Entah kenapa perasaan benci dan sakit hati meruap-ruap. Hairie tersentak dengan perlakuanku yang kasar. Dia memandangku namun cepat-cepat aku melangkah tanpa menghiraukannya. Aku tercari-cari Hanes. Segera aku tarik tangan Hanes untuk duduk di sebelah aku. Kalau diikutkan adat mereka aku harus duduk sebelah Hairie. Tapi..arghhh...persetanlah dengan adat diorang. Perasaan benci, keliru, sakit hati bercampur mengodak hatiku. Aku terasa seperti diperbodohkan, tapi oleh siapa dan kenapa...bukankah aku sendiri tahu sebabnya. Bukankah aku sebenarnya juga mahu meninggalkan pulau itu dan menamatkan ekspedisi secepat mungkin...itu juga kehendak semua ahli ekspedisi yang lain...
Hairie dan Mike mengambil tempat di belakang aku dan Hanes. Aku terus membatu. Bau stanggi melekat menusuk ke lubang hidung. Aku tidak tahu mampukah aku bertahan di dalam suasana bot yang meriah dengan bau-bauan itu. Kalungan bunga di leher aku tanggalkan dan aku campak ke laut saat bot mula bergerak meninggalkan pengkalan. Aku tak peduli dengan mata-mata yang memandang.
" Lara..I'am sorry.." Bisik Hairie dari belakang telinga aku. Api kebencian terasa semakin marak di hatiku. Walau aku sedar dia bukanlah orang yang tepat mendapatkan terjahanan api amarahku. Dia juga terpaksa seperti aku. Atau mungkin kerana keterpaksaan itu yang menerbitkan rasa sakit hati yang tidak tentu hala ini.
" Saya tak nak cakap dengan awak Encik Hairie..!" Keras nada suara aku. Hanes menoleh. Pandangannya sayu. Aku buat-buat tidak tahu sahaja.
" Kak Lara maafkan Hanes..kak Lara jangan marah papa, ni semua salah Hanes..tapi Hanes sayang kakak sebab tu Hanes nak kakak yang gantikan tempat mama..Hanes minta maaf.." Aku tersentuh dengan luahan hati Hanes. Ada airmata yang sudah gugur di pipiku. Hanes menangis teresak-esak. Dia mengenggam tanganku. Aku lepaskan genggamannya. Hatiku masih keliru. Hanes tersentak. Namun naluri aku masih menyayangi gadis ini. Aku raih kembali tangannya. Aku cuba tersenyum walau sedikit kelat. Hanes mengesat airmatanya. Dia memelukku erat.
" Hanes, Hairie just give her time..this is not easy, aku pun rasa bersalah tapi kita tak ada pilihan...I'am sorry too Lara.." Luah Mike. Aku terus berdiam diri. Melayan perasaan marah dan melayan perut yang mulai mual kerana bot yang terumbang ambing dipukul badai. Bagi aku perkahwinan itu amat suci dan indah jika kedua-dua hati saling sayang dan mencintai. Perkahwinan itu satu ikatan yang memerlukan kasih untuk melayari bahtera cinta. Aku bukanlah seorang ahli sufi atau seorang ahli agama yang warak. Aku sendiri hidup dibayangi dosa. Aku belum menjadi seorang muslimah yang baik pun. Aku belum sempurna sebagai seorang muslim. Aku tahu dan sedar.
Justeru kini aku membiarkan dosa mendekati aku lagi. Bukankah satu dosa jika kita mempermainkan hukum Allah. Ijab dan kabul adalah suatu ikatan yang dibelengu oleh hukum hakam. Aku rasa aku telah mempermainkan hukum hakam Allah. Berkahwin kerana hendak keluar dari masalah. Perkahwinan yang hanya sekadar menjadi batu loncatan untuk suatu tujuan. Bagaimana pula dengan tanggungjawab suami isteri yang diwajibkan ke atas kami. Mampukah kami hadapi sedangkan tiada langsung rasa cinta di antara aku dan Hairie. Perkahwinan atas dasar apakah ini.
Hairie pula mempunyai tanggungjawab lain. Kehendak keluarganya yang mahu dia berkahwin dengan Zahara. Apa akan jadi pada aku nanti. Aku yakin Hairie akan mengambil jalan mudah dengan menceraikan aku di saat kami tiba ke destinasi. Aku pula akan berstatus janda...arghhhh....tak pasal-pasal dah jadi janda..bagaimana dengan hukum hakam pula...bolehkah dibiarkan begitu sahaja. Arghhhh...berserabut otak aku memikirkannya.
Selama berjam-jam dalam pelayaran, namun tidak sesaat pun aku mampu melelapkan mata. Otak aku sentiasa ligat berfikir bagaimana nanti akan nasib diri. Atau mungkin ini memang takdir aku. Sentiasa menerima kekecewaan dalam melakar sebuah kebahagiaan. Mampukah aku untuk redha dengan nasib ini. Berkahwin hanya untuk diceraikan...betapa malangnya nasib diri.
Bot yang kononnya penuh adat istiadat itu akhirnya sampai juga ke destinasi. Kami sampai ke Galle Fort menjelang pagi. Pasangan pengantin tempatan itu semua sudah meninggalkan jeti. Entah ke mana tujuan mereka tidak pula aku tahu. Encik Adli membuat keputusan untuk menginap sebentar di guest house kelmarin sebelum kami semua ke lapangan terbang domestik Galle untuk ke Raja Island. Kami semua perlukan istirehat setelah menempuh perjalanan yang amat memenatkan itu. Saat menunggu bas untuk ke guest house, tiba-tiba aku rasa tangan aku ditarik. Aku menoleh, Zahara membawa aku ke belakang jeti.
" Aku nak kau minta cerai hari ni juga..!" Zahara bersuara keras. Aku diam sahaja. Otak aku pun belum berfungsi dengan baik, dia sudah memaksa aku meminta cerai.
" Kau faham tak..?!!!" Jerkahnya. Syanie, Laila dan Hanes menoleh. Pantas mereka menghampiri aku dan Zahara.
" Kenapa ni..?" Syanie menyoal cemas.
" Heh...aku nak kau pastikan kawan baik kau ni minta cerai hari ni juga..atau korang tengoklah apa yang aku boleh buat untuk musnahkan kawan baik korang ni..faham..!" Aku menarik nafas.
" Cik Zahara tak payah paksa pun Hairie pasti ceraikan saya, Cik Zahara tau kan tujuan kita orang kahwin..bot pun dah pergi jadi dah selesailah tugas ni.." Ujarku memalingkan muka ke laut lepas.
" Baguslah kalau kau sedar..." Zahara berlalu meninggalkan kami.
" Kau nak minta cerai ke Lara..jangan Lara tak cium pintu syurga nanti...berdosa tau..macam mana pun Hairie dah jadi suami kau..kau dah jadi isteri dia, apa alasan kau nak minta cerai..." Aku terkedu dengan kata-kata Laila. Rasa tidak percaya aku kini sudah berstatus isteri kepada Hairie. Secara tak langsung aku sudah menjadi mama untuk Hanes, seperti mana yang pernah disuarakannya dulu sewaktu kami di Hami, China. Kini takdir benar-benar seperti mempermainkan kami. Aku, Hanes dan Hairie, kami seperti magnet yang sering melekat di antara satu sama lain sejak di awal pertemuan lagi. Namun alangkah bahagia andai ada cinta yang hadir di antara aku dan Hairie. Perkahwinan ini pasti aku terima dengan hati yang terbuka.
Di guest house, aku berkira-kira untuk menemui Hairie. Ancaman Zahara dan ketidakpuasan hati terhadap ikatan antara aku dan Hairie akan ku rungkai. Aku tidak mahu membelenggu diri dengan masalah ini. Aku keluar ke beranda. Mataku melingas mencari-cari kelibat Hairie. " Mana pulak dia ni..tadi nampak ada kat sini.." Bisikku sendiri. Aku duduk sebentar di anak tangga. Dalam hati sudah berkira-kira apa yang akan aku perkatakan nanti. Tapi kenapa hati ini berdebar-debar. Jantung berdegup seperti mahu luruh. " Arghhhh...kau jangan ubah keputusan kau Lara...kau mesti selesaikan masalah ni.." Huh...setan dalam hati sudah bicara.
" Lara.."
" Oooo...mak kau..!" Terkejut aku. Hairie sudah duduk di sebelah aku. "Dia ni memang selalu buat jantung aku rasa nak tercabut.." Runggutku dalam hati.
" Buat apa kat sini..?"
" Err..err..saya..saya cari enciklah..." Tergagap-gagap aku. Mana taknya baru sahaja aku berkira-kira menghafal dailog tiba-tiba dia muncul.
" Kenapa..?"
" Saya nak cakap pasal kita.."
" Kenapa dengan kita...?" Aku terdiam. Menelan liur mencari kekuatan untuk berterus-terang. Hairie kelihatan tenang sambil merenung aku. Aku pula yang jadi tidak keruan.
" Encik..tolong lepaskan saya..." Akhirnya terkeluar juga ayat yang street to the point. Aku tak pandai nak berkias-kias bagai. Hairie bangkit dia melangkah ke beranda. Wajahnya selamba bersahaja. Dia menyeluk poket, pandangannya di arah ke laut lepas. Suasana sepi. Aku tidak sabar dengan reaksi Hairie.
" Encik Hairie, Cik Zahara.."
" I tau..Hanes dah cerita semua.." Aku terkedu. Hairie menghampiri aku. Dia meraih tanganku. Mulanya mahu sahaja aku tarik tanganku. Namun rasa tak sampai hati pula bila melihat dia begitu lembut melayan aku. Teingat aku dengan kata-kata Laila tadi, tak cium pintu syurga nanti. Arghhh...tidak semena-mena rasa berdosa pula. Salahkah aku minta dilepaskan. Mata Hairie redup menatapku. Rasa padam sudah semangat yang tadinya berkobar-kobar.
Aku cari kekuatan lagi, mencuba bertentang mata dengannya. Mata nakalku mula meratah seraut wajahnya. Dari matanya ke hidungnya. Ternyata tampang lelaki di hadapanku ini agak mendebarkan juga. Terutama apabila dia tersenyum. Patutlah Zahara gila setengah mati sukakan dia. Jangan aku pulak terkena tempiasnya.
" Biarkan dia..dia tak ada kena mengena dengan kita.." ujar Hairie memotong lamunanku sebentar tadi.
" Mana boleh encik..family encik dah jodohkan Zahara dengan encik.."
" I akan uruskan yang itu, don't worry.."
" Maksud encik....?" Cepat aku mencelah.
" Kalau encik nak kahwin dengan Zahara, tolong lepaskan saya..saya tak mau terlibat dengan masalah lagi..saya ni cuma batu loncatan aje encik.." Hairie tersenyum. Di bawa tanganku ke bibirnya. Dia mengucup lembut kedua tanganku. Arghhh...rasa hatiku mencair macam lava kek coklat yang sedap tu..opsss..aku tak boleh kalah...pantas aku tarik tanganku.
" Encik...lepaskan saya..!
" Beri I sebab kenapa I mesti lepaskan you Lara..?" Aku menarik nafas dalam-dalam.
" Sebab kita tak pernah merancang pun nak kahwin, tak pernah terniat pun dan yang paling penting we not love each other..." Hairie tertawa kecil. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya.
" Ini semua rencana Allah, siapa kita untuk mempertikaikannya, ini takdir, jodoh kita Allah yang tentukan..I redha, I terima semua takdir ni..apa pun alasan perkahwinan ni, itu semua cuma jalan perantara..hakikatnya kita dah dijodohkan dengan cara ini...cubalah terima hakikat tu Lara.." Aku terdiam lagi. Mati semua hujah-hujahku. Hairie benar, cuma aku yang masih belum dapat menerima hakikat ini. Hairie berlalu pergi setelah berjaya mematahkan semua alasanku, dan yang penting dia dah cairkan hatiku meleleh seperti lava kek coklat...
Aku masih termenung. Kata-kata Hairie kedengaran mudah. Ada jodoh tertulis di antara kami. Namun kenyataan yang harus kami tempuh nanti untuk berdepan dengan keluarganya, adakah semudah itu. Lagi pun aku belum bersedia untuk memegang status sebagai seorang isteri. Sebenarnya itulah yang ingin aku luahkan tadi. Tapi Hairie seakan tidak mahu memikirkannya. Aku bangkit. Terasa letih memikirkan masalah ini. Mungkin aku harus biarkan sahaja. Aku ambil keputusan untuk tunggu dan lihat dahulu. Mungkin Hairie akan berubah fikiran nanti. Masih banyak tugas yang menanti dan aku tidak mahu masalah ini menjejaskan mental aku.
23
Perjalanan yang dirancang petang semalam terpaksa ditunda kerana penerbangan pesawat ringan milik syarikat persendirian yang dicadangkan oleh Kumar itu hanya akan beroperasi pagi ini. Raja Island terletak di bahagian barat laut, terlindung dari sebarang ribut atau taufan. Pulau ini adalah sebuah pulau yang sederhana besarnya dan menjadi salah satu tarikkan pelancongan. Walau bagaimana pun pulau ini tidak begitu popular kerana cara hidup dan kegiatan penduduk setempatnya agak aneh. Entah apa yang anehnya aku sendiri pun tidak tahu, kerana itu yang diberitahu oleh Kumar.
Kebanyakkan orang-orang asing yang pergi ke pulau ini adalah para pengkaji atau pengembara-pengembara yang membuat tugasan dokumentari. Kalau ada pun para pelancong, mereka ini terdiri dari kumpulan yang tegar. Untuk sampai di sana kami terpaksa berhenti di beberapa buah pulau lain untuk pesawat mengisi minyak. Satu hari suntuk perjalanan yang harus ditempuh dengan menaiki pesawat. Tapi jika mengikut jalan laut, akan memakan masa berhari-hari juga.
Hampir senja baru kami menjejakkan kaki di Raja Island. Dalam remang-remang senja, kami dihampiri oleh beberapa orang lelaki tempatan. Rasa sedikit takut dan bimbang, namun ternyata mereka cuma menawarkan kenderaan dan tempat penginapan. Setelah tawar menawar beberapa ketika, Encik Adli mengarahkan kami menaiki van kelabu yang mempunyai pelekat 'RAJA HOTEL'. Tanpa banyak soal kami semua masuk ke dalam van itu.
Van berhenti di sebuah kawasan tepi pantai. Suasana yang sudah mulai gelap tidak mengizinkan pandanganku melihat dengan jelas. Namun ada bangunan yang besar dan cantik tersergam di situ. Ada tertulis perkataan RAJA HOTEL. Aku andaikan itulah tempat penginapan kami. Lelaki tempatan tadi membawa kami masuk ke bangunan cantik itu. Ketika melangkah masuk, mataku terpukau dengan keindahan hiasan dalamannya. Boleh dikatakan dari lantai membawa ke dinding kemudian ke syiling, semuanya berwarna emas. Lampu-lampu kristal bergantungan di sana sini.
Malahan perabot-perabot yang tersedia di ruang lobi ini juga sangat indah, tak ubah seperti berada di dalam istana raja India yang selalu aku lihat di slot bollywood astro 108. Benarlah seperti kata Kumar, Raja ini adalah seorang saudagar yang kaya raya. Beberapa orang lelaki Eropah berjalan melintasi kami. Salah seorang dari mereka melemparkan senyuman padaku.
" Hello.." Sapanya ramah. Aku balas senyumnya. Bukan apa kalau tak balas nanti dikatanya kita sombong pulak...
" Hai.." Jawabku kemudian. Mereka keluar sambil melambai tangan kepadaku. Cepat-cepat aku alihkan pandangan. Setakat hai..atau hello tu tak jadi masalah, tapi lebih dari itu...aku takut akan mengundang masalah pula. Seketika aku terpandang Hairie yang merenung tajam kepadaku. Ada riak kurang senang pada wajahnya. Mungkin dia tidak begitu suka dengan keramahan aku membalas sapaan lelaki Eropah tadi. Oh..ya tak ya juga...bukankah aku ni sudah jadi isterinya..memang patutlah kalau dia marah..tapi benarkah..marah tandanya sayang. Sayangkah dia padaku. Arghhh…sudahlah Lara, jangan banyak sangat berangan nanti tumbuh uban kat kepala tu…tua sebelum waktunya.
Malam itu kami diminta berkumpul di bilik Encik Adli kerana ada seisi panggilan video dari pihak penaja, iaitu Tuan Hashim dan Engku Ezat ayahnda kepada Zahara. Selesai menunaikan solat Maghrib aku, Syanie dan Laila bergegas ke bilik Encik Adli. Semua orang sudah pun berada di situ. Aku rasa sedikit gusar. Apakah yang akan diperkatakan oleh mereka nanti agaknya. Adakah mereka akan mempersoalkan tentang kerja-kerjaku. Apa-apa pun aku kena hadapi jika mereka tidak berpuas hati dengan kerja-kerjaku dan apa pun jua tindakkan mereka nanti. Aku berdoa semoga dipermudahkan olehNya segala apa pun yang bakal aku hadapi.
Wajah Tuan Hashim, bapa kepada Hairie muncul di skrin laptop sejurus seisi mesyuarat melalui video dimulakan. Engku Ezat duduk di sebelahnya. Pada mulanya Tuan Hashim hanya bercakap dengan Encik Adli mengenai perkembangan ekspedisi kami.
“ Orang-orang kita dah standby di Sipadan Island..” Jelas Tuan Hashim.
“ Cepatnya..?” Balas Encik Adli.
“ What do you mean..cepat, this is a billion ekspedisi..I tak mau terlepas macam tu aje..sekarang orang-orang kita tengah tunggu bahagian yang terakhir..I harap tak akan ambil masa yang lama…understand..”
“ Sorry Sir..yes we understand..we are working on it Sir..”
“ Where is the girl..?” Tuan Hashim bersuara lagi.
“ Girl..Sir..?” Berkerut sedikit kening Encik Adli.
“ Yes..that girl..Lara..mana dia I nak cakap dengan dia..” Oppss…berderau darah aku bila namaku disebut.
“ Owhh..Lara, dia ada just a minute Sir..” Encik Adli bangkit dari depan Laptopnya. Dia mengamit aku duduk di situ. Aku menurut walau debaran kencang mengocak dalam diri. Aku tarik nafas dalam-dalam.
“ Lara..how are you..?” Tuan Hashim berbahasa basi denganku.
“ I’am good Sir thank you..” Jawabku sopan.
“ Well Lara, you did a good job, I puas hati dengan kerja-kerja you, cepat dan tepat..so macam mana dengan skroll yang last tu..dah siap..?” Aku sedikit lega dengan pujian yang ku terima.
“ I’am still working on it Sir..kitorang baru check-in tadi..Insyallah esok siap and I’ll send by email direct to you Sir..” Jelasku.
“ Boleh you siapkan secepat mungkin..kalau boleh jangan ambil masa lama sangat..”
“ Insyallah, lagi pun skroll yang last ni tak panjang..I’ll try to finish it by tomorrow Sir..”
“ Okey good Lara..I know Profesor Engku Zameer tak akan kecewakan I..” Aku menarik nafas lega. Baru sahaja aku hendak bangkit..
“ Lara..wait, ada sesuatu yang I nak cakapkan dengan you..” Sekali lagi dadaku berderau.
“ Mana Hairie..suruh dia duduk sebelah you sekarang..” Semakin kencang debaran di dadaku dengan arahan Tuan Hashim. Hairie segera mengambil tempat di sebelahku. Tangan yang sudah sejuk aku ramas-ramas sendiri. Aku seakan dapat menduga apa yang hendak diperkatakan oleh Tuan Hashim.
“ Hairie, Daddy dah tau apa yang jadi pada kamu..tentang pernikahan kamu dengan Lara..kenapa kamu tak maklumkan sendiri pada daddy, daddy dapat berita ni dari Engku Ezat..why..?” Hairie menarik nafas. Dia menjeling pada Zahara di sisi. Zahara tersenyum sinis.
“ You know why it happen..right daddy..?” Kata Hairie.
“ Yes I know..dan sekarang daddy nak tau apa yang kamu nak buat selepas ni..”
“ Maksud daddy..?”
“ Hairie, kita masih ada perjanjian dengan Engku Ezat, daddy harap kamu tau apa yang harus kamu lakukan..”
“ Hairie tau tu semua, tapi daddy nak Hairie buat apa..?”
“ Hairie kamu mesti kahwin dengan Zahara, lepaskan Lara..kamu semua dah keluar dari pulau tu, so…tugas dia sebagai isteri sementara dah selesai..” Memang tepat dugaanku. Aku tidak terkilan dengan arahan Tuan Hashim, kerana aku tahu aku hanya batu loncatan sahaja. Aku sedar akan hal itu.
“ Hairie akan buat keputusan sendiri..” Tegas Hairie.
“ Tak boleh, setiap keputusan mesti datang dari daddy..!” Keras sedkit nada suara Tuan Hashim.
“ Sudahlah daddy, habis ekspedisi nanti baru kita bincang..” Ujar Hairie pula.
“ Hairie..!” Nyaring kedengaran jeritan Tuan Hashim.
“ Ceraikan Lara sekarang..!”
“ Cukuplah daddy, biarkan Hairie buat keputusan sendiri..biarkan Hairie tentukan hidup Hairie sendiri..!” Aku rasa serba salah dengan pertengkaran mereka, kerana aku adalah subjek utama di dalam pertengkaran ini.
“ Lara..you nak teruskan perkahwinan ni..?” Tiba-tiba pertanyaan diajukan kepadaku. Aku diam. Tidak tahu harus berkata apa.
“ Lara..!”
“ Err.er..no Sir…” Terpaksa juga aku menjawab walau bukan sepenuh hati. Aku tidak berani melihat ke wajah Hairie.
“ No for her..but yes for me..daddy jangan masuk campur lagi, urusan Hairie dengan Lara itu hak Hairie..so that’s all daddy..bye..” Hairie bangkit dan terus keluar dari bilik Encik Adli. Aku masih terpacak di situ. Menanti kalau-kalau ada arahan dari Tuan Hashim.
“ Lara..you know what to do…right..?” Aku angguk.
“ Atuk..Hanes tak mau Papa dengan kak Lara bercerai..” Hanes tiba-tiba duduk di sebelahku.
“ Hanes you kecil lagi sayang, you tak tau apa-apa pun..” Pujuk Tuan Hashim.
“ Hanes dah besar, Hanes tau apa yang papa rasa..”
“ Apa yang Hanes tau tentang Papa..emm..?”
“ Papa…dia sayangkan kak Lara..macam Hanes juga..Hanes sayang kak Lara..” Aku terkejut dengan kenyataan Hanes.
“ Hanes you tak tau apa-apa..Adli I’ll stop this conversation..and you Lara, cepat siapkan kerja you I’ll wait understand…”
“ Yes Sir..” Jawabku, dan talian dimatikan. Aku keluar dari bilik Encik Adli dengan perasaan yang tidak menentu. Aku masih terfikir akan kata-kata Hanes tadi. Benarkah Hairie sayangkan aku. Lalu bagaimana dengan Zahara. Arghh…biarlah aku serahkan pada Hairie sahaja. Aku masih punya tugas yang mesti dibereskan.
Malam itu aku terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan tugasaan menterjemahkan skroll terakhir. Mujurlah skroll itu tidak panjang. Hanya ada tiga perenggan sahaja. Namun berhempas pulas juga aku untuk menyelesaikannya. Nasib baik rujukkan yang aku dapat dari perpustakaan di Urumqi tempohari sempat aku masukkan ke dalam laptop aku. Semua itu memudahkan kerja-kerja penterjemahanku kali ini.
Aku melirik ke jam tangan. Sudah hampir pukul 4 pagi. Sudah beberapa kali aku menguap. Sudah bercawan-cawan juga Nescafe panas yang aku togok. Mata pula semakin layu. Syanie dan Laila sudah lama berdengkur. Hanes pula tidur di bilik papanya. Aku mengeliat sebentar meluruskan tulang dan urat-urat yang tegang. Aku bangkit ke pintu balkoni kamar. Aku selak langsir berwarna ungu gelap yang menjadi pembidang pintu balkoni. Sang rembulan bersinar indah di langit. Bulat seperti mentol sportlight. Aku teringat dialog Kassim Baba di dalam kisah Ali Baba Bujang Lapuk.
“ Aiseymen cantiknya bulan,bagus untuk orang yang sedang berkasih sayang ni.” Hahaha….lebih kurang macam tu lah dialognya.
Aku membuka pintu kaca balkoni sambil mataku terus menatap keindahan bulan yang sedang tersenyum. Angin lembut menyapa wajah. Nyaman terasa seketika. Aku ingat pula pada sebuah lagu Yuna yang menjadi lagu kegemaranku. “Dan Sebenarnya”. Perlahan aku senandungkan lagu itu sambil membalas senyuman sang rembulan. Aku alihkan pula pandangan ke laut lepas yang terbentang di hadapanku. Namun tiba-tiba pandangan aku terlekat pada balkoni kamar di hujung. Hairie berdiri memeluk tubuh memerhatikan aku. OMG…sejak bila dia ada di situ. Aku jadi serba salah. Malu pula bila teringat yang aku sebenarnya tersenyum-senyum, tersengih-sengih sendiri tengok bulan tadi. Hairie masih berdiri dan bersandar pada tembok balkoni. Dia masih memerhatikan aku. Aku undur beberapa langkah ke belakang sambil cuba senyum kepadanya. Secepat kilat aku melangkah masuk semula ke kamar. Cepat-cepat aku tutup pintu balkoni dan menarik langsir berwarna unggu itu. Aku menarik nafas panjang. Dalam kepala terus teringat pada kata-kata Hanes tadi. Papa sayang kak Lara…. Ermmm….Akhirnya aku terlena bersama tugasanku yang hampir selesai itu.
24
Aku membelek-belek seutas rantai yang cantik tergantung di sudut gerai. Hanes pula mencuba beberapa buah topi renda yang comel. Aku melihat sekeliling. Suasana meriah di kawasan bazaar. Ada bermacam-macam barang yang dijual membuatkan kami rambang mata. Bazar ini memang amat berbeza dengan pasar-pasar malam atau pasar minggu yang terdapat di Malaysia. Di bazaar ini bukan setakat barang-barang sahaja yang dijual, malah binatang-binatang ternakkan juga turut ditawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk membeli.
“ Lara..!” Syanie menerpa.
“ Tengok cantikkan..” Dia menunjukkan kepadaku sehelai kain sari berwarna merah tua
“ Cantik…boleh buat kebaya ni..’ Ujarku pula.
“ Warna pink ni pun cantik..aku nak buat baju kurung moden..” Sampuk Laila pula. Laila memang pandai menjahit. Kadang-kadang baju kurung aku pun dia yang jahitkan. Aku memilih sehelai sari sutera berwarna unggu muda. Dalam kepala sudah terbayang fesyen apa yang sesuai dengan kain ini. Aku tersenyum. Aku acukan sari sutera itu di lengan. Memang pas dengan tona kulitku yang putih.
“ Hey..geng..senyum sikit say peace..” Ajib mengambil gambar kami.
“ Peaceeee…” Dalam sibuk-sibuk memilih sempat juga kami berposing. Kami bergerak dari gerai ke gerai. Geramnya tengok barang-barang perhiasan di sini. Cantik dan unik. Kalaulah aku sedang melancong memang aku beli benda-benda ni semua.
“ Lara..!” Mohan tersengih mendekati kami. Di tangannya tersidai beberapa gantungan beg plastic. Mohan pun shoping sakan nampaknya.
“ Ada pertandingan memanah kat sana, hadiahnya lumayan beb..seutas rantai emas…besar juga aku agak lebih kurang sepuluh mayam, siap ada loket sekali..”
“ Wow…” Tiba-tiba Syanie menarik tangan aku.
“ Kenapa ni..?” Soalku kalut.
“ Apa tunggu lagi jomlah…kau kan athlit memanah kat U..cubalah mana tau dapat kalau kau tak nak hadiah tu bagi kat aku..” Ujar Syanie sambil menarik tangan aku mengikuti langkah Mohan. Aku diseret hingga ke tempat pertandingan memanah itu. Ramai orang mengelilingi kawasan memanah tersebut. Ada beberapa orang lelaki mencuba namun mereka kecewa kerana gagal memanah tepat mengenai sasaran. Di Universiti dulu aku memang seorang athlit memanah. Ada beberapa kali aku mewakili Universiti aku di dalam game antara Universiti-Universiti Malaysia.
Encik Adli, Hairie, Mike dan Zahara juga ada di situ. Pagi tadi mereka berkumpul bagi membincangkan bagaimana caranya untuk mencari keratan peta yang berada di dalam lukisan Kapal Permata yang telah di beli oleh Raja. Aku dan yang lain-lain pula mengambil peluang berjalan-jalan di bazaar ini.
“ Masuklah Lara..aku beritahu orang tu ya..” Mohan mahu melangkah ke arah lelaki yang berada di bawah khemah. Pantas aku tarik bajunya. Aku mengeleng kepala dan memberi isyarat agar Mohan tidak ke situ.
“ Lara..! cepat aku dah daftarkan kau…jom..!” Syanie dan Laila menarik tangan aku menuju ke khemah. Amboi…bukan main cepat lagi korang mendaftar, tak tanya aku pun…
“ Hoi..korang ni aku tak nak lah…” Geram aku dengan budak berdua ni…mahu aja aku tempeleng muka diorang. Hanes bersorak gembira. Aku menarik nafas geram. Sebuah busur berserta anak panah dihulur kepadaku. Lelaki itu tersengih sambil menunjukkan seutas rantai emas yang cantik berserta loket yang agak besar. Aku kira kalau jual ni mahu makan tiga empat ribu.
“ Gold..?” Sempat aku bertanya.
“ Yes..gold..real one..” Jawab lelaki itu sambil tersengih.
“ Hahaha…tadi kata tak nak..tapi tanya pulak..” Aku ketap bibir geram dengan ejekkan Syanie.
“ Kurang ajar ya korang..kalau aku dapat jangan haraplah korang nak share..!” Ujarku sambil menapak ke garisan. Teriakkan dan sorakan bergema saat aku menuju ke garisan permulaan. Aku sempat melirik ke kiri dan kanan. Semakin ramai orang mengerumuni kawasan memanah itu.
“ Go Lara..go Lara..!” Aku geleng kepala melihat Syanie dan Laila yang terkinja-kinja macam beruk mat yeh. Aku diberikan tiga peluang. Aku memulakan dengan cuban pertama. Mujur kedudukan sasaran lebih kurang sama dengan padang latihan di U dulu. Dengan lafaz “Bismillah”…Zappppp… melayang anak panahku menbidik sasaran. Suara sorakkan bergema lagi. Arghh…sipi-sipi sahaja. Lebih kurang dalam lingkungan sembilan mata.
“ Is it okey..? I got nine mark..can you give me that gold..?” Soalku cuba memujuk lelaki tadi. Dia tersengih-sengih sambil mengeleng-geleng.
“ Full mark…ten..then this gold for you…try again..” Ujarnya. Aku mencebik. Aku membuat cubaan kedua. Kali ini aku lebih fokus dengan membayangkan pingat emas yang sudah beberapa kali aku menangi. Sekali lagi dengan lafaz “Bismilah”…Zappppp..anak panah aku melucur laju…dan yessssss…kali ini tepat mengenai sasaran.
“ Yesss…hahaha…full mark..see..give me that gold..!” Teriakku gembira. Lelaki tadi tersengih sambil menepuk kepalanya sendiri. Sorakkan bergema di sekitar kawasan memanah.
“ You are very good..” Ujar lelaki itu sambil menyerahkan rantai emas itu ke tanganku. Syanie, Laila, Hanes, Mohan dan Ajib bersorak riang.
“ Hahaha…lumayan ni..balik nanti aku jual boleh buat shopping..” Ujarku gembira. Baru sahaja kami hendak melangkah meninggalkan tempat itu, tidak semena-mena datang beberapa orang lelaki berkuda menghampiri kami. Aku segera menarik Hanes. Kami beranjak sedikit ke tepi gerai.
“ Wait..!” Salah seorang lelaki yang berkuda itu turun dari kudanya lalu menghampiri aku. Aku rasa hairan kerana suasana berubah menjadi senyap sunyi ketika lelaki-lelaki berkuda itu muncul. Semua mata memandang ke arah kami. Mataku melingas mencari kelibat Hairie dan Encik Adli. Lelaki itu menapak ke arahku.
“ Don’t worry, I just want to say congratulation to you..you are very good in Archery..may I know your name..?” Lelaki yang bertutup separuh mukanya dengan kain hitam itu menghulurkan tangan untuk bersalam denganku. Aku tidak menyambut salamnya. Aku takut dan merasa ragu untuk menyambut salam itu. Tambahan dengan penampilannya yang seakan-akan perompak padang pasir itu. Lagi pun kenapa semua orang senyap…pasti mereka ni penyamun.
Aku tarik Hanes dan terus lari dari situ. Syanie, Laila dan Ajib ikut sama berlari. Kami tercunggap-cunggap ketika sampai di depan Hotel.
“ Kenapa kau lari..?” Syanie termengah-mengah.
“ Aku takutlah…entah-entah perompak, sebab tu aku cabut..” Laila dan Hanes terduduk di anak tangga.
“ Dia nak ucap tahniah aje..yang kau cabut tu kenapa..?” Laila menonjol kepala aku.
“ Dah tu yang korang ikut aku cabut tu kenapa..?” Aku tonjol balik kepala Laila. Hanes dan Ajib ketawa gelihati.
“ Kau ni Lara…eiiii..kalau dia cari kau lagi macam mana..?” Syanie menemplak aku.
“ Buat apa dia nak cari aku, lainlah kalau dia dah fall in love kat aku..hah..lantak dialah..ahhh..sudahlah jom kita masuk aku nak mandi..” Ujarku sambil menarik tangan Hanes.
“ Emmm..Lara…Lara…mana kau pegi ada aje orang minat kat kau…untung jadi cantik ni…” Aku tergelak dengan kata-kata Syanie.
“ Dahlah cantik pandai memanah pulak tu..” Sampuk Ajib tiba-tiba.
“ Ahhh…sudahlah kau Jip…dah tak ada chance…Lara dah berpunya..” Teriak Laila dari tangga. Ajib ketawa. Aku hanya mengeleng kepala dengan telatah sahabat-sahabatku.
Ketika menikmati makan malam di restoran hotel, cerita aku memanah siang tadi menjadi bualan. Mike seakan tidak percaya bila diberitahu bahawa aku adalah salah seorang athlit memanah suatu ketika dulu.
“ Betul ke…lemah lembut macam ni…aiyaaaa…tak percayalah..” Ujar Mike berseloroh. Aku hanya senyum dan berdiam diri. Biarlah mereka bercerita. Itu semua sudah berlalu.
“ Three time gold medal maaa…” Kata Mohan sambil menghirup sup di sudunya.
“ Menang lagi satu emas hari ni..besar boleh gadai lagi…” Kata-kata Syanie disambut gelak tawa semua orang. Aku menjeling kepada Zahara yang berdiam diri sedari tadi. Wajahnya masam sahaja. Dia makan tanpa mempedulikan orang lain. Aku tahu dia marah, kerana hajatnya untuk melihat aku dan Hairie berpisah belum tercapai. Aku jadi serba salah. Aku dan Hairie tidak saling bercinta, namun keputusan di tangan Hairie. Aku sendiri pun tak boleh buat apa-apa.
Seketika Kumar datang. Dia terus menarik sebuah kerusi kosong di sebelah Ajib. Seperti biasa dia tersengih-sengih menampakkan barisan giginya yang putih. Aku mengagak pasti ada sesuatu yang mahu disampaikannya.
“ Good news…we all are invite to cocktail party at Raja’s Palace..tomorow night..” Ujarnya masih tersengih. Encik Adli mengangkat kening.
“ Well..peluang ni, kita boleh menyusup untuk cari tau kat mana lukisan tu..” Ujar Encik Adli kemudian.
“ Everyone must come…this is an appreciation from Raja, we can’t reject..or else Raja will angry..” Kata Kumar lagi. Aku mendegus kecil. “Majlis koktail…nak pakai baju apa.takkan nak pakai T’shirt dengan jeans aja…” Bisikku sendiri.
“ Okey…we’ll come..” Putus Encik Adli.
“ Nak pakai baju apa..takkan nak pakai macam ni je..majlis koktail tu..” Kata Zahara.
“ Encik Adli kitorang tak pergi boleh tak..?” Tanya Laila. Aku kemudian bersetuju dengan Laila. Encik Adli mengelengkan kepalanya.
“ Semua kena pergi saya tak mahu ada masalah nanti..dengar tak Kumar cakap tadi or else Raja will angry..saya harap kerjasama dari semua..okey..” Nampaknya kami tak punya pilihan. Hendak tak hendak kami terpaksa menurut arahan ketua.
“ Korang bawak baju apa…ada dress ke..?” Tanya Laila setelah kami kembali ke kamar.
“ Dress apanya..aku bawak baju ni..” Ujar syanie menunjukkan sepasang blouse chiffon lembut berwarna putih dipadankan dengan skirt hitam labuh. Ada vest lembut sebagai match and mix. Aku tunjuk Jempol kepada Syanie. Tanda baju itu cantik dan sesuai. Syanie tersengih.
“ Aku ada baju kurung moden ni aje..” Ujar Laila menayangkan sepasang kurung Moden merah hati yang sangat anggun.
“ Cantik tuuuu…” Ujarku.
“ Kau bawak baju lain tak Lara..” Aku mengangguk sambil mengeluarkan sepasang kebaya nyonya berwarna oren dipadankan dengan sehelai kain batik timpah.
“ Cantiknya…tak sabar nak tengok kau pakai, mesti Hairie jatuh tergolek-golek kat kaki kau nanti…” Ujar Laila. Aku ketawa gelihati sambil membayangkan bagaimana Hairie jatuh tergolek-golek di kaki aku.
“ Merepeklah kau ni…” Ujarku masih menguntum senyum.
“ Aaaa…apa senyum-senyum tu..beranganlah tu…hahaha…” Sergah Syanie. Pantas aku membaling sebiji bantal ke mukanya. Suasana menjadi ruih rendah dengan derai tawa kami bertiga. Malam itu sebelum tidur kami mencuba-cuba mengayakan fesyen rambut yang sesuai dengan pakaian kami. Syanie dan Laila memang pandai dalam bidang solek menyolek ni. Sedangkan aku memang zero….hahaha…tapi apa-apa pun bolehlah. Bak kata Syanie..” Kau tu Lara..dah memang cantik make-up ke tak ke memang cantik semulajadi..kau jangan risaulah..” Aku tersenyum. Hai…perasanlah pulak…
25
Selesai solat Zuhor tengahari itu aku keluar ke kaki lima hotel. Mata aku mencari-cari di mana gerangan semua orang. Kelibat Syanie, Laila dan Hanes juga tidak kelihatan dari tadi. “ Mana diorang menyorok ni..” Degusku sedikit geram. Aku melangkah ke tepi pantai. Seketika terdengar suara ketawa di hujung pondok. Ada suara petikkan gitar juga. Aku menjengah dari sebalik pohon kelapa yang rendang.
“ Oooo…kat sini rupa-rupanya korang, puas aku cari…sampai hati korang tinggalkan aku sendiri..!” Sergahku. Mereka semua ketawa menyambut kedatangan aku.
“ Kak Lara…sorrylah tadi diorang cakap kak Lara ada kerja sebab tu Hanes tak panggil kakak..” Ujar Hanes menarik aku duduk. Aku senyum pada Hanes. Aku lihat Ajib memetik gitar.
“ Gitar sapa ni Jib…mana kau rembat..?” Soalku menarik gitar tong berwarna hitam itu dari tangan Ajib.
“ Aku tak rembatlah…aku pinjam dari budak kaunter tu..” Jawab Ajib. Emmm…dah lama rasanya aku tak bermain gitar sejak assignment berlambak-lambak terpaksa aku siapkan. Gitar penghibur aku di rumah terletak sahaja di sebelah katil. Tidak ada masa hendakku layan.
“ Kak Lara pandai main gitar..?” Tanya Hanes.
“ Kak Lara ni bukan setakat main gitar, cipta lagu, nyanyi, kadang-kadang dia jadi juri AF..” Seloroh Syanie.
“ Banyaklah engkau mek..mana ada main gitar sikit-sikit bolehlah..” Ujarku.
“ Boleh mainkan satu lagu..?” Pinta Hanes. Aku melihat sekeliling. Emmm..tak ada orang lain kat situ. Bolehlah kut…
“ Okey..tapi korang kena beritahu aku kalau ada orang datang tau..” Kataku.
“ Okey..” Balas mereka. Aku teringat pada lagu KENANGAN TERINDAH nyanyian Samsons. Aku suka lagu itu. Aku akan nyanyikan lagu itu khas untuk Hanes.
“ Hanes…Kenangan Terindah by Samsons..dengar liriknya okey..khas untuk Hanes..” Ujarku. Suasana senyap ketika aku memetik gitar dan mengalunkan alunan Kenangan Terindah…
“ Aku yang lemah tanpamu…
Aku yang rentan karena
Cinta yang t’lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu
Darimu..kutemukan hidupku…
Bagiku..kaulah cinta sejati…
Bila yang tertulis untukku..
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku.
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang t’lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah……”
Selesai aku mengalunkan lagu. Semua senyap. Hanes mengesat airmatanya. Syanie dan Laila juga sudah bergenang mata.
“ Kenapa ni…tepuklah…nangis pulak…” Ujarku memeluk bahu Hanes.
“ Hanes ingat mama…” Tiba-tiba Hanes bersuara sebak menahan kesedihannya. Aku ketawa kecil. Aku peluk Hanes erat. Sayangku pada gadis cilik ini mengalir hangat di sanubari.
“ Kitorang masuk dululah Lara..sedih sangat dengar kau nyanyi, nak sambung nangis kat dalam pulak..” Syanie, Laila dan Ajib mengambil gitar di tanganku dan berlalu.
“ Anyway suara kau memang indah sangat seindah orangnya..” Ujar Laila pula sambil berlalu pergi meninggalkan aku dan Hanes. Aku memanggil mereka namun panggilanku tidak dihiraukan. Huh..aku mendegus sendiri.
‘ Hanes sorry Kak Lara tak ada niat nak buat Hanes sedih, Kak Lara nak hiburkan Hanes aje, tak sangka pulak Hanes menangis..dahlah tu…” Pujukku apabila Hanes masih tersedu-sedu.
“ Kak Lara please…jangan bercerai dengan Papa..” Aku terdiam. Tidak menyangka Hanes akan berkata begitu. Aku menarik nafas dalam-dalam. Sukar untuk aku memenuhi permintaan itu.
“ Hanes, Kak Lara tak boleh ada dalam hidup Papa Hanes..Hanes sendiri dengar apa yang Tuan Hashim cakap semalam…” Ujarku.
“ Hanes tak peduli…”
“ Hanes dengar sini, Papa kena kahwin dengan Zahara itu perjanjian Tuan Hashim dengan keluarga Zahara, Kak Lara cuma berkerja untuk Tuan Hashim..Kak Lara dibayar..Kak Lara tak boleh ada niat lain selain bekerja..Hanes kena faham, lepas habis ekspedisi ni..tugas Kak Lara selesai..Kak Lara tak boleh ada dekat-dekat dengan Hanes lagi…” Aku terdiam seketika. Benarkah hatiku kuat untuk berjauhan dari Hanes nanti setelah perasaan sayang ini menular hingga ke lubuk hatiku yang dalam.
“ Kak Lara nak lupakan Hanes dengan Papa macam tu aje..?” Aku merenung mata bundar milik Hanes. Aku lekapkan kedua-dua tapak tanganku di pipi gebu Hanes yang dibasahi oleh airmatanya.
“ Hanes, Kak Lara tak akan lupakan Hanes..macam lagu yang Kak Lara nyanyi tadi…Hanes sentiasa jadi kenangan terindah untuk Kak Lara sepanjang hayat Kak Lara..” Ada butiran airmata yang gugur di pipiku. Cepat aku sapu dengan tangan.
“ Papa..?” Soal Hanes lagi. Aku menarik nafas lagi.
“ Papa pun akan jadi kenangan terindah untuk Kak Lara..” Aku tak mampu meneruskan kata-kata semakin deras airmata ini luruh. Entah kenapa hati ini begitu sayu sekali.
“ Papa tak mahu sekadar jadi kenangan terindah..papa nak sentiasa ada, dekat dengan Kak Lara…sentiasa, selalu.. bukan cuma kenangan..” Aku tersentak. Hairie sudah berdiri di hadapanku.
“ Encik Hairie..!” Aku bangkit. Aku tidak menyangka dia ada di situ. Apakah dia mendengar segala perbualan aku dan Hanes tadi.
“ Sejak bila encik kat sini..?” Soalku sedikit kalut.
“ Papa dah lama kat belakang ni..masa kak Lara nyanyi tadi..” Jawab Hanes memeluk Hairie. Aku menelan liur. OMG…malunya aku. Patutlah Syanie, Laila dan Ajib cepat-cepat minta diri. Rupa-rupanya mereka tahu Hairie sudah berada di belakangku sedari tadi. Arghhh…malunyaaaa….
Aku terduduk kembali. Hati jadi tidak keruan. Terasa darah panas menyerbu muka. Ternyata Hairie mendengar perbualan aku dan Hanes. Aku dalam posisi serba salah sekarang. Hairie duduk di sebelahku. Hanes juga mengambil tempat di sebelah kiriku. Aku berada di tengah-tengah. Aku semakin serba salah. Aku cuba untuk bangun. Namun Hairie menahan.
“ I dah cakap, I akan uruskan semua hal Zahara, you jangan risau..I’ll protect you…don’t you trust me..?” Ujar Hairie. Aku terdiam. Antara kehendak Hairie dan arahan Tuan Hashim kedua-duanya amat sukar untukku laksanakan. Aku sayangkan Hanes, dan Hairie pula semakin mengocak jiwaku. Sedikit demi sedikit dia berjaya juga mencuri hati aku. Di saat hati aku semakin mekar, arahan Tuan Hashim pula menyambar. Lalu hati ini sudah jadi tidak menentu.
“ Tak semudah tu encik…saya tak nak jadi perosak keluarga orang lain, kalau encik terus mendesak nanti encik juga yang susah..” Luahku.
“ I dan Hanes sanggup terima apa-apa pun demi you Lara..Hanes wanted you to stay and me too…” Aku mengelengkan kepala beberapa kali. Aku tidak mahu mereka berdua menanggung masalah dan kesusahan kerana aku. Aku bukan siapa-siapa yang wajar menerima pengorbanan itu.
“ Tapi saya tak sanggup encik…saya tak sanggup tengok encik dan Hanes susah kerana saya..sorry saya tak boleh..” Aku bangkit. Hairie menarik aku.
“ Kenapa Lara..?”
“ Encik Hairie, kita kena terima kenyataan kita tak ditakdirkan untuk bersama..Hanes pun kena terima tu..Kak Lara tak boleh jadi batu penghalang dalam keluarga Hanes..nanti sebab Kak Lara perniagaan keluarga Hanes dapat masalah..” Aku ingin berlalu pergi dari situ. Namun pantas Hanes menarik tanganku.
“ Hanes tak mau papa kahwin dengan Zahara…Kak Lara bawa Hanes dengan kakak..Hanes nak tinggal dengan Kak Lara…!” Aku menarik nafas yang tersangkut-sangkut. Sungguh, susah benar berada di dalam posisi ini. Kalaulah begitu mudah, mahu sahaja aku bawa Hanes bersama hidup denganku. Aku sanggup menanggung Hanes. Tapi semua itu tidak mungkin akan terjadi. Aku tidak punya hak terhadap Hanes. Aku hanya…ibu tirinya…ibu tiri sementara.
“ Encik Hairie release me…” Hanya itu yang mampu keluar dari bibirku. Aku melangkah pergi meninggalkan Hanes dan Hairie. Walaupun sebenarnya aku akan melangkah ke dalam kancah kekecewaan. Tapi aku terpaksa. Biarlah aku, Hanes dan Hairie menanggung kelukaan ini sekarang, daripada terpaksa menanggung risiko dihukum oleh rasa bersalah sepanjang hayat.
Sepanjang jalan masuk ke hotel aku menangis. Aku belum pernah rasa sakit dan kecewa seperti ini sepanjang hidupku. Dahulu sewaktu Zain meninggal aku pernah rasa kesakitan, namun tidak seperti ini. Apa yang aku rasa sewaktu pemergian Zain hanyalah rasa bersalah yang tidak berkesudahan. Tapi kali ini aku merasa sakit pada seluruh jiwa dan raga. Sakit kerana aku tidak berupaya untuk memenuhi keinginan sendiri.
Aku terserempak dengan Encik Adli sewaktu hendak menaiki tangga. Cepat-cepat aku kesat airmata di pipi.
“ Lara..kenapa ni…you menangis..?” Encik Adli berdiri betul-betul di hadapan aku. Dia menghalang laluanku.
“ Tak adalah encik..” Ujarku cuba berselindung.
“ What happen…ada orang kacau you…or…it’s about Hairie..apa dia dah buat kat you Lara…tell me..” Encik Adli mendesak.
“ Tak ada apa-apa encik…Encik Hairie tak buat apa-apa..”
“ Tapi..”
“ Excuse me encik..saya nak ke bilik dulu..” Aku terpaksa menolak tubuhnya supaya aku boleh berlalu ke kamar.
“ Lara..!” Aku biarkan pangilan Encik Adli tanpa jawapan. Bukan niat aku untuk sakitkan hatinya. Namun saat ini kepala serasa berserabut dan aku perlu menyendiri sebentar. Aku berbaring di katil. Syanie dan Laila sudah keluar untuk mengambil gambar di sekitar pantai. Aku ambil Ipad di dalam beg galas. Aku cuba melayari internet. Aku login ke Candy crush. Baru beberapa saat bermain, tapi aku rasa bosan dan aku tidak dapat menumpukan perhatian kepada permainan. Aku tutup game.
Aku login pula ke facebook. Ada sesuatu di wall milikku. Gambar sejambak bunga dan sekotak coklat…” For you “ dari Harry Potter. Aku menarik nafas. Aku clik butang Like. Kemudian aku logout. Semuanya serba tak kena. Aku cuba memejamkan mata. Namun wajah Hairie menerawang bermain di minda. Aku takut kalau aku benar-benar jatuh cinta pada Hairie. Aku sedar akan risiko yang akan aku tanggung nanti kalau aku terus membenarkan perasaan ini mekar berbunga. Aku bakal menyusahkan dia, menyusahkan Hanes dan menyusahkan keluarga Hairie. Tidak…aku tak boleh pentingkan diri sendiri. Aku harus bertegas dengan hati dan perasaan sendiri. Aku tidak akan membiarkan hati dan perasaan mengawal minda aku…tidak…
“ Lara..!” Aku tersentak. Syanie masuk termengah-mengah macam dikejar pocong.
“ Encik Hairie…dengan Encik Adli…bergaduh kat tepi pantai..”
“ Hah..! kenapa..?” Terkejut aku dengan berita itu.
“ Tak pasti sebab apa tapi diorang ada mention nama kau..” Segera aku tarik tangan Syanie. Kami keluar dan terus menuju ke tepi pantai. Mike berdiri sambil bercekak pinggang. Sesekali dia berteriak.
“ Guys…stop it..!” Encik Adli dan Hairie terus bertekak tentang sesuatu yang aku tak pasti biji butirnya. Aku tidak berani menghampiri mereka. Aku hanya berdiri di bawah pondok kecil tadi sambil melihat dari kejauhan. Tiba-tiba Hairie terlihat aku di situ bersama Syanie.
‘ Lara..!” Teriaknya. Aku terkejut. Aku rasa hendak cabut sahaja dari situ. Namun Hairie dan Encik Adli sudah pun berada di hadapanku. Dadaku berdebar kencang.
“ Lara..this man..dia sukakan you, and he ask me to release you..!” Kata Hairie sambil menunjuk kepada Encik Adli. Aku terkejut dengan kata-kata Hairie. Aku pandang Encik Adli dengan pandangan tidak percaya. Encik Adli berdiam diri. Dia hanya berdiri sambil bercekak pinggang. Wajahnya nampak tegang.
“ Mungkin sebab tu you pun minta I lepaskan you..you and Adli..”
“ Encik Hairie..jangan tuduh yang bukan-bukan..saya tak pernah ada hubungan dengan Encik Adli..!” Bentakku sedikit keras.
“ Hairie, kau ni memang suka buruk sangka..” Encik Adli mencelah.
“ Buruk sangka apa…kau yang mengaku kau sukakan Lara..!” Keras suara Hairie.
“ Itu hak aku..!” Balas Encik Adli keras juga.
“ Kurang ajar kau..! Lara isteri aku..kau tak ada hak apa-apa..!” Seketika kemudian sebuah tumbukan melayang ke muka Encik Adli. Aku terjerit.
“ Ya Allah..kenapa jadi macam ni..encik..kerja kita belum selesai lagi, kenapa encik berdua ni bergaduh…kalau Tuan Hashim tau macam mana encik…matilah saya..encik-encik ni tak kesian dengan saya ke…saya ni payment pun belum dapat tau..kalau Tuan tau..bukan setakat payment aje, dengan saya-saya sekali kena pecat..tau tak..!” Jerkahku sambil membebel. Sakit betul hati aku. Kalau Tuan Hashim dapat tahu bukankah makin bertambah lagi masalah. Sejak dari awal ekspedisi sampailah dah nak dekat habis, tak sudah-sudah mereka mengheret aku dalam masalah demi masalah. Berserabut otak aku.
“ Sorry lara..” Ujar Encik Adli
“ Lara…sorry tapi Adli..”
“ Sudahlah..! jangan nak tambah masalah jangan nak brgaduh lagi !” Jeritku. Hah..! puas hati aku dapat menjerit…
Encik Adli dan Hairie berlalu masuk ke hotel sambil diiringi oleh Mike. Aku mendegus geram. Syanie ketawa melekek-lekek. Aku kertap bibir sambil menjeling.
“ Hahaha…garang gila kau Lara..macam cikgu besar..hahaha..” Aku ketuk kepala Syanie dengan jari.
‘ Aku pun tak sedar sebenarnya..tapi aku geram sangat tak sudah-sudah diorang bagi masalah kat aku..” Syanie terus ketawa. Akhirnya aku pun ketawa. Arghhh…hilang sikit strees dapat marah orang…
25
Aku bersiap sederhana sahaja malam itu. Solekkan pun nipis sahaja. Rambutku yang panjang mengurai kubiar lepas begitu sahaja.
“ Cantiknya Lara..macam puteri Jawa..” Aku ketawa dengan pujian Syanie.
“ Mana ada kau pun apa kurangnya…cantik menarik tertarik the bomb..” Ujarku pula. Syanie dan Laila nampak cantik sangat. Mereka memang pakar dalam bidang kecantikkan sebab itulah gaya mereka tidak canggung bila bersolek setebal mana pun. Bukan seperti aku. Lipstik merah menyala pun aku takut. Rasa bibirku tebal sedepa susah nak bercakap. Aku mengenakan sandal wadges yang ringan. Mujur aku teringat untuk membawanya. Kalau tidak terpaksalah aku berkebaya dengan kasut snikers sahaja.
Kami keluar menuju ke lobi hotel. Nampaknya ramai juga pelancong lain yang diundang ke majlis tersebut. Masing-masing bergaya agak formal. Aku tercari-cari kelibat Hanes. Beberapa orang lelaki Eropah yang cuba mengurat aku kelmarin menghampiriku.
“ Wow..you looks gorgeous and different from others..by the way I’am Matt..and you..?”
“ Lara..” Ujarku sepatah.
“ Beautiful name..and beautiful Lara..” Katanya memuji.
“ Thanks Matt..” sambutku. Aku meminta diri untuk mencari ahli-ahli kumpulanku. Aku melihat kelibat Hanes di hujung lobi.
“ Kak Lara…cantiknya..mana dapat kebaya ni..?” Hanes memusing-musingkan tubuhku.
“ Kak Lara rembat kat kedai Cik Kiah semalam, hahaha..tak adalah Kak Lara punyalah…” Hanes nampak comel dengan gaun kembang berwarna pink. Rambutnya dibiar terurai dan dihiasi dengan skaf kecil berwarna pink juga.
“ Hanes duduk sorang-sorang kat sini mana yang lain..?”
“Tu..” Tunjuk Hanes ke arah belakangku. Aku menoleh. Rupa-rupanya tanpa aku sedari semua orang sudah ada di situ, dan semuanya memandang ke arah kami berdiri.
“ Lara..you are so beautiful..’ Kata Mike sambil melirik kepada Hairie yang berdiri di samping Zahara. Tangan Zahara melingkar di lengan Hairie. Zahara mengenakan dress hitam ketat dan terbuka luas di bahagian atas dada menampakkan bahagian atas tubuhnya yang putih gebu. Entah dari mana pula dia dapat baju itu.
“ Okey semua ladys and girl mesti ada partner, kalau tidak nanti takut ada yang kacau..and guys please tolong jaga diorang okey..” Kata Mike. Aku mendegus kecil. Siapa pula nak aku jadikan partner ni…suami sendiri sudah dikepit orang lain. Aku biar Mike mengatur semuanya. Mohan digandingkan dengan Syanie. Ajib dengan Laila, Mike mengambil Hanes dan aku…hendak tak hendak terpaksa bergandingan dengan Encik Adli.
Kumar datang memberitahu bahawa kenderaan yang akan membawa kami ke Istana Raja sudah menanti di depan. Aku sempat mengerling kepada Hairie yang berkepit dengan Zahara. Tiba-tiba rasa cemburu meluap-luap. Siang tadi cakap lain, malam lain pula reaksi dia. Dia seperti tidak mengendahkan aku langsung. Sakit pulak hati ni….
Ketika melintasi sekumpulan lelaki-lelaki Eropah tadi Matt berteriak memanggil namaku.
“ Lara..nice to meet you..” Ujarnya sambil mengangkat ibu jari. Aku senyum sahaja. Aku lihat Hairie merenung ke arah lelaki-lelaki itu. Wajahnya kelat. “ Padan muka kau siapa suruh berkepit dengan orang lain..” Runggutku dalam hati. Van hotel menurunkan kami di hadapan sebuah gedung yang besar. Itulah Istana Raja atau Raja Palace. Ramai para tetamu yang sudah hadir. Kebanyakkan mereka adalah terdiri dari para tetamu di Raja Hotel. Ketika kaki melangkah masuk ke Istana besar itu mataku sekali lagi terpukau dengan keindahan hiasan dalamannya yang serba mewah.
Aku, Syanie, Laila, Ajib, Mohan dan Hanes mengambil tempat di sofa separa bulat di hujung sudut. Seketika lampu yang tadinya terang benderang tiba-tiba malap. Cahaya sportlight di hala ke pintu masuk. Seorang lelaki berserban dan berbaju putih masuk diiringi oleh para pengikutnya.
“ That is Maharaj..he is the owner of this island..” Ujar Kumar menjelaskan. Semua tetamu mula bertepuk tangan menyambut kehadiran Maharaj. Lampu kembali terang. Mohan, Ajib dan Kumar melangkah ke kaunter bar untuk memesan minuman biasa, kerana pelayan-pelayan hanya menghidangkan minuman beralkohol sahaja.
“ Miss Lara..do want coke or..”
“ Kumar I don’t want coke, you lie to me that day..” Kumar ketawa besar. Dia menghulurkan segelas fresh oren kepadaku. Aku tercari-cari kelibat Hairie. “ Mana dia..” Bisikku sendiri. Beberapa ketika aku terlihat dia sedang rancak berbual dengan beberapa tetamu lain. Tangan Zahara tidak lepas dari lengan Hairie. Mereka kelihatan seperti sweet couple. Bagai pinang dibelah bulldozer bak kata Syanie. Ada bait-bait cemburu yang menerjah sanubari. Aku semakin sedar bahawa aku memang benar-benar batu loncatan sahaja. Atau mungkin Hairie yang tamak. Zahara dia mahu, aku pun dia mahu. “Arghhhh…sudahlah Lara jangan berburuk sangka…” Aku bermonolog lagi.
Tidak semena-mena suasana jadi senyap seketika. Aku menoleh ke sisi. Owhhhh…!!! bingkas aku bangun dari sofa. Sesusuk tubuh lelaki berbaju putih dan berserban tadi sudah berada di sebelahku. Aku pandang keliling. Semua mata tertumpu ke tempat di mana aku berdiri. Dadaku berdebar-debar. Maharaj tersenyum merenung aku yang agak kalut.
“ Hello..” Sapanya mesra.
“ He..hello..” Gugup aku dibuatnya. Dia menghulurkan sejambak bunga ros kepadaku. Aku teragak-agak untuk mengambilnya. Maharaj menganggukkan kepala tanda bunga itu memang untuk aku.
“ Thank you..” Aku merasa malu kerana aksi itu menjadi perhatian tetamu yang hadir. Aku berdoa semoga lelaki ini cepat-cepat berlalu. Namun lelaki itu masih di situ sambil tersenyum dan matanya menyorot ke wajah aku yang sudah mula pucat.
“ I’am sorry, I was scared you yesterday..” ujarnya sambil mengulum senyum.
“ Sorry…?” Aku tidak mengerti akan maksudnya.
“ I try to talk to you after you won the Archery..but you ran away..” Katanya ketawa kecil. Ya salam…dia rupanya yang pakai macam perompak padang pasir tu. Manalah aku tahu.
“ Owhhh…I’am sorry Sir..errr..Maharaj..”
“ Just call me Raj…” Semua tetamu masih memandang.
“ May I know your name..?” Pintanya.
“ I’am Lara…Lara Aina…” jawabku masih gugup.
“ Emm..beautiful name..Lara would you joint me and my mom, over there..?” Maharaj menunjuk ke arah sebuah meja mewah yang terletak di ruang VIP.
“ No.no..no..Mr. Raj…it’s okey..thank you..I sit here with my friends..” Ujarku cuba menolak. Maharaj tertawa kecil. Tiba-tiba dia menarik aku mengikutinya ke meja VIP tersebut.
“ Eh..ehh.ehh..Maharaj…Sir…errr..”
“ Syyshhh..” Dia meletak jari telunjuknya di bibir. Aku serba salah apabila dia menarik kerusi dan menyuruh aku duduk. Ada beberapa orang di meja tersebut. Seorang wanita agak tua tapi masih bergaya merenungku tajam. Aku cuba tersenyum. Namun dia tidak membalas senyumku. Maharaj bercakap sesuatu kepada wanita itu.
“ Lara this is my Mom..Amrita Dewi..” Maharaj memperkenalkan aku kepada wanita itu. Aku menganggukkan kepala sahaja.
“ Raj..this is the girl..?” Seorang gadis manis bersuara. Maharaj mengangguk. Aku tidak faham apa yang mereka maksudkan, namun aku hanya berdiam diri sahaja. Terasa sangat kekok dan canggung berada di tengah-tengah keluarga Saudagar kaya itu. Tidak pernah terfikir di dalam batu gemala kepala otak aku bahawa aku akan dipelawa sebegitu rupa oleh Maharaj, Raja di pulau itu. Ketika persembahan tarian tradisional dipersembahkan, Maharaj mengajak aku ke galerinya. Aku menurut sahaja. Mana tahu kalau-kalau ada gambar Kapal Permata di situ.
Aku terpegun apabila di bawa ke ruang galeri yang penuh dengan lukisan-lukisan. Ruang yang besar itu memuatkan beratus buah lukisan yang tergantung di dinding.
“ This is my personal gallery..nobody allow to be in here..” Beritahu Maharaj.
“ But you bring me here..” Ujarku.
“ That’s because I wanted to do that..” Balasnya sambil tersenyum. Maharaj seorang lelaki muda yang kacak. Wajahnya mirip Rithrik Roshan aktor bollywood yang terkenal itu. Muda-muda lagi sudah jadi saudagar kaya. Tiada isterikah dia.
“ Why Lara..?” Soalnya. Aku sedikit tersentak. Malu apabila dia sedar aku sedang memperhatikannya.
“ Errr..no Sir..I mean..Maharaj…”
“ Raj..just Raj..” Ujarnya membetulkan.
“ Okey..Raj..I’am sorry..” Balasku. Aku cuba mencari-cari lukisan Kapal Permata, namun terlalu banyak lukisan yang dipamerkan. Agak sukar untuk aku berjalan sendirian kerana Maharaj sentiasa ada di sisiku. Kami berjalan sambil berbual-bual. Namun lukisan Kapal Permata masih belum aku temui. Maharaj membawa aku ke sebuah bilik besar yang penuh dengan alatan melukis. Ada lukisan yang tergantung dan ada yang masih melekat di drawing stand. Dia mendekati sebuah drawing stand yang berselubung dengan kain merah.
“ Lara come here..I want to show you this..” Panggilnya. Dia menarik kain yang menyelubungi drawing stand. Sebuah lukisan tangan, wajah seorang perempuan sedang membidik panah. Aku memerhati dengan teliti. Muka perempuan itu agak “Familiar” padaku. Tapi aku tidak pasti siapa dia.
“ Beautiful..you draw it by yourself..?” Soalku. Raj mengangguk.
“ Who is she..your girlfriend..?” Soalku lagi. Raj tersenyum.
“ It’s you Lara..” Terkejut aku. Patutlah aku macam biasa tengok muka perempuan ni. Rupa-rupanya itu adalah potret wajahku sendiri.
“ Are you serius..why you draw me..?”
“ That’s because I wanted to do that..” Jawabnya selamba. Aku mengangguk-angguk faham. Raj ketawa lagi.
“ Lara did you have anyone..?” Tanya Raj tiba-tiba. Aku tidak begitu faham dengan maksudnya. Aku mengerutkan kening.
“ Do you have boyfriend..?” Dia membetulkan maksudnya tadi. Aku senyum sahaja. Aku tidak tahu harus ku jawab apa. Aku memang tidak ada teman lelaki tapi aku ada suami. Suami yang aku sendiri tidak pasti bagaimana kesudahannya nanti.
“ Lara..?” Raj bersuara. Aku tersentak. Aku mengeleng. Raj tersenyum lagi. Agak lama juga aku dan Raj berjalan-jalan di sekitar Gallery dan berborak. Kami kembali semula ke dewan koktail. Aku meminta izin untuk kembali bersama rakan-rakanku. Raj menghantarku ke tempat aku duduk tadi. Semua mata memandang ke arahku. Aku serba salah dan merasa malu yang teramat sangat dengan layanan Raj.
“ Lara..can we meet again..?” Soal Raj. Aku senyum tanpa berkata apa-apa. Raj mengangguk dan berlalu kembali ke mejanya. Masih ada tetamu yang memandang-mandang kepadaku dengan senyuman di bibir masing-masing. Hairie merenung tajam. Aku jadi serba salah. Zahara cuba mencuri perhatian Hairie. Dia merangkul lengan Hairie. Namun pantas Hairie menepis. Zahara sedikit terkejut dengan tindakkan Hairie yang kasar. Aku cuba buat-buat selamba sambil menonton persembahan di pentas. Namun dalam hatiku hanya Allah sahaja yang tahu.
Majlis koktail berakhir hampir jam 12 malam. Ketika turun dari van untuk balik ke hotel, Hairie menarik tangan aku.
“ I nak cakap sekejap...” Ujarnya. Dia meminta Hanes masuk ke bilik dahulu. Aku beri isyarat kepada Laila dan Syanie agar mereka juga masuk dulu ke bilik. Hairie menarik tangan aku menuju ke pondok kecil di tepi pantai. Dia duduk. Suasana sepi. Aku dapat mengagak apa yang hendak dikatakannya. Sebenarnya aku penat dan malas hendak bertengkar lagi.
“ Pegi mana tadi..?” Soalnya mendatar.
“ Dia bawa saya ke Gallery lukisan dia..” Jawabku.
“ Nampak happy aje..” Aku menarik nafas.
“ Encik pun nampak happy tadi..” Balasku menyindir. Hairie menoleh. Aku buang pandang ke laut lepas.
“ Balas dendam ke..?” Soalnya lagi.
“ Buat apa..?” Balasku masih memandang ke laut lepas.
“ I tak suka you dengan dia..” Kata Hairie keras.
“ Encik dengan Zahara…?”
“ Apa maksud you..?”
“ Ya lah..encik boleh pulak berkepit dengan Zahara, ada encik fikir pasal saya, selamat ke saya dengan orang tu…ada encik fikir..?” Hairie terdiam.
“ Lara..”
“ Sudahlah encik saya nak naik tidur..” Aku bangkit. Hairie menahan. Dia memelukku dan mendudukkan aku di atas pangkuannya.
“ Encik..lepaslah..orang nampak nanti..!”
“ Biarlah orang nampak..you are my wife siapa yang berani halang..” Aku cuba melepaskan diri dari pelukkan Hairie. Tapi tangannya kuat memelukku. Akhirnya aku biar sahaja. Terasa letih meronta.
“ Lara..Hairie minta maaf, Hairie sakit hati sejak petang tadi lagi..sakit hati dengan Adli..tapi tak sangka malam ni bertambah lagi saingan Hairie…” Aku diam. Rasa kekok bila dia membahasakan diri dengan namanya.
“ Lara..Lara suka Adli..?” Aku ketawa lucu dengan soalan itu.
“ Tak..”
“ Dengan Maharaj..?” Soalnya lagi. Aku mengelengkan kepala.
“ Dengan Hairie..?” Aku diam . Agak pelik dengan sikapnya malam ini, begitu drastik perubahannya. Lebih manja dan keanak-anakkan. Mana perginya Hairie si perengus.
“ Lara..please jadilah mama untuk Hanes dan mama untuk anak-anak Hairie yang lain nanti…” Aku masih berdiam.
“ Lets build our own empayar..you, me, Hanes and our future kids..emmm..Lara..” Aku menarik nafas.
“ Macam mana dengan Zahara, family encik, bisnes family encik..semua tu bergantung pada encik..” Ujarku. Hairie memelukku erat.
“ I can face it..untuk Lara dan Hanes..Hairie sanggup buat apa saja..please trust me..Hairie sayang Lara..jangan tinggalkan Hairie and Hanes..please..” Aku terkaku. Entah kenapa malam itu hatiku begitu tersentuh dan mencair seperti air batu yang terkena cahaya mentari. Aku rasa , aku sudah jatuh cinta dengan dia. Aku sudah tidak dapat menafikan setiap bait kata-kata Hairie. Ya benar aku juga sayangkan dia. Sayang bersulamkan kasih seorang Lara..Aku genggam jari-jari Hairie erat seerat pelukkannya. Kami berpandangan seketika..Hairie senyum, aku juga dan bulan nun di atas pun ikut tersenyum……