Lama sangat rasanya blog aku terbiar tanpa ada ketikkan keyboard yang menari-nari mencanai cerita ceriti. Bukannya tak ada idea nak berkongsi cerita namun kemalasan nampaknya melebihi idea yang mencurah- curah tu...hehehe...mencurahlah sangat ekkkk...
Kali ni aku nak berkongsi idea menghias rumah yang bertemakan English Cottage. Memang gaya penataan rumah sebegini bukan menjadi pilihan ramai orang. Malah ada yang kurang senang kerana menurut mereka gaya ini nampak semak dan berserabut tambahan dengan motif bunga-bungaan yang sarat. Namun bagi aku kita menghias mengikut cara dan kemampuan kita, maklumlah kalau nak ikutkan seratus peratus gaya English ni memerlukan modal yang besar. Kalau tak suka yang sarat dan berserabut bolehlah diubah mengikut kesesuaian dan cita rasa sendiri yang lebih sederhana. Tak semestinya harus mengikut sepenuhnya gaya penataan ini.
Emmmm...kalau kena gayanya pasti rumah kita nampak lebih indah. Jangan berlebihan yang sederhana itu lebih memukau sebenarnya...betul tak..hehehe...ok di sini aku kongsikan beberapa gambar gaya penataan rumah ala English Cottage..harap dapat memberikan sumber inspirasi untuk korang yang meminati gaya ini yea...orait...silalah menjamu mata... ;-)
No comments:
Post a Comment